Selasa, 23 Oktober 2012

Pengalaman Bersalin jengjengjeng

Dan hari ini genap seminggu kehadiran Nur Alya Irdina dalam hidup saya dan suami.

Gigih kan iols..baru seminggu berpantang sudah update entry. Ini sebenarnya langkah bijak. Kalau update entry pengalaman bersalin setelah 44 hari nanti, bimbang akan terlupa pula. Ditambah pula dengan beberapa urat saraf yang telah terputus sama saat melahirkan bayi tempoh hari. Bla bla bla bla.

Al-kisahnya.....tiada siapa pun menyangka saya akan bersalin pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Semua pun tidak percaya. Saya tidak terkecuali. Tapi memang dah ditakdirkan maka lahirkan bayi saya pada saat itu. 

Ikuti ringkasan di bawah ini. (Ringkasan kau..ingat nota Sejarah je ada ringkasan??)



15 Oktober 2012 (Isnin)

Pagi:-
Hari ini hari jadi mak saya yang comel. Call beliau sambil ucapkan happy birthday! Sempat lagi tanya "mak!! bilakah ain nak bersalin ni??" dan mak hanya menjawab "kan lamaa lagi......ada lagi 15 hari lagi"...Ok baiklah.


Petang:-
Berjumpa dengan supplier tudung. Ambil stok shawl terbaru koleksi Hari Raya Aidiladha. Hajatnya nak photoshoot dan update di FB malam nanti tapi tak jadi. Lepas tu berjalan kaki ke sana sini di Kompleks Pertama nak hantar phone untuk direpair.


Malam:-
Suami pergi main badminton bersama rakan. Saya mengemas bilik, iron baju-baju kerja suami. Settlekan laundry yang banyak gile. (Siyes macam nak tahu je esoknye kena tahan wad). Suami balik rumah, beli McD (ohhh makanan segera terakhir ku sebelum berpantang 44 hari!!). 
Pukul 2 pagi masih belum tidur sebab pergi belajar mekap kat youtube.bhahaha


16 Oktober 2012 (Selasa)

Kami suami isteri bangun awal. Pukul 10 pagi ada check up 38 minggu di Naluri Medical Centre. Suami suggest buat photoshoot dulu untuk koleksi shawl terbaru, lepas dah mekap lawa-lawa baru pergi Naluri. Tapi saya berat hati pulak. Akhirnya kami pergi buat check up dulu kemudian baru balik buat photoshoot.

Maka bersiapla kami suami isteri ke Naluri. Masuk-masuk je tengok ramai la ibu mengandung nak buat check up. Sambil tunggu giliran, kami mcm biase dok bergosip, huha-huha nak sedapkan hati (sebab ramai sgt org). Dalam pada menunggu tu, saya start rasa tak selesa di bahagian peranakan. Macam nak senggugut tapi very mild sehingga tidak menggangu emosi saya pun. chewahhhhh.

Giliran saya jumpa dokter Kamariah tepat pukul 12 tengahari. Check punya check, dia nak check sekali kat bawah tu. Ok fine saya pun tak kesah la sebab dah tau mesti belum ada apa-apa lagi.

Nahhhh...amik kau!

Dr. Kay: "eh bukaan dah 4cm ni...kepala baby dah kat bawah..awak kena terus naik wad tau"
Saya: "erk..ye ke dokter.ok takpela..kalau macam tu saya balik rumah dulu la amik beg sume"
Dr. Kay: "ehhhh tak boleh...tak boleh..awak tak boleh pergi mana-mana...biar husband awak yg balik amik beg"
Saya:  " err..tapi dokter, saya balik makan dulu la..saya tak sarapan lagi tadi" (punyelah degil aku ni. bukan apa...rasa mcm melawak je dokter ni..aku tak sakit pape tapi nak terberanak pulak die cakap)
Dr Kay: "Biar husband awak belikan makanan"

ok...saya pun menurut perintah.


