Jumaat, 19 Disember 2014

Umrah 2014 membawa anak kecil bersama





Entry ini terwujud, sebab ramai yang nak tahu bagaimanakah persediaan dan perasaannya menunaikan umrah, bersama anak kecil (bawah 2 tahun).

Walaupun kami menunaikan umrah pada Febuari 2014 , tapi baru sekarang sempat nak update di blog. (#janganhentamsaya)


Masa ni Irdina berusia 1 tahun 4 bulan (iaitu 16 bulan).

Secara jujurnya, saya langsung tak konfiden nak pegi bawak Dina. Huwaaaa sebab jujurnya, takut dia meragam. Lebih-lebih lagi, tujuan ke sana nak beribadat banyak-banyak. Kalau boleh nak sentiasa datang awal ke masjid , buat banyak solat sunat dll.

Oleh kerana kami buat umrah bersama-sama keluarga suami, maka mak mertuaku yakinkan kami jugak, dan doa banyak-banyak.




Redha. 

Tapi bila pikir balik, ini kali kedua saya ke Tanah Suci, alhamdulillah sedikit yakin dari segi melaksanakan rukun-rukun umrah.

Hampir setiap malam bincang strategy dengan suami. Strategy bagaimana nak handle Irdina sepanjang di Madinah dan Mekah nanti.

Sebab bila pikir balik, dah ada peluang ke tanah suci, bermaksud Allah dah panggil dan jemput kite jadi tetamu di rumah Allah. Entah bila lagi dapat ke sana. Lagipun, hati dah rindu nak ke sana semula.

Dugaan dan cabaran tu, sila tolak ketepi. Alhamdulillah sebelum berangkat memang setiap kali lepas solat, akan berdoa, mintak Allah permudahkan. 






 Maka, kami berangkat ke Tanah Suci bersama si kecil ni. (bersama Tabung Haji Travel)

Persediaan? Kami banyak beli makanan untuk tenangkan Dina seperti biskut, keropok. Biskut adalah dalam 5-6 jenis. 
Memang kena borong semua. Kalau itu saja boleh buat dikau duduk bertenang dalam kapal terbang nanti. HAHA.

Hand luggage saya penuh la dengan makanan dia, air, tak lupa juga tissue, wet tissue, kain sapu tangan, vicks baby, pampers, baju sepersalinan, mainan kegemaran, bukubuku(dia sangat suka buku) etc (dah lupe).



Kami ke Madinah dulu.



















 Kat Madinah kami stay di Movenpick Hotel.
Sebelah saja dengan Masjid Nabawi.
Lega sebab jarak hotel terlalu dekat.
So senangla saya bergegas balik hotel JIKA Dina mengamuk masa kat masjid.






Masa kami sampai di Madinah, lagi beberapa jam nak masuk Subuh.
Maka solat pertama saya di Masjid Nabawi, bersama Irdina, waktu subuh.

Sebab saya bawa anak kecik, saya tak berani nak solat kat dalam. Bimbang Dina nangis , bising, kalau buat tak tahu je nanti akan ganggu orang lain nak solat.

Maka, saya solat saja di dataran kat luar Masjid. Dudukkan dia dalam stroller sambil dia amik angin sejuk, saya pun solat di sebelah dia.


 Alhamdulillah tak sempat dia mengamuk, imam dah bagi salam. Goodgirl. So  saya ada sedikit confident untuk bawak dia solat kat masjid lagi pasniii!

Jap, mungkin ada yang kata "untungla pergi ramai-ramai, mak mertua boleh jagakan"

sukalah saya tegaskan di sini, lebih baik saya menyusahkan diri saya sendiri daripada menyusahkan orang lain, apetah lagi nak menyusahkan mak mertua saya. 

Tujuan ke Tanah Suci untuk beribadat sebanyak mungkin, bagi saya, biarla mereka beribadat dengan tenang tanpa tangisan bayi, atau berasa tak khusuk time solat (pikir Dina ni ada kat sebelah ke tak ni, kotla ada mak arab tersalah amik anak ke kan )dan sebagainya.



So sepanjang di Madinah dan Mekah, saya pastikan saya dan suami je yg akan menguruskan Dina. Sebab bila dah bawak anak kecik, saya dan suami akan turun ke masjid selepas azan berkumandang, dan bergegas balik lepas solat fardhu. (solat jemaah kat sana agak lama, ada masa Dina dah boring duduk sorang-sorang takde orang layan dia, maka dia akan MENGAMUK)

Bila masa nak buat solat sunat dll?

