Jumaat, 12 Oktober 2012

20 hari lagi!


 Saya rasa kali ni paling lama saya bercuti dari memandang ke arah blog sendiri. Jangan kata kauorang je dah lupakan blog ni, dengan saya-saya sendiri telah melupakan buat sementara waktu. Ok fine suami je tak lupa sebab dia selalu pesan suh saya update, auwww BAGAIMANA MANISSSS (bacaan: auwww How Sweet)



 Sebenarnya banyak je benda nak update dalam blog tapi anak dalam perut selalu pujuk umi dia berehat sahaja. Keji tak alasan macam gini?





 Kalau uols masih ingat tentang entry PinkHijau yang direstui suatu masa dulu, mengenai kacamata comel saya tu, sebenarnya, ia telah patah. Kecuaian ibu mengandung yang paling tidak dapat disembunyikan lagi adalah SELALU CUAI. Oh, mungkin anda tidak ada simptom tersebut. Tapi saya ada... *tertunduk insaf*


 Tapi suami pandai ambil hati.
Bersungguh pergi semula ke kedai yg sama dan mendapatkan model yang sama cume warna berbeza.
jadilah aku mak bedah berkacamata pink ala-ala saloma.
TQ Hubby!





Sudah masuk minggu ke 37 ni, kaki dan tangan semakin mengembang mcm bunga kembang mekar. Ok memang tak ada kena mengena.

Tapi yang pasti, cincin perkahwinan terpaksa disimpan rapi, akibat tidak muat lagi.
Jam juga sudah tidak muat.
Ye. saya sudah naik 17kg. 
Harap berat tu bukan berat lemak aku je.
Kalau tidak, terpaksa mula menabung untuk ambil pakej SLIMWORLD yang paling murah lepas berpantang nanti.
Gulp!




 Yang ni paling tidak boleh dimaafkan.
UM dah habis pun konvo 2012 tempoh hari.
Tapi saya yang konvo tahun 2011 pun belum tuntut gambar lagi!
Arghhh asik terlupa sahaja.
Bagaikan Shah Alam dengan KL tu sejauh 500km sahaja tahap kemalasannya!

Baiklah.akan mula mencuri masa untuk ke sana dan ambil gambar konvo.
Kasihan aku. dah penat-penat belajar takda gambar ambil scroll!









 U know what, saya berjaya beli mask yang banyak ni dengan harga paling terkejut.

Hari tu berjalan-jalan di Lowyat.
Ada booth SAVEE yang menjual mekap dan mask.
Savee ni brand dari singapore ye (utk makluman)


SA SAVEE: amoi..try beli mask ni...ada promotion.
Saya: Brape ni?
SA SAVEE: RM4 untuk 1 pc...u amik 3 RM10..boleh campur maaa.
Saya: ok..(saya ambil 3 dan letak di kaunter)
SA SAVEE: u ambil lagi 7 la..kasi ngam-ngam RM10


aku da "AIKKKKKKKKK" dalam hati..
cemana boleh jadi 10 pcs RM10 pulak ni??

Sebelum SA tu tukar fikiran,  amik laju-laju cukupkan 10 pcs (eye mask, nose mask dan mask)
letak kat kaunter.
Nak tengok orang kaunter cakap apa pulak bila saya hulurkan RM10..
Dia pun rileks je bungkuskan mask tu dan bagi catalog.


Pulang dan check expired date.
mana tahu mereka jual murah sebab nak expired ke ape kan.
Tapi expired nov of 2013

yay hebat! 
yang pasti mask dia sangat best bila di pakai.
muka jadi sangat kewllllll...
Sebab dah banyak mask, boleh share dengan suami sekali!! Takyah kedekut-kedekut lagi.





 Kita dah tengok dahhhh movie ni malam semalam.
Haaa kau semangat tak semangat kannn..

keluar 11 oct 2012, tapi 10 oct kite dah tengok da.
Malas nak bagi review panjang-panjang.
yang pasti Nora Danish memang gojes wei!!
Bulu mata, warna lipstick dan kulit dia sangat mabeles!!

Cuma cerita ni tidak la menusuk ke kalbu pun.
Mungkin sebab saya dah pernah tengok filem yang jalan cerita yang sama iaitu filem The Vow dan One True Love 


 Aku terima nikahnya versi filem filipina (2008) 


Aku terima nikahnya versi omputeh (2012)

tapi jalan cerita lebih sama dengan One True Love tu...sebab dalam The Vow heroin tu yang hilang ingatan kan. ...tapi Aku Terima Nikahnya hero yang hilang ingatan.

Apa pun The Vow lebih touching la...

Paham ke apa aku review ni? Haha

Tapi saya tak la kata Aku Terima Nikahnya tak best.
Best je tengok ND dengan Adi tu. Comel je diorang.
Hikhikhikhik



Rindu nak belajar.
Rindu nak pergi kelas bawak beg comel, alat tulis comel.
^_^





 Terima kasih kepada pembaca blog dan rakan-rakan FB.
Walaupun tak pernah berjumpa bersua dll, tapi ramai yang mula pos kan hadiah untuk baby saya..
Alhamdulillah rezeki baby.
Belum lahir lagi dah dapat macam-macam
Untuk umi baby tak ada ke?
Haha. Cepuk kang!





