Hari Rabu suami pergi outstation di Kelantan. Dan dia cakap Khamis kite gerak ke Melaka untuk berehat-rehat.
Saya melompat tinggi-tinggi.
Nampak tak. baru cakap pergi Melaka saya dah over eksaited. OvERRR.
Maka, pagi khamis bangun dengan malas-malas, terus masuk kereta.
Dengan tak ada idea langsung mana nak tuju kat melaka tu, kira datang Melaka dengan berserah. Haha . Bajet pegi oversea. ye la. saya eksaited. saya pahamm.
So dalam pukul 12 tengahari ketika matahari betul-betul berada atas kepala, kami dah sampai ke Negeri Bersejarah. Walaupun kertas Sejarah SPM kami tidak membanggakan, tapi kami bangga dapat datang Melaka.
Sampai-sampai terus sesat. >_<
Dan ada hikmah disebalik kesesatan itew. Kami ternampak Melaka Wonderland.
Wahhhhhhhhhh Teruja park kereta, masing-masing punggah baju mandi masing-masing dan masing-masing terus mandi tanpa berfikir panjang.
Yahuuu best tak ada orang. Mandi dan bermain air dengan riang ria hey hey hey...
Tapi sejam sajalah kami mandi..sebab panas terik.
>_<
Kamera tiba-tiba pun jadi eksaited.
Gambar sume jadi tak cantik. Boleh tak??!!
Disebabkan memang tak ada orang lain yang mandi selain kami berdua, maka fotographer Melaka Wonderland tu asyik follow kami and amik gambar je. Penat dan berendam-rendam dalam kolam. Ingat ni majalah mangga le tewww.
Kire-kire pukul 1 lebih, kami gerak pula. Dengan muka gelap-gelap tu (huwaa)...pergi ke tempat yang menarik pulak.
Kami tak pernah pun masuk sini. Pernah lalu je sebab dekat ayer keroh je tempatnya.
Taman Buaya
Pak Guard keje situ baik gila.
Oleh kerana dia sangat baik, maka saya pun tanya kat die "pakcik, sepanjang pakcik bekerja ni, pernah ke ada buaya terlepas?" sambil buat muka suci.
Hahaha jahatnya aku.
ntah-ntah besok pakcik tu dah resign . >_<
Masuk je, kami di sambut mesra oleh seekor buaya besar.
mesra? peluk-peluk cium-cium dengan buaya ke?? GILAKAU?
Yang pasti dia cuma patung. Kalau buaya hidup, tak cukup tanah saya lari. Lari balik KL terus.
>_<
Paling tak tahu, dalam Taman Buaya ni ada Malaysia in Miniature.
Ala-ala Taman Tamadun Islam, tapi bangunan kat sini kecil-kecil molek ahaiii cek mek molek.
Pintu Kubu Portugis (eh?)
Mesti korang ingat saya bagi fakta kan.padahal tengah tanye tu.
Haha
Jambatan Pulau Pinang penah lihat.
Tangan husband ala-ala Karam Sing Walia memang tak pernah lihat.
Over kemain. Ingat bini je over. Haha
KLCC
Terujahh!!!
(lempanggg)
Gaya macam nak gelek dangdut sebenarnya hendak tunjuk ke arah KLCC saja.
Sekian.
Berlakon!
Pondok
Kaki pakgad peronda
Litar Sepang
Buaya.
eh dah masuk ke sesi berjumpa buaya!!
Tiba-tiba terkejut sebab ramai buaya.
Padahal memang masuk ke Taman Buaya pun.
Tak tak.saya terkejut sebab bertentang mata dengan buaya.
Agak mentakutkan.
Buaya di mana-mana!!
Buaya ni besar gila.
Nama dia Tembaga.
Buaya Tembaga
Ni pun buaya tembaga besar. besar yang besar!
die elok je port die bawah pokok besar, jadi kami berdua gelarkan dia Ketua Buaya.
>_<
Saya pun terus bertukar identiti menjadi makcik yang berani senyum dalam ketakutan tepi tu.
Suami?
