Khamis, 29 Mac 2012

Umrah 2012

 Syukur alhamdulillah.

Kepada yang pernah terbaca entry saya masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya penah buat wishlist. Antaranya adalah untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci bersama suami.

Syukur Alhamdulillah....termakbul doa saya...doa kami berdua.

8 mac 2012 saya, suami dan keluarga suami berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Kami ke Madinah terlebih dahulu, kemudian baru berangkat ke Mekah.


Mari membuat kempen "biarkan gambar sahaja bercerita" (padahal penulis berasa sedikit penat untuk mentaip-taip.duhhhhh!!)


Yang pasti...Tanah Suci begitu suci. Setiap saat sangat bermakna. Terasa diri dekat dan sangat dekat dengan Allah s.w.t. Setiap air mata yang jatuh bersama doa, sangat berbeza perasaannya.

Sangat rendah dan hinanya diri ini sampaikan terasa puasnya bila dapat melihat Kaabah di depan mata, jika waktu itu juga ditakdirkan nyawa di cabut, betapa bersyukurnya kerana mendapat peluang tersebut terlebih dahulu.

SubhanaAllah...



Masjidil Nabawi

Syukur Alhamdulillah kali pertama datang, dapat buat solat sunat di Raudhah, ketika melawat makam Rasulullah dan para sahabat.
Walaupun begitu sesak dengan orang yang bertolak-tolakan.

Kali kedua ke sana, tak sempat nak solat sunat sebab semua bertolak-tolakan, tapi syukur, dapat berdoa di sana.

:')




 di hotel kami di Madinah, Movenpick.

masa ni baru lepas solat Asar, kami berdua merayap cari jubah dan kebab dan jus mangga kejap.





 Kaknis


 saya dan adik


 cuaca kering di sana. saya pulak malas nak pakai lipbalm.
Akibatnya, bibir menjadi mengelupas teruk jugak pedih2.
:')


 emak mertua yang comel.
heppp heppp mak saya tak posing tau....ni candid , memang kami bertiga tengah tunggu mak habis berdoa.

:')


 di belakang saya adalah Masjidil Haram.

gambar di ambil dari Safwaa Tower

dekat dengan hotel kami di Mekah, Dar El Eiman. Eh ye ke aku eja ni??



Ini saya.
sedang membeli donut sedap.




 NI dalam bas.


 Saya dan encik suami di Masjid Quba'
 Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.



 sambil tunggu driver bus sampai, makan kurma dulu bawah pokok kurma.



 saya, boy, adik, kaknis, ayah



 di Jabal Uhud















psst: alamak, gambar berterabur la..kejap gambar kat Madinah, kejap gambar kat Mekah, pastu gambar kat Madinah balik. sila jangan mara saya. Pergi marah penulis. >_<








Ni kat Jabal Rahmah.

Dikisahkan, di bukit inilah Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. 


 Semoga cinta kami kuat, dunia dan akhirat :')











Pastu dah masuk ke sesi gambar bersama unta pulak.





 Susu fresh dari unta.

Perah kat situ, minum kat situ. Tapi minum pakai botol la, bukan minum direct dari tuttttt

nampak tak mangkuk besar tu?

nampak tak buih buih yang meriah tu.

tu susu unta la tu.

>_<


 boy, macamana boleh rileks siap senyum2 dengan bau unta di belakang tu?

hidung saya tak boleh tahan dah. rasa nak tunggang unta tu lari jauh-jauh dari tempat tu. erkkkk..






Allahuakbar

:')


Semoga diberikan kesihatan, peluang, dan umur yang panjang untuk datang lagi menjadi tetamu Allah.
Amin

:')



ps: waktu kat Masjidil Nabawi, kakak ipar saya ternampak Maria Elena. Tapi masa tu saya tengah mengelamun, tak sedar. Kalau tak boleh bertegur sapa dengan dia.


14 ulasan:

ezzah berkata...

sys, via agensi ape eh? tak jumpe pon kat sna..hehe..sronok kan..hope dapat ke sana lagi insyaAllah :)

Nieza berkata...

Assalam...Alhamdulillah semoga mendapat umrah yg mabrur..insyaAllah. Gambar ni buatkan saya bertambah rindu utk ke tanah suci Mekah lagi:)

Bunny Nur Riena berkata...

subhanallah.. Sungguh bertuahnya dapat menjejakkan kaki ke sana menjadi tetamu Allah..
Ps : Maria Elena pun ada share gak masa dia g Mekah ni..

FiQa berkata...

kak ain, alhamdulillah dpt peluang pegi sana dlm usia yang muda tambah2 bersama "Adam" kamu...alhamdulillah3...saya taktau la bila dpt peluang tu kan...

kak ain, nk tanya, mmg boleh ke amek gmbr kat sane eh??

sebab ade ayah kawan saya, siap kena beli hp biase takde kamera sebab tak dibenarkan bawak dan amek gmbr...

*konfius* camane eh??ni dpt amek kenangan2, alangkah bahagianya kan sis...

:)

WanitaMustanir berkata...

Doakan kami juga ya kak ain utk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, insyaAllah.. amiin..

ieta berkata...

alhamdulillah.bila giliran saya pula..sedih dan sayu tgk gambar gambar awak yang chumell di sana..

mimie.. berkata...

sangattt tenang melihat gambar kak ain ni ^_^
teringin sangat saya nak ke sana jugak..insyaAllah satu hari nanti..amin~~

lagi satu..saya teringin sangat nak bjumpa atau terserempak dengan kak ain...sebab kak ain comeiiii! ^_^

Pieh Rizfie berkata...

cumenye cantik2 tau..kite suke...

Cik mama berkata...

Alhamdulillah tercapai juga dgn izin Allah.. s'moga dberkati yerr cik ain.. heheh

| NURUASHIA | berkata...

wawhhh sgtt best dpt g umrah bersama suami kn3..hehehe..
smoga sys berkekalan dan bhagia dunia dan akhirat :)
ameen :)

TheGreatestMom!!! berkata...

Sesungguhnya saya juga rindu untuk kembali ke sana... Damai yang tidak boleh dapat di mana-mana melaikan di sana...

Knessa berkata...

Alhamdulillah :)
Suka tengok muka akak without make up. bersih!

tak sabar nak pergi umrah bulan 5 ni :)

NadyaBubble berkata...

Subhanallah :)

cikdamia sahaja. berkata...

kak ain dh kurus laaa . best yer dapat g umrah .