Rabu, 19 September 2012

Hai Stokin Ajaib !! (sambil selongkar poket Doraemon)


Memandangkan terlalu ramai yang bertanya kepada saya soalan cepu emas (berkaitan percutian Hari Raya saya tempoh hari), maka dengan sukacitanya saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Ya. Anda. Dan Anda juga...Termasukla anda yang sedang sorok kepala disebalik PC pejabat hanya kerana sedang membaca blog ini waktu kerja. >_<


Kakak...tidak mengapakah untuk wanita mengandung lebih 7 bulan menaiki pesawat?

Selagi ianya bukan jet pejuang, mungkin tidak mengapa. Bhaha. Ianya terpulang kepada syarikat penerbangan untuk mengehadkan tahap kandungan penumpang yang menaiki pesawat mereka. Tapi biasanya 35 minggu memang mana-mana airlines pun tak terima. Lebih-lebih lagi untuk penerbangan berjam-jam. So kurang dari 30 minggu should be OK untuk travel menggunakan airlines TAPI kena ada surat dokter untuk kandungan 28 minggu ke atas.  Yang masih 3-4 bulan tak perlu ada surat dokter pun tak apa.


Apabila travel dengan airline yang memakan masa berjam-jam-jam -jam lamanya....Salah satu masalah yang akan dihadapi oleh ibu-ibu mengandung yang dah sarat macam haku aritu ialah.... DVT.

Mula-mula kita kena tahu dulu apakah itu DVT? 

DVT (Deep Vein Thrombosis) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Bagaimana DVT boleh terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah yang kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, disitu sekatan boleh berlaku.

Simptom- simptom?

Cepat penat
Mengah
Sakit Dada
Denyutan Nadi Laju
Lemah di bahagian kaki
Batuk
Nafas pendek samada di keadaan rehat atau aktif


Pencegahan?

Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah.
Banyakkan pergerakan dibahagian kaki.
Elakkan minum ais
Elakkan buka aircond terlalu sejuk.
Sentiasa minum air panas.






Ok...bagaimana Nurul Ain Abd Salam sekarang sudah menjadi hebat dalam ilmu sains dan kesihatan? Saya cuba copy dan type semula je. Semua di hujung jari.




So beberapa hari sebelum penerbangan ke UK, saya sibuk-sibuk mencari stokin. Akhirnya berjumpa!!









Harga RM48.00
Saya beli di Guardian.
Memang jenama Scholl je yang ada jual Flight Socks ini.

Tapi sebelum beli tengok betul-betul size yang bersesuaian dengan kaki.
Sebab pemakaian Flight Socks ini mestilah ketat (gile ketat!!)  dan mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
So make sure pilih size yang sesuai. 

Ada 2 pilihan warna. Hitam dan Light Brown




So bermulalah Penerbangan ke UK yang mengambil masa 12 jam. Blerghhhh aku benci!!! 




Pastikan tempat duduk kita banyak bantal (ikut keselesaan) . Jika perlu, mintakla bantal extra dari pramugari yang manis tu. Letak satu di belakang dan satu di bahagian perut kemudian baru ketatkan tali pinggang keselamatan *nada pramugari*

Mula-mula naik saya tak pakai pun Flight Socks tu. Sebab masuk-masuk je terus tidur. Tapi dah 5-6 jam kemudian, saya jadi sesak nafas kejap. Dada rasa berat dan mengah dan sakit. Huwaaaa. cepat-cepat suami  terbongkok-bongkok pakaikan stokin ajaib tu (sebab saya dah tak boleh nak bongkok lagi)....

Kemudian saya terpaksa bangun dan berjalan (senaman kaki) 4-5 minit di sepanjang laluan tempat duduk dan kemudian duduk semula dan sambung tidur.


Lepas tu alhamdulillah memang takde masalah sesak nafas dan sakit dada.


Yay!!


Cuma..tak tahan..sakit pinggang mcm nak patah je.

Sampai suatu masa...menangis di bahu suami...sebab tak tahan sakit pinggang.


Rasa nak ketuk pintu pilot, bagitahu masalah saya. kalau boleh berhenti sebentar di RNR mana-mana.



>_<


Kesimpulannya: Hipotesis diterima. Wanita yang sarat mengandung yang travel berjam-jam (train/flight/car) perlu memiliki stokin ajaib ini!!


.




10 ulasan:

Shazwani Ramly berkata...

wahhh. kak ain nmpak cantik walaupun pregnant. berseri.

Boo berkata...

Assalamualaikum kak nurul..
wahh bestnya pakai stokin ajaib dan terbang jauh...

syoknya dia!

eila berkata...

dalam kata lain org ngandung sila travel lepas bersalin hehe...

udie joe berkata...

patut la stokin tu ajaib ..

Cik Eyra berkata...

wow,besnya jejalan,btw good info,bley jd rujukan bla dh kwen n mgandung nanti..heheh

boni kacak berkata...

oh..sebelum 35 minggu, masih boleh naik flight rupanya..hehe

AmirahSM berkata...

tips org ngandung! heee anak kak ain nt tgi cm husband, lawa =)

cikmerpatiputeh berkata...

hati2. DVT ni antara punca maut bila lama2 dlm ruang sempit cthnya dlm flight. make sure lakukan senaman ringan kt kaki2 kita supaya jalan berjalan lancar. xpun buat2 la p toilet.hehe

aimaniman berkata...

oooooo, baru akak tau, dah 3 kali pregnant pun akak x tau pun, nasib baik ada info di sini..

yupp sokong,.. cantik manis w/p pregnant, aura baby koot

Alin Marlini berkata...

1st time tau ada jual stokin ajaib ni..

Salam perkenalan dr Epilog SYurga CIntaku