Kami akan pastikan, mak dan ayah mertua serta ipar-ipar saya dah ada dalam bilik hotel, barulah kami minta tolong mereka jagakan Dina sejam dua, saya dan suami akan bersama-sama ke Masjid dan buat solat sunat, mengaji dan lain-lain. 

Agak leceh sikitla, tapi kite carikla peluang jugak. Mana termampu.

Ada masa Dina baru tidur masa azan , saya tak kejutkan dia bangun untuk bawak dia solat kat Masjid. 
So saya hanya solat dalam bilik hotel dan suami dapatla ke Masjid awal sikit dari biasa.







 in laws



 Masa ni Madinah tengah sejuk.
Kalau malam lagi sejuk.



Chillax dulu bro!


 Masa ni kami tengah berjalan di dataran Masjdi Nabawi, menuju ke Pasar Kurma.







 Asalkan ada makanan. Semua benda boleh jadi kenyataan. iaitu TIDAK MENGAMUK tanpa sebab. 

Masa ni Dina suka makan. Sebab tu pipi pun berbentuk makanan (pau).

HAHA
Rindu pipipau Dina



 Berdua dengan umi sementara tunggu nak solat Zohor.
Mak mertua dan adik2 ipar sume solat dalam masjid.
Saya dan Dina steady solat kat luar pun tak apa.

Nanti lepas habis solat, janji dengan suami tunggu kat mana nak jumpa. Biasa kami duduk je menunggu kat tempat saya solat tu. Suami akan datang ke tempat kami, dan kami akan berjalan bersama pulang ke hotel, atau pergi beli kebab dulu, jalan-jalan sekejap area hotel, kemudian pulang. Tu pun kalau mood Dina baik. hikhik



Kalau stok biskut Dina yang bawa dari Malaysia habis, jangan risau. Kat bawah hotel kami tu adalah shoppingmall, 

Supermarket Bin Dawood paling femes situ, memang akan kami lawati sebaik saja pulang dari Masjid. Boleh la beli-belah barang keperluan kat situ.









Memang kena sentiasa bawa bag setiap kali bawa Dina ke Masjid. Dudukkan dia di sebelah atau depan kita, kemudian keluarkan biskut, air dan buku kegemaran dia.

Cabaran juga, sebab masa ni Dina dah pandai berjalan. Agak bahaya kalau dia terlepas berjalan, tatkala umi sedang solat.


Ada sekali tu, solat maghrib. Ada dua orang anak arab dok cuit-cuit Dina. Mula-mula agak tak yakin nak solat, niat nak balik je hotel. Tapi nekad je.

Masa da rakaat kedua, Dina bangun dan pergi main dengan budak-budak arab tu kat belakang. Daku yang melihat dari ekor mata, Ya Allah risau gila. 

Bayangkan, seluruh kawasan solat perempuan tu pakai telekung, berwarna putih. Macamana Dina nak kenal umi dia dari belakang???!!!!!!


Hati dah tak khusyuk. Sumpah risau dia tak kenal mana satu umi dia. 

Masuk rakaat ketiga, saya terus lari pergi amik Dina, peluk dia, duduk balik kat tempat saya, tunggu sampai imam habis solat. 

Kemudian suami sampai, saya suruh dia jagakan Dina kejap sementara saya solat Maghrib semula.

Haaaaaa..lepas dari hari itu, tak berani nak bawa dia solat kat Masjid. Trauma wehh. Alhamdulillah takde pape jadi. Risau gak kan.



kena rajin cuci baju, ala-ala zaman asrama dolu dolu.


Korang bawa skali hanger dan berus sabun baju.
Sabun baju boleh beli kat Bin Dawood je.
1 riyal je yuols. Dah la wangi sabun ni.
I loike!


Dina behave sangat sepanjang di Madinah dan Mekah.
Alhamdulillah



Hero saya



Ni masa ziarah. 
Duk dalam bas. Firstime naik bas, memang eksaited la budak ni. 
Sampai penat tertidur terus.


 Bergaya sungguh Mek Dina ni.
Dengan Paksu.






Lepas solat isyak. duduk lepak kat dataran Masjid Nabawi.
Amik angin malam.
Tenang je rasa.
Dina pun seronok main jalan-jalan kat situ.


