Jumaat, 4 Mac 2011

Comelnye anak Lepat ni!!







Alahai comel sangat kan Siti Aminah ni..rasa macam nak cubit-cubit pipi dia..wahhhhh

bestnye dok German, anak pun pandai cakap German.. ^_^






p/s: Kalau sesiapa yang tak tahu, Siti Aminah ni adalah anak pelukis bernama Lepat.

Masih ingat lagi tak dlu, ade kes anak hasil perkahwinan pertama Lepat, iaitu Sunni , telah di bawa lari oleh bekas isterinya.

Sekarang Lepat dah ada isteri baru, juga seorang warganegara German iaitu mak kepada Siti Aminah ni laaa..




so siapa nak tengok Lepat melukis bersama anak dia, Siti Aminah, boleh layan video kat bawah ni..









ok. saya sertakan sekali cerita pasal kes anak Lepat yang dilarikan dulu k.



..........................................................



Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri
KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini. Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun. Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.




ni gambar Sunni terbaru. Ensem yawwww



.

11 ulasan:

MissyNursy ♥ berkata...

suke2! comel n sweet giler dak ni..aritu tgok kt fb je sbb membe tag..xtau plak die anak Lepat..huhu..

abbie eusoff berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
abbie eusoff berkata...

i still remember this story. mase kecil selalu bace dalam mastika

nazirafarahinomar berkata...

ohh.anak lepat ghupenye.. :p

sitiaminahismail berkata...

kak ain~ ingatkan akak buat entry pasal saye tadi hahah~ sbb nama saya pon siti aminah ismail, ngeeee :)

aLya berkata...

waa...da lama gila alya cari update pasal sunni sbb dulu slalu baca cite die nie lam mastika. mase still skolah rendah tapi cite nie memg lekat lam kepala sbb perangai sunni sgt comei masa kecik..cakap campur melayu, penang n omputeh..ngeee

Tanpa Nama berkata...

kak ain...nk shre vdeo ni kt fb ye...bleh??

reena berkata...

Dulu selalu terserempak dengan Lepat kat Penang. Memang follow cerita dia. Cerita dia dan cerita Raja Bahrain.

told la hejauw berkata...

wah lepat dok kat umah saya la..kat kg org pgil mael lepat dulu ada gak terserempak dia ngan bini baru dia dekat pasar malam.. hahha..nk bangga boleh?? ekekkeke

mamawana berkata...

Masih ingat kesah Lepat dan Sunni. Sedeh kan. Semoga lepat bahagia dgn kehidupan dan bertuah nya dgn anugerah Siti Aminah yg comel sgt nih. Sunni tu apa kabar ya? Tahu ker dia ckp BM, Islam ikut Lepat ..?

efa fairuz berkata...

ooo.. dah lame x dgr cite sunni anak lepat ni.. btw, berkenan betul lepat ni kawen ngan mat saleh.. hehehe