Rabu, 31 Oktober 2012

shopping secara alam maya yang menyeronokkan

 Sambil berehat di rumah, selalu terfikir nak keluar pergi shopping. Tapi memang jangan harap akan mendapat pelepasan dari suami.

 Dia cakap tunggu 44 hari baru boleh keluar rumah. (!!).. Hover kan suami saya tu. Ikutkan isteri dia ni, hari ke 4 sudah mahu merayap ke JJ carik pewangi bilik (alasan terdesak nak keluar berjalan-jalan).

Tapi sekarang kan semua di hujung jari anda. Tu la , siapa suruh tak bagi kite keluar jalan-jalan, kan kite dah panjang akal pergi shopping secara alam maya je. Tau-tau posmen hantar parcel depan pintu rumah. Yay!






Last few days, saya dapat bungkusan comel ini dari posmen.

Yup...ianya dari seorang rakan FB saya yang kini belajar di Japan dan mengusahakan butik online dengan menjual barang mekap jenama dari Korea~!~ PALING BEST, harga adalah jauh lebih murah dari yang terjual di outlet kat Malaysia ni. Tony Moly dan Etude House adalah 2 brand kesukaan saya!!






 Auwww dapat kad ucapan berbahasa Jepun.
(eh ye ke kad ucapan? saya pun tak paham apakah yg ditulis oleh cik Nadira kita ni tapi saya pasti ianya adalah sesuatu yg comel mcm dia. hikhikhik)

Pastel Cushion Blusher yg comel dari The face Shop
Lovely Me:Ex 

(bubble plastik tu paling haku suka skali! picit-picit sampai geram!)


 Lipgloss dari The Face Shop juga



Teruja nak pakai.
Tapi tunggu kite keluar jalan-jalan la baru pakai.

takdenya dah siap pakai bengkong, pakai minyak serai wangi, berkain batik, jakg bibir berlipgloss kilat-kilat kaler purple lagi.
hahaha..
terkejut irdina tengok kang!

Saya baru nak test sebab tu beli 2 barang je dulu.
And memang terkejut sebab saya ingtkan barang dari jepun nak sampai ke Malaysia makan masa sampai berbulan-bulan, tapi ternyata seminggu je dah sampai pun barang!
Malahan barang yang sampai juga dalam keadaan yg sangat baik sebab di bungkus dengan bubble plastik yang tebal.

So lepas ni confirm memang akan beli lagi mekap-mekap dari cik nadira kita!


Jom like page beliau dan mula bershoping!!











Eh belum habis lagi entry ni!!

2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha, posmen datang bawak kotak.

Rupanya baju dari Jovian Mandagie sudah sampai.

Memang terbaikla sebab sempatla kami semua beraya haji pakai baju iteww..

Tapi tidak bagi diriku.

Hari raya aidiladha kita pakai kain batik jewwww.. Lagi selesa tau!









Dapat je parcel, langsung tak ada napsu nak bukak dan try!
 Terus suruh adik ipar simpan kat bilik.

Bukan nak protes, tapi cuak. Takot tak muat. Kang tak pasal-pasal kena simptom kemurungan pulak!

Seminggu kemudian barulah saya berani nak try...

dupdapdupdap!!


Betul sangkaan ku. Memang tak muat mula-mula!!

terus frust sampai Irdina melalak pun kita takde mood.

hahaha

pastu terpaksa mintak tolong suami yg comel tu untuk pakaikan.


dan

BERJAYA!!!


alhamdulillah berjaya memakai baju size xs!!!!!





yay! Irdina jangan jeleshhhhh
Umi muat baju size xs!!!




oh i love online shopping!!!!














arghhhhhhh!!!

ni apa kebenda ni??


tell me! tell me!

ape ni??


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


.

Khamis, 25 Oktober 2012

Tabiat pelik Semasa Mengandung. Versi Kisah Benar

Sebelum ini, emak saya pernah bercerita tentang kenalan-kenalan dia yang mempunyai tabiat pelik semasa mengandung.

Iaitu tabiat atau mengidam yang hanya di lakukan semasa berbadan dua sahaja. Bila sudah bersalin, ia akan hilang serta merta.

Ada yang suka makan sabun, suka menghidu bau minyak petrol, teringin merasa jalan tar yang hitam tu dan lain-lain.

Saya sedari, saya ada tabiat pelik tersendiri secara tidak kusedari ketika kandungan masuk 7 bulan.

Saya terlalu gilakan ais....bukan ice pil khayal tu, BUKAN.....saya jadi gila terhadap air batu.

Saya akan menguyah air batu seperti memakan keropok.

Setiap malam, ketika suami sudah tidur, senyap-senyap saya masuk ke dapur dan mengambil lebih 10 biji air batu kiub dan letak dalam mangkuk dan berjalan balik ke bilik dalam gelap secara senyap dan duduk di hujung katil sambil makan air batu sampai habis baru aku boleh tidur.


Ketika keluar tengok wayang, sanggup paksa suami habiskan air minuman cepat-cepat sebab saya nak makan ice sahaja .....orang sebelah pasti menggeleng kepala melihat cara saya menonton wayang sambil tangan masuk dalam bekas minuman, bukan bekas popcorn.

