Rabu, 27 Jun 2012

DRAFT

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi...


.....................................................................................

Hari ini sudah 13 June 2012...bermaksud kandungan saya berusia 20 minggu iaitu 5 bulan. Syukur YaAllah...

Bangun pagi rasa sebak (tetibe je kau ni?). Kebetulan pula malam tadi tidak boleh tidur dengan nyenyak (tido tidak sedarkan diri adalah kebiasaan). Perut rasa tidak selesa. Ketat semacam.

Pagi ini suami pula berangkat ke Sabah, outstation. Nasib baik 2 hari sahaja. Kalau 2 hari dan ke atas, memang kena bawa saya sekali dalam beg. Bukan saya je, siap baby pun kena paksa masuk dalam beg pakaian suami. Haha.

Di ambang kehamilan 5 bulan ni, i feel great. Jalan dengan perut sampai depan dulu, memang satu kepuasan pelik aku. Haha.

Sudah tidak boleh baring sana sini macam selalu. Kena baring atas sofa atau katil. Tak feel okay bila tengok TV  tapi tidak dapat berbaring di depan sekali macamlah ada orang nak berebut tempat dengan kau. OK FINEEEEE.. Kerana bila nak bangun je, pasti sakit rasa tulang belakang. Rasa seperti sudah tua sebelum usia. Masa itu, pahamla si mak budak ni, bahawa kalsium ku telah di ambil sedikit oleh anak sendiri. Tak apa, anak... Untukmu..jangan kata kalsium, segala jenis macam zat pun dipersilakan ambil, dan semoga menjadi bayi yang sihat dan kuat. Ya? (kelip-kelip mata)

Cuma, sejak morning sickness sudah pergi, pitam-pitam pula datang ke mari. Terima dengan redha. Redha itu indah.

Semalam monthly check up seperti selalu di Pusat Perubatan Naluri. Sudah masuk 5 bulan, sepatutnya sudah  boleh tahu jantina baby. Al kisahnya, anak Ummi sangat aktif. Last week punya penangan berpusing-pusing, berswimming-swimming dalam perut, semalam bila dokter Kay scan, dia sudah tersongsang daaaaaa.....Kepala di atas dan punggung di bawah. Maka tidak boleh confirm lagi gender baby. Haha.. Hebat betul anak Ummi ni pusing. Nak jadi ahli gymnasium letewwww.

Oh by the way, (ewah banyak pulak yang hendak diceritakan!!), sejak semalam, sambil berbaring-baring melayan anak yang gemar berpusing, saya buat survey sedikit mengenai klinik atau hospital yang menyediakan perkhidmatan 3D/4D scan. Namun masih belum decide nak scan di mana..kerana tunggu 28 weeks ke atas baru sesuai buat 3D/4D scan kerana pada masa itu, insyaAllah baby telah gebu.









16 June 2012

Sabtu. Dari pagi sudah terbayang wajah buah limau barli di setiap ruang fikiran. Tapi diamkan dahulu. Mungkin itu hanya khayalan.
Start lepas maghrib je, tekak meronta-ronta nak jugak. Berdesup ke pasar malam Taman Melawati. Pusing 2 hingga 3 kali, tak jumpa jugak buah bulat hijau yang besar tu.
Balik rumah sambil hampa. Telan airliur banyak kali. Sekarang sudah paham apa erti teringin? huwaaaa
Pukul 11.30 malam, berdua dengan suami ke pasar Chow Kit. Jujurnya, saya tak pernah tahu pun ada pasar macam itu, di tempat macam itu.

Jalan slow-slow disepanjang deretan kedai buah..akhirnya nampak buah limau barli digantung sempurna dari jauh. Ya ALLAH, rasa nak terkam je siap tanduk-tanduk pakai kepala kat limau gantung-gantung tu. Bhaha. (KAN TENGAH EURO NI)

Beli sebijik je sebab anak je nak makan (wahh Ummi nya taknak mengaku lagi padahal dia yang nak makannnn).

Sambil makcik jual tu bukakkan kulit limau barli, die cakap : "Biasa susah nak dapat buah ni dik...ni pun baru sampai semalam...gerai lain takde jual lagi limau barli, memang rezeki baby la ni"

Aku dah "aikkkkk" dalam hati....Mana dia tahu baby nak makan limau barli ni??? Heeeee (perut dah buncit, buat-buat muka suci pulak aku kat tepi tu) Bhahahaha

Suami? Hanya senyum comel je kat sebelah saya.

Baby? Tendang perut Ummi 80 kali tanda teruja dapat limau barli!!!






Betul kata orang, benda yang bila kita carik, pasti tak jumpa atau susah nak dapat. Tapi bila tak di carik, bersepah je depan mata.... Saya setuju dan akui kesahihannya...Lebih-lebih lagi dalam bab mengidam ni (sambil kunyah limau barli sorang-sorang tak offer kat orang lain pon) >_<
.........................................................................................................................................................










