Ahad, 19 Februari 2012

Kesibukan

Saya sangat sibuk sejak akhir akhir ini. Walaupun bekerja dari rumah menguruskan bisnes online, saya juga dalam usaha menguruskan badannnn......tiba2. Haha Tapi alhamdulillah... Rezeki saya .... ;) jadi saya terima kesibukan saya setiap hari sebagai usaha saya untuk berjaya dalam hidup... Tiba2.. Hahah Walaupun opis saya bertempat di rumah, namun kesibukan tetap di mana jua. Jadi ari ahad tadi. Pagi2 suami dah merayap ke tasik titiwangsa untuk masuk race kereta control... Suami suruh isteri pergi berjalan - jalan dengan rakan untuk berehat- rehat setelah asyik busy selalu....Isteri pun ape lagi,yahuuu lajulaju!





Saya berjumpa hajar dan amira sebentar di kolej 4, UM... Mereka so comel. Kenal kat fb shj... Mereka kenal saya pun melalui blog. ( blog bersawang ini wuuu)


Kemudian berdesup amik cik Huda dan sesatkan diri sebanyak 2 kali padahal nak pergi ke Ikea je pon. Tapi tak apa. Kami memang suka sesat2 jalan ni. Sebab sambil sesat sambil lapar. Sampai dan park kereta terus makan lajulaju. Sekian sahaja . Esok sudah kembali sibuk. Ada lebih 20 parcel tudung cotton 4 segi akan saya pos besok.


Ini adalah contoh tudung cotton 4 segi yang saya jual. Kalau berminat silakan terjah fb: nurul ain blogshop - Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 14 Februari 2012

ini jenaka tulen.

haha

ada lagi kes anonymous yang tersalah tekan "google translator" untuk belog ni menjadi bahasa inggeris, kemudian die baca semua entry saya dalam bahasa inggeris yang di terjemah secara langsung (direct translation), lepas tu kutuk entry yang ini saya cakap inggeris cam haram la, poor la, pity la, gelakkan sampai satu opis berdekah-dekah la...



haha

ini jenaka.

kesudahan nya, sila jangan nak malukan sesiapa...kelak anda malukan diri sendiri 1000 kali ganda anda. Buta IT ke? Pergilah ke kelas komputer anjuran cikgu Murad. Siapa cikgu Murad? Entahla aku pongg tak tahu..



JADI, DI BAWAH INI SAYA SERTAKAN TERUS TERJEMAHAN SECARA LANGSUNG DARI ENTRY ATAS KEPADA BAHASA INGGERIS, SEPERTI MANA YANG AWAK SELALU SALAH TEKAN ITEW..


haha

there is another case of mistaken anonymous press the "googletranslatorfor belog I be English, then die read all my entry in theEnglish language be translated directly (direct translation), then Icurse my English talk of illegal cam lala poorPity itavoid thereach of uproariously opis la ...



haha

This joke.

the end of it, please do not want anyone ... your future malukanmalukan yourself you 1000-fold. IT blind toGo to the computerclass teacher organized by MuradTeacher who MuradEntahla Ido not know .. pongg




HAHAHAHA..nampaknya aku lebih kelakar dalam keadaan begini!! takyah tengok Shin Chan pun takpela...ngadap blog ni sambil google translate kan ia sahaja.



Sabtu, 11 Februari 2012

Melaka best

 beberapa hari sebelum 9 hb Februari 2012, kami suami isteri macam main-main sahaja cakap-cakap nak pegi sana nak pegi sini.

Hari Rabu suami pergi outstation di Kelantan. Dan dia cakap Khamis kite gerak ke Melaka untuk berehat-rehat.

Saya melompat tinggi-tinggi.

Nampak tak. baru cakap pergi Melaka saya dah over eksaited. OvERRR.


Maka, pagi khamis bangun dengan malas-malas, terus masuk kereta.
Dengan tak ada idea langsung mana nak tuju kat melaka tu, kira datang Melaka dengan berserah. Haha . Bajet pegi oversea. ye la. saya eksaited. saya pahamm.


So dalam pukul 12 tengahari ketika matahari betul-betul berada atas kepala, kami dah sampai ke Negeri Bersejarah. Walaupun kertas Sejarah SPM kami tidak membanggakan, tapi kami bangga dapat datang Melaka.

Sampai-sampai terus sesat. >_<

Dan ada hikmah disebalik kesesatan itew. Kami ternampak Melaka Wonderland.

Wahhhhhhhhhh Teruja park kereta, masing-masing punggah baju mandi masing-masing dan masing-masing terus mandi tanpa berfikir panjang.






Yahuuu best tak ada orang. Mandi dan bermain air dengan riang ria hey hey hey...

Tapi sejam sajalah kami mandi..sebab panas terik.
>_<








Kamera tiba-tiba pun jadi eksaited.

Gambar sume jadi tak cantik. Boleh tak??!!







