Khamis, 26 Julai 2012

Indahnya Mekah...semoga masih ada peluang menjadi tetamu Allah

 Dalam Masjidil Haram
:')




 Kaabah yang paling indah
:')






Tempoh hari, ketika berada di Masjid As-Sobirin AU5 untuk menunaikan solat Tarawih, saya teringat balik memori berada di Tanah Suci.

Saya rindukan suasana di sana. Saya rindukan Kaabah. Saya rindukan Masjidil Haram.

:')






Malam terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia, saya dan suami berhajat untuk berdoa di Hijir Ismail.

Hijir Ismail adalah antara salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa.


 Untuk lebih jelas mari kita lihat di dalam gambar di atas.
Hijir Ismail ialah lengkungan separa bulat yang terletak di utara kaabah.
(kat gambar atas ni, Hijir ismail ialah tempat yang dikosongkan tu)



Dan memang kawasan tersebut akan jadi terlalu sesak.


Nekad saya dan suami untuk ke sana dan berdoa.
Walaupun pada mulanya saya agak takut, sebab bila dah keadaan sesak mcm tu, kalau terjatuh mungkin akan dirempuh. nauzubillah..
Memandangkan saya pula baru pregnant sebulan lebih, maka memang kena berhati-hati supaya tidak terjatuh ketika berhimpit.


Suami terpaksa berjalan depan saya dahulu untuk "membuka" ruang untuk saya berjalan.
Tangan kanan saya memegang lengan baju dia, tangan kiri saya menyusap perut (baby) sambil mata tepat memandang ke kaabah yang semakin dekat.


Jalan perlahan-lahan, sedikit terhoyong hayang akibat ditolak.

Tapi suami di depan saya tetap membuka ruang untuk ke sana.

Dan alhamdulillah, saya dan suami akhirnya berada di dalam kawasan Hijir Ismail.

:')

:')

:')

:')

Niat di hati nak buat solat sunat di situ, tetapi saya terlihat ada beberapa makcik arab tu yang sedang bersolat disitu kena pijak2 dengan orang, saya pun jadi tak berani.


Kami cepat-cepat berdoa sebelum di tolak keluar sebab keadaan dalam tu sangat padat. 
Walaupun terlalu padat, syukur alhamdulillah kerana Allah permudahkan untuk kami suami isteri berada di tempat itu.

:')


Berjalan keluar dari Hijir Ismail.

Kena tolak dengan kuat oleh orang sekeliling.

Tangan saya hampir terlepas dari lengan baju suami. Tapi syukur alhamdulillah kami tak terpisah.
:')








Perlahan-lahan mendekati Kaabah. 
SubhanaAllah...

Maha suci Allah.
Begitu indahnya tempat suci ini.

Betapa saya rasakan bagai mimpi dapat berada di situ.
Bersama mereka yang paling saya cintai.
Terutamanya suami saya.

Dan paling bertuah sekali, baby dalam perut ni...kerana menunaikan umrah bersama-sama dengan saya. Tawaf dan Saie dengan saya.
Syukur alhamdulillah. Rezeki dia.
Dan alhamdulillah juga Ramadhan kali ni dia sama-sama berpuasa dan solat Terawih dengan Ummi dia.
Semoga menjadi anak yang soleh/solehah ye anak Ummi.




Dannn
Sepanjang di sana juga, saya selalu teringatkan kandungan lama saya. 
Ada masa memang tak mampu nak tahan airmata.
Walaupun tak sempat bertemu dia, tapi saya tetap rindu.
:'(






Semoga kita semua diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi tetamu Allah.
Harap dapat ke sana lagi.
InsyaAllah.




ps: Selamat Menyambut Ramadhan kawan-kawan. Salah satu keunikan Ramadhan adalah solat Tarawih. Ini adalah antara amalan yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan takde dalam bulan-lain. Jadi marilah kita merebut peluang ini untuk memperbanyakkan amalan kita. Mudah-mudahan diberkati dan diterima Allah. InsyaAllah.







18 ulasan:

Taty Hasbi berkata...

sebak pulak rasa bla bca entry ni...ntah nape...BTW, slmt brpuasa kak ain...

Nurul Akmal berkata...

Ya Allah Syahdunya baca.. Tahniah Ain & husband dah sampai tempat yang paling teringin sy nak pergi..

Take care.. jage baby elok2, x sabar nak tgk muka baby.. mesti comel macam Umi dia.. InsyaAllah.. Amin..

Jannah berkata...

semoga Allah memelihara kandungan kak kali ni..Insya Allah=)

nabila azmi berkata...

slm rmdhn kak ain=)

Mass berkata...

Alhamdulillah...bertuah dapat ke rumah ALLAH :)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ-a-n-n-a-b-e-l-l-a-h-a-n-iƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ berkata...

wahhh..kak ain dah pregnant?
TAHNIAH !!
semoga kak akin,suami dan baby sentiasa selamat :')

ReD berkata...

sebak terasa bila baca pengalaman kak ain di sana.. barakallahulakuma..

Soo Hae Daa berkata...

Teringin juga ke sana...Alhamdulillah ain dh pnah smpai..selamat mnambah amal dibulan mulia ini

Tanpa Nama berkata...

tahniah ain.pregnant lg =)
rezeki ALLAH utk kamu..
semoga kamu n kandungan kamu slamat hingga ke akhirnya..amin.

eika_jps berkata...

mummyazroi teringin gak nak menjejakkan kaki di tanah suci mekah......insyallah klu dah mencukupi...untuk pertanyaan kat makan ain beli jubah tu.....tergoda la plak....

miSz zieLa rash berkata...

Alhamdulillah..syukur.
sesak mcm mane pon bila Allah beri kte ruang akan ade jalan utk sampai sana dengan lindunganNya sbb Allah selalu bersama-sama dgn kte.. Insyaallah =)

mama aleen berkata...

ain buat akak nangis :(

biskut chipmore berkata...

tengok gbr akak ain kat sana, teringinnya ke sana

shera haifa berkata...

moga stautu hari nanti sy juga dapat ke sana.. InsyAllah..:)

Uncle Hussain's Dotter berkata...

:'( baca sambil menangis dlm hati. subhanallah, hati rse meronta2 ingin ke sana juga.

athieyrah fauzi berkata...

nice entry.. love mekah too
BW http://sencilloamor.blogspot.com/

ibu chiqamie berkata...

alhamdulillah....rindu jgk nk ke sane :-)) neway slmt b'puasa ummi ain...........

IDA MANSOR / IENA MANSOR berkata...

teringinnya nk kesana :")