Masa ni tengah tunggu turn nak masuk ke Raudhah. Walaupun bersesak dan tunggu giliran untuk beberapa jam (Suami bawa Dina ke Raudhah area lelaki sebab situ tak sesak macam area perempuan). Alhamdulillah dapat juga saya solat di kawasan Raudhah. Syukur Ya Allah.


ni pic from google


Raudhah bermaksud "taman". Raudhah merupakan salah satu ruangan di dalam Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jemaah untuk memanjakatkan  doa. Raudhah tak pernah sunyi, menjadi tempat paling afdal untuk berdoa.

Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku (HR Abu Hurairah RA)



Macamana nak tahu area Raudhah? Ia ditandai dengan tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet hijau yang menutupi lantai. Warna karpet ni berbeza dengan warna karpet Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah. Area Raudhah ditandai dengan karpet hijau. Membentang dari rumah Rasulullah SAW (kini menjadi makam baginda) hingga ke mimbar. 

So kalau korang masuk ke Raudhah, kalau boleh masuk ke kawasan karpet hijau tu. Situ memang sentiasa sesak ramai orang. Kalau pun tak ada ruang untuk solat (bila da sesak, konfem akan terpijak pijak orang yang tgh solat). Jangan terkejut, dalam tu makcik-makcik yang dah tua uzur paling kesian kena tolak-tolak. Tersepit. Kena pijak time sujud. Tapi terpaksa. 

So nasihat saya, kalau terlalu pack, cukupla berdiri, angkat tangan dan berdoa. Kalau ada rezeki, Allah permudahkan bagi ruang untuk solat walaupun ruang terlalu kecik dan sempit, solat la kemudian terus beredar, bagi orang lain pula masuk dan berdoa pulak. Ada jugak kawan saya yang menyamar jadi orang arab, pakai purdah masa masuk raudhah. Dia cakap hampir 2 jam dia dapat solat dan berdoa dalam tu . Alhamdulillah tu rezeki dia la kan.

Jap, sebenarnya untuk masuk ke raudhah, mereka akan kumpulkan batch by batch. Biasanya batch orang Arab paling lama dorang akan benarkan masuk (diberi keutamaan).kemudian orang Malaysia akan dikumpulkan dengan orang Indonesia. dan lain-lain.

Bila batch orang Arab dah selesai, diorang akan arahkan keluar dan kosongkan raudhah, kemudian barulah yang lain akan masuk. Sebab tu kena tunggu turn. sekali masuk dalam 200 orang camtu. Sampai 4 atau 5 kali pitstop sebelum dapat masuk ke dalam Raudhah. bayangkan betapa lamanya. Ada yang pengsan. Nenek-nenek yang tak larat tu, kasihan sangat. Sebab tu jika ada rezeki lebih, buatla umrah sewaktu badan masih kuat, waktu muda. 

Paling sedih, ada jamaah yang tak sabar, jerit-jerit marah kat penjaga kawasan raudhah tu. Tak de perasaan bersalah atau malu ke, menjerit maki dalam Masjid? Memang penat nak tunggu giliran, tapi tak perlu sampai meninggikan suara. Tu salah satu bentuk ujian Allah bagi la tu pada diri kita. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita. Harap kawan-kawanku sekalian takdela berkelakuan sedemikian ya. Kalau rasa penat, sambil menunggu tu, berdoa la. Sebab kita masih dalam masjid. Duduk berdoa, zikir, istighfar, kalau dekat dengan rak al-Quran sila mengaji. Kalau rasa nak marah, mintak penjaga Raudhah tu amikkan air zam-zam segelas, insyaAllah dorang akan bantu. 
Semua penjaga kawasan raudhah batch Malaysia dan Indonesia adalah dari Indonesia. So mudah dia bagi arahan kat kita. 




Suami dan Dina sempat selfie dalam kawasan Raudhah area lelaki. Masa ni Dina dah mengamuk mengantuk, tunggu umi lama pulak tu. Huuu kesian Dina. Tapi alhamdulillah dapat jugak Dina masuk ke dalam.



Pastu kami menuju ke Mekah pulak.

Sampai dah tengah malam. Dina pun dah tertidur terus.



Syukur lagi skali, hotel yang kami stay sepanjang di Mekah pun sangat dekat dengan Masjidil Haram.
Dalam bangunan menara jam besar tu. Bawah tu adalah shopping complex Abraj Al Bait. Sempat gak shopping Mothercare kat situ. Murah-murah gak sebab tengah sale. Krik krik Krik. SEMPATTTT!!






walaupun begitu, kami sampai je rehat jap, terus buat rukun umrah yang lain. sebab masih dalam ihram.