Disebabkan memang tak ada orang lain yang mandi selain kami berdua, maka fotographer Melaka Wonderland tu asyik follow kami and amik gambar je. Penat dan berendam-rendam dalam kolam. Ingat ni majalah mangga le tewww.


Kire-kire pukul 1 lebih, kami gerak pula. Dengan muka gelap-gelap tu (huwaa)...pergi ke tempat yang menarik pulak.

Kami tak pernah pun masuk sini. Pernah lalu je sebab dekat ayer keroh je tempatnya.

Taman Buaya







Pak Guard keje situ baik gila.

Oleh kerana dia sangat baik, maka saya pun tanya kat die "pakcik, sepanjang pakcik bekerja ni, pernah ke ada buaya terlepas?" sambil buat muka suci.


Hahaha jahatnya aku.

ntah-ntah besok pakcik tu dah resign . >_<







Masuk je, kami di sambut mesra oleh seekor buaya besar.

mesra? peluk-peluk cium-cium dengan buaya ke?? GILAKAU?

Yang pasti dia cuma patung. Kalau buaya hidup, tak cukup tanah saya lari. Lari balik KL terus.

>_<




Paling tak tahu, dalam Taman Buaya ni ada Malaysia in Miniature.

Ala-ala Taman Tamadun Islam, tapi bangunan kat sini kecil-kecil molek ahaiii cek mek molek.



 Pintu Kubu Portugis (eh?)
Mesti korang ingat saya bagi fakta kan.padahal tengah tanye tu.
Haha



 Jambatan Pulau Pinang penah lihat.
Tangan husband ala-ala Karam Sing Walia memang tak pernah lihat.
Over kemain. Ingat bini je over. Haha


KLCC

 Terujahh!!!

(lempanggg)


 Gaya macam nak gelek dangdut sebenarnya hendak tunjuk ke arah KLCC saja.
Sekian.




 Berlakon!





 Pondok



Kaki pakgad peronda



Litar Sepang

Buaya.

eh dah masuk ke sesi berjumpa buaya!!


 Tiba-tiba terkejut sebab ramai buaya.

Padahal memang masuk ke Taman Buaya pun.

Tak tak.saya terkejut sebab bertentang mata dengan buaya.

Agak mentakutkan.








 Buaya di mana-mana!!

 Buaya ni besar gila.
Nama dia Tembaga.
Buaya Tembaga


Ni pun buaya tembaga besar. besar yang besar!
die elok je port die bawah pokok besar, jadi kami berdua gelarkan dia Ketua Buaya.
>_<

 Saya pun terus bertukar identiti menjadi makcik yang berani senyum dalam ketakutan tepi tu.
Suami? 
Lagilahhh takut dia jalan lajulaju macamla buaya tu kejar dia, (ceh padahal saya pun takutt)


Tiket masuk ke Taman Buaya RM5 untuk dewasa


Lepas sudah panas-panas berjemur, kami singgah drive thru tepi Taman Buaya tu. Bai.....waktu jalan jalan tengok buaya, terbau-bau nugget MCD..
Buaya tu semua gemuk sebab hari-hari amik bau ayam goreng dan burger la tewwwww.


Lepas tu dalam pukul 2 lebih kami gerak ke bandaraya Melaka.
Check in ke Melaka Straits Hotel, betul-betul sebelah Dataran Pahlawan yang disebut-sebut tu.

Rate: RM157 deluxe room per night.

Oleh kerana kami ni main terjah Melaka tak plan betul-betul nak stay sampai bila, maka kami amik 1 malam je dulu.


 Bilik yang besau.





 Ok dah serabai pun masing-masing tadi pergi mandi manda dan jalan-jalan di tengah panas!
mahu rehat!!

Lepas tu pergi mandi kat swimming pool.

Hahaahha..tadi tak puas le teww mandi kat wonderland.

Pastu mandi dan bersolat.

Dan pukul 6 petang sudah lapar lah suami isteri ini.

GPS bawak kami ke UMbai. Makan seafood!
Yummy!


 Sedang lihat bangau putih comel




 sotong goreng tepung 3 ekor



Buah-buahan tempatan. Kite tak order pun, die tetibe bagi. Maka kami pun makan la lajulaju. Tapi memang kena bayor la jugak kan.. 

 Ikan siakap 3 rasa. Tapi pedas sgt sbb die letak blackpapper


Udang masak sambal
Yang ni saya makan sekor je.
Sedap memang sedap tapi pedas gila nangis-nangis makan ni.
Last-last semua husbnd yang licinkan.
^_^

So total makan late lunch dan early dinner di umbai, menu sotong tepung, ikan siakap 3 rasa, sambal sotong, buah, 2 watermelon juice, 2 nasik lemak bungkus kecik2 tu, 1 nasik putih, total RM70.00


Pukul 7 malam balik ke hotel park kereta dan berjalan kaki ke Dataran Pahlawan Mall, beli tiket wayang untuk movie pukul 8 malam.