Keluar bilik dokter terus nurse bawak naik atas, masuk wad. Oh sebelum tu kami bayar deposit dulu untuk pakej bersalin yang diingini. 

Level 2 adalah open ward dan labor room. Sampai di labor room, saya salin pakaian dan suami pun balik rumah kejap amik beg dan belikan makanan tengahari.

Sambil-sambil baring tu makcik cleaner datang jengah tirai katil saya"anak pertama ke? ohhh biasa anak pertama lambat lagi nak bersalin...awak ni ntah-ntah esok petang ke esok malam baru bersalin"

Ok la makcik. Saya hormati pandangan makcik tu. hati dah berdebar. 

Tengok jam dah dekat pukul 1. Suami sampai, saya terus makan. Makan pun kunyah ke tak tahu lah. Dah blank dah pasal nervous. Makan nasi separuh je tu pun nak sedapkan hati supaya nanti ada tenaga untuk meneran.


Dalam gambar pun nampak tak menyelerakan. Apetah lagi masa tu saya makan lagi tak rasa pape. Haha. Suap dan telan!



Lepas makan, dalam pukul 1.15 petang, suami panggilkan nurse nak inform mereka yang saya dah makan. Nurse datang bawak dulang jengjengjeng. 

Saya diberi ubat untuk bersihkan usus besar, so that bila nak meneran nanti tak adalah bendasing terkeluar sekali. Paham tak? Haha. jadi, bila dah membuang, boleh la kita meneran dengan penuh keyakinan dan penuh keanggunan!

Pukul 1.30 macam tu Dr Kay datang dan check bukaan sudah 5cm ke 6 cm.....dia pun pecahkan air ketuban. Nurse datang cucuk di tangan dan masukkan air sambil bagi ucapan paling tak rela aku nak dengar iaitu "ok..lepas ni awak akan rasa sakit sikit ye".

Pahamla aku bahawa itu tandanya contraction akan mula menyerangggg!!!!!

 Sebelum contraction datang, saya bukak contact lens siap-siap. Tapi mekap tak sempat tanggal sebab suami lupe nak bawak make up remover. Adoi!!



Pukul 2 petang ,Sudah mula sakit yang terlalu sakit setiap 10 minit. Rasa nak minta maaf dengan penghuni katil sebelah kerana diriku terpaksa mengerang kesakitan. Tapi siyes contraction adalah sakit. huuu..

sampai satu tahap saya terpaksa menggigit tangan suami....sbb tak tahan sangat....huu,,..terima kasih suami kerana meminjamkan tangan untuk digigit. Masa tu dah tak leh nak pikir apa da...huuu

Masa ni suami duduk di sebelah sambil baca surah-surah, dan doa-doa dipermudahkan bersalin. Sementara tak sakit sangat tu, mintak ampun kat suami. Mintak dia doakan semuanya. :')

Lepas makan tengahri tadi saya hanya minum seteguk air zam-zam je yang suami bawa dari rumah. Lepas tu memang dah takde perasaan nak makan atau minum. 

Pukul 2.30 nurse datang dan check bukaan dah 7cm ke 8cm. Oleh kerana contraction saya kuat sangat dan terlalu kerap, maka terus kena tolak masuk labor room.

Dalam labor room, makin sakittt.. masa tu cuma ingat diri kita dan mati je.... Barulah rasa apa mak kita rasa.. RASAKANNN..haaaa...


Nurse datang dan ajar cara teknik pernafasan untuk redakan sakit. Tapi aku rasa macam tak efektif je. haha. tapi sedapkan hati, buat jugak. Sebab tengok suami kat sebelah pun dok ulang-ulang ayat "tarikk nafas...hembus...tarik...hembus..."..huuuu

Masuk 9cm saya rasa nak meneran!!!!!