Lagilahhh takut dia jalan lajulaju macamla buaya tu kejar dia, (ceh padahal saya pun takutt)
Tiket masuk ke Taman Buaya RM5 untuk dewasa
Lepas sudah panas-panas berjemur, kami singgah drive thru tepi Taman Buaya tu. Bai.....waktu jalan jalan tengok buaya, terbau-bau nugget MCD..
Buaya tu semua gemuk sebab hari-hari amik bau ayam goreng dan burger la tewwwww.
Lepas tu dalam pukul 2 lebih kami gerak ke bandaraya Melaka.
Check in ke Melaka Straits Hotel, betul-betul sebelah Dataran Pahlawan yang disebut-sebut tu.
Rate: RM157 deluxe room per night.
Oleh kerana kami ni main terjah Melaka tak plan betul-betul nak stay sampai bila, maka kami amik 1 malam je dulu.
Bilik yang besau.
Ok dah serabai pun masing-masing tadi pergi mandi manda dan jalan-jalan di tengah panas!
mahu rehat!!
Lepas tu pergi mandi kat swimming pool.
Hahaahha..tadi tak puas le teww mandi kat wonderland.
Pastu mandi dan bersolat.
Dan pukul 6 petang sudah lapar lah suami isteri ini.
GPS bawak kami ke UMbai. Makan seafood!
Yummy!
Sedang lihat bangau putih comel
sotong goreng tepung 3 ekor
Buah-buahan tempatan. Kite tak order pun, die tetibe bagi. Maka kami pun makan la lajulaju. Tapi memang kena bayor la jugak kan..
Ikan siakap 3 rasa. Tapi pedas sgt sbb die letak blackpapper
Udang masak sambal
Yang ni saya makan sekor je.
Sedap memang sedap tapi pedas gila nangis-nangis makan ni.
Last-last semua husbnd yang licinkan.
^_^
So total makan late lunch dan early dinner di umbai, menu sotong tepung, ikan siakap 3 rasa, sambal sotong, buah, 2 watermelon juice, 2 nasik lemak bungkus kecik2 tu, 1 nasik putih, total RM70.00
Pukul 7 malam balik ke hotel park kereta dan berjalan kaki ke Dataran Pahlawan Mall, beli tiket wayang untuk movie pukul 8 malam.
Cite Azura.
Shah Jazzle dengan Neelofa berlakon.
Part yang saya suka cume yg time dorang berlakon kat Paris dgn London je sebab background adalah cantik.
Yang lain-lain no komen, sila lah tonton sendiri.
Yang pasti banyak part cam kelakar and tak logik tapi buat tgk2 santai-santai. ok le tewww.
So pukul 9.45 malam kami pun balik jalan kaki ke hotel, amik keta dan meronda Melaka di malam hari.
Tempat ini sangat cantik.
Dekat area Melaka River Cruise
Tapi kami tidak naik cruise pun. Husbnd dah offer tapi saya taknak.
Sebab rasa macam bosan.
Jujur gila aku.
Lagipun pemandangan kat sini lawa. Baik duduk je tepi ni sambil bermadu kasih.
Hahha bermadu kasih la sangat.
padahal setengah jam je dah habis buat amik gambar.
Lepas isteri tukang snap pic, suami pulak amik giliran
>_<
Kat sini lah kami di sapa oleh seorang abang beca.
Dan kami pun naik la beca dia. Oh abang tu sangat peramah. Die explain semua benda kat Melaka sambil bawak pusing-pusing ke tempat-tempat lama yang..ermmm..menakutkan >_<
Kubu Portugis.
Thanks abang beca amikkan gambar.
Lepas tu dia tanya kami " penah pergi makam hang jebat??"
kami memang lah tak perna pegi.
so, kami pun layankan je la dia.
Sekali dia bawak kami betul-betul ke makam hang jebat , yang mana, dalam bayangan saya, tempat tu mestilah meriah dan terang.
Waktu on the way ke sana , jalan sangat sunyi menaiki beca.
horror.
Dan dia berhenti betul-betul di depan kawasan gelap nak mampos
"ada berani nak masuk?"
saya geleng lajulaju..lajulaju geleng sampai aku rasa nak tertanggal tudung!!
so dia pun jalan semula.
