Khamis, 31 Mei 2012

Zzzzzzz

Bila hari khamis, malam semua tv nak siarkan cerita hantu. Menakutkan lantas menyampahkan. Tido lagi bagus.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 29 Mei 2012

mari selongkar produk penjagaan muka tambahan saya..(tiada caj tersembunyi dikenakan)

 Dialog pagi tadi dengan suami sebelum beliau pergi kerja:

"sayang, jangan lupa pergi kerja kejap lagi"

(dalam hati saya dah pelik..lupe ke isteri dia ni tidak bekerja? ke ngigau ni?)
"lorrr..nak pergi kerja mana pulak ni?"

suami jawab : "kerjanya ialah jangan lupe update entry baru kat blog."



Rupenye menjadi blogger juga ada boss dan sudah ada dateline. Naseb baik boss comel.


Dan memandangkan ramai yang memberi soalan di formspring saya berkenaan mask dan scrub yang saya gunakan, marilah saya reveal kan saja secara terbuka di sini.








Ini adalah koleksi penjagaan muka tambahan saya. 
kalau rajin saya akan pakai 2 minggu sekali.
kalau rajin sikit saya akan pakai 1 bulan sekali
kalau tak rajin langsung, saya tak pakai pon.
ikut sedap hati masing-masing.



 Ini mask muka.

Nama dia TOMATOX Brightening Mask dari TONY MOLY.
Saya beli di kedai Tony Moly di Sungei Wang dengan harga RM59.90.



 Seperti mana yang anda dapat lihat, tulisan pun bahasa korea.
sebab Tony Moly ni produk dari Korea.
Oh kalau ke Sungei Wang saya pasti akan ke kedai TONY MOLY yang berada di level Elianto.
sebab semua skincare dan kosmetik dia sangat comel!!!
First time terjah sana terus jadi member TONY MOLY.
sebab boleh beli TONYTINT dengan harga member!!




 Bau sangat wangi macam bau tomato yang dah pakai perfume (tetibe)
Dan lepas pakai mask ni, memang boleh nampak muka akan sedikit cerah.
Dan lembut juga
^_^




 Ini pula mask untuk mata.
Mata panda macam saya memang perlukan perhatian lebih.
Tapi saya selalu sahaja lupa nak pakai mask ini.
>_<

Mask ni saya beli di MagicBoo dengan harga RM27




 berbentuk timun dan berbau segar seperti timun.
Lagi best kalau letak di peti sejuk dan pakai sebelum tido.
Feeling gila wa cakap lu.
Tapi bila saya pakai sebelum tido, bila bangun tido keesokkannya tengok dah ada kat mata husband pulak.
bhahhaha..





 Ini black mask.
untuk menanggalkan blackhead dan whitehead di hidung dan bahagian tertentu.
Ingat lagi kejadian "menyapu mask hitam keseluruh muka"  di entry INI?
Inilah budaknye.
Saya beli di carefour dengan harga RM6.90

mask hitam ini memang bagus sebab melekat dengan kuat.
siapa nakal-nakal, saya lekat mask ni kat muka mereka dan cabut LAJULAJU!



 Ini pula ialah 24 hours sleeping mask.
Mask yang selepas dipakai, boleh tidur dengan nyenyak sampai besok, lepas tu baru cuci.
Kalau pemalas sangat, mudah saja jika ada mask ini.
Tidak perlu tunggu 15 minit kemudian cuci kemudian barulah boleh pergi tido.




 bau sangat yummeh.
Yang ni beli di pavillion, kat kedai jual kosmetik dan skincare jepun tuuuu.
harga: LUPE!



 Ini pula scrub peeling pujaan hati dari Rizreni.
Saya pakai scrub ini sejak zaman UM lagi.




 Walaupun bau dia macam ubat sikit, tapi memang tidak mengeringkan kulit. 
Malahan bead scrub dia tidak kasar macam scrub jenama lain yang pernah saya try.















eh tiba tiba ada bedak gajah warna pink comel ini pun nak menyelit.
Ok ini bedak harian saya
Bau baby sangat!!!!!!!




ok sekian sahaja untuk entry terjah kali ni.
(KEMAINNN)


ramai yang bertanya tentang supplemen yang saya makan.
Jujur kat sini, saya tidak pernah mengambil apa-apa supplemen.
Tak caya tanya suami saya.heehhehe

Saya tidak makan supplemen sebab saya bukan orang yang konsisten.hahah
Dulu pernah beli jugak vitamin e la, innershine la sume, tapi memang makan sekali dua je lepas tu habuk yang makan.
Sebab tu kulit muka tidak flawless macam artis
>_<


ps: INI BUKAN ENTRY IKLAN TAU





Isnin, 28 Mei 2012

kenapa durian sangat sedap (tanda soal)







Pulut durian yang di idamkan selama ini.

mak mertua hadiahkan.

hahahhaha

tapi kena ikut terma dan syarat.

pak mertua bagi syarat kena minum air suam banyak-banyak lepas tu.

suami bagi syarat kena makan 2 ketul je.


lalalalaaaa


.




Manisnya Entri Ini


Rupa-rupanya, sudah setahun saya berkahwin dengan HERO PUJAAN HATI. Apesal kena capslock? sebab ini entry manis, katanya.


Dah setahun jugak tak pakai inai. (tidak mengeluh)

Paling penting, setahun punya peratus kecintaan terhadap suami tu dah lebih banyak dari sebelum berkahwin.

wiwittt..


Pagi 27 Mei tempoh hari, masing-masing bangun tido sambil senyum tersipu-sipu. Bahhahaa...Dua-dua pun over rupanya. Memang sepadan. (buat rileks sudahla)  >_<


Ikutkan saya, setiap hari Ahad, saya akan pastikan suami berehat di rumah. Tapi suami bersungguh nak ajak saya makan di luar sempena anniversary, maka, kite layan melodi gosip-gosip artis dulu, kemudian barulah bergegas lunch bersama.

Berdesup menuju ke Victoria Station.












Oleh kerana ni bukan dinner, maka lilin tak diperlukan.
Hanya sekuntum bunga dan seekor kumbang je di perlukan di situ.
Jadi, mana kumbangnya??
SUAMI SAYA
Bhahahah



Mentang-mentang pakai serba merah, secara phsycology pun order air warna sama.




 sambil makan roti, sambil gosip-gosip pasal artis yang keluar dalam Melodi tadi.
Dramatic betul suami isteri ni.
Naseb baik suami comel.
(ini entry manis. kena puji suami)



 hai si manis.


 ok, dia ni sudah tembam.
Scroll ke bawah dengan pantas sekarang!



Kami berdua yang sehati sejiwa ini, telah order Black Pepper Steak.

Sedappppnyaaa

(Semasa penulis menaip entry ini, air liur juga turut sama menaip)
bhahaha








Masing-masing perut telah ke hadapan.

Itu tanda kebahagiaan yang sejati.




ps: suami dari semalam tunggu saya pilih hadiah sempena anniversary.....tapi saya tidak mahukan hadiah...kerana saya rasa,dia adalah hadiah yang paling berharga yang telah pun saya miliki... :')
(nanges)




To my Husband. You are my partner, my sweetheart, my advisor, my comforter and friend … You are my quiet place away from the rest of the world. Happy Anniversary!




Terima kasih Allah..kerana KAU telah anugerahkan lelaki yang terlalu sempurna dan baik ini sebagai suami saya...
Semoga saya dapat sentiasa menjadi isteri dan teman baik yang terbaik kepada lelaki bernama Mohd Afiq Hasaza ini.
Dunia dan akhirat.
Amin.


:')




Rabu, 16 Mei 2012

Saya. Blank.
















Saya rasa walaupun selepas berkahwin, tetap suka berdating, keluar makan-makan sambil berbual-bual dan bergelak ketawa, pergi makan aiskrim sambil menikmati angin malam kat KL, macam masing-masing tak pernah jumpa kat rumah pulak. Sangat best bila dah berkahwin u know. Ceh kemain pulak ayat. Sebab seorang suami juga adalah kawan rapat yang paling rapat dan kawan baik yang paling baik. Dan boleh dipercayai lebih dari segala-galanya. Haaaa kauuu! Ni betul ni. Tak tipu ^_^ ........ Tapi saya sedang kebuntuan. Sempena anniversary perkahwinan yang pertama yang bakal menjelma ni, apa surprise nak bagi ye? ( oh saya telah mengantuk! Pagi tadi sebelum suami pergi kerja dia belikan nasik lemak. Isteri makan dan tertido depan tv. Realiti seorang suri rumah yg comel) - Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 11 Mei 2012

hai.saya buat entry bergambar je ni. takde isi pon.


Bosan kan malam-malam ni.
Nak update entry apa pun tak tahu la.

So kita main cuci mata nak tak?

nak tak?

alaaaa..

nak la...nak laaaa



Tapi korang janganlah cuci mata tengok patung kita yang seksi ni tau.

Dia memang seksi. Maklumlah, dia amalkan makan jamu .

Motip??

Hahha








 code : BBB 01 
PINK BELACAN
Ukuran: Lebar 30cm Tinggi 26cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE

KALAU BERMINAT TERUS BUAT ORDER DGN SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091








 CODE: BBB 02
MUSTARD
Ukuran: Lebar 30cm Tinggi 26cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT TERUS BUAT ORDER DGN SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091











 CODE: BBB 03
BABY BLUE
Ukuran: Lebar 30cm Tinggi 26cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT TERUS BUAT ORDER DGN SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091











 CODE: MC 01
LIGHT BROWN
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE

KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091










 CODE: MC 02
MUSTARD
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091










 CODE: MC 03
CUTE ORANGE
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091












 CODE: MC 04
ROSEY PINK
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091










 CODE: MC 05
BLACK
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091












CODE: MC 06
BROWN
UKURAN: lebar 26.5cm Tinggi 17cm
RM38.00 EXCLUDE POSTAGE


KALAU BERMINAT SILA BUAT ORDER MELALUI SMS, SMS NAMA ANDA DAN KOD BEG KE 0123087091





















comel tak cermin hello kitty kita?
*kelip-kelip mata*


.



Khamis, 10 Mei 2012

Senyum sampai telinga kuasa dua

Isteri dari tempoh hari asyik cakap pasal aiskrim malaysia. . Suami yang prihatin pun akhirnya mengambil langkah untuk dapatkan juga aiskrim tersebut. Walaupun pada mulanya usaha gagal. Beberapa kali ekori pelajar sekolah balik sekolah, ada masa tidak berjaya juga menjejak aiskrim tu. . Tak tahula sebab prihatin ke sebab dah bosan dengar, hampir setiap hari, isteri akan diselitkan nama aiskrim malaysia dalam perbualan. Haha . Saiko gile. Akhirnya.....


Terima kasih, suami! Awak hero saya!! Perisa asam, milo dan strawberry semua habis dalam satu kelipan mata. Saya kerjakan terus. - Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 8 Mei 2012

ni untuk entry selepas ini tau!!

 beg-beg ni semua masih baru dan bertag!







jualan pre-loved shawl, pashmina dan tudung 4 segi.
1 helai RM5.00 sahaja





sila tunggu tauuu
banyakkk lagi yang menanti!!



.

Jumaat, 4 Mei 2012

Masa rehat untuk muka!!

Hari ini lepas suami yang comel balik dari main badminton, laju-laju dia mengadu jerawat dah nak tumbuh kat hidung dia. Isteri pun terus terpikir nak rileks2kan kulit suami yang comel. Laju-laju selongkar meja mekap. Carik yang mana sesuai dengan kulit saya dan kulit suami!


Nahhhh... Tony moly mask pearl untuk saya, tony moly mask green tea untuk suami yang comel. Mask mata timun dari Magic Boo untuk mata kami yang panda. Haha


Yahuuuu muka pun sejuk dan rileks!!


Selesa sampai tertido. Lalalalalalala...... So kesimpulannya.... Pasni boleh beli banyak-banyak mask dan pakai bersama-sama. - Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 3 Mei 2012

Ulangtahun Pertama Minaz Boutique

 Pagi Labour Day. Maksudnya cuti umum sempena Hari Pekerja. Walaupun saya bukan seorang pekerja, namun menikmati cuti umum juga suatu keasyikan.

Bangun dan bersiap. Punyalah kelam kabut. Sebab? Walaupun baju, skirt dan cardigan yang hendak di pakai sudah dipilih sejak malam tadi, tapi rupanya lupe nak pilih shawl yang bersesuaian dan terlupa nak pikir cara lilitan yang hendak digayakan. Oh. Rupanya , Hari Pekerja saya menjadi Hari Pekerja Kelam Kabut.

Sebelum menuju ke Minaz di Bangi, saya perlu ke PJ dahulu, nak ambil 2 ex-housemate saya, Huda dan Nad.

Sementara menunggu mereka masuk ke kereta pun, masih terkial-kial melilit shawl. Makin down, sebab brooch dan pin tak bawak extra! Huwaaaaa..

SAYA PERLUKAN KEMAHIRAN KREATIF pada masa itu juga.



Sighhh!!!



Pukul 11.30 pagi sudah jumpa Minaz tapi saya perlu ke Mcd di depan Minaz dulu. Nak jumpa dengan kakak comel dan pembaca blog ini juga..iaitu kak Juls Julie. Heee

Sementara menunggu kakak comel tu datang, saya paksa Nad dan Huda breakfast dulu dan makan di dalam kereta SEMENTARA HAKU TERKIAL_KIAL lagi lilit shawl sampai radang sedikit kedua belah tangan.

>_<







 Terima kasih GPS membuat kami tidak sesat pada hari itu.
Biasanya saya kalau pakai GPS pun pasti akan ke termelencong ke jalan lain juga.
Malu bertanya, sesat jalan.
Tapi GPS pun satu, malu nak bagi direction betul-betul
(tetibe)







 Yeay akhirnya berjumpa juga dengan kakak ini.
Selama ini main message di facebook sahaja.
Dan nampak tak budak kecik putih melepak tu?
Anak sedara kakak ni.
Nama dia Aina Nabila.
Rambut merah asli uolssssss

Terpegun kejap tengok rambut semulajadi warna merah cantik mcm tu.
^__^
Thanks kakak sebab bagi buah tangan dari Sarawak.
Lebiuuu







Kemudian saya bergegas pergi serbu Minaz Boutique.







Sangat suka deko-deko butik ini.
Super comel sebab berwarna warni!!!





Gedik-gedik dengan baby Zora.
Padahal baby tu rileks je. Kakak je yang beriye
(kakak?? hahaha fine. saya dah pangkat mama da)


 Kak Xora, Yana dan si warnawarni >_<

Mereka berdua juga berjual di sini tau.
Rambang mata tengok baju-baju yana
^_^


 Biasa memang macam ni.
Kalau saya bergambar dengan gadis-semasa yang lebih tinggi, mesti mereka yang terpaksa merendahkan badan.
haha
Saya rendang je rupanya.




Cik Intan lawa.





Nad dan Huda nampak tenang pada mulanya...


 ....namun ketenangan tu tidak lama selepas melihat promosi Minaz yang hebat.
Tudung bawal plain dan sulam RM5.00 sahaja sehelai.



 serbu awal-awal sementara belum ada orang perasan. Haha





 3 anak patung yang gojes!!
dari kiri: Asilah, Anis, si wanaarni dan Anim
Mereka dari booth Nuraisyah's scaft & design
Saya sudah beli 3 inner cantik dari booth mereka!!
<3



 Model Minaz
Zuleeda Aleeya 
Orangnya mmg dah cantik, baju dia pun cantikkkkkk



 dengan model yang comel!!!
baru malam sebelumnya belek-belek majalah Hijabista, nampak muka budak comel ini
^_________________^
















 yang tengah berucap tu adalah owner butik Minaz.
Rasanya sebaya dengan saya je kot, kalau tak silap la.
heeeeee
tapi kagum gila lah sebab muda-muda dah ada bisnes mantap macam ni.
^_^










terserlah wajah keibuan yana di situ. hahaha,,praktis ehhhhh yana.



Sepatutnya event tu habis pukul 6 petang.
Tapi pukul 2.30 saya kena mintak diri dulu sebab petang tu ada program "sesi bersama rakan-rakan lama waktu zaman bujang".
hahah kemain tau nama program nak over gitewwwww

so dalam keterpaksaan, kena lah mintak diri dulu, mmuahhh22 dan byebye.




ps: gambar sangat sedikit, sebab ni semua pic dari kamera saya dan ada yang ambil dari FB Anis. heheh...rasanya banyak gambar di kamera rakan-rakan yang lain.

ps: sangat best sebab dapat jumpa ramai rakan-rakan blogger yang gojes-gojes dan  rakan FB juga. Walaupun ada yang saya tak sempat jumpe sebab kena balik awal, insyaAllah ada masa lagi boleh kite berjumpa-jumpa. 
Oh jangan buat saya sampaikan pantun "kalau ada sumur di ladang" pulak.