Khamis, 25 Oktober 2012

Tabiat pelik Semasa Mengandung. Versi Kisah Benar

Sebelum ini, emak saya pernah bercerita tentang kenalan-kenalan dia yang mempunyai tabiat pelik semasa mengandung.

Iaitu tabiat atau mengidam yang hanya di lakukan semasa berbadan dua sahaja. Bila sudah bersalin, ia akan hilang serta merta.

Ada yang suka makan sabun, suka menghidu bau minyak petrol, teringin merasa jalan tar yang hitam tu dan lain-lain.

Saya sedari, saya ada tabiat pelik tersendiri secara tidak kusedari ketika kandungan masuk 7 bulan.

Saya terlalu gilakan ais....bukan ice pil khayal tu, BUKAN.....saya jadi gila terhadap air batu.

Saya akan menguyah air batu seperti memakan keropok.

Setiap malam, ketika suami sudah tidur, senyap-senyap saya masuk ke dapur dan mengambil lebih 10 biji air batu kiub dan letak dalam mangkuk dan berjalan balik ke bilik dalam gelap secara senyap dan duduk di hujung katil sambil makan air batu sampai habis baru aku boleh tidur.


Ketika keluar tengok wayang, sanggup paksa suami habiskan air minuman cepat-cepat sebab saya nak makan ice sahaja .....orang sebelah pasti menggeleng kepala melihat cara saya menonton wayang sambil tangan masuk dalam bekas minuman, bukan bekas popcorn.

Malah, air batu di peti ais rumah umpama gula-gula bagi saya.

Kadang -kadang saja buat alasan untuk lalu depan peti ais. Oh taktik paling semulajadi!



Perasaan bila dapat makan?

HEAVEN. Rasa terlalu puas hati. Macam dapat markah 100 setiap kali ujian Matematik dijalankan.


pada waktu itu, air batu adalah keropok dan gula-gula paling sedap dan menjadi kegemaran saya setiap saat.

Benda ni berlarutan sampaila saya selamat bersalin.

Mula-mula agak risau sebab orang kata tak elok minum ais semasa mengandung, takut nanti tak ada tenaga untuk bersalin. Alhamdulillah hipotesis tidak diterima. Hahaha.

Adakah tabiat tersebut telah hilang?
Hmm..masih belum dibuktikan sebab belum dapat sentuh ice lagi. Rasa dia pun dah tak ingat dah. Tapi kalau dapat, alangkah bersyukurnya. Huuuu...dah 10 hari tak minum air sejuk wei!!!



ice ice baby tengah tido
^_^










21 ulasan:

Zeera Lana berkata...

Kak Ain, patutlah kami semua tengok baby Irdina sejuk jew mata memandang . hehe penangan ice rupanya :)

< elinaomar > berkata...

irdina ikut muka ayh :-)

< elinaomar > berkata...

irdina ikut muka ayh :-)

< elinaomar > berkata...

irdina mke sma ngan ayh dia.hihi

Ikmal berkata...

Assalam, perghhhh memang pelik2 boh... sebab tulah sikap perempuan ketika mengandung nie memang pelik sikit... Selamat Hari Raya... ^_^

~kiinaa~ berkata...

ain, kwn kite cakap, kakak die gile ais batu masa pregnant, then nk bersalin tu air ketuban die bersih. kire bagus la ais batu ni kot. haha ^_^

nu-own berkata...

comelnya baby!rsa nk kawen cepat2! haha

Asz Miza berkata...

ain da bersalin ke..congrats..comel baby ikut muka ayah dia.. :)

A servant of Allah. berkata...

cantik baby.....geramnya...

norizati shamsul bahrin berkata...

Eh, samala kita gila ais masa mengandung anak sulung. sampai menangis2 kat suami kalau x dpt ais. alhamdulillah xde masalah masa bersalin. bila mengandung anak kedua hilang dah tabiat gila ais. lain anak, lain ragam mngidamnya ain...

norizati shamsul bahrin berkata...

Samala kita masa mengandung sulung gila kunyah ais. alhamdulillah bersalin xde masalah. mngandung anak kedua xde pulak ngidam ais lg. lain anak lain ragam ngidamnya.

mama leen berkata...

org kata kalau kerap makan ais baby besar.. hemm... ok la tu kan.. :)

mc laa berkata...

anak kak ain macam papa dye !1 comeii :)

II riEnAsHaM II berkata...

Juz like me jgk ms 2nd pregy..sanggup berdiri dpn peti ais sambil mkn ais...bunyi ais masa tgh kunyah adalah sgt heaven...lebih2 lg kalo dpt ais yg nipis tu..hihi..kekdahnya skg my doter pon skg sgt suka kunyah ais...

miss fluffy berkata...

woahh mkn ais byk2..huu ngilu gigi..btw, comel bby^^

Shahada Fauzi berkata...

comelnye ice ice baby tu tido..^_^

Cik Nurul Siezuka berkata...

aloooo comelnyer ice ice baby.. :)

Cik Cammy Lia berkata...

comel betul anak awak..sejuk mata memandang..sebiji cm ayh dia... :-)

Zalina Razali berkata...

kak ain !!! sama lah macam kita..suka makan ais. :D tapi kite x pregnant kite x kawen lg.hehe

jemput2 ke blog kite. pasal ais juga.haha ada mention nama kak ain. :)

http://zalinarazali.blogspot.com/2012/10/ice-ice-ice-nyummy.html

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

selagi tak mudarat, boleh jer kan :)

mummy alisha berkata...

muka macam ayah sebijik... comel la...