 Ni gambar latest.

saya sangat bulat, bukan?
Sila geleng kepala sekarang bagi aku sedap hati sikit
Haha.
counting days ni baybehhhhhh
InsyaAllah EDD pada 31 October 2012
ada lagi 20 hari!!


SEMOGA DIPERMUDAHKAN.
Amin....

34 ulasan:

Syafiqah Hashim berkata...

semoga kak ain sihat!
nanti dah delivered pika nak visit kak ain and baby taw...teeheee~

Makbed berkata...

Semoga selamat semuanya ye. Wah, perut itu sangat bollatt. TApi, mamanya maintain gojes.

Saya suka channning tatum. hehehe...iklan kejap.


nabila azmi berkata...

semoga kak ain dipermudhkan bersalin n everything sht..amiin=)

nabila azmi berkata...

semoga kak ain dipermudhkan bersalin n everything sht..amiin=)

ieqa berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan kak Ain. Aminnn! :)

najihahfara berkata...

comelnye akak dengan perut tu hihi..semoga selamat semua urusan nanti ya..

✿....rossa alina....✿ berkata...

semoga semuanye selamat ye..amin.. :)

izfanora berkata...

semoga semuanya baik-baik saja.. :)

Mar Mansor berkata...

semoga selamat melahirkan..sy deliver on 37th wks..^__^
& sy kurus lepas ada bby ni..maybe penat keje,penat jg bby & penah jd suri umah juga..he3

zulhilmi tempoyak berkata...

erk... mmg campur2 ek.. hee

Cahaya Qaseh berkata...

naik 17kg?? tp mgkin sbb ain dulu sgt kurus, so xnmpk demokk pn.. chomelll ade la, siyesss... anyway, congrate in advance 4 coming baby, Dear.. chaiyok2... (^_*)"

iietamalek berkata...

chumell nyer barangbarang kamoo..seperti kamoo juga..

semoga dipermudahkan bersalin nanti dear...

Wani berkata...

31 Okt?My birthday!haha.semoga semuanya berjalan lancar buat kalian..inshaAllah

Cik Rad berkata...

semoga Allah mempermudahkan urusan ain sebelum, semasa dan selepas kelahiran baby..

muncitzzz =) berkata...

semoga selamat semuanya...jaga diri baik2 taw kak ain..=)

Boo berkata...

Assalamualaikum kak nurul aka umi.
sheila doakan akak melahirkan baby dgn sihat dan selamat keduanya! amin.

*akak kelakar dan saya sgt suka spek hijau pink yang direstui itu! (sy suka hijau sebenarnya)
*begitulah fanatiknya saya sehingga baju kawin pun warna kegemaran saya! Auwwwww :p

aynadys berkata...

semoga dipermudahkan amin :)

aynadys berkata...

semoga dipermudahkan amin :)

aynadys berkata...

semoga dipermudahkan amin :)

Mila Ahmad berkata...

mak buyung ni sangat cumell...

ayu jue berkata...

wahh..macam2 review dalam satu entry..menarik..!rajin mummy baby ni menulis..=)

lavenderlover berkata...

semoga selamat & dipermudahkan..
x sabar nk tgk gambar baby kak ain!
salam jumaat!

ELY FAUZIANI ISMAIL berkata...

kak ain yg comel+spec yg comel.hihi
ely doakan selamat sume.xsaba nk tgk baby k'ain :)

✿ Milly Molly ✿ berkata...

Ain, good luck! Hope everything will be fine InsyaAllah :)

Xsbr nk tgk gmbr baby. Mesti gebu cam Ain gak hehe. Tc dear!

IDA MANSOR / IENA MANSOR berkata...

comelnya hadiah2 baby!! btw kite pn dh tgk cte the vow tu :)

Indah Mulya berkata...

kak ni mmg comel btol..smoga kak sihat, baby pun mesti sihat jugak mcm umi dia..jg diri ye kak! smoga dipermudahkan sgalanya :)

PariPari Puteri berkata...

Semoga semuanya berjalan lancar. Bolat pn tetap cntik :D

Chekgu Azrine berkata...

Semga dipermudahkan untuk.sis..
Edd akk 22hb..seminggu je lg..uhuk

pAri-ParI tErbAng tiNgGi berkata...

waaa...t baby mesti comel.

mrs adam berkata...

awak ni comel.kate2 kat dlm entry pon comel.selamat bersalin!

Irine Nadia MaRceLLo berkata...

kak ainnnn!! cepatttt je perut dah beshaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
cantikkkkknyeeee and comelnyeeee perut!! Irine doakan moga selamat bersalin and dapat baby yg soleh solehah.amin

juicy X berkata...

xsabaqnyaaaaa nak tggu baby. semoga dipermudahkan~

Hazwani Harun berkata...

Kak ain tetap lawa tau, comel3..hihihi

AyaZuki Is Cullen berkata...

take care selalu kak ain :)