Rabu, 6 Jun 2012

Episod Terjah: Daily skincare

 Ini sambungan dari ENTRY INI.

Entry ini wujud bukan sebab dikenakan bayaran baru nak ditayangkan. Haha. Ni sebab memenuhi permintaan para pembaca blog yang rajin bertanya produk apa yang saya pakai.








Secara harian, tiga benda ini sahaja yang saya pakai.

Pencuci muka, toner dan serum.




Facial wash dari rizreni.
35ml bermaksud kecik
tapi jimat pakai sebab picit sedikit sahaja, buih keluar mencurah-curah.
Satu bilik air boleh jadi wangi.
Sekarang pembaca mula hairan, ini pencuci muka ke, pencuci tandas.
Bhahaha
Maksudnye, buih banyak, tak usah picit banyak-banyaklaaaa.
Hish aku cepuk kang.
*tetibe*

Jimat tak jimatlah, 35ml ni saya share dengan suami sekali tau. Haaa..romantik kan.
*tetibe lagi*



Langkah kedua, toner.
Warna pink memang kebanggaan saya.
Botol pink, cecair toner tu pun warna pink.
Dab dab kapas kat muka, nampak comel sedikit dari semalam.
(KEMAINNNN)



 Langkah ke 3, Serum
Saya pakai Olay Intensive Brightening Serum
Ini langkah berjaga-jaga, iaitu kalau rajin pasti akan pakai. 
Jika tidak rajin, cukuplah hanya melakukan langkah 1 dan 2 kemudian menyanyi riang.
Serum ini nampaknya sesuai dengan muka saya.
Lagipun ia tidak berminyak.


Saya tidak pakai krim siang atau malam mahupun krim petang.


Pagi dan malam saya lakukan 3 langkah di atas.

Kerana saya pemalas nak pakai banyak sangat krim kat muka.

>_<







Ini termasuk dalam langkah terakhir iaitu sebelum masuk tidur, saya akan sapu muka pakai facial wipes ini.
Kerana, kadangkala, saya rasa mencuci muka sahaja tidak cukup.
Sebelum tido pastikan muka bebas dari kekotoran.








Lepas dah buat langkah 1 ,2, 3.....pakai bedak dan keluar berjalan-jalan.

Lalalalaaaaaa




.
ps: saya bukan beauty consultant......saya hanya share produk yang saya pakai. malah, saya tidak menjual produk-produk tersebut.  ^_^




16 ulasan:

biskut chipmore berkata...

kamu sangat cantik..

saharinasaharudin berkata...

cantiknyaaa kak ain :D katna nak beli skincare rizreni tu? :)

hazanis berkata...

ptt la kulit akak cantik..=)

ieqa berkata...

Mahal tak produk tu?
How much ek?
And where to buy?

pAri-ParI tErbAng tiNgGi berkata...

:)

PutriesNoora berkata...

cantiknya..lalalala jugak!hehehe

NadyaBubble berkata...

Okay tak produk rizreni tu ?

FiQa berkata...

ai cik kak...

cik kak beli kat mane produk2 name Rez Reni tu???

*jakun* sebab takpenah dgr sis~

sob3

Sh@ S@peri berkata...

kat mana nak beli produk rizreni tu?

hana berkata...

cantik nye kak ain..
=D

Tanpa Nama berkata...

salam ain......kalau ain guna produk ini.....bis cosmoderm?? dah tk pakai lgi ke?

alia zainol berkata...

serum tu untuk apa sebenarnya ?

darwina berkata...

beli kat mana rizreni tu?
cosmoderm dh x pakai ke?

eKiN LiA sArA berkata...

hye kak ain..santeknye kamuuuu..kagumlah tgok kak ain...

Mana nak beli product rizreni tu??

nk try la mane tau serasi bole santek-santek macam kak ain..hehehe

Ardini Humaira berkata...

wow.. nanti nak cuba cari produk tu. sama la kita yunk.. suka try segala produk haha

nurfarahin ekhsan berkata...

kak follow la kite