Saya: "Alamak nurse! saya nak terberak ni nurse!!"
Nurse: "Kak, tu bukan nak terberak. Tu maknanya kepala baby dah kat bawah,tapi awak tak boleh meneran lagi ni"

Nurse tak bagi meneran. Dia cakap nanti terkoyak bahagian dalam... Kau bayangkan macamana kalau kita nak terberak sangat-sangat tapi kena tahan. Menggigil badan ni tahan supaya tak meneran sambil menahan contraction itewww, sampai bergegar katil wa cakap lu. Hahahaha..Nasib baik nurse kat sana semua baik-baik belaka....tidak putus asa bagi tips pernafasan dan bagi semangat juga.

pukul 3 petang suami pergi solat dan cepat-cepat duduk semula di sebelah saya.

 Dokter pun dah sampai. dan agak terkejut sebab terlalu cepat saya boleh bersalin!

3.15 petang bukaan dah 10 cm.

PUSHHHHH  sekali!!! 

terus ada baby diletakkan atas dada saya. 

Ya Allah...leganya rasa. Lega teramat lega. 


 Dan lahir la Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq dengan berat 3.1kg pukul 3.28 petang.

Bila baby dah keluar, ingatkan dah lega.
Adoiii belum lagi....
Sambil ekor mata tengok nurse bersih-bersihkan Irdina, sambil fikiran saya tak tenteram pikir dokter ni dah mulakan sesi jahit menjahit. Lama pulak tu!!! 

(oh btw, mula-mula tu saya tak sedar pun kena gunting k)
Sedar  pun sebab tengok lama betul dokter ni jahit. Kata dah bius, tapi rasa jugak sakitnye tu.
Tapi betul la orang kata. sakit contraction lebih sakit dari sakit kena gunting tau.
heeee

tapi jangan la takot.
semua tu sakit yang sekelip mata.

tengok la muka baby sendiri puas-puas, hilang la sakit itewww semua.

alhamdulillah dah selesai!!
tanpa epidural
tanpa vacum

Syukur alhamdulillah ...Allah makbulkan doa saya supaya dipermudahkan sebegini sekali untuk saya bersalin.




Bersalin dengan muka masih pakai mekap lagi.
Pon bolehhhh
>_<


Pertama kali bersua muka dengan anak sendiri.
Baby comel ini rupanya yang Umi bawa ke sana ke sini 38 minggu.
Sama-sama buat umrah dengan umi dan ayah.
sama-sama makan Mcd dan KFC
sama-sama solat dengan umi
Minggu-minggu terakhir mengandung bimbangkan apa yang si kecil ini buat dalam perut Umi.
Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga kita, anak.
<3 p="p">

permata hati umi dan ayah.





Ramai yang bertanya saya, makan apa-apa ke untuk mudahkan bersalin.
Alhamdulillah saya memang takde makan supplemen apa-apa.
malahan air akar fatimah pun tak sempat minum masa tu.
Cuma masa mengandung tu amalkan bacaan surah-surah, wirid dan doa untuk ibu hamil.
Buku tu banyak je jual kat bookstore.

pastu rajin-rajin la google cara yang betul untuk meneran.
Alhamdulillah sehari sebelum bersalin saya tergerak hati nak study cara yg betul utk push tanpa membazirkan tenaga.
Dan alhamdulillah lepas bersalin aritu saya rasa mcm biase je, xde rasa penat ke apa..siap malam tu pukul 1 pagi baru lelap mata.
Masa lepas bersalin dan masih di labor room siap boleh upload terus gambar Irdina dlm FB. Haha


Pastu rajin-rajin la mintak ampun kat suami. kalau kita rasa kita takde buat salah pun mintak jugak diampunkan dosa kita. Mana tahu ada yang kite tak perasan ke kan. Terkasar ke apa.
mintak halalkan semuanya...
jangan waktu kat labor room baru nak mintak ampun kat suami.
Paling penting mintak doa banyak-banyak dari Allah swt.
Masa kat labor room tu memang antara kita dan Allah je.
Mintak suami doakan untuk kita sekali.

Ok sedih.

sangat sedih.

sebab saya bersyukur suami saya adalah terbaik di dunia dan akhirat, InsyaAllah


Terima kasih Allah..



ps: nak tengok irdina kejap. bye!!

.ps lagi: saya dah hadiahkan anda sebuah entry, tolong hadiahkan saya segelas air coke sejuk yang penuh ais.huwaaaaaaaaa










64 ulasan:

abby berkata...

congrats ain! welcome to mommyhood and welcome to the world little alya irdina!

mamawana berkata...

Tahniah Alhamduliah. tahniah lagi.. Comelnye ibu dan anak..

sanaa berkata...

kuat betul ikut genetik abahnya ye...sangat comelll :D

cikbiskuthangus berkata...

tahniah kak ain. Skli kite brnak, hpus smua dosa2 kita yg lpas. Insyaallah. slmat bpntang kak ain!

Cik Anna berkata...

tahniah kak ain..
moga gn kehadiran irdina akan memeriahkan lg rumah tangga kak ain dan suami...
suka tgk muka irdina yg sgt comel mcm ibu dan ayahnya

ID berkata...

congrate sis.. rasa nak menangis baca.. nak jumpa Irdina nak nak nak plissss

vanilla berkata...

terkesan baca pengalaman u...tahniah ye..comel sgt irdina!

a.z.n.i.e berkata...

tahniah sis! kirim salam peluk cium kat irdina tuu hee :)

fifie berkata...

Patutlah dah lama tak update blog. Heee. Tahniah kak ain, baby cantik dan sehat. Alhamdulilah

wawa abdullah berkata...

congrate sis!! baby Irdina comey sgt..:)

Mashii berkata...

woah..sendiri baca pun nebes ni..takutnya..ya Allah..permudahkanlah..tahniah ain dan husband..selamat berpantang !!

nina berkata...

tahniah...comeinya..ank sis..,geram tngok..:)

Makbed berkata...

aiya.... tergelak baca ha. adesss..senak perut. sempat lagi ko pose ngan spek pink itew. dan kamu mungkin ibu dalam contraction yg paling jojes dalam labour room.


tembamnya pipi baby.

tahniah. air coke takleh minum ye. kakakakakk~ sedapnyee coke. nak gi beli kat 7e skarang!!!

Twins berkata...

congrats!comel anak akak:))

Tanpa Nama berkata...

start baca kelakar pun ade. sempat pikir lg. kak ain ni melawak ke ape nk branak kot. hihihi.
dah hujung2 entry baru terkesan dlm hati. ssungguhnya begitu perit seorang ibu melahirkan ank.

semoga kak ain dan suami akan terus berbahagia dan dirahmati-Nya. amin..

Shafiqa Mohd berkata...

Kak Ain, sebaknya baca. :')

Semalam pika meeting, jumpa Acap. Dia ada bagitau Kak Ain dah deliver baby. :) Alhamdulillahhh. :D

pengguins berkata...

comel sangat Irdina...

tahniah...

Nuremy berkata...

alhmadulillah..
tahniah sis ain gojes ;D
semoga baby nya membesar jadi anak yg solehah^^

congrates sis ;D

mama leen berkata...

tahniah ain.. bersalin pun dlm keadaan vogue.. hehe.. mmg sakit tp tgk muka baby treus ilang kn.. :)

syamimihaziqah berkata...

Congrats kak Ain!
Birthday Irdina sama dengan birtdhay ayah saya. Hihii

Semoga baby Irdina jadi anak yang solehah utk Puan Ain & husband :D

nuruashia berkata...

adoiyaiiii sys ain ni..smpat lagi buat lawak ckp nk berak! hak3..pape pon nuru happy sgtttt tgk irdina :) comey :) *hugs n kisses for her yeah..i wish i can see her live! :)
take care systa!! slmt berpantang..erkkk..no more mcd yea? ehehhe <3 <3

FiZ berkata...

comel sgt baby irdina.tahniah ain.dah jadi ibu/umi kepada seorang anak perempuan yang sgt comel dan mudah-mudahan solehah :)

