Khamis, 23 Ogos 2012

selamat hari raya versi perantauan



 saya hilang ke UK dan Paris kejap dari hari raya pertama sampai 26 hb ni.....






 ok jeles tengok facebook and twitter semua pun upload gambar baju raya lawalawa....gambar dodol dan rendang.




Sabtu, 18 Ogos 2012

my new baby

Unexpected gift from hubby.

Terharu secara huru-hara.

:')

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 17 Ogos 2012

yay!

Finally!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 15 Ogos 2012

Khasiat Buah Delima untuk Ibu Mengandung


Alhamdulillah. Syukur hari ini genap lah minggu ke 29 saya pregnant.

Betul kata orang, masa trimester pertama, rasa lambat masa berlalu. Masuk trimester kedua dah rasa cepat pulak masa. Tau-tau je dah trimester ketigaaaa..alhamdulillah...

Saya pasti ramai yang dah tahu khasiat buah delima kan?  Terutama sekali khasiat untuk wanita mengandung. Ni info yang saya dapat dari dalam internet.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

sumber mamashealth






Ok ni ada lagi info:


KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous


Sejak saya pregnant 5 bulan lagi saya teringin nak makan delima. Sampaikan google cara nak makan buah delima sebab rasa tak percaya kena makan sebijik-sebijik sampai penat mcm tu.

Lepas makan 3 biji buah delima secara manual, saya terus bernekad untuk carik jugak jus buah delima. Senang je kalau dapat minum terus.

Cari punya cari, minggu lepas baru terjumpa jus buah delima kat kedai pak arab kat Bandar baru Uda. Kedai dia depan masjid je. Tu pun terjumpa masa jalan-jalan kat bazaar Ramadhan masa balik JB aritu.




 Yay dah jumpa!
RM7.00 sekotak
Saya beli satu dulu sebab nak test rasa dia bagaimanakah.
Kang dah terbeli banyak-banyak, takut tekak tak dapat terima pula.

Alhamdulillah rasa dia sedap
Rasa macam ribena tapi lagi masammmmm.
(Ye la, makan buah delima secara manual tak rasa sangat jus dia sebab kecil-kecil nak kunyah. Tak puas .haha)

Dan sekarang macam rutin pulak kena minum air delima ni.
Masa sahur and berbuka pasti akan minum.
Yummeh tauuu
Letak ais banyak-banyak....
HEAVEN!





 OH yang ni pun saya beli sekali kat kedai pak Arab tu.
Sebab macam dah bertahun je tak jumpa air Tang ni.
Beli pun bukan sebab nak bancuh buat air.
Saya dan suami rupanya ada tabiat zaman dulu yang sama.
Iaitu makan serbuk Tang ni begitu saja.
>_<
Sebotol ni rm18.00






ps: rajin minum delima mana tahu bibir baby merah bak delima. Auwww kemainnn.. 





...................................................




Tahun ni tak ada langsung entry preparation nak beraya kan?

Haha.

Tahun ni beraya secara ala kadar saja.

Baju pun beli untuk raya pertama je. Tu pun akan dipakai beberapa jam. Tak sempat kena peluh pun agaknya baju raya nanti. Hehe

Yang pasti, walaupun beraya beberapa jam sahaja di JB nanti, saya tetap happy sebab dapat beraya dengan keluarga sendiri tahun ni.

Yay!!


Lepas tu rushing pulang ke KL dan amik beg dan terus berlari ke airport.
Semuanya pada hari raya pertama nanti.










^__^


.

Khamis, 9 Ogos 2012

Butik Edast !!


Saya pasti ramai rakan-rakan di luar sana yang penah dengar nama Butik Edast ni.

Pasti juga ramai yang penah shopping disini.




Secara jujurnya, shawl pertama dalam hidup saya adalah dibeli dari Edast Butik.
Shawl tu saya pakai masa dinner Kolej Kediaman ke 12-UM.
First year lagi masa tu.
Umur pun muda remaja. 22 kalau tak silap
Pakai shawl pun senget benget lagi.
hahha

Memang saya sentiasa berpuas hati dengan servis dari Butik Edast.




And sekarang, tetibe dapat jadi model untuk butik Edast pulak tu.
kemain tauu kite eksaited sangat.

Sebab koleksi shawl, tudung dan pakaian kat Edast ni semua gojes-gojes, paling penting, harga berpatutan.







Antara koleksi terbaru dari Butik Edast.



 Dulu main beli shawl secara online je.
sekarang dapat jugak berjumpe dan bermesra dengan tokey Edast Butik yang super duper comel ni.
<3 p="p">

 ni masa 1st fotoshoot aritu.

me with Lisa, assistant kak Edast dan baby comel tu anak kak edast.
gebussss sangat 
^_^



Paling best.

Haaa...

Demi menyenangkan para pelanggan, kalau rasa tak nak beli secara online, boleh la terjah terus ke Butik Edast. kat sri serdang, area UPM.

saya sempat ke sana last week sebab dengar-dengar banyak baju dan tudung lawa-lawa yang tak dijual online, tapi dijual terus kat kedai tuuu.

Boleh rambang mata secara live kat situuu!!









 memang banyakkk barang best-best terjual kat sini.
antaranya brooch bunga, shawls, tudung, blouse, skirt, palazo pants, maxi dress, jaket, cardigan, aksesori, anak tudung, syria.

Bagi ibu mengandung macam saya pun senang nak cari blouse/ dress yang selesa kat situ.
yay!









Ahhhh rambang mata!!!!!


kalau boleh kan semua benda saya nak beli!!!!!!






akhirnya, berjaya jugak mendapatkan benda kat bawah ni...











 brooch so comelness rasa nak gigit je. voleyy?



blazer mustard yang smart gile.

ada 2 kaler je yang tinggal.

shocking pink dan mustard.

so saya pilih mustard sbb kalau tak, sampai besok pun masih pening kepala tak tahu nak beli warna apa.

harga dia adalah sangat berbaloi okay.

naseb baik saya ke butik Edast!

hehehhe



 oh ya sebelum saya terlupa, shawl ni pun dari butik Edast.

Custom made design khas dari butik Edast.

Kalau nak cepat-cepat terjah website atau kedai Edast tau!






Edast Family!

Mmmuahhh2... sayang mereka semua

^__^







so nak dekat raya ni, mereka yang duduk kat area serdang tu boleh la datang terjah serbu Edast Butik yang berada di :


Butik Edast
10G, JALAN 18/35, TAMAN SRI SERDANG, 
43300 SERDANG SELANGOR. 
(sebaris dgn Mc'd, KFC, Rasamas, Avon)

dan yang duk jauh tu jangan kecewa, masih boleh shopping secara online di website Butik Edast 

jom LIKE page Butik Edast di Facebook




^_^




Singapore 2012


Tempoh hari, saya dan adik beradik suami serta sepupu2 belah suami telah merayap ke Singapura.

Tempoh hari ke? Tak juga la. Sebenarnya agak lama juga percutian ni, tapi baru sempat nak buat entry sebab baru pagi tadi pasang Unifi kat rumah. Nampak tak? Bila dah lama tak update blog, macam-macam benda nak diceritakan dalam satu perenggan. Haih!

Kami agak mencurik masa juga sebab masa ni adalah seminggu sebelum puasa.  Oleh kerana bulan puasa nanti memang tak dapatla nak berHUHA-HUHA dengan semangatnya, ditambah pula ada 2 orang mak buyung dalam pengembaraan ini.


Kami plan masuk ke USS pada hari Isnin (sebab nak elakkan kesesakan orang). Maka sehari sebelum tu (ahad petang), kami dah merayap kejap masuk SIngapore sebab nak usha jalan. Sambil berjalan-jalan.



Gambar Keluarga
^_^

Ni kat Geylang Serai




 Masa kami sibuk-sibuk kat serbu pasar ni, peniaga pun baru nak sibuk-sibuk tutup kedai.
Sekarang kami masing-masing sibuk.
>_<


 Pergi terjah kedai yang masih terang benderang lagi.
Mereka tengah pilih-pilih kain batik.
Saya? buat-buat sibuk sambil beratur belakang tu.
MOtip!!



 Encik Suami dan kazen beliau, Along


 Kucing PUMA kat baju suami tu macam nak cakar saya je
Jeles letewww


 Tunggu lampu isyarat sebelum cross jalan.
Ada orang kata kalau pejalan kaki tak ikut lampu isyarat, nanti kena saman.
Kat tempat orang, please behave. (kelip2 mata)



 Jalan di sana agak pening.
Mungkin sebab tak biasa lagi.
(blerghhh!! Memang la.first time masuk sini kot!!)
Dah la kami bertunda 2 kereta, maka, memang macam lipan sikit.
Ke kiri tidak. ke kanan tidak.
ke mana kah harus ku tuju?

Naseb bawak GPS.



 Sebelum pulang ke Hotel di JB, kami singgah jap ke Marina Bay.






 ok cepat! cepat!
Update kat Facebook tulis "yahuuuuu dah ada kat singapura. gerek seyyyyyy"
"gerek seyyy" tu macam ayat feveret orang-orang singapura la.
Aku jiran dia, aku tau la.
(Kemainnn)








 Oh ya. pada waktu ni, patung Singa yang mulut dia keluar air tu, yang besar tu, tengah renovate.

Tapi ada singa kecik je ni.

Kami anggap, ini anak dia.

Pon boleh la dibuat props untuk bergambar!



 Alahai. Kecil benar anak singa itu.
Langsung tak nampak dalam gambar!!
Nasib baik nampak pokok. Ada juga props.
>_<




 .


 dengan kekasih halal je boleh posing mcm ni tau.
(kelip2 mata)







 Marina si cantik manis.




Lepas tu kami pulang ke hotel.
Tido awal.
Besok nak berjalan seharian bermain permainan di taman tema Universal Studio.
(Haaa kauu.Taman tema Universal Studio lagikkkk!!)




 yay dah sampai.

Sampai-sampai terus masuk.
tak payah beratur panjang bakhang beli tiket sebab kami dah beli tiket secara online.



 the mak buyung.
Masa ni saya sedang buyung 6 bulan.


So sebelum kite teruskan pengambaraan kita, mari lihat dah fahami dulu route atau map dalam USS ni.
KIte start di Hollywood dan mengikut arah putaran jam tau!!



HOLLYWOOD


 with aina.
ni depan kedai souvenier USS




 Ni maskot pertama yang keluar pagi tu.
Mungkin kami sampai agak pagi, tak ramai maskot yang berkeliaran.
Semua masih nyenyak tidur, mungkin.



 tapi yang pasti, burung yang pempuan pakai skirt pink tu, gewdik youuu!
hahha
Lawak gile tengok aksi dia.
Rasa nak culik dia bawa balik.




 Tak kenal.
-.-



MADAGASCAR



 Wahh lihat!!!
Alex the LION bersama rakan-rakan Madagascar!!!

TERUJAAAA



 So game pertama yang kami main adalah di sini ha.
Walaupun kami datang pada hari weekdays (isnin), namun ramai juga orang yang beratur.





 Sangat teruja.
Beratur panjang pun masih boleh tersenyum gembira!




FAR FAR AWAY



 Game roller coaster ni saya tak main pun.
Mak buyung 2 orang terpaksa tunggu diluar.
tak ingat pula game ape ni.
Tapi depan istana Shrek!


 Selamat datang ke Far Far Away.
Dalam tu ada shrek dan fiona yang loving couple sangatttttt.





THE LOST WORLD


 sedang meneliti telur dinasour.
sambil bandingkan kebulatan dengan perut sendiri.



 FINE!

Dalam jurasic park ni kami main game jugak. yang naik bot lepas tu basah-basah kena air.
Basah lencun tau tak??
Haaa tapi puas hati la.
sebab tu beratur kat situ dekat sejam pun tak apa.
sampai nak pitam pun tak apa.

>_<




ANCIENT EGYPT





 mari masuk ke zaman purba mesir.
tapi kali ni game roller coaster.
sekali lagi, saya dan dikwa terpaksa duduk diluar saja.
hahha
kasihan.



 badak permainan, tapi suara agak nyaring.
memang si penarik perhatian betol!
huh


 Masa ni dah agak petang.
Muka saya pun dah tak larat.
Sebab saya dah lapar.
Dalam beg suami tu ada je roti.
sampai habis saya kerjakan seorang.
>_<
kan orang mengandung akan selalu berasa lapar.
tabah je la.



SCI-FI CITY






 Roller coaster kat sini ada 2.
kedua-duanya memang dahsyat.
saya yang kat bawah tu, dengar bunyi pun dah takot.

kalau tak mengandung pun, memang tak mahu naik la.
takottt.
kronik habis dia punya laluan roller coaster.bersilang-silang lagi haaaa
>_<



 tunggu adik carik kunci kereta jap.
kemainnnn




 transformers!!

tapi kami tak masuk pun.
sebab kena cas tiket lain rasanya.
lagipon, mak tak larat nyah!!








NEW YORK





dari jauh sudah nampak sesuatu.
van sesame street!!



 mari ambil gambar!!!

ada je watak sesame street yang lain mcm ELMO, Garbage Monster, cookie monster, tapi semua kena beratur panjang nak amik gambar.

jadi kite pilih watak yang suam-suam kuku je la, tak payah susah-susah berebut amik gambar.
hahha






 masa ni dah kembali ke Hollywood semula. sebab jalan keluar adalah sama dengan jalan masuk tadi!





 sementara tunggu mereka-mereka yang lain beli souvenier USS, saya sibuk main topi kat celah kedai tu.


 happy betul budak baju hijau tu main topi.
whateverrrrr




cleopatra perut bulat.
bye!





lepas tu kami gerak balik ke KL malam tu jugak.

sebab esoknya ada yang kena pergi kerja!



Maka berakhir la pengembaraan kami sekeluarga.
InsyaAllah raya kedua tahun ni akan bercuti lagi.

Pergi mana?
Tungguuuuuuuuuuu





ps: phew. i miss u blog!