Sabtu, 3 November 2012

Cara Meneran Ketika Bersalin Yang Betul

Ok. Baru tulis tajuk, meremang bulu roma.

Tengok cerita seram TV3 setiap khamis malam pun tidak meremangkan bulu roma sampai tahap macam ini.

Oleh kerana ramai benar pembaca yang sudi memberi cadangan supaya tertubuhnya entry ini, maka marilah daku penuhi kehendakmu wahai rakan (blablablablaaaa)..

Saya tak pergi pun kelas antenatal yang selalu menjadi sebutan tu. Sebab suami cakap buang masa je. Nanti waktu kat dalam labor room, lupe jugak teknik-tekniknya. Maka, si isteri ni pergila menuntut ilmu dari google je.

Boleh dikatakan seminggu sebelum bersalin haritu, setiap malam sebelum tidur, sambil nak tunggu mata lelap, pergi praktis meneran macam yang di ajar di bawah ini :-



Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.



(sumber dari sini)



Gigih kau, saya memang praktis meneran sebelum bersalin. Tapi janganla teran sungguh-sungguh masa praktis tu, kang terberanak pulak tak pasal-pasal!

Just praktis dengan meneran manja-manja je dulu. Tapi ikut step yang di tulis di atas tu. So that kita boleh bayangkan bagaimanakah keadaan kita nanti sewaktu bukaan dah 10cm di labor room.

Ni aku nak bagitahu lagi ni, kalau dah 9 cm, memang akan rasa tak tahan nak terkeluar tau baby, tapi JANGAN MENERAN lagi ....tahanla walau dengan apa cara sekalipun. Tunggu doktor cakap push barulah push.

Dan yang paling berkesan, meneran dengan mulut tertutup. Kalau awak meneran sambil menjerit, hasilnya hanyalah kepenatan sahaja. Tarik nafas sepanjang yang boleh, lepaskan dengan hidung sambil mulut tutup rapat so tenaga berkumpul disitu (eh aku cite ni macam dah beranak 5 kali je bunyinya, marah mak-mak bidan baca entry ni). Jangan lupa, sewaktu meneran tu naikkan kepala sampai dagu kena kat dada.



ok.saya nak packing baju nak balik Johor jumpa mak saya yang comel gebu tu!!



kawan-kawan, selamat praktis meneran tau!





21 ulasan:

boni kacak berkata...

owh..ada caranya juga ye...

Sharinginfoz berkata...

tips yang berguna kepada mereka yang bakal bersalin

Riana berkata...

kena betul ngan waktunya n3 ni..suke2..tq ain =)

laskar pelangi berkata...

wah..tips utk meneran pon ada..ngeee..berguna pada para ibu semua ;)

pAri-ParI tErbAng tiNgGi berkata...

info yang menarik :)

neverletmego berkata...

:) nice experience kn ain :)
miss that memory .rasa nak bersalin g ni ..hehehe

juicy X berkata...

THANX!!! =))

Makbed berkata...

uwaaa.. sudah beranak 2 kali tapi masih ngeri~

bila nak beranak lagi?

Mizzkay85 berkata...

Hai Ain! i ni mak bidan tau!nk mrh ni..hehe..no la..great entry & sy rase btl2 blh mmbantu expected mommies out there.yup mmg mothers in labour slalu buat kesilapan yg Ain tulis tu..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul!
hahaha comelnya ada tips yang berguna untuk bersalin. hihi ada pulak bidan nak marah, diorang pun belajar juga cara gitu agaknya. hhihii

hasyimahshe berkata...

kalau sempat praktis memang berkesan.

Cik Cammy Lia berkata...

sgt berguna entry untuk sy nanti.hehe..tq awk..


btw nak tanya ni fb awk ke? nampak DP muke awk.
https://www.facebook.com/#!/siti.zarra69?fref=pymk

miss jijie berkata...

errr kite yg x kawen ni seram pulak rasanye. takooooooottt
childhood memories

dearpikot berkata...

sangat2 praktikal.. boleh guna time nak bersalin nanti.. tenkiu2..

Faz lina berkata...

Betul klu nak meneran yg bersuara semakin penat dan takde tenaga .

MizzKay85 berkata...

@sheila salim ..yup mmg itu le cara ktorg blaja..mndpt kelulusan kkm!haha..

intanhalim berkata...

sgt2 bgune utk sy...wlaupon da nk masuk ank ke2, kali ni br taw tips meneran yg btol....
sudi2 view blog sy kembali...
-insyirahafiz-

faiza khan berkata...

Join Best Online Jobs without any investment, Data Entry and Copy pasting Jobs.
www.jobzcorner.com

Pn. Ila berkata...

Adik cantik, akak ni dah anak kedua baru tau meneran. Tu pun puas kena maki dengan nurse huhuhu. Anak sulung kena forcep, so, tak payah teran sgt sebab ada bantuan hahaha. Tapi bagus dapat info awak ni..persediaan anak ke-3 pulak insyaAllah. Share lah pulak awak berpantang macam mana...nak tau jugak..(^-^)

Tanpa Nama berkata...

ain...akak bersalin baby ke2 mmg x smpat bukak 10cm...
x blh nak tahan...n hasilnya koyak yg sgt teruk....ngeri....

hollister milano berkata...

welcome to our shop,Our shop sells a brands of products.There have hollister milano,<
ralph Lauren Outlet, ralph Lauren Polo,
Abercrombie Milano, Ralph Lauren Danmark, ugg online.