A.I berkata...

salam.
heheh, selalu silent2 reader ja, ni rasa nak komen.

anyway congrates kak ain.
me and my classmates ada ckp since akk kawen lagi, cane la muka ur baby. wajib comel! and yes, she is... very comel. jaga dia baik2 tau. really hopes i can follow her dev till besar... =)

wow, kinda hurt huh? tp akak mcm cool2 je kan? tahniah on it gak. dah lalui semua dgn baik...

bila nak second baby pulak nih? hikhik. jokes!

keep update ya. love to read it all. =)

A.I berkata...

salam.
heheh, selalu silent2 reader ja, ni rasa nak komen.

anyway congrates kak ain.
me and my classmates ada ckp since akk kawen lagi, cane la muka ur baby. wajib comel! and yes, she is... very comel. jaga dia baik2 tau. really hopes i can follow her dev till besar... =)

wow, kinda hurt huh? tp akak mcm cool2 je kan? tahniah on it gak. dah lalui semua dgn baik...

bila nak second baby pulak nih? hikhik. jokes!

keep update ya. love to read it all. =)

Azza Azman berkata...

mane boleh minum air coke kak ain...hehe

Natasha Saharrudin berkata...

kak ain vogue the vass gtu dlm labour room....heheh..comel baby..congrate kak ain..dh lme mnanti entry psl baby ni..

nabila azmi berkata...

sgt22 comel baby girl ni=)=)..especially gambar buka mate tuu..hehehe..alhamdulillah dipermudhkn bersalin..=)=)

cpt2 sihat ye kak ain=)

mizzura berkata...

Some part baca macam nak nanges je....terbayang kesyahduan and kemurnian seorang ibu nak melahirkan anak.. Good info...

~♥ iella ♥~ berkata...

Tahniah..baby mmg comey. Tp part brsalin pakai make up tu paling best. Sgt geram bila baby dah nk kluar nurse tak bg teran. Geram btui.

huhuhu..air ais tak dpt minum spnjg brpntng...sedapnya air coke nie..sejuk jerr..

Cik Nurul Siezuka berkata...

Waaaaa... Sukanya baca entry ni..

Take care Mommy & Baby...

X sabo nak tgk gambar baby Irdina pakai baju cantik2 macam mommy dia.. :)

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata...

alhamdulillah :)

kita pun terkejut akak dah bersalin. macam tak percaya je, hikhik

anak akak sgt shomel okeh? macam umi dan ayah :)

smg irdina jadi anak yg solehah utk umi dan ayah ya? amin :)

Pida berkata...

Tahniah kerana sudah menjadi ibu ;) My kisses to Irdina!

Sha Saperi berkata...

Tahniah ain...comel baby

Mila Ahmad berkata...

beranak normal ye ain ? tahniah, semoga mommy dan alya sihat :)

Atie berkata...

Tahniah Nurul Ain..masyaAllah comeinya baby kamu:)

genuine1224 berkata...

tahniah dah selamat jadi ibu..alhamdulillah, proses nak bersalin mudah n sakit xlama. sy dlu mcm tu jugak. klau kita amalkan doa2 n surah tu smua,insyallahm tuhan akan tolong permudahkan segalanya..

Chinta Safia berkata...

Sangat comel baby ain..ain mana boleh minum ais coke lagi,hihihikk.Selamat berpantang..

cik kuning berkata...

tahniah nurul ain..pengalaman yg shiok habes..apa2 pun. syukur..=)

Afifah Bakri berkata...

congrates kak ain.. :)

Asyik Izas berkata...

Tahniah Ain..satu pengalaman yg menakjubkan..

juicy X berkata...

SEKALI PUSH? WAAA SYUKUR!

Shahada Fauzi berkata...

alhamdulillah..pengalaman pertama yg terindah buat ain kan? walaupun saya belum berkahwin dan merasai saat-saat tu, suka baca pengalan ain ni..hehe..

selamat berpantang ye..(^_^)

comel sangat irdina..macam umi die..dan ayah die juga..semoga jadi anak yg solehah..aminnn..

PutriesNoora berkata...

aduh ain..klaka awak ni..meh kita blanja 2 gelas coke punnn boleyyyy...hehehe..selamat berpantang sayang!=D

mummamiahaha berkata...

yeayyyyyy..lahirlah baby comei kpda umi gojes.
siap make up lg uols.xtahannn =>

selamat berpantang n selim melim

Aku Dan Sesuatu berkata...

sedap nya air coke ni...hehehe..eh org berpantang x leh minum air coke.. hehehe.. jaga kesihatan baik2 eh...

♥nurul♥ berkata...

congrats kak ain.dgr cite ni,okay sy berdebar nak bersalin. (ceh padahal kahwin pun blom lg bhahaha)

AyaZuki Is Cullen berkata...

gunting?glurp..aya dah lemah badan

>.<

♥ dak pink berkata...

Hehe, bnyk berjalan ni tu yang baby cepat nak keluar. ;p

Alhamdulillah, dah selamat semuanya.
Hilang semua sakit time bersalin kan bila dah tengok muka baby. ;)

Hazwani Harun berkata...

Kak ain, comelnye baby..n xmo kawen la..haha

nadiah berkata...

ish takutnye dgr...bersyukurla senang bersalin..tahniah..

nidapink90 berkata...

tahniah kak ain.. jujur sy ckp walaupun sy belum kawen tp sy tau memng sagt sakit kan nak bersalin ni, org kata ni sakit nombor satu didunia selepas sakit nak mati. jadi bile baca entry kak ain ni insaf sekejap, teringat kat mak kita. kdg2 kita terleka dan terlupa kjap pgorbann ibu bapa kita. bila kita bce kisah2 gini ingt balik. itulah manusai memng kena sering diperingati

mama irfan berkata...

CONGRATT.... wah bestnya dengar senang bersalin camtu.... apapon tahniah sekali lagi dan selamat berpantan

p/s: nak segelas air coke yang sejuk (bayang jer la) ^_^

syana ~comelstory~ berkata...

tahniah..ain, comel sangat baby alya... pasni leh lee share entry tang cara-cara mudah nak push yee... selamat berpantang... :)

NORMA SULAIMAN berkata...

tahniahh kak ainn comell..semoga bahagia sampai ke akhir hayat.. ;)
lawat la blog sy kak ain.

http://zla-en-route.blogspot.com/

and ade sale tudung2 sy jual,sgt2 murah

http://addnurshop.blogspot.com/

may God bless u..;p

irenedahayu berkata...

tahniah!!! baby macam muka asben u ling...

Nurul Sobri berkata...

da lama tak view blog nurul. btw, tahniah k... :)

Mar Zarra berkata...

Salam..Tahniahh Ain..akhirnya awat dapat juga ur own cute miut baby..sy selalu ikut blog awk dr dulu..doakan semuanya ok..& slmt berpantang..:)

sal berkata...

hi, dah dapat baby.. tahniah ye.. and thanks sudi kongsikan pengalaman bsalin tu dgn smua org..
bila baca crita ain ni sy tbayangkan kesakitan tu bila bsalin nt (insyaAllah disember ni).. Aduh..cam sakit sgt la..

Nessa Rapaee berkata...

comelnya!! Tahniah sis :)

Miasaranajwa berkata...

tahniah kak ain. baby comel, macam muka kak ain :)

PariPari Puteri berkata...

Tahniah kak ain :) comel laaa :D

cheq sue dieyha berkata...

selamat berpantang sis,mudah je rasanya sis bersalin.alhamdulillah :)

cheq sue dieyha berkata...

selamat berpantang sis,mudah je rasanya sis bersalin.alhamdulillah :)

Siti Rohayu Ayu berkata...

Sekali push je dah keluar dina sis? wahh..mudah betul sis bersalin kan hehe