Rabu, 15 Ogos 2012

Khasiat Buah Delima untuk Ibu Mengandung


Alhamdulillah. Syukur hari ini genap lah minggu ke 29 saya pregnant.

Betul kata orang, masa trimester pertama, rasa lambat masa berlalu. Masuk trimester kedua dah rasa cepat pulak masa. Tau-tau je dah trimester ketigaaaa..alhamdulillah...

Saya pasti ramai yang dah tahu khasiat buah delima kan?  Terutama sekali khasiat untuk wanita mengandung. Ni info yang saya dapat dari dalam internet.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

sumber mamashealth






Ok ni ada lagi info:


KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous


Sejak saya pregnant 5 bulan lagi saya teringin nak makan delima. Sampaikan google cara nak makan buah delima sebab rasa tak percaya kena makan sebijik-sebijik sampai penat mcm tu.

Lepas makan 3 biji buah delima secara manual, saya terus bernekad untuk carik jugak jus buah delima. Senang je kalau dapat minum terus.

Cari punya cari, minggu lepas baru terjumpa jus buah delima kat kedai pak arab kat Bandar baru Uda. Kedai dia depan masjid je. Tu pun terjumpa masa jalan-jalan kat bazaar Ramadhan masa balik JB aritu.




 Yay dah jumpa!
RM7.00 sekotak
Saya beli satu dulu sebab nak test rasa dia bagaimanakah.
Kang dah terbeli banyak-banyak, takut tekak tak dapat terima pula.

Alhamdulillah rasa dia sedap
Rasa macam ribena tapi lagi masammmmm.
(Ye la, makan buah delima secara manual tak rasa sangat jus dia sebab kecil-kecil nak kunyah. Tak puas .haha)

Dan sekarang macam rutin pulak kena minum air delima ni.
Masa sahur and berbuka pasti akan minum.
Yummeh tauuu
Letak ais banyak-banyak....
HEAVEN!





 OH yang ni pun saya beli sekali kat kedai pak Arab tu.
Sebab macam dah bertahun je tak jumpa air Tang ni.
Beli pun bukan sebab nak bancuh buat air.
Saya dan suami rupanya ada tabiat zaman dulu yang sama.
Iaitu makan serbuk Tang ni begitu saja.
>_<
Sebotol ni rm18.00






ps: rajin minum delima mana tahu bibir baby merah bak delima. Auwww kemainnn.. 





...................................................




Tahun ni tak ada langsung entry preparation nak beraya kan?

Haha.

Tahun ni beraya secara ala kadar saja.

Baju pun beli untuk raya pertama je. Tu pun akan dipakai beberapa jam. Tak sempat kena peluh pun agaknya baju raya nanti. Hehe

Yang pasti, walaupun beraya beberapa jam sahaja di JB nanti, saya tetap happy sebab dapat beraya dengan keluarga sendiri tahun ni.

Yay!!


Lepas tu rushing pulang ke KL dan amik beg dan terus berlari ke airport.
Semuanya pada hari raya pertama nanti.










^__^


.

18 ulasan:

Sweet Emotion berkata...

owh.. kedai pak arab yg ada jual nasi arab + kebab tu ya ain?? gerai dea je yg berderet kat situ.. kalo yg setentang tu mmg dari remaja sampai ke selera rahmat kan?? situ ada jual?? tak perasan pulak.. hihi.. wah! raya 1 sudah pegi bercuti ya.. Selamat hari raya ain!~

nurul berkata...

ha a yang.kat situ....depan tu die jual nasi arab and kebab skali......hehehhe selamat hari raya kesayangan

Sweet Emotion berkata...

sedap ya jus delima?? tak pernah test pula.. mmg kalo makan delima sejibik2 tu jenuh kunyah kan yang?? hahaha

nurul berkata...

sedap yangg..ehehe..rasa die masammmm.....betul.kalau nak mkn sbijik2 tu alahai , boleh cramp mulut.hahha

cikwahidaidris berkata...

waaa. kak ain nak pi mane tuu?

Tanpa Nama berkata...

nga pregnant jgk..br 5 bln.dlu hubby ad suh mkn buah delima..tp mkn sbijik2 kecik2 tu mmg..arghh!sgh mmbosankan.tp tgk kak ain minum jus..tros tringin jugak nk minum =))

Boo berkata...

Assalamualaikum kak ain...
taniah sebab dah mengandung..sheila da lama tak jenguk sini. adalah 3 bulan. hee. jaga diri bebaik tau mummy to be. selamat hari raya in advance buat kak ain, suami, bakal anak dan keluarga :)

Cik Asma BLuppy berkata...

selamat hari raya akak...

jaga kesihatan ye mommy to be...:)

Super Semangat berkata...

Salam ain..kalau ain cari kat bahagian jus kat giant/tesco/hypermarket ada je jus delima/pomegranate. Biasa brand peel fresh atau fruit tree.

FiQa berkata...

Kakak comel!!!


selamat ari raya maaf zahir dan batin...

dah lame tak drop komen kat fb atau blog kakak ain.. :'(


sibuk sis sibuk..kehkeh...

apepun, semoga gembira di hari raya ye, jaga diri, jaga baby...

eh3, nak p mane tuuuuu????

syoklaaa

Jen Jen Izaicun berkata...

selamat hari raya mom to be ... taking care.. have a safe journey yea

Riena Haiqal berkata...

owh yeke.. banyak juga khasiat dia kan.. susah nak dapat buah tu kat labuan ni ha.. memang takkan ada.. tak tahu pulak kalau jus dia tu.. nak cri la jus tu dan nak amalkan.. kandungan saya baru 2 bulan.. anak kedua.. (^_^)

AyaZuki Is Cullen berkata...

nyummy! hehe kak ain bila taip nurul ain abd salam dekat google terus keluar nurul ain abd salam mengandung..hihi <3

Tanpa Nama berkata...

hai ain...saya nak kongsi lah pasal buah delima ni... org tua2 kata seeloknya mkn buah delima tu secara manual...then jgn kongsi dgn org lain ..even hushband sendiri...kalu jatuh sebiji kalu blh kutip...sebabnya byk2 biji tu ada biji yg terbaik..so if kalu kita kongsi/jatuh...mana tau yg biji yg baik tu ada pada org tu....saya just kongsi je petua org tua2... :)

ctee aton berkata...

info yang menarik & bermanfaat..jom baca ttg kolagen di www.esihat.com

rinsapphire berkata...

Utk jus delima yg berkualiti dan tulin, bleh lawat www.facebook.com/Giffarine.my, rm70 utk 700ml

FazMelati berkata...

Air TANG! Ya Allaah! Dah lama cari air TANG tu... Daripada preggy dulu, cari-cari tak jumpa... Kedai pak arab kat Bandar baru Uda tu kat JB ke? hmmm jauh nyer laa nak beli. kat mana nak cari area Shah Alam or KL ni.

Fatimah Bt Tony berkata...

Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)