"ok, saya nak bawak kamu berdua ke makam hang kasturi pulak. makam dia pendek je. maksudnye pendek sikit dari makam kawan-kawan die yang lain".
kami dah dupdap dup dap...
ok makam hang kasturi dalam 5 minit menaiki beca, dari makam hang jebat.
sampai kat sana, dia paksa turun pulak tp x mengapa, sebab kebetulan terang sikit kat situ berbanding makam hang jebat tadi.
and memang betul..............makam hang kasturi adalah pendek sahaja.
Lepas masuk dan tengok-tengok kami pun naik semula beca
So balik tu lalu banyak muzium di bangunan asal binaan zaman Belanda dan Portugis.
Sampai kat satu bangunan putih tu.....dia tanya "nak tengok tak tengkorak orang Belanda? inilah muziumnya...." die tunjuk bangunan putih besar gile area Muzium UMno tu..
"besok nanti tengok la sendiri. mesti terkejut".
so esoknye kami pun pergi ke sana sebab nak tengok la tengkorak orang Belanda...masuk-masuk tengok bangunan tu kosong dan menakutkan....tanya pakgad , rupanya muzium tu mmg tak bukak and dah lama x bukak punnnn.
lalalalalaaa..
Abang beca kalau terbaca entry ni, haha..ni bukan terkejut lagi ni bang... ni terkejut beruk namanya ni.hahhahaha
Ambil gambar dengan beca je. Abang beca jadi fotographer.
Happy!!
So besoknya, hari Jumaat..bangun dan breakfast di hotel.
Kemudian jalan-jalan ke muzium.
Kat belakang tu adalah keretapi pertama kat tanah melayu.
Semalam pun abang beca bawak ke sini. Malam lagi takut! sebab jalan ni adalah sunyi!!!!!
Selamat datang ke istana Kesultanan Melaka
Tiket rm2 dewasa, kanak-kanak rm1
Istana
Kat belakang tu ramai patung.
Ia adalah Balairong seri..
Kat tingkat atas ada bilik tidur Sultan. dan barang kemas permaisuri.
Hang Jebat gaduh dengan Hang Tuah.
(kanan tu Hang Jebat)
Motip sangat tiru gaya mcm dalam lukisan belakang tu.
>_<
wiwitttt
pedagang dari Arab
bersama patung yang memakai pakaian tradisional Johor.
lalalaaaa
Lepas tu kami pun gerak ke Muzium depan kubu portugis tu..
Ia Adalah muzium kemerdekaan and banyak info pasal pahlawan2 tanah melayu dan Malaysia
Masuk adalah percuma
Ini adalah kereta chevrolet number plat BE52 milik Tunku Abd Rahman yang dibeli pada tahun 1957 sempena untuk perarakan Kemerdekaan.
Ok mari la pulang ke KL semula!!
ps: i love you
.





45 orang berkata-kata:
hoyooo panjangnye entry, banyaknye gambar..
#bestnye bercuti.. hehe
bestnyer dpat jalan2 ke melaka...linda pun da lame tak pegi melake...last pegi mase tadika...haha,kesian..:)
kak ain, akk beli begtu kat mne? lawa la
walaupun asyik kena scroll ke bawah je, )panjangnya entri dia Jahhh~).
saya tak jemu2 baca and tgk gmbr2 akak dan suami, oppsss, gmbr akak la yang dok tatapkan...hihihi...
pastu last2 gmbr fon tu, hmpir menitis airmata terharu tgk pasangan bahagia ni...sgt2 sweet~~
dan tetibe teringat kisah sal mak akak tak bagi tu, alhamdulillah, kini bahagia milik kamu berdua, mendapat restu emak, dan yang penting mendapat restu daripada ALLAH YANG MAHA ESA...
Syukurlah...
:)
walaupun asyik kena scroll ke bawah je, )panjangnya entri dia Jahhh~).
saya tak jemu2 baca and tgk gmbr2 akak dan suami, oppsss, gmbr akak la yang dok tatapkan...hihihi...
pastu last2 gmbr fon tu, hmpir menitis airmata terharu tgk pasangan bahagia ni...sgt2 sweet~~
dan tetibe teringat kisah sal mak akak tak bagi tu, alhamdulillah, kini bahagia milik kamu berdua, mendapat restu emak, dan yang penting mendapat restu daripada ALLAH YANG MAHA ESA...
Syukurlah...
k.ain,abg beca tu charge bpe hengget? sume tmpt dia nk bwkk..hehe~~
Sukanya dia dapat holiday :)
Alahaiii sweetnya suami istri ni... cik mama tak penah sampai ker melaka, but after read this n3, huiitttt meronta2 nak g tau.. heheheee.... ^_~
and one more, mana ani beli cardigan ituwwww...
comel ar...
melaka best...gambar banyak...k.ain chantek...=)
melaka mmg best.. bandar die bersih je
so sweet=)
ala, akak dtg melaka lambat. kita balik hari khamis :( kalau tak boleh jumpa. huhu
kemain taw berjalan
cantek nye baju biru long cardigan tu..beli kt mne? ;)
kak ain gojes!
ngewwww ngewwww! tak penat scroll down entry kali ni. tgk gambar tu semua,jadi teruja nak terjah Melaka la pulak. eheeee~
kak ain,gambar last tu paling power..power of love!Hihihi :))
melaka ohsem! lama tak pergi melaka. btw cantik semua gambar :)
kalau muzium samudera tu sye pggil kapal busuk sbb dulu sungai melaka bucuk...hehe..
cute larh kak ain ...hehe...especially bila pakai tudung bwal hehe
akak kenapa cantik sangat...hehe...have a blast;)
kk ain, seriusly share ea kat mane kak ain beli beg tue. tak tipu lawa :(
sukanya tengok pic yang last tuh..sweet sungguh ain ngn hubby..suker2..smoga allah tetapkan hati kamu berdua buat selama-lamanya yer..amin ya rabb...
bercuti sakan nampaknye puan ain kita nih :)
nape ain x naik river cruise tu...best tau naik time mlm..pemandangan menarik sepanjang sg tu.....
len kali bole la dtg lg yek ke Melaka bwk family lak...leh kene asam pedas lak...huhuhu...
wow..bestnye kalu dpt jumpe aritu..aduyaii rugi xdpt jmpe retis nie..:)
sekenya holiday......
suke x terkira.......
mudah2 kite pown dapat pergi sane gak...ye hahhahahhahhah
gambar plg last tu paling sweettttt hihi
Bag tu original ker
Ur english very poor..pity u laa
Melaka mmg BEST! Jemput jemput dtg lagi sis! :D
bestnyer jalan2 kat melaka! ;)
k ain, nak tanya..k ain beli kat mana dress grey n cardigan biru tu?cantik..teringin nak beli...;)
k ain, nak tanya...k ain beli kat mana dress grey n cardigan biru..cantik..tingin nak beli...;)
k ain, nak tanya...k ain beli kat mana dress grey n cardigan biru..cantik..tingin nak beli...;)
Ish..Ain ni memang cantiklah.Allah memang Maha Berkuasa :-)
"Anonymous said...
Bag tu original ker
February 13, 2012 7:29 PM"
ape motif awak tny bag tu original ke tak? si ain ni ada brag ke pasal bag dia brp ringgit, brand ape?
-cikwawa-
kak ain beli cardigan kt mana?cantik...
kak ain beli cardigan tu kt mana kak? cntik...
kkaaaakkkk ainnn!!! awat la saya tak teserempak dengan akakk!! waa...saya ada di melaka dekat2 dengan area taman boye..T_T
best nye dapat dating dengan suami..ni yg xsbar nk kwen ni!hehe..
bestnye jalan2!!!! aritu pon kite pegi zoo, tengok buaya besar gila! takot -.-
nurul sangat cantik..
nape tak gtau dtg melaka, kalo tak kita leh belanja kak ain n cik abg makan asm pedas kota laksmana :)
syggggg lain kali dtg melaka inform lah dear..leh kte bwk jln2 ;)
Post a Comment