Malah, air batu di peti ais rumah umpama gula-gula bagi saya.

Kadang -kadang saja buat alasan untuk lalu depan peti ais. Oh taktik paling semulajadi!



Perasaan bila dapat makan?

HEAVEN. Rasa terlalu puas hati. Macam dapat markah 100 setiap kali ujian Matematik dijalankan.


pada waktu itu, air batu adalah keropok dan gula-gula paling sedap dan menjadi kegemaran saya setiap saat.

Benda ni berlarutan sampaila saya selamat bersalin.

Mula-mula agak risau sebab orang kata tak elok minum ais semasa mengandung, takut nanti tak ada tenaga untuk bersalin. Alhamdulillah hipotesis tidak diterima. Hahaha.

Adakah tabiat tersebut telah hilang?
Hmm..masih belum dibuktikan sebab belum dapat sentuh ice lagi. Rasa dia pun dah tak ingat dah. Tapi kalau dapat, alangkah bersyukurnya. Huuuu...dah 10 hari tak minum air sejuk wei!!!



ice ice baby tengah tido
^_^










Selasa, 23 Oktober 2012

Pengalaman Bersalin jengjengjeng

Dan hari ini genap seminggu kehadiran Nur Alya Irdina dalam hidup saya dan suami.

Gigih kan iols..baru seminggu berpantang sudah update entry. Ini sebenarnya langkah bijak. Kalau update entry pengalaman bersalin setelah 44 hari nanti, bimbang akan terlupa pula. Ditambah pula dengan beberapa urat saraf yang telah terputus sama saat melahirkan bayi tempoh hari. Bla bla bla bla.

Al-kisahnya.....tiada siapa pun menyangka saya akan bersalin pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Semua pun tidak percaya. Saya tidak terkecuali. Tapi memang dah ditakdirkan maka lahirkan bayi saya pada saat itu. 

Ikuti ringkasan di bawah ini. (Ringkasan kau..ingat nota Sejarah je ada ringkasan??)



15 Oktober 2012 (Isnin)

Pagi:-
Hari ini hari jadi mak saya yang comel. Call beliau sambil ucapkan happy birthday! Sempat lagi tanya "mak!! bilakah ain nak bersalin ni??" dan mak hanya menjawab "kan lamaa lagi......ada lagi 15 hari lagi"...Ok baiklah.


Petang:-
Berjumpa dengan supplier tudung. Ambil stok shawl terbaru koleksi Hari Raya Aidiladha. Hajatnya nak photoshoot dan update di FB malam nanti tapi tak jadi. Lepas tu berjalan kaki ke sana sini di Kompleks Pertama nak hantar phone untuk direpair.


Malam:-
Suami pergi main badminton bersama rakan. Saya mengemas bilik, iron baju-baju kerja suami. Settlekan laundry yang banyak gile. (Siyes macam nak tahu je esoknye kena tahan wad). Suami balik rumah, beli McD (ohhh makanan segera terakhir ku sebelum berpantang 44 hari!!). 
Pukul 2 pagi masih belum tidur sebab pergi belajar mekap kat youtube.bhahaha


16 Oktober 2012 (Selasa)

Kami suami isteri bangun awal. Pukul 10 pagi ada check up 38 minggu di Naluri Medical Centre. Suami suggest buat photoshoot dulu untuk koleksi shawl terbaru, lepas dah mekap lawa-lawa baru pergi Naluri. Tapi saya berat hati pulak. Akhirnya kami pergi buat check up dulu kemudian baru balik buat photoshoot.

Maka bersiapla kami suami isteri ke Naluri. Masuk-masuk je tengok ramai la ibu mengandung nak buat check up. Sambil tunggu giliran, kami mcm biase dok bergosip, huha-huha nak sedapkan hati (sebab ramai sgt org). Dalam pada menunggu tu, saya start rasa tak selesa di bahagian peranakan. Macam nak senggugut tapi very mild sehingga tidak menggangu emosi saya pun. chewahhhhh.

Giliran saya jumpa dokter Kamariah tepat pukul 12 tengahari. Check punya check, dia nak check sekali kat bawah tu. Ok fine saya pun tak kesah la sebab dah tau mesti belum ada apa-apa lagi.

Nahhhh...amik kau!

Dr. Kay: "eh bukaan dah 4cm ni...kepala baby dah kat bawah..awak kena terus naik wad tau"
Saya: "erk..ye ke dokter.ok takpela..kalau macam tu saya balik rumah dulu la amik beg sume"
Dr. Kay: "ehhhh tak boleh...tak boleh..awak tak boleh pergi mana-mana...biar husband awak yg balik amik beg"
Saya:  " err..tapi dokter, saya balik makan dulu la..saya tak sarapan lagi tadi" (punyelah degil aku ni. bukan apa...rasa mcm melawak je dokter ni..aku tak sakit pape tapi nak terberanak pulak die cakap)
Dr Kay: "Biar husband awak belikan makanan"

ok...saya pun menurut perintah.


Keluar bilik dokter terus nurse bawak naik atas, masuk wad. Oh sebelum tu kami bayar deposit dulu untuk pakej bersalin yang diingini. 

Level 2 adalah open ward dan labor room. Sampai di labor room, saya salin pakaian dan suami pun balik rumah kