Khamis, 28 Jun 2012

Entry paling banyak info bagusss bagusss ada dalam ni...




Assalamualaikum para pembaca!!

Baiklah, entry kita pada kali ini, memang berbaur informasi best untuk disampaikan.

Harap uols maintain tahap teruja sampai "akhir kata dari saya" punya perenggan. Bhaha


...................................................................................................................................................................



1. CONTEST DARI SI KEMBAR, IDA DAN IENA MANSOR:





 Sebagaimana yang korang terperanjat, sejak beberapa hari ni, blog saya sudah cantik tak terperi.
Daripada keadaan blog dulu yang header pon nan hado, sekarang sudah hado.

Ramai pulak tu yang puji.
Saya pun tumpang kembang kejap.
Tapi korang patut tahu la jugak, hasil tangan siapa yang bertungkus lumus buat banner comel iteww.
Orangnye pun cantik, patutlah kreatif.





Banner blog saya telah dihasilkan oleh si gojes kembar ini, Ida dan Iena Mansor.
Mereka memang seperti anak patung yang kiuttt
Tamak? Terus nak peluk dua-dua sekali.
(psst: jangan tanya aku mana satu ida mana satu iena...siyes masih tak dapat bezakan lagi.Ok, Lepas ini ada alasan untuk keluar bersama mereka berdua minum-minum di Kedai Kopi)
>_<


Eh kejap, bukan itu point utama.
Saya nak bagitahu, mereka sekarang baru sahaja berjinak dengan dunia blogging




Ini belog mereka.
Sangat comel!!
Huwaaaa




Sekarang ini juga sedang berlangsungnya contest hangat oleh mereka.
iaitu
CONTEST SAYA NAK JUGA 
boleh klik SINI


NAH..BUKAK MATA LUAS-LUAS.
LIHAT HADIAH YANG TERSENARAI TU.
RASA NAK JERIT KAN??



1ST PRIZE 
Free Design : Header Blog & Advertising Blog or Cover Photo Timeline
Free Lunch + Movie Tix (and u can also meet us Iena & Ida Mansor's)
Free Bantalcraft (with ur own name) from our sponsor Butik Cho Mel
and also u got to win : FREE VOUCHER RM50 frm our sponsorDRESSUANA!

2ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Skirt Labuh Chiffon from Hidayah Salle's
and u also win : FREE VOUCHER RM30 from our sponsor DRESSUANA!


3ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Potret Karikatur from Hidayah Salle's 
and u also win : FREE HAIR RIBBON worth RM19.90 from our sponsor Cynn Ismail



SAGUHATI
20 pemenang dapat sehelai pashmina/shawl/tudung dari butik Edasera Styleesh Boutique 







  Dan bagaimana nak menang hadiah best gila kat atas tu? Ikutilah syarat-syarat contest ini!!

1]  Like fan page  -  ‘The Life Of Mansor’s Twin
2] Follow blog ‘The Life Of Mansor’s Twin'
3] Isikan sambungan ayat berikut :  Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’.........
4] Like fan page sponsor : a) Dressuana b) Edasera Stylish Boutique c) Butik Cho Mel



Okay sekarang sudah boleh siap-siap sedia join contest ini!
Tarikh Tutup penyertaan ialah pada 07/07/2012.



ps: Untungnya dapat makan-makan dengan mereka. Nanti, siapa yang menang tu, sila amik gambar banyak-banyak sampai memori camera full tau.




............................................................................................................................................................



2. CONTEST CIPTA LOGO DARI CIK NURUL PINKY




Okayy uols

Ada sesetangah uols yang kenal dengan Cik Nurul Pinky(CNP)  ni kan? Sebab beliau adalah MUA yang ada sentuhan magic gitewwww.

Saya suka gila terjah blog CNP ni sebab kat blog tu ada jual jualan mekap.
Kan iols suka mekap-mekap.Tak pakai sangat pun, tapi suka jugak membeli.
>_<
Rambang mata kalau masuk blog CNP tu.

And now, CNP ada buat contest tau. Iaitu CONTEST CIPTA LOGO.
SO korang yang kreatif dan banyak idea tu, boleh la joinnnnnn




Dan hadiah yang ditawarkan pula adalahhh

Jeng Jeng Jengssssss





Haaaa....bestnye kalau dapat!!!!!! berus tersusun kiri ke kanan.. Dengan eyeshadow macam-macam kaler pun ada.. HUWAAAA...BERBALOI_BALOI!!!!


Tarikh Tutup penyertaan 15/07/2102.

Cepat join sebelum menyesal..Hiihihihihi




....................................................................................................................................................................

3. JUALAN HEBAT PENGHABISAN STOK HARGA RUNTUH MENJUNAM-JUNAM (kalah iklan courts kauuuu!!)



SNALALA BLOGSHOP tengah buat sales.
Ya.
Anda dengar apa yang saya kata, bukan?
SALESSS

Mari serbu facebook mereka di SnaLala Blogshop untuk mendapatkan barangan seperti bawah:
Tudung
Beg
Kasut
Baju




Betul-betul crazy clearance bukan?
Ok cepat shopping sebelum 1 july 2012 !!!!




..................................................................................................................................................................

4. PERGI FOLLOW TWITTER MILIK NURUL AIN ABD SALAM INI!


Al kisahnya .....ramai bertanya, macamana akhirnya saya terbukak hati untuk ada account Twitter?

Suatu malam yang damai, suami saya bertungkus lumus sign up kan twitter untuk saya. MOTIP?? Entah. Dia nak buatkan, maka saya pun OKEH je la. Maka lepas dari hari tu, saya cuma sign in sahaja. Bhaha. 

So ini adalah Official Twitter saya, JANGAN TERPEDAYA DENGAN FAKERS ya...

Boleh follow saya di https://twitter.com/nurulain8888

Tapi saya hanya approve PEREMPUAN SAHAJA.



..................................................................................................................................................................


Okey. Entry telah tamat. Saya akan gerak balik ke Johor Bahru malam ini.......

Dengar-dengar, weeknd ni ada Jom Heboh kat Angsana kan? Bersiap-sedialah orang-orang johor bahru,  kita pasti akan dibanjiri dengan orang Singapore. Jalan sure jem macam sardin comel cap MARINA. 





akhir kata dari saya, HAPPY WEEKEND UOLS....




.






Rabu, 27 Jun 2012

DRAFT

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi...


.....................................................................................

Hari ini sudah 13 June 2012...bermaksud kandungan saya berusia 20 minggu iaitu 5 bulan. Syukur YaAllah...

Bangun pagi rasa sebak (tetibe je kau ni?). Kebetulan pula malam tadi tidak boleh tidur dengan nyenyak (tido tidak sedarkan diri adalah kebiasaan). Perut rasa tidak selesa. Ketat semacam.

Pagi ini suami pula berangkat ke Sabah, outstation. Nasib baik 2 hari sahaja. Kalau 2 hari dan ke atas, memang kena bawa saya sekali dalam beg. Bukan saya je, siap baby pun kena paksa masuk dalam beg pakaian suami. Haha.

Di ambang kehamilan 5 bulan ni, i feel great. Jalan dengan perut sampai depan dulu, memang satu kepuasan pelik aku. Haha.

Sudah tidak boleh baring sana sini macam selalu. Kena baring atas sofa atau katil. Tak feel okay bila tengok TV  tapi tidak dapat berbaring di depan sekali macamlah ada orang nak berebut tempat dengan kau. OK FINEEEEE.. Kerana bila nak bangun je, pasti sakit rasa tulang belakang. Rasa seperti sudah tua sebelum usia. Masa itu, pahamla si mak budak ni, bahawa kalsium ku telah di ambil sedikit oleh anak sendiri. Tak apa, anak... Untukmu..jangan kata kalsium, segala jenis macam zat pun dipersilakan ambil, dan semoga menjadi bayi yang sihat dan kuat. Ya? (kelip-kelip mata)

Cuma, sejak morning sickness sudah pergi, pitam-pitam pula datang ke mari. Terima dengan redha. Redha itu indah.

Semalam monthly check up seperti selalu di Pusat Perubatan Naluri. Sudah masuk 5 bulan, sepatutnya sudah  boleh tahu jantina baby. Al kisahnya, anak Ummi sangat aktif. Last week punya penangan berpusing-pusing, berswimming-swimming dalam perut, semalam bila dokter Kay scan, dia sudah tersongsang daaaaaa.....Kepala di atas dan punggung di bawah. Maka tidak boleh confirm lagi gender baby. Haha.. Hebat betul anak Ummi ni pusing. Nak jadi ahli gymnasium letewwww.

Oh by the way, (ewah banyak pulak yang hendak diceritakan!!), sejak semalam, sambil berbaring-baring melayan anak yang gemar berpusing, saya buat survey sedikit mengenai klinik atau hospital yang menyediakan perkhidmatan 3D/4D scan. Namun masih belum decide nak scan di mana..kerana tunggu 28 weeks ke atas baru sesuai buat 3D/4D scan kerana pada masa itu, insyaAllah baby telah gebu.









16 June 2012

Sabtu. Dari pagi sudah terbayang wajah buah limau barli di setiap ruang fikiran. Tapi diamkan dahulu. Mungkin itu hanya khayalan.
Start lepas maghrib je, tekak meronta-ronta nak jugak. Berdesup ke pasar malam Taman Melawati. Pusing 2 hingga 3 kali, tak jumpa jugak buah bulat hijau yang besar tu.
Balik rumah sambil hampa. Telan airliur banyak kali. Sekarang sudah paham apa erti teringin? huwaaaa
Pukul 11.30 malam, berdua dengan suami ke pasar Chow Kit. Jujurnya, saya tak pernah tahu pun ada pasar macam itu, di tempat macam itu.

Jalan slow-slow disepanjang deretan kedai buah..akhirnya nampak buah limau barli digantung sempurna dari jauh. Ya ALLAH, rasa nak terkam je siap tanduk-tanduk pakai kepala kat limau gantung-gantung tu. Bhaha. (KAN TENGAH EURO NI)

Beli sebijik je sebab anak je nak makan (wahh Ummi nya taknak mengaku lagi padahal dia yang nak makannnn).

Sambil makcik jual tu bukakkan kulit limau barli, die cakap : "Biasa susah nak dapat buah ni dik...ni pun baru sampai semalam...gerai lain takde jual lagi limau barli, memang rezeki baby la ni"

Aku dah "aikkkkk" dalam hati....Mana dia tahu baby nak makan limau barli ni??? Heeeee (perut dah buncit, buat-buat muka suci pulak aku kat tepi tu) Bhahahaha

Suami? Hanya senyum comel je kat sebelah saya.

Baby? Tendang perut Ummi 80 kali tanda teruja dapat limau barli!!!






Betul kata orang, benda yang bila kita carik, pasti tak jumpa atau susah nak dapat. Tapi bila tak di carik, bersepah je depan mata.... Saya setuju dan akui kesahihannya...Lebih-lebih lagi dalam bab mengidam ni (sambil kunyah limau barli sorang-sorang tak offer kat orang lain pon) >_<
.........................................................................................................................................................










INI ENTRY YANG TERSEMBUNYI DALAM DRAFT SEJAK TEMPOH HARI.









Isnin, 25 Jun 2012

Edisi Terjah Isnin: Beg Mekap Lalala


Dah la lama menghilangkan diri, muncul-muncul je buat entry pasal mekap. Langsung tiada kena mengena.


Haha. Pandai tak saya ambil hati pembaca semua?

Ramai sangat yang meluahkan perasaan supaya saya cepatlah update entry baru. Dengan hasben i pun terjebak suruh saya update blog. Sabarrr je la. >_<


Cerita dia macam ni. Janganlah melulu kata tak ada kena mengena. Ada kena nya....

Sejak dua menjak - tiga menjak ni...saya suka mekap. Tapi takda lah sampai tahap mekap gaya hallowen. Eerr..itu tahap maksimum. Saya punya tahap beginner.


Kalau boleh, nak pergi beli surat khabar kat kedai mamak depan rumah pun, nak mekap lawa-lawa. Masalahnya, lawa ke? Propaganzaaaaa sangat!







Secara mata kasar, beg mekap saya ada tiga.
Namun secara mata halus, saya cuma ada satu sahaja beg mekap yang perlu.
Lagi dua beg tu, penuh dengan mekap yang jarang guna.

Kenapa kesemua warna pink?
Percayalah kawan, ini semua hanya kebetulan.
Haha
Beg bunga Crabtree&Everlyn tu pakej sekali dengan hantaran kahwin.
Yang pink plain tu, free gift dari STAGE.
Yang pink polkadot tu beli kat kedai RM2.
Sungguh kebetulan, semua warna pinky!




 Ni gambar secara terbuka pula.
Bersepah. Maaf. 





Kite selongkar one by one la.
Puas hati masing-masing bukan? (bukan nada marah)






 Segmen Palsu.
Bulu Mata Palsu
Memang penuh dengan kepalsuan, sebab tu jarang pakai.
Pakai bila rasa kuat nak tampung bulu extra kat mata.
Bulu mata tak ada brand. 
Janji cantik, lebat, berkilat (?) dan tak ada kelimumur (?!!!!)

Paling penting di sini, gam bulu mata.
Cantik dan mahal macamana pun bulu mata palsu, kalau asik tertanggal, baik TAK PAYAH PAKAI!
(kan dah kena marah)
Pakai lah gam jenama DUO, boleh dibeli di kedai MAC dengan harga RM49.90.
mahal tapi berbaloi sebab gam tahan lama, tiub besar boleh pakai lama.

Pelentik bulu mata menggunakan kuasa bateri adalah best.





 Segmen Eyeliner

Dulu saya suka pakai gel eyeliner sebab sapuan yang rata dan pekat. Tapi yang best tu, mesti ada tak best. Ia terlalu melekat di mata sampai susah nak tanggal dengan air.
Tak kose nak sental sampai hitam seluruh mata.

Maka saya tukar je pensil atau liquid eyeliner.

liquid eyeliner (black) - elianto, etude house
pencil eyeliner (black) maybelline, kajal, etude, avon, crayon eyeliner brand dari mekah
pencil eyeliner (white) - sasa, STAGE, dan yang lain semua tiada brand 




 segmen lukiskan kening

Saya tidak mencukur kening, tapi rapikan sahaja
saya cuma sekatakan warna kening supaya tidak nampak seperti zombie takde kening. (kau hade??)
Pencil eyebrow liner - silkygirl
 eyebrow pallete - etude house

Kalau rajin saya pakai etude house pallete tu.
Kalau nak cepat memang rapikan guna pencil saja.Pemadam takde





 Segmen bedak dan alas bedak
Secara jujurnya, daripada kesemua yang ada di dalam gambar atas ni, saya cuma pakai dua benda je.
Bedak PIXY dan foundation ZA.

yang lain semua tidak pakai malah ada yang tidak pernah bukak langsung. Huwaaa tamakkk
Avon smooth mineral foundation tu tak pernah bukak pun.
Stage loose powder tak pernah pakai
MAC foundation tu pakai sekali sekala bila perlu.
Stage foundation dan concealer lagii langsung tak pernah pakai.

Sebab apa? sebab saya dulunya tak pandai pakai foundation. Rasa tidak yakin je bila pakai. 
Lepas tu bila beli foundation ZA rasa best pulak. Maka saya pun jatuh hati dengan foundation tersebut.
^__________^




 Segmen Mascara

Bulu mata tak lentik dan lebat macam saya, memang geram bila nampak iklan mascara kat TV dan Majalah.
Kalau geram je tak apa. Ni geram sampai nak beli.
Pastu bila effect dia tak melentik macam model pakai, rasa menyesal.
Akibatnya, bersusun la mascara dalam beg mekap.

>_<





 Segmen eyeshadow

Victoria Secret, STAGE, Elianto, In2it, Silkygirl, 
Saya suka gila eyeshadow matte warna hitam.
Tak tahu kenapa aku pelik sangat.
Padahal bawah mata memang dah semulajadi hitam, lepas tu nak hitamkan bahagian mata atas pulak.
MOTIP??







 Segmen berus ku berus mu jua



 Segmen blusher.
Bila ambil gambar ni, baru perasan, koleksi blusher saya semua lebih kurang saja warna.
tak mencabar pipi langsung!

avon minerals blusher tu tak pernah pakai! haha
yang lain sume pakai sbb brand elianto. Elianto best mcm durian!!




 Segmen Lipstick

oh sekarang ni saya tergilakan lipstick NYX. saya beli online sebab takde jual di drugstore malaysia lagi.
selain dari bau wangi, lipstick tu tak menjadikan bibir saya mungil sangat.
Kalau mungil sangat, nanti orang panggil saya Kilafairy. Achaner??

Stage pun best sebab matte.


yang lain, pakai je la bila nampak sangat bibir pucat. 





 Segmen Lipgloss

saya tak berapa sukakan lipgloss.
sebab bibir saya semulajadi tebal.
Nanti jadi mungil.
Bila mungil...err..ok jangan bagi saya teruskan mengulang ayat di atas ye.
Kilafairy tak bersalah dalam hal ini.



Tapi TonyTint dari TonyMolly tu memang best.Dia bukan lipgloss, tapi dia dah sesat termasuk dalam segmen ini.
Tak apa, kan?









Fuhhh penat menaip, Jah!!!!!













Hakikatnya, saya takdelah pakai kesemua mekap di atas sbg mekap harian saya.



Barang mekap harian saya seperti di bawah ini!!







 alatan mekap yang perlu ada dalam beg tangan saya adalah seperti di atas ini je...
Sikit kan? Kan?
Pleaseeeee katakan, ianya sangat sedikit.
>_<





 Mascara elianto, Mac, Maybelline
Pelentik bulu mata (termasuk bateri).
Kalau bawak alat tu je pun tak guna kalau bateri tertinggal kat rumah.
Nak pakai bateri kereta? 
Cubalah kalau sudi.




 NYX lipstick. 
Maybelline lipbalm.
TonyTint in Red Apple
Lipgloss Etude House
Lipstick Elianto




 Blusher murahan takde brand (rm10) siap dengan applicator span
Kabuki brush Elianto utk dipakai baked blusher Elianto.


 Eyeshadow warna suka hati aku 
Berus pun sila bawak.
Sebenarnye pakai jari pun boleh kalau nak pakai eyeshadow.
Tapi bawak je la incase taknak kotorkan jari jemari 



 Untuk kening, saya pakai silkygirl pencil dan pallete dari etude house



 Black eyeliner crayon dari Maybelline
White eyeliner dari STAGE dan brand yg tidak diketahui (beli kat mekah aritu)



 Liquid foundation ZA
Bedak PIXY 



 Haaa kemudian masukkan sahaja ke dalam beg mekap yang free ni.



 kemudian sumbat dalam hanbang dan boleh la keluar berjalan-jalan.




 Dah mekap 5 jam, amik gambar black and white je??!

haha motip sgt.
tak nampak eyeshadow hijau kuning iolsss tu tauuuu


















Ok entry dah tamat!!!!




eh sekejap....





ada lagi....












 Just nak bagitahu,sharpener untuk eyeliner yang paling murah dan best setakat ni adalah Elianto ni ha.
Sejak beli memang tak pernah tersumbat-sumbat, even saya sharpen crayon punye eyeliner.
Siyes best!
Saya beli waktu tengah promo, RM6 sahaja.



Dan jangan lupa ye. syok sangat main mekap-mekap sampai lupa nak cuci muka bersih-bersih.
Sila pakai facial wipes ye sebab make up remover oil terlalu berminyak takut tersumbat lantas tertutup pori muka uolsss yang gebus itu.
Dan jangan pakai baby oil utk hilangkan mekap!!! sebab ia mengandungi mineral oil yang memang pasti buat pori muka tersumbat ketat-ketat.









ARAHAN: selamat tido lepas baca entry ni, panjang sangat sampai ngantuk!!!!!!

zzzzzz














Ahad, 17 Jun 2012

:)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Rabu, 6 Jun 2012

Edisi Musim Cuti sekolah

 Musim cuti sekolah pun tiba.

Walaupun tak dinanti, tapi tetap diingati. Cewahhhhh

Macam hari raya pulak.

Saya paksa suami ajak saya pergi membuat lawatan sempena cuti sekolah. Nampak tak. Walaupun belum mempunyai anak, tapi sudah practice. Haha.

Hari Selasa bangun dengan muka tersenyum (selalu macam tu kan).

Yeay dalam hati sebab suami nak bawak pergi Petrosains. Ala yang kat KLCC tu la. Walaupun selalu ke KLCC tapi tidak pernah masuk Petrosains.



Isteri muka gembira.
tepuk tangan lajulaju


 suami yang comel buat muka blank.
Sampai hati.
Sobs sobs





Masuk KLCC, sampai di level atas.
Nampak manusia bukan main ramai.

Paling sedih, nampak signboard TICKET SOLD OUT

>_<

Hampa.
Padahal baru pukul 10 pagi.

Ye lah. Kan cuti sekolah.
Kite yang tidak sekolah ni pulak sibuk-sibuk.

>_<



Akhirnya suami bawak saya ke Muzium Negara.


HAPPY LAGI!!!


sebab saya tak pernah ke Muzium negara.









 nampak sangat cuti sekolah.
amik gambar apa pun, mesti akan ade orang lain dalam gambar tu.
Huwaaa
Muzium pun ramai, tapi masih boleh masuk lagi

RM3 untuk parking


 Pintu gerbang!
yeayyy


 Time ni malu gila
sebab ramai nya orang kat depan aku tu tengah beratur nak amik gambar
>_<

okbye!


Tiket masuk RM4.00 seorang

Tiket keluar? tak perlu pun, mmg akan keluar sendiri setelah mengantuk.


Saya Cuba menyampuk dalam perbincangan Sultan melaka tapi tidak berjaya.
Sebab mereka berbincang dengan nada slow sangat.



 melaka semasa mula terkenal dengan aktiviti perdagangan (3D)



penat.
tak larat nak jalan sebab ada 4 galeri.
jalan sikit je dah mengah.
huwaaaa..











yeayyy berjaya juga membuat lawatan sempena cuti sekolah.

Terima kasih suami yang baik kerana bawa saya.

Lepas ini target nak ke Petrosains jugak! Tak kira!!! Yeay








Balik dengan hati rianggg...











Dalam kereta, on the way balik, sambil menyanyi-nyanyi dengan suami, tiba-tiba suatu penemuan terbaru telah berlaku..












suami  telah kagum.

kaki isteri muat masuk dalam kotak tisu ini tanpa perlu koyakkan ia.

KASUT KOTAK TISU AJAIB

Doraemon pun boleh dengki hati tengok saya ada alat ajaib macam ini.


bhahhahaha

(sejujurnya, itu adalah gambar paling gila penah aku amik)




.
ARAHAN: ENTRY TELAH TAMAT.