Rabu, 19 September 2012

Hai Stokin Ajaib !! (sambil selongkar poket Doraemon)


Memandangkan terlalu ramai yang bertanya kepada saya soalan cepu emas (berkaitan percutian Hari Raya saya tempoh hari), maka dengan sukacitanya saya nak berkongsi sesuatu dengan anda. Ya. Anda. Dan Anda juga...Termasukla anda yang sedang sorok kepala disebalik PC pejabat hanya kerana sedang membaca blog ini waktu kerja. >_<


Kakak...tidak mengapakah untuk wanita mengandung lebih 7 bulan menaiki pesawat?

Selagi ianya bukan jet pejuang, mungkin tidak mengapa. Bhaha. Ianya terpulang kepada syarikat penerbangan untuk mengehadkan tahap kandungan penumpang yang menaiki pesawat mereka. Tapi biasanya 35 minggu memang mana-mana airlines pun tak terima. Lebih-lebih lagi untuk penerbangan berjam-jam. So kurang dari 30 minggu should be OK untuk travel menggunakan airlines TAPI kena ada surat dokter untuk kandungan 28 minggu ke atas.  Yang masih 3-4 bulan tak perlu ada surat dokter pun tak apa.


Apabila travel dengan airline yang memakan masa berjam-jam-jam -jam lamanya....Salah satu masalah yang akan dihadapi oleh ibu-ibu mengandung yang dah sarat macam haku aritu ialah.... DVT.

Mula-mula kita kena tahu dulu apakah itu DVT? 

DVT (Deep Vein Thrombosis) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Bagaimana DVT boleh terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, iaitu sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah yang kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, disitu sekatan boleh berlaku.

Simptom- simptom?

Cepat penat
Mengah
Sakit Dada
Denyutan Nadi Laju
Lemah di bahagian kaki
Batuk
Nafas pendek samada di keadaan rehat atau aktif


Pencegahan?

Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah.
Banyakkan pergerakan dibahagian kaki.
Elakkan minum ais
Elakkan buka aircond terlalu sejuk.
Sentiasa minum air panas.






Ok...bagaimana Nurul Ain Abd Salam sekarang sudah menjadi hebat dalam ilmu sains dan kesihatan? Saya cuba copy dan type semula je. Semua di hujung jari.




So beberapa hari sebelum penerbangan ke UK, saya sibuk-sibuk mencari stokin. Akhirnya berjumpa!!









Harga RM48.00
Saya beli di Guardian.
Memang jenama Scholl je yang ada jual Flight Socks ini.

Tapi sebelum beli tengok betul-betul size yang bersesuaian dengan kaki.
Sebab pemakaian Flight Socks ini mestilah ketat (gile ketat!!)  dan mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
So make sure pilih size yang sesuai. 

Ada 2 pilihan warna. Hitam dan Light Brown




So bermulalah Penerbangan ke UK yang mengambil masa 12 jam. Blerghhhh aku benci!!! 




Pastikan tempat duduk kita banyak bantal (ikut keselesaan) . Jika perlu, mintakla bantal extra dari pramugari yang manis tu. Letak satu di belakang dan satu di bahagian perut kemudian baru ketatkan tali pinggang keselamatan *nada pramugari*

Mula-mula naik saya tak pakai pun Flight Socks tu. Sebab masuk-masuk je terus tidur. Tapi dah 5-6 jam kemudian, saya jadi sesak nafas kejap. Dada rasa berat dan mengah dan sakit. Huwaaaa. cepat-cepat suami  terbongkok-bongkok pakaikan stokin ajaib tu (sebab saya dah tak boleh nak bongkok lagi)....

Kemudian saya terpaksa bangun dan berjalan (senaman kaki) 4-5 minit di sepanjang laluan tempat duduk dan kemudian duduk semula dan sambung tidur.


Lepas tu alhamdulillah memang takde masalah sesak nafas dan sakit dada.


Yay!!


Cuma..tak tahan..sakit pinggang mcm nak patah je.

Sampai suatu masa...menangis di bahu suami...sebab tak tahan sakit pinggang.


Rasa nak ketuk pintu pilot, bagitahu masalah saya. kalau boleh berhenti sebentar di RNR mana-mana.



>_<


Kesimpulannya: Hipotesis diterima. Wanita yang sarat mengandung yang travel berjam-jam (train/flight/car) perlu memiliki stokin ajaib ini!!


.




Rabu, 12 September 2012

green pink ceria yang direstui!

Saya selalu terfikir untuk mendapatkan kaca mata yang kewl. Memandangkan tahap rabun saya adalah normal, maka memiliki kaca mata yang kewl juga perlulah kewl. Eee annoying gila eja cool jadi kewl.

Tempoh hari berjalan bersama suami dan lalu di depan kedai spec. Oleh kerana spec rabun saya memang dah rosak tahap kasihan, saya bercadang ingin beli yang baru memandangkan juga nanti masa pantang tak koserrrr nak pakai contact lens biru mata mat salleh tu.

Nampak spec bingkai pink hijau. Saja buat lawak pilih frame tu. Nampak mcm kanak-kanak ribena,saya pikir suami pasti tdk setuju......

Sekali suami restu pulak
. Sebelum dia tarik balik restu tadi,terus saya laju2 masuk dalam kedai dan check power mata.  dan siap! Yayyyyyyyy.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 4 September 2012

31 weeks Contraction

Hari ni ngam-ngam kandungan 31 minggu 6 hari.

Saya baru balik dari berjumpa dokter untuk monthly checkup. Alkisahnya...malam tadi....tak dapat tidur.



Pukul 10 malam saya mula rasa sakit mcm senggugut. Walaupun lama tak melalui senggugut tapi saya kenal rasa tu. cuma saya masih tak kenal lagi rasa contraction nak bersalin.

Saya diamkan lagi dan buat tak tahu saja sambil menahan sakit.

Nak masuk pukul 12 tengahmalam semakin sakit pula. Saya terus bagitahu suami supaya bersedia utk bawa saya ke hospital kalau ada pendarahan keluar nanti. Sebab saya yakin, itu adalah contraction. Dangggggg!!!!!

risau bukan kepalang. saya berdoa supaya janganla baby bersalin pramatang. kalau boleh nak baby lahir 35 minggu ke atas. sebab berat sekarang pun masih belum sampai 2kg pun (mungkin).

langsung tak boleh tidur. sakit. tapi kemuncak kesakitan dalam 20 minit sekali. sambil tu baby juga bukan main mengaruk dalam perut. tendang sana sini sepanjang kesakitan tu.


pukul 4 pagi terjaga sebab sakit datang lagi dan kali ni perut telah mengeras. tapi takde darah atau air yang keluar. lega sedikit.


saya tak kejutkan suami. cuma sambung semula tidur selepas pujuk-pujuk dan bercakap dengan baby supaya bersabar.


pagi tadi pukul 10 pagi barulah berjumpa dengan dokter saya (masa tu tgh sakit lagi). bila dengar cerita saya, memang dia cakap itu adalah kontraksi. pastu lepas kena seluk kat bawah tu, die kata takde bukaan lagi.

maka die bagi saya ubat Ventocin utk hilangkan rasa contraction tu. Kalau masih lagi rasa sakit, die suruh cepat-cepat ke sana semula dan kena tahan wad. Mungkin bersalin awal. Tadi check berat baby baru 1.7kg.


Balik. suami belikan breakfast mcD. Sarapan.Makan ubat. baring. sambil tu sempat pujuk lagi baby supaya jangan keluar skrg. tapi kalau ditakdirkan die nak keluar skrg pun mungkin sbb die da x tak sabar nak jumpe umi dgn ayah dia. :') cuma harap baby sihat sentiasa.


kesan 3 jam lepas makan ubat...alhamdulillah dah tak rasa sangat contraction adela sikit2 tapi tak kuat sgt..

rasa menggigil sikit...dokter dah pesan mmg makan ubat ni akan ade gigil2....and jantung cam berdebar kuat gile. saya rasa mmg effect ubat ni. tak apa.demi anak. semoga Allah permudahkan perjalanan anak saya utk lahir ke dunia tak lama lagi.Amin.


l



Isnin, 3 September 2012

Kisah Raya 2012 Saya. (amaran: entry ini mungkin meleret sikit.Maksudnya, part raya sangat sedikit, part lain pula lebih-lebih)


Tahun 2012 ini adalah tahun kedua saya beraya sebagai seorang isteri. Tahun pertama beraya di JB.

Tapi tahun ni adalah tahun pertama beraya sehari saja. Hahahahaha. (gelak ikhlas)

Tapi saya begitu bersyukur sebab dapat jugak beraya dengan keluarga sendiri walaupun sekejap SOBS SOBS (amboihhhh..capslock?)


Tema tahun ni warna grey. Jangan kau tanya kenapa grey suami tak sama dengan grey isteri. Hahaha (gelak ikhlas tapi jauh).

Sebab last minute beli baju memang jadi macam ini. Bimbang perut semakin bulat tatkala menjelang aidilfitri, maka isteri berhasrat beli baju raya 3 hari sebelum raya. Nahhhh RASAKANNNN...... semua warna cantik-cantik orang dah beli awal-awal... Tinggallah warna yang tiada pilihan. Namun tetap dalam kategori grey, bukan? OK FIne.









Anak buah kedua saya. Nama dia Kyra.
Nur Kyra Sabryna
Budak ni muka dia sometimes tiada perasaan.
Contohnya, kau agah dia, kau yang penat. Dia rileks je buat muka bosan. 
Mungkin Kyra suka gelak dalam hati saja.
EGO tinggi.
Bhahahahhaa
kakmas, ampun dipinta kerana ngumpat anak kakmas. Selamat Hari Raya!




 Suami isteri berseri-seri,
mari kite beraya lagi.
(tetibe)



 Mak cantik dan Kyra minah bunga.



 Mak Pak Kyra.



 Shapik memang suka buli uncle Adik.
Gambar ini bahan bukti kukuh.


 kesayangann paling comel...wiwitttt

^_____^




 Mak dan saya dan kakmas dan duit raya kakmas pegang.


 Setakde-takde perasaan muka Kyra tu, ada hati jugak dia nak menyakat Shapik.
Sempat je tangan dia nak tarik rambut shapik.








 CANDID!


Tahun ni semua ada di JB di pagi raya kecuali abang kedua saya iaitu Aie.
Jadi kami amat merindui aie, kakhusna dan baby Afiaa.
Sebab mereka balik ke JB pada hari raya ke 3 kot. 
Tak sempat berjumpa.
sobs sobs sobs


Lepas bermaaf-maafan kami semua menuju ke rumah nenek yang dekat je. Kat bandar baru uda.
Sampai sana makan lagi.
lepas tu dah pukul 12.30 terus kena mintak diri sebab saya dan suami terpaksa pulang ke ibukota (kemainnnnn), sebab nak mengejarkan flight ke London pukul 11.40 malam.


 beraya dalam kereta.
huwaaaaaa


 highway masih ramai je orang.
semua pun pergi beraya.



sampai di KL terus sambung kemas beg, mandi-mandi berehat dan lepas maghrib terus ke KLIA




 adik, budak muka ngantuk, kaknis



mak buyung kena tahan.
sebab kena tunjuk surat doctor dan kena sign borang kepada MAS.




12 jam perjalanan yang mematahkan pinggang. 
6 jam pertama kaki dah kebas. So kena bangun dan berjalan-jalan dalam kapal terbang tu.
Lepas tu sambung tido balik.
Nasib baik saya beli Flight Socks tu. InsyaAllah dalam entry lain saya akan cerita pasal stokin sakti tu pulak.
kemain sakti die.





 Alhamdulillah. Raya kedua da sampai di London.
Driver terus hantar ke Holiday Villa.
Waktu tu da pukul 7 pagi.
Suhu tidak terlalu sejuk sebab masih summer.










Lepas letak barang di hotel, terus tak buang masa, menuju ke Bicester Village Factory Outlet.
Baju pun tak sempat tukar youuu. Haha..
Sampai di sana agak awal, maka belum ramai orang lagi.




 Tapi saya syak banyak kedai dah takde and ade kedai yang dah tukar kedudukan.
Sebab lain sikit dengan masa 1st time saya pergi sebelum kawen dulu.








Dah puas berjalan, dalam pukul 11 pagi tu kami bertolak balik ke hotel.
Ahhh leganya dapat berehat!!


 Ni stok makanan segera yang saya bawa dari Malaysia.
Makan dengan apa?
Tidakla makan begitu saja.
Makan dengan nasi impit segera.
Nasi impit import dari bilik mak dan ayah mertuaku hewhewhew


 ni view dari bilik kami di Holiday Villa




Aktiviti Hari selasa adalah merayap satu family ke Oxford Street.

Bila cakap pasal Oxford Street je, of course la kan terbayang pintu Primark.

hewhewhew

Tapi aura shopping kali ni tak berapa nak dahsyat sangat.
Pasaipa aku tak beli banyak baju kat sana?

Sebab saya mengalami kekeliruan napsu kejap

Nak beli baju size sekarang ke size lepas bersalin?
Nak beli baju size sekarang ke size lepas bersalin?
Nak beli baju size sekarang ke size lepas bersalin?
Nak beli baju size sekarang ke size lepas bersalin?
Nak beli baju size sekarang ke size lepas bersalin?

Last-last tak beli langsung.

Seluar apetah lagi.
lalu pun tidak.
haha
kali ni pergi primark macam orang baik-baik je.
Kalau dulu, rasa nak tido je sana.
ye la.
kalau dah baju sume murah-murah 2-3 pound pun boleh dapat yg comel-comel, siapa tak histeria kannn cmtu.


so kali ni, shopping barang untuk anak je la.
teruja kat department baby saja.

Nampak tak..
nampak tak....
Pemikiran yang mengalami kekeliruan sebentar tadi, telah bertukar menjadi pemikiran berunsurkan keibubapaan.
BHAHAHAHA








 NI paperbag Primark setelah digabungkan kami punya satu family.
Saya punya 2 paper bag JEWWWW
(haha,annoying tak baca tulisan yang ada capslock macamni??)




 Rehat jap depan Primark.
Penat shopping.



 Lepas tu angkut beg-beg Primark tu menuju ke Westfield pulak.
Kami ke sana naik underground je.
Ini adalah shopping complex ye.
Tapi saya rasa yang paling best kat sini sebab ada wifi free.
Haaa
jangan tak tahu.
Hotel kami tu takde wifi.
Eh silap.
Ade wifi tapi 30 minit kena bayar 5 pound.
Baik takyahhh!!

So sepanjang lepak kat Westfield ni la saya upload gambar-gambar, update status kejap.
tapi sekejap je la.
bajet boleh bawak tilam bantal tido sana?
Haha kena tangkap kangg masuk lokap.



Makan di JOM MAKAN di Westfield sebelum pulang ke hotel.
Antara restoren halal kat area sini.


Balik hotel dan berehat.






 Petang tu kami sekeluarga keluar bersiar-siar kat area Hotel.

Oleh kerana Holiday Villa ni memang kat central of London, best sikit la sebab banyak tempat yang dekat-dekat je semuanya.
kalau tak larat pun, naik bas je.



sebahagian dari baju baby yang saya beli kat Primark.
Ni baru hari pertama ke sana.
Sepanjang berada di London haritu, dekat 3-4 kali jugak berulang shopping kat Primark.
Dahsyattt.


Aktiviti hari Rabu, kami keluar hotel seawal 4 pagi. Bawak bagpack (sepersalinan baju dan baju tido) sebab nak tidur di Paris 1 malam je.
kami ke Paris naik Eurostar.
Train sampai pukul 5.40
Tapi kena sampai awal sebab kena check passport, tiket dan beg sume.





 Muka bangun tido.



 Tengah tunggu train, boleh lapar.
Actually saya memang sentiasa lapar.
(tgk badan laaa)
Maka, memang kena ade apa-apa yg boleh dimakan dan perlu diletak dalam beg.
wuuuuuu..





 masuk, ambil tempat duduk dan tidur semula.
perjalanan makan masa 2 jam lebih (kot)
saya tak sure sebab saya tidur dengan nyenyak.


 bangun sebab nak tengok permandangan yang indah.
kemudian tidur lagi.


 belek - belek peta Paris sebab kami sekeluarga berjalan ke sini hanya berpandukan peta.
Tapi ayah mertua saya dah penah datang sini so beliau mmg dah ade experience jugakla.



 beli tiket train underground pula menuju ke Eiffel Tower.


 yay dah nampak ituuu apa!




 Sampai-sampai je, suami readykan makanan untuk isteri yang sentiasa lapar ni.




 nasi goreng kampung instant.



 makan nasi goreng kampung kat bawah eiffel tower adalah kewl!!

suami tak makan sebab suami sedang berpuasa enam

^_^





 Dah kenyang, duk diam-diam.

Oh masa ni, kakak ipar dan adik-adik ipar ku tengah beratur beli tiket naik Eiffel Tower

saya dan suami mula-mula taknak naik, lepas tu tiba-tiba ubah fikiran.

Mungkin kerana saya terfikir, bila lagi nak sampai ke sini. 

Lagipun, nak bagi baby merasa naik Eiffel tower.






cepat-cepat beratur beli tiket!!

Harga tiket berbeza-beza tau.

kalau yg naik sampai ke puncak atas tu 14 Euro.

kalau nak naik sampai tengah je rasa dalam 8 euro




 kami ramai-ramai naik sampai atas.
dah alang-alang naik Eiffel Tower kan.






 kat tingkat paling atas ni ada pejabat encik Eiffel.
sampai hati encik Eiffel tak jemput kite masuk.





Muka kecuakan berada di puncak menara Eiffel

harap baby tak cuak sama.

bhahaha



 orang teropong bawah.
bukan atas, nurul ain!!!!!

malu seh.



 boy


 boy punya abang.
wiwittttt









kemudian kami menuju pula ke  Champs-Elysées 
sepanjang jalan tu banyak kedai branded.












 LV besar ada di sini.




Hari Khamis pulaaaa.

bangun tidur dan terus keluar berjalan.

Oleh kerana tiket balik London kami adalah pukul 9 malam, maka kami banyak masa juga di Paris ini.

Pagi-pagi keluar dan menuju ke Hard Rock Cafe.







 Hero-hero keluarga suami saya!





 Galeries Lafayette



 Bagi ibu-ibu mengandung yang melancong, adalah sangat heaven jika terjumpa 2 benda ni je.
1) tempat duduk
2) toilet

hewhewhew

masa ni tengah tunggu ibu mertua dan ipar2 tengah beratur beli beg Long Champ.
kat sini harga dia murah berbanding di Malaysia.
sebab tu nak beli pun kena beratur..
wuuuuu




Lepas tu balik ke London.
Sampai London dalam pukul 12 tengahmalam mcm tu.
sampai hotel terus tidur keletihan.



Hari Jumaat!!



 Breakfast di hotel.
Suami temankan saja sebab dia masih lagi berpuasa enam.



 Lepas dah kenyang, pergi merayap ke Harrods pula.
yay!!


 masuk Harrods, bahagian kanak-kanak, terus semua pun jadi teruja.



 piat telingaaaaa!!


 oh mai!
besaqnyaaaa




 Ni paling best!!!
huwaaaa saya mahu semuanya!!



 gigit tangan suami saya???
hepp heppp..biasa diaaaaaa...

nanti saya babap awak nanti, singa!




 comelnya!



 comelnya lagi!


 comelnya lagi dan lagi!!

tapi saya tak beli apa-apa pun barang hello kitty kat sini sebab ia adalah sangat mahal kerana ia adalah original kerana duitku begitu berharga.
(errrrrrrrrrrrrrrr)



 sayalah Darth Vader yang tengah mengandung tu.
hahahha



Actually lepas ke Harrods, kami pergi lagi Primark.
kan dah cakap, obsesi.


Hari Sabtu!!

Saya sepatutnya berjumpa kawan saya , Izzati Manan yg sedang belajar di UK.
tapi kebetulan minggu ni dia tak dapat turun ke London.
Maka tak jadi jumpa.
Tak apa..tak apa..
nanti balik Malaysia kite jumpa naaaa
Rindu sangat kat dia.
^_^



Jalan-jalan berdua dengan suami.
Saja lalu Malaysian Hall, sebab betul-betul belakang Holiday Villa tu je.

Ingat nak pergi minum di sana tapi nampak macam penuh saja.
maka kami batalkan hasrat tersebut dan teruskan misi berjalan-jalan sebab besok dah balik ke Malaysia.

 ok jangan dengki tau
saya ade set makan Hello Kitty!!
Masa saya buat demonstrasi makan menggunakan pinggan tu depan suami, tergelak-gelak saya.
Macam main pondok-pondok je.
hahahhaa
ok sila dengki sekarang!
^_^



Hari Ahad!!


 Driver hantar kami ke airport.





 balik Malaysia!!

yay!!

bestnye bestnyeee


tapi menahan la 12 jam sakit pinggang.
wuuuu






sampai-sampai rumah, suami keluar kejap cari Harian metro.

Jakg dia balik bawak majalah,

Majalah Pempuan pulak tuuuu!!!





 rupa-rupanya sebab ada bini dia..
ok dimaafkan.
tetibe.haha





so uols boleh la dapatkan majalah perempuan edisi raya sebab ada juga blogger terkenal dalam tuuuu..iaituuu..

jengjengjeng


 Yuyu Zulaikha 


 Kak Rina Salleh










ps: KESEMUA GAMBAR DALAM ENTRY INI MENGGUNAKAN GALAXY NOTE. aku teruja gile dengan hasil gambar ohsem macam ni!!