Selasa, 6 September 2011

Nurul Ain Blogshop


Klik untuk terus menuju ke NURUL AIN BLOGSHOP





Akhirnya....pheww..

Dengan tertubuhnya blog yang kedua ini, harap ianya tidak terkubur begitu saja. Kau ingat mudah ke nak buat blog dan bermula dari zero? FIneeeeeeee. Bunyi macam susah sangat, tapi sebenarnya bila kita merasa seronok membuat sesuatu perkara, ianya akan menjadi mudah macam makan kacang panggang cap tangan saja.

Header blog dibuat dalam masa 2 jam SAHAJA. Kalau tengok header blog nurulain8888 tu pun dah macam harem, yang ini lagilah clumsy habis. Dua budak kuning atas tu sebenarnya bukan logo syarikat saya pun. Ia sebagai penyeri suasana saja. Saja-saja. Suka-suka.

Nasib baik mereka berwarna kuning, kalau berwarna hijau pasti orang pikir ianya toyol pula.

Nama kedai online saya juga sedikit sebanyak agak tak menarik. Tapi itu saja yang sempat difikirkan dalam masa beberapa jam tadi ketika menyapu depan rumah pagi tadi sambil tunggu ibu mertua balik jogging.




Ada perkhabaran baik, mari kita kongsi bersama.


Ingat tak dulu-dulu saya pernah post beg yang cantik berseri macam angelina jolie?






nampak tak beg kiri tuh?

Suatu masa dulu ramai orang berebut-berebut untuk memiliki beg tersebut tapi saya tak ada stok lagi, bukan?

Sila tunggu esok atau lusa atau bila-bila yang termampu saya update beg tersebut semula. Kali ini pun stok sangat limited. Kalau nak order sekarang tidak boleh. Kena tunggu entry sudah dipublish baru boleh order ye sebab saya rasa tidak adil untuk saya menjual secara offline sebab nanti yang nak beli online terpinga-pinga akibat beg tiba-tiba sudah habis.







.



5 ulasan:

ra|nbOw berkata...

org 1st follow blogshop kak ain! yeay! :)

SWEETSYAZA berkata...

akak..tolong lah cpt2 update beg kiri tuh... pastuh nak chop cepat2 warna pink!!

FiQa berkata...

akak chumel!!

da foloow dah~~~

;)

NurIzza berkata...

nak beg belah kiri tue!!!!!!

Fathin Ain :) berkata...

dah follow kak ain yg comel :)