Cite Azura.
Shah Jazzle dengan Neelofa berlakon.
Part yang saya suka cume yg time dorang berlakon kat Paris dgn London je sebab background adalah cantik.
Yang lain-lain no komen, sila lah tonton sendiri.
Yang pasti banyak part cam kelakar and tak logik tapi buat tgk2 santai-santai. ok le tewww.




So pukul 9.45 malam kami pun balik jalan kaki ke hotel, amik keta dan meronda Melaka di malam hari.



 Tempat ini sangat cantik.
Dekat area Melaka River Cruise

Tapi kami tidak naik cruise pun. Husbnd dah offer tapi saya taknak.
Sebab rasa macam bosan. 
Jujur gila aku.

Lagipun pemandangan kat sini lawa. Baik duduk je tepi ni sambil bermadu kasih.
Hahha bermadu kasih la sangat.
padahal setengah jam je dah habis buat amik gambar.
Lepas isteri tukang snap pic, suami pulak amik giliran
>_<







Kat sini lah kami di sapa oleh seorang abang beca.

Dan kami pun naik la beca dia. Oh abang tu sangat peramah. Die explain semua benda kat Melaka sambil bawak pusing-pusing ke tempat-tempat lama yang..ermmm..menakutkan >_<




Kubu Portugis.
Thanks abang beca amikkan gambar.


Lepas tu dia tanya kami " penah pergi makam hang jebat??"
kami memang lah tak perna pegi.
so, kami pun layankan je la dia.

Sekali dia bawak kami betul-betul ke makam hang jebat , yang mana, dalam bayangan saya, tempat tu mestilah meriah dan terang.

Waktu on the way ke sana , jalan sangat sunyi menaiki beca.

horror.

Dan dia berhenti betul-betul di depan kawasan gelap nak mampos 
"ada berani nak masuk?"

saya geleng lajulaju..lajulaju geleng sampai aku rasa nak tertanggal tudung!!

so dia pun jalan semula.


"ok, saya nak bawak kamu berdua ke makam hang kasturi pulak. makam dia pendek je. maksudnye pendek sikit dari makam kawan-kawan die yang lain".
kami dah dupdap dup dap...

ok makam hang kasturi dalam 5 minit menaiki beca, dari makam hang jebat.
sampai kat sana, dia paksa turun pulak tp x mengapa, sebab kebetulan terang sikit kat situ berbanding makam hang jebat tadi.

and memang betul..............makam hang kasturi adalah pendek sahaja.


Lepas masuk dan tengok-tengok kami pun naik semula beca


So balik tu lalu banyak muzium di bangunan asal binaan zaman Belanda dan Portugis.

Sampai kat satu bangunan putih tu.....dia tanya "nak tengok tak tengkorak orang Belanda? inilah muziumnya...." die tunjuk bangunan putih besar gile area Muzium UMno tu..
"besok nanti tengok la sendiri. mesti terkejut".

so esoknye kami pun pergi ke sana sebab nak tengok la tengkorak orang Belanda...masuk-masuk tengok bangunan tu kosong dan menakutkan....tanya pakgad , rupanya muzium tu mmg tak bukak and dah lama x bukak punnnn.



lalalalalaaa..


Abang beca kalau terbaca entry ni, haha..ni bukan terkejut lagi ni bang... ni terkejut beruk namanya ni.hahhahaha





 Ambil gambar dengan beca je. Abang beca jadi fotographer.






Happy!!




So besoknya, hari Jumaat..bangun dan breakfast di hotel.






Kemudian jalan-jalan ke muzium.


 Kat belakang tu adalah keretapi pertama kat tanah melayu.
Semalam pun abang beca bawak ke sini. Malam lagi takut! sebab jalan ni adalah sunyi!!!!!





Selamat datang ke istana Kesultanan Melaka
Tiket rm2 dewasa, kanak-kanak rm1


 Istana

 Kat belakang tu ramai patung.
Ia adalah Balairong seri.. 


Kat tingkat atas ada bilik tidur Sultan. dan barang kemas permaisuri.






Hang Jebat gaduh dengan Hang Tuah.
(kanan tu Hang Jebat)


 Motip sangat tiru gaya mcm dalam lukisan belakang tu.
>_<



wiwitttt



 pedagang dari Arab



 bersama patung yang memakai pakaian tradisional Johor.
lalalaaaa




Lepas tu kami pun gerak ke Muzium depan kubu portugis tu..

Ia Adalah muzium kemerdekaan and banyak info pasal pahlawan2 tanah melayu dan Malaysia

Masuk adalah percuma




Ini adalah kereta chevrolet number plat BE52 milik Tunku Abd Rahman yang dibeli pada tahun 1957 sempena untuk perarakan Kemerdekaan.






Ok mari la pulang ke KL semula!!

ps: i love you



.