Alhamdulillah selesai umrah pertama. Dina nampak riang gembira.
Alhamdulillah berjalan lancar.

Kat Masjidil Haram tak boleh bawa masuk stroller ya.
Diorang akan tahan kat pintu, suruh tinggalkan kat pintu.

sebab ni umrah pertama kami malam tu, jadi kami terpaksa dukung Dina bergilir-gilir sepanjang tawaf dan saie. 
Masa tawaf la struggle sikit sebab kena jaga kedudukan bahu (bahu kiri mestilah mengadap Kaabah dan badan berjalan ke depan).
Sebab Dina nak umi dia dukung mula-mula, saya tak larat. Lihatla badan dia. huhuu
Masuk tawaf ketiga kami keluar dari landasan bulatan. Suami dukung dia pula dan kami masuk balik ke dalam bulatan dan teruskan tawaf.
Kalau saya pass Dina pada suami, masa dalam tawaf, bimbang kedudukan bahu tersasar, batal pulak kiraan tawaf. 

Cukup 7 kali pusingan tawaf. Alhamdulillah.


Masa Saie tak risau sangat sebab boleh lambat-lambat. Boleh bagi Dina jalan kalau tak larat dukung. Boleh stop minum air zam-zam yang disediakan kat situ sekejap. Sambung balik.
Cukup 7 kali saie di antara bukit Safa dan Marwah. 

Bertahalul pulak sebagai penutup / keluar dari ihram umrah.


Alhamdulillah selesai.






Dah settle, amik semula stroller Dina yang kena tahan kat pintu Masjidil Haram.
Lalu kami pulang ke hotel.












Lambaian Kaabah.
Terima kasih Allah, sudi panggil diriku lagi untuk datang ke rumah Mu.
Sedih dan sayunya perasaan waktu bertentang mata dengan Kaabah, takda satu perkataan pun dapat dihuraikan.
Tenang betul. Duduk dan tengok Kaabah je pun rasa tenang. Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan. 





Masa ni kami bermiqat untuk umrah kali kedua pulak.

Sebab dah tahu tak boleh bawak masuk stroller, maka kami pinjam wheelchair yang hotel sediakan. Free lak tu.



wah wah wahh..seronok bukan mainnn dia.
Mesti Dina ingat stroller baru dia haha.

Lets go anak! kite bertawaf dan saie!



 Umrah pertama tu kami tawaf di tingkat bawah. (sebab dukung Dina).

Umrah kedua ni kami tawaf di tingkat atas sebab wheelchair semua tak boleh berada di bawah. Walaupun kecewa sikit sebab jauh dengan Kaabah, tapi tak apa, asalkan kami laksanakan rukun umrah dengan sempurna, pastu boleh la duduk solat dekat dgn Kaabah.





Alhamdulillah pagi tu, selesai umrah kedua. Dina sangat behave.
Sepanjang tawaf agak panas, tapi dia duduk diam je atas wheelchair. Maka kami berdua pun dapatlah bertawaf tanpa perlu berhenti atau rasa was-was kedudukan bahu, pastu tawaf dalam keadaan tenang (tak termengah-mengah jika dukung Dina, tak fokus pun ada ,,huu)

Masa saie umi duduk sekali atas wheelchair kalau tak larat. Ayah tukang tolak kami. Hehuuuu









Terima Kasih Allah atas cinta ini.

Awak "hadiah" istimewa dari Allah untuk saya tau takkkk? Nak marah ni haaaa...tetibe. 




Anak solehah umi ayah.
Terima kasih hadir dalam hidup kami.
Terima kasih sentiasa hiburkan hati ayah dan umi.
Semoga sentiasa dilindungi dan sentiasa dalam rahmat-Nya.







Dina cuak gila tengok unta.
Padahal unta tu tak tengok dia pun. Perasan la awak ni! HAHA



Alamak, kena ngorat pulak dahhh Dina.
Hello! Bukan senang nak ngorat Dina ni tau. 
Sekali dia menangis melalak, dia bukak volume paling tinggi, tak cukup tanah budak tu lari selamatkan diri.








Tak putus asa tau budak arab ni.
Siap cium tangan Dina lagi.
kau ada? hahahhaha



Haaa terus Dina jemput budak tu duduk.

Kire dah berkenan ke cane ni, Dina?

hahahahhaha

ke terus buat-buat susun kerusi, cover baik punyeeeee blushing?






Habisla, mak dia berkenan pulak buat menantuuuuu! 
Nak buat macamana ni? Buat je la muka comel. kbye.






Anak yang baik. 









Malam tu, masa santai-santai amik angin malam depan Kaabah, kami teringin nak pegang Kaabah.
Lalu kami bertiga menuju ke situ.
Alhamdulillah walaupun keadaan pada mula sesak, bila sampai je depan Kaabah beberapa inci, kawasan kami tu jadi lapang. 
Zuppp terus kami bertiga dapat pegang dan cium kain hitam tu.
 Syukur Ya Allah.
Allah betul-betul permudahkan semuanya sepanjang kat Tanah Suci.










Sebabkan kami bersama anak kecik, saya buat 2 kali je umrah sepanjang 2 minggu kat sana.
Tapi kami bertiga banyak buat tawaf sunat . Tawaf sunat ni, tawaf je. Tak perlu bermiqat atau ikut rukun umrah (so tak perlu saie, tahalul sume tu).

Saranan saya, sepanjang di Tanah Suci, kalau mampu dan larat takde halangan, buatla sebanyak mana pun umrah. Rugi kalau datang pastu buat sekali saja. Sebab bukan semua orang dapat ke sana. Bukan selalu dapat dipanggil jadi tetamu Allah.
Ada orang banyak duit, tapi belum lagi jejak kaki ke Mekah sebab Allah belum panggil lagi.
Jadi, andai anda orang terpilih, bersyukur la. 

Lepas dapat tengok Kaabah depan mata, dapat jejak kaki ke Masjid Nabawi, Masjidil Haram, terus rasa macam, "dapat rasa peluang ni sekali seumur hidup pun, aku dah bersyukur da. Ni la apa yang aku paling nak dalam kehidupan, Tempat ni la."











View Masjidil Haram dari bilik hotel kami.



Masjidil Haram yang tak pernah sunyi.
Siang Malam Pagi Petang Tengahmalam, setiap saat, setiap detik, sentiasa dipenuhi manusia.
Semuanya mencari diri, mencari ketenangan, mengenal lebih dekat tuhan pencipta alam, berlumba-lumba berbuat amal, tak henti-henti berdoa memohon keampunan. Tak malu untuk nangis sambil mohon hajat kepada Allah depan Kaabah. Tulusnya kite berdoa hanya Allah je tahu. 

Allah...rindu betul.
Sepanjang masa kat sana, Alhamdulillah hati sangat tenang. Hari last, sedih gile nak tinggalkan Tanah Mekah.
Rasa macam berpisah selamanya. Semoga Allah bagi peluang lagi untuk saya kembali ke sana. 
InsyaAllah kalau ada peluang nak bawa Dina lagi dan adik Aish. Amin.


Biaselah, ada anak kecik, jangan kata rumah, bilik je sepah. Seat kat kapal terbang pon disepahkan. Janji Dina terhibur.

Tu tak tengok lantai lagi.

Macam-macam ado. Geleng kepala anak-anak kapal ngemas seat kite tu nak oiiii!


So pandangan saya, kalau nak menunaikan umrah kali pertama sambil bawa anak kecik, sedikit mencabar la sebab kite baru pertama kali ke sana kan, pastu kena handle anak kecik lagi. Berdoa banyak-banyak supaya Allah permudahkan. 

Kena saling tolong menolong suami isteri. Kalau terasa nak duduk di masjid tengahmalam, kebetulan anak sedang tidur, boleh la gilir -gilir jaga anak di hotel. Yang penting bekerjasama suami isteri.

Bagi yang akan ke sana, dan tak bawa anak, satu bonus untuk anda perbanyakkan, lipat gandakan amal ibadat sepanjang di Tanah Suci.


Beberapa hari pulang ke Malaysia, Dina demam.
Dina adalah seorang bayi yang jarang demam.
Rupanya demam nak dapat adik. HAHA. 
Rupanya jugak, masa buat umrah tu, umi dah berisi dah pun. 
Perfectnya perancangan Allah. 

Dulu tahun 2012 masa pertama kali mengerjakan umrah, Dina ada dalam perut.
Tahun 2014 ni, dapat buat umrah , baby Aish pulak dalam perut.

Tak sangka pulak preggy sebab sepanjang di tanah suci, langsung takde loya atau mual. Cuma suami penah bagitahu masa kat Mekah aritu,die
mengidam, teringin nak makan nasi lemak masakan mak saya. Haha. 




ps: harap pembaca dapat banyak info dalam entry ni. Kbye. Next entry nak pasal apa??