INI ENTRY YANG TERSEMBUNYI DALAM DRAFT SEJAK TEMPOH HARI.









65 ulasan:

Harukichi Shiraishi berkata...

Congrats Nurul..take care for u & baby,Semoa dipermudahkan..:)

hanisht berkata...

congratulations kak ain..hihi bertambah comel la kak ain nanti..jge dri ye..

Cik Jajika berkata...

Tahniah akak...hehe... Ari tu nampak akak kat Wangsa Walk perut buncit. Tak berani nak tegur. Rupanya betul.

Ingatkan nak komen kat entry sebelum ni pasal make up tu. Akak sejak pregnant suka melawa? Suka make up? Kalau betul, rasanya anak akak ni baby boy.. Sebab kata orang tua-tualah.. =)

Menahumairaa Mahmud berkata...

waaa tahniah dear... moga pasni mena plak ikot jejak... amin!

ucupiza berkata...

Tahniah sis nurul..

Menahumairaa Mahmud berkata...

tahniah dear... moga pasnie mena berjangkit plak hehe...

iietamalek berkata...

congrates dear..

Riena Haiqal berkata...

tahniah Nurul.. dah 5 bulan rupanya yer.. jaga kesihatan diri dan baby k.. :) semoga kedua2nya sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah.. :)

hazanis berkata...

mesti comel kan bakal anak kak ain,..:)

Cik Tqah berkata...

congrats.. comel gile perut.. rase nk join club cpt2 plak nnt..hahaha

cik dyla berkata...

tahniah aka...comel sgt!! >.<

~kiinaa~ berkata...

alhamdulillah, rezeki Allah beri. may ALLAH protects u and the baby :)

PutriesNoora berkata...

congrats dear!!doakan kita jugak ye...=)

AmirahSM berkata...

alahai, kecik je kak ain niiii.. comel perut tu, heee..nanti anak mesti gebuss n cntik cm kak ain, tahniah.. mga selamat semuanya. ;)

IDA MANSOR / IENA MANSOR berkata...

wah alhamdullilah dh cukup 5 bulan, insyallah baby akan lahir dgn sihat walafiat serta ibunya sihat dan kuat pas bersalin nanti..huhu nmpk cm sedap plak limau barli tu!! eeei..apa ni mkn x ajk! >_<

{ finieViolet} berkata...

Tahniah... diam2 rupanya berisi.. :)

Nurul Akmal berkata...

Tahniah.. coeml jer tgk perut tu.. x sabo nak tgk baby ain.. mesti comel..

Take care, moga semuanya berjalan dgn lancar.. AMin..

NuR IzZaTi berkata...

tahniah sis! jaga diri yer ^__^

✿ pink velvet ✿ berkata...

wahhh~ congrats dear.. mesti baby comei mcm parents die nnt.. x sabar nak tunggu.. semoga d'permudahkan segalanya :)

NF berkata...

congrats sis :) comel hihi

♥ dak pink berkata...

Dah agak dah awak prengnant sebab entri-entri sebelum ni asyik nak makan saja. Tapi takut nak tegur sebab haritu kan awak baru lepas misscarriage.

Apapun, semoga selamat semuanya ye. Amin.

Tengok gambar & perut tu macam baby boy je. =)

AyaZuki Is Cullen berkata...

take care kak ainnnn.jaga perut comel baik2..hehe (^_^)v

syamimi fatin berkata...

waa kak ain dh pregnant, comel je perut tu... congrats kak ain! :D

drzira berkata...

tahniah kak ain !!!

Biey berkata...

tahniah ain..bila due ni?

farhana berkata...

tumpang gembira wat kak ain =)

LiNda berkata...

tahniah ain! sukenye! take cre, jage dri leklok ye..:)

baby lydia berkata...

tahniass ain..jga bby tue baik2..salam knal n follower u sini ya.

l.i.t.t.l.e g.i.r.l berkata...

Ain! Awak memang tiap2 bulan check up kat pusat perubatan maluri tu eh? dekat wangsa maju kan? ok x servis dorang? kt ngan awak sama dah 20minggu :)) congrtz!

if nak scan 3d/4d ada satu clinic gynae ni memang buat. dekat taman melati. and doctor dia sgt islamic and baek.

Aida Jelita berkata...

gelak-gelak je bila baca entry ni hahah NICE!! Jaga baby baik-baik tau sayang baby

mira maisara berkata...

wah.. nmpak cam lazat je limau tuh.. uhh uhhh.. jage diri kak ain :D

ita citot berkata...

tahniah! and take care (^_^)

princess_shida berkata...

awwww~ comeeellll..tahniaaahhh sgtt3! en.husband msti happy giler kan3?hahahah..comeeeellll.....jge bby elok2.....

Syarafina Zaini berkata...

tahniah kak ain!! semoga dua2, ibu ngan anak sihat walafiat.. :)

cik najihah berkata...

tahniah kak nurul :)

laskar pelangi berkata...

Alololo.Comelnya kak ain.Terserlah kecomelan dalam setiap ayat. Heee;)
Semoga Ummi dan baby sihatsihat je:)

abby berkata...

congrats ain and hubby! enjoy your pregnancy, jgn stress2 ye..
owh, nanti bila perut dah makin besar, cuba buat macam ni: berdiri tegak dan cuba lihat jari2 kaki; hehe..nampak tak?

biskut chipmore berkata...

wah..tahniah.. semoga kandungan & ibunya sihat sentiasa

just sassy berkata...

kak ain..dh lama x ngusha blog akk ni...bkk2 je akk da 5 bulan...cm kejap je kan...x sngke..:D makin berseri ibu hamil ni..lawa... :D

just sassy berkata...

congratz akk :D

ReD berkata...

kak ain pregnant pun maintain kecik je kan. comel gilerr!!! baby pun msti comel mcm umi dia. harap2 semua selamat & dpermudahkn. amiin :)

aDyLLa OmaR berkata...

tahniah kakak!

take care! semoga ummi baby dan baby sentiasa sihat sejhatera hendakya!

nanakimie berkata...

congrats sis:) lama xsinggah sini,hee...

FiQa berkata...

As salamualaikum ummi Ain...tak sangka, masa sy dok gurau2 sal baby, kamu dah pregnant rupanya le time tu, hehe, tahniah ummi Ain...tumpang gembira sangat2 kak, patut la gambar asyik muka je, selalu mesti ade jgk sekeping dua gmbr penuh, keh3... alhamdulillah, rezeki ALLAH SW.T..., jaga diri dan kandungan Ummi ain, jgn buas2 sgt even tgk patung hello kitty besar gedabak depan mata, ahaha..opss, terpanjang sudaaa~ take care again! :) ♥

FiQa berkata...

tahniah UMMI Ain, hehhe...

jaga diri, jaga baby, patut la syik nak makan je ye... haha...

:)

Taty Hasbi berkata...

yeeaayy...suda pregnant!!Tahniah.Smoga baby dlm kndungan slamt,dan kak ain sihat walafiat..insyaAllah..amin..

Asz Miza berkata...

Congrats Ain. Klo nak wat scan 3D 4D boleh start 24W lagi. :) Kalau nak tau gender sila la wat detail scan. Insyaallah nampak. :)

vanilla berkata...

tahniah ain..take a good care of urself ye =)

muncitzzz =) berkata...

tahniah....jaga diri baik2 taw..=)

Aeen berkata...

congrats ain...kandungan kite beza sebulan je..hehe..

Ieka Luvika berkata...

congrats kak ain! jaga diri ok :)

ehee baju kite same la :p

LittleGurl berkata...

wahhhh perut comel!!!!!!!!!!

take care kakak syg! :))

Zaira Fadzil berkata...

Tahniah!!! hehe. Naik seri ibu mengandung. ;)

________________________________________________
http://zairafadzil.blogspot.in/

shidaidris berkata...

congrats sayang, amboiihh panggil sayang. mesti anak ain comel macam ain kan....auwww, x sabar nak tengok.

doakan ain selamat bersalin normal dan baby sihat

Nessa Sierra berkata...

finallyyyyyy

kak ain dpat baby!! mesti comey mcam kak ain! yay...Tahniah sis!

mama aleen berkata...

tahniah cayang.. take care

NurNa iZaT berkata...

kak ain~
lame dah xbace entry kak ain taw..
sob3..nuna nak ucap congrate sbb baby dah ade..hehe..ase excited sgt bg pihak kak ain..

Mrs. Izzat Nazrin berkata...

congratz!!

Ardini Humaira berkata...

tahniah yunk! dni lak dah nak masuk 8m tak lama lagi. berdebar nak tunggu saat bersalin nih haaa camno la rasanya :D me punya baby boy!

Tanpa Nama berkata...

tahniah ain..semoga mendapat baby yang sihat dan comel..

BabyIntan com berkata...

Alhamdulillah, TAHNIAH Ain! Kak Intan doakan agar Ain dan baby dlm kandungan sihat2 belaka dan moga semuanya dipermudahkan oleh-NYA...ameen :)

BTW comel sangat ibu mengandung sorang nie ;)

pinoc berkata...

waaahhhhh!!!!! kak ain yang cun dan comel ni dah mengandung lah.. makin comel la kak ain nnti... tahniah!!

izara berkata...

alhamdulillah....^^

NadyaBubble berkata...

Congrats :D

efa nur berkata...

tahniah dear :)