Rabu, 28 Disember 2011

Teruja jumpa kedai Mr.DIY

Sebenarnya dah dekat seminggu saya tensen.



Benda besi kat laundry basket ini sudah kronik terkeluar-keluar. *pengsan


Jadi hari ini, terlanjur dah keluar dengan cik Nieda yang comel (gambar akan dipapar di akhir entry. kedukut takkkk? hewhew), maka kami pun berlegar-legar berjalan-jalan.

Cik Nieda yang comel baik hati tu dah ajak saya ke kedai paling buat orang teruja. Haha. Aku je la kot yang macam tu.





Nama kedai tu Mr. DIY di JJ AU2 di hatiku. *tetibe.

Ingatkan kedai tu jual hammer dan skrudriver je macam kedai TUKUL a.k.a kedai feveret pak mertua.

Rupanya macam-macam ada dan harga sangat murah.*pengsan lagi.

sebenarnya tak perlu 2-3 kali pengsan. Habis, bila nak tamat entry ini?

T_T




 Yeay dah ada laundry bag yang baru , sudah tidak tensen lagi!
Harga RM2.20 sahajaaaaaa. Haaa boleh beli lapan puluh tapi tak ada kaler pink maka beli satu je dulu.





Ini antara hasil tangkapan di hari pertama menjejak kaki ke kedai teruja macam itu.

Teruja.
Balik rumah nampak muka suami je terus :"Yang!Yang! Jomlah duduk sini (tepuktepuk kerusi sambil bukak beg plastik). Tengok apa kite beli tadi."
Tapi suami petang tadi kelam kabut nak pergi swimming jadi dia dengar tidak berapa fokus.
Maka malam tadi lepas cerita tentang dhia saya tunjuk balik barang-barang tadi.
Hahaha
Bila fikir balik, macam tak logika je perbuatan saya sejak akhir-akhir ini.
Nasib baik tadi dia mendengar saya bercerita dengan penuh khusyuk, kalau tidak esok pagi celik mata saya tunjuk semula barang-barang beli tadi satu persatu.
T_______________________T




 Ni pembelian secara try and error. Dulu mak ajar kalau nak beli penyangkut, beli penyangkut yang menggunakan gam yang perlu dicairkan guna lighter dan lekat di dinding dengan kuat. Kuat macamana? Kuat sampai dinding tu tercabut kalau kite tarik balik penyangkut tu. T_T ok tipu.

Tapi tadi tak sempat nak check satu persatu gam dia. So amik je la yang ini. Harga RM1.20




Ni nama dia Set Menjahit Bagaikan Sakti. Wahh gitew nama macam nama lagu CT Nurhaliza.

Sebenarnya set ajaib ini tidak penting pun eh tapi agak penting la kan dah nak naik sekolah, nanti senang nak jahit lencana sekolah anak. Anak? haha berjaya ke nak simpan peti ni sampai beberapa tahun akan datang?!

Eleh dulu saya pakai double tape je tampal lencana sekolah dan name tag. Itu pun time kat perhimpunan, bila pengawas mula nak catit2 nama.  Pastu lepas cuci tudung habis kecut-kecut lencana tu. *nanges sambil tidak insaf lagi*




Ni yang paling bonus sekali dalam peti ajaib ini. Pita pengukur untuk ukur ketebalan lemak di perut. Teruja? harga sekotak ini ialah RM4.50

Ok tapi jangan sentap. Tak ada jarum dalam peti ini. Ada pin sahaja. kena beli asing la jarum. 
Ohhh semua nak kena ada dalam kotak ni?Lemak arrrr




Teruja sebab murah. RM1.50 sahaja. Tapi kena try and error la. Benda ni pun dibeli tanpa dirancang. Tadi try ciumcium kotak dia nak try bau wangi ke tidak tapi tak berjaya.
Maka kena beli dan ciumla sepuas hati lepas letak dalam toilet bowl.
Oh ini adalah automatic toilet cleaner (utk sesiapa yang  tidak tahu) iaitu bila kita flush akan keluar air bewarna biru yang dikatakan pewangi dan pembunuh bakteria juga.



Bateri cap ayam memang senantiasa ada kat kedai murah-murah. Beli jugak benda ni sebab teringat jam kat bilik dah tamat hayat.
Tepat pukul 8 pulak tu waktu terakhir dia.
Semalam pagi kejut suami:

"yang, pukul berapa ni?"
"baru pukul 8...tdo lagi dulu."

Beberapa puluh minit berlalu

"yang. pukul berapa?"
"pukul 8"


OK terus i smell something fishy.
Budak tu dia dah tahu jam dah mati dari aritu dia masih lagi nak tengok jam dinding. 
Memang sampai ke tua la pukul 8 je ha.

Last-last saya kena turunkan jugak jam tu kalau tidak memang huru hara lah hidup laki bini ni.

Ok settle bateri cap ayam untuk jam bilik. Harga RM1.50






Secara jujurnya saya beli lilin menyanyi ini untuk buat eksperimen sahaja. Macam menarik. Kalau dia tidak menyanyi, saya sendiri yang akan ajar dia cara menyanyi. Pitching sila jangan ke laut.
Harga RM1.30





Ini juga antara benda yang dibeli secara tak sengaja.
Opsss tautau je sudah ada dalam bakul.
T_T

Penah ke main sand kalerkaler yang comel tu?

Eleh taknak mengaku!
tengok adik kecikkecik main, kauorang pun teringin jugak tapi malu le tewww




Ni pasir berwarna dia.
teruja?
Murah gile kot benda ini 
RM0.80 je.
iaitu lapan posen je SENAHHH...
Pergilah beli banyakbanyak untuk anak jiran sekali.






Stokin comel ini harga RM3.90 untuk 3 pasang.
Tiga-tiga saya punya.
try and error juga.
Kalau pakai sekali dah koyak ada 2 kemungkinan.
1) Stokin ni cap ayam dan tak tahan lasak (aku bukan buat main bola pon)
2) Roomate(suami) jeles tengok saya tidur pakai stokin comel. Dia nak pakai tapi tak muat. Jadi dia mungkin akan koyakkan stokin ini secara diamdiam.







Ini namanya hanger 8 dalam 1.
Beli sebab nak test ketahanan, samada dia tak tahan atau saya pun tak tahan jugak.
Kalau benda ni patah dan meruntuhkan almari, memang nak kena campak ia jauhjauh.
haha padahal RM4.50 je.
Ok harapharap lepas ini tak ada masalah almari padat SANGAT.


Eh ni je ke aku beli??


Oh ada lagi satu saya belikan untuk suami.Kain lap kereta.Tak sempat ambil gambar dia dah terus letak kat bakul shampoo kereta. Teruja le teww.






Kami berdua sangat teruja keluar hari ini.
Esok nak merayap lagi lah ke MR.DIY tu.
lepas tu buat permohonan dia bukak cawangan kat depan rumah je
T___________T



ps: Nampak tak faktor usia. Dah tak main sangat kedai mekap harga patut. Sekarang dah minat kedai peralatan rumah je.Haha (apa ke hei nye pergi beli sand art tadi tuhhh)
kat mana lagi ade kedai murah dan besar macam Mr. DIY ni? Sila share.


update lagi: Oh yes DAISO juga best. hari tu sempat datang sekejap namun pasti akan datang lagi sebab perlukan masa yang lama untuk berjalan-jalan dalam tu dan belek barang satu persatu.

30 ulasan:

NadNod berkata...

SEMESTINYA DAISO! :D

HaNi NaJMi berkata...

first time tengok singing candle!
die betul2 sing ke?

~kiinaa~ berkata...

kak ain, try gi kaison kat festival city...
macam orang gila meroyan masuk sane :p

~kiinaa~ berkata...

ehh lupa pulak, kedai tu kat level mana tak ingat tapi level yg ada cool blog :D

sipoot kiut berkata...

sumpah kelakar. haha.. comel gile.. pasal stokin koyak tu, sy vote utk kemungkinan kedua; rumet jeles. HAHAHA XD XD XD

mama leen berkata...

tahniah.. nurul ain dan entry gila2nya dah kembali.. huhu

mama pun dah pegi hari tu.. dan dah teruja.. beli kalkulator PINK..

rasa mcm nak beli je semua benda PINK kat ctu...

nurul berkata...

Nadnod:
yeaaaaaaa..sana juga best.tapi aritu pergi dah malam so xleh berlenggang sgt.thnks for sharing dear ^_^

nurul berkata...

Hani Najmi:
kann.sbb tu kite nak try tgk..kalau die menipu mmg aku bako je.hahah

nurul berkata...

kiinaa:
wahhhhh ada di sana jugak ke???yes esok jugak saya pergi yang!
thnks for the info!!!
^___________^

nurul berkata...

siput kiut:
kannn..kann..mana tahu kan die jeles kann.hehhe

nurul berkata...

mama leen:
ya Allah mama leen.betul2.kite pun kalau boleh nak beli kalkulator pink tu jugak tp x jadi sbb dah ada.
kite siap dah usha baju hujan kaler pink lagi,dah la rm8 je.hahhaha

DySha.Pink◕‿◕✿ berkata...

muranya tp daiso semma brg 5 hinggit

nana narita berkata...

g kedai 2hengget pung best gak ain..tp limited brg dia. thanks sb update citer2 cm dlu2..hari ku x lengkap tanpa updatemu...mmmuahahah.tp serius suka bc blog sin

shahnieda berkata...

Dear....tq xsangka kamu dulu yang buat entry pasal ni..kita baru draft nak buat entry ni letak kat blog kita...dengan title "Si Pari2 Yang Cantik"..... :) teruja sangat baca entry ni..hehe..next time kita plan tempat lain plak ek..n kali ni turn kita plak ek...

Cik Kiah berkata...

ain: siyes saya suka kedai ni.. murah n byk benda y cute2... tp tmpat ain cam lagi besar je.. n singing candle tu cute lar! sini tade....

naziyatul fatihah berkata...

untungnya...

best-best

PutriesNoora berkata...

kita pun xpenah masuk kedai DIY sebab ingat kene guna tools..hehehe...lepas ni kene masuk..teruja sudah!=D

azira berkata...

kelakar la entry ain ni.. byk dah kedai serupe MR.DIY tu boleh buat kite rambang mata...comel-comel sgt....kadang duk belek sampe berejam-rejam..:-)

♥nurulizzatie♥ berkata...

haha. comelnye lah entri nih.

budak coklat berkata...

kat tempat saya pon ada satu kedai mr DIY tuh. tapi kat johor ler. hihi

aanie berkata...

sy pun teruja kalo masuk mr diy ni.....nak2 kalo br pindah umah..semua nak diambilnya..haha...

ibuhebat berkata...

kat jusco taman equine pun ada. my feberet kedai jugak!

saharinasaharudin berkata...

rin pena pegi mr d.i.y ni.memang murah.brg2 pun comel2 je :)

misz_chubby berkata...

hahha..pakai double tapee.teringat time sekolah dlu..adoiii..depan pengwas punye eksyenn..naseb die tak belek..lau takk..-.-''

storyfromme berkata...

suka beli barang kat mr DIY.barang-barang die kreatif.

~kiinaa~ berkata...

tapi kedai tu bukan nama mr diy, nama die kaison ^^

Mardhia Yusof berkata...

ok..kedai tuh mmg best!!!
comel laa k.ain ni..
lawak je part jam mati kul 8 tuh..
"kalau tidak memang huru hara lah hidup laki bini ni."
ahaha..

k.ain, k.ain percaya tak skrg da kawen?sy smpai skrg rasa tak caya da kawen..haaihh..issskk.

tengok tentang dhia ek?mlm ni last episode..;)
k.ain mcm nora danish..comey sgt2..
bila tgk nora tuh,tringat k.ain..

SiTi AiSya mzm-fc berkata...

Dekat rumah akak pun ada kedai DIY ni..memang giloo masuk kedai ni..

LittleGurl berkata...

hahahaha!! anak? *pang*

nanti kena simpan sand art tu untuk anak maen pula.

Lya Liyana berkata...

home kat ksl kak ain!
bestttt! banyak barag pink, bakul pink. mesti kak ain suke =) hewhewhew