Salam semua pengguna dan peminat produk Cosmoderm, alhamdulillah contest Sunny Shopaholic yang lepas telah berlalu.
Oleh kerana mendapat sambutan yang hangat sampai ramai sangat berebut nak menang BESAR lagi, maka, kami nak beritahu ni...
COSMODERM ADA CONTEST TERBARU SEKARANGGGG!!
yahuuu lajulaju.
Contest kali ni masih lagi mengenai Sunblock COSMODERM, tapi kali ini, hadiah lebih menarik.
(eh jap, nampak tak kat banner atas tu, wajah Duta baru COSMODERM, Puan Elya yang cantik gebusss)
So, contest terbaru berjudul
Pertandingan Rebut Duit Raya dari Cosmoderm
HADIAH MENARIK!!
Hadiah Pertama: Duit Raya bernilai RM 1000
Hadiah Kedua: Duit Raya bernilai RM 700
Hadiah Ketiga: Duit Raya bernilai RM 500
10 Pemenang Saguhati: Produk Cosmoderm Bernilai RM100
Sempena raya tahun ini, alangkah berserinya jika dipagi raya wajah kita berseri-seri sambil makan lemang, makan dodol, terdengar pula perbualan jiran sebelah rumah yang memuji muka flawless kita kerana memakai Sunscreen Cosmoderm.
Lebih berseri jika kita pula yang menang pertandingan ini, duit raya berganda-ganda pula dalam dompet, raya ketiga masih boleh pergi shopping complex, beli baju raya lagi. Eh tak apa. tak over pun macam tu. Ok apa. Bhahahha
Lagipun, sedar tak sedar, nak dekat raya ni, korang mesti nak selalu pergi open house rumah rakan, saudara mara. Mestilah open house akan diadakan pada siang hari. Sambil nak berkumpul 5-6 kereta, makan masa yang lama, terdedah pulak kepada cahaya matahari, baru beraya 2 rumah rakan, muka sudah sunburn. Berasap-asap pula muka macam satay Pak Ali. Siapa Pak Ali? ENTAH AKU MANA TAHU.
So girlsssssss (atau guysss juga), betapa pentingnya perlindungan tabir suria untuk aktiviti harian kita, terutama sekali aktiviti yang terdedah kepada cahaya matahari.
Sesiapa yang belum pernah mencuba Cosmoderm Sunscreen, boleh la berbuat sedemikian sekarang sebelum muka sunburn. Sebab Sunscreen Cosmoderm bukan sahaja bertindak sebagai sunblock, tapi juga sebagai foundation. Giteww. Muka flawless terlindung je. BARULAH JADI PUTERI LILIN YOUUUUU.
Sesiapa yang memang telah menggunakan Cosmoderm Sunscreen, haruslah masuk pertandingan REBUT DUIT RAYA ni tau sebabbbbbbb sambil mendapatkan wajah idaman, sambil menang duit raya. Siapa tahu mungkin rezeki anda menang besar! (ewah ayat sangat menggoda tak??)
Cara-cara Penyertaan:
1. Beli Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair Cosmoderm SPF35 PA+++ di Guardian, Vitacare, farmasi-farmasi persendirian atau membuat pembelian secara online di www.mycosmoderm.com. Sila Layari website Cosmoderm untuk keterangan lanjut dan lokasi farmasi berdekatan anda.
2. Ambil gambar SEBELUM dan SELEPAS memakai Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair Cosmoderm.
3. Lengkapkan slogan “Saya sayang Cosmoderm kerana………” (tidak melebihi 30 patah perkataan)
Hantarkan gambar sebelum dan selepas + slogan +gambar resit pembelian +nama +no. tel + alamat ke wajahcosmoderm@gmail.com*Dengan setiap pembelian Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair, pihak Cosmoderm akan menderma RM1 kepada Tabung Hari Raya Projek Mentari, di Sunway Selangor.
Okeh uolsss, ni ada sedikit info berkaitan dengan Pertandingan Rebut Duit Raya yang uolss semua perlu tahu ye:
Kriteria untuk memenangi Pertandingan Rebut Duit Raya dari Cosmoderm:
1. Gambar haruslah asli dan tidak boleh diubahsuai dengan sebarang perisian. (ex: Photoshop, Illustrator, Instagram dan lain-lain)
2. Perbezaan gambar SEBELUM dan SELEPAS yang ketara
3. Slogan yang paling kreatif
4. Solekan asas sahaja dibenarkan. Selapis saja ya..
5. Gambar “Selepas” mestilah memegang Tabir Suria dan Bedak Asas Cecair Cosmoderm
Hantar sebelum 5 Ogos 2012 Ahad (23:59) untuk menang!
Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd, Owi Lab Sdn Bhd, agensi pengiklanan dan ahli keluarga terdekat.
2. Penyertaan haruslah disertakan dengan resit asal pembelian yang sah. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
3. 1 Julai 2012 Ahad (00:00) hingga 5 Ogos 2012 Ahad(23:59)
4. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon.
5. Vanity Cosmeceutical Sdn Bhd mempunyai hak untuk tidak memuat naik gambar yang merosakkan imej jenama.
6. Vanity Cosmecuetical Sdn Bhd berhak mengikut budi bicara sendiri untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama atau lebih.
7. Melanggar syarat dan peraturan boleh menyebabkan hilang kelayakan dalam Peraduan ini. Pemenang gantian dari senarai simpanan akan diberikan hadiah.
8. Vanity Cosmecuetical Sdn Bhd berhak untuk meminda syarat-syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa notis kepada mana-mana pihak
9. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk dengan Terma dan Syarat ini dan keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
10. Penerima hadiah memberi kebenaran kepada Vanity Cosmecuetical Sdn Bhd untuk menggunakan gambar pemenang, atau nama, atau butir-butir lain untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan promosi atau sebaliknya tanpa pampasan dan pemberitahuan dan kebenaran dari pemenang.
11. Vanity Cosmecuetical Sdn Bhd, pekerja, promoter, penganjur program tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa kecederaan yang mungkin yang dialami oleh peserta atau oleh mana-mana orang berkaitan dengan Peraduan.
12. Semua pemenang bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang mungkin timbul daripada mengambil bahagian dalam Peraduan atau penggunaan atau penebusan mana-mana hadiah.
13. Semua butir-butir penyertaan dan tuntutan hadiah dalam Peraduan ini yang mungkin diletakkan dalam bahan promosi, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat
sebarang pertanyaan produk atau ketidakfahaman pasal entry ni merepek sangat ke (huwaa sampai hati!!) atau APA JUGA SOALAN BERKENAAN COSMODERM, bolehlah terus email saya di
PS: JANGAN KELUAR RUMAH TANPA SUNSCREEN COSMODERM


2 ulasan:
tak pernah cuba tapi mcm best je. huhu
x pernah try lagi produk nih.. :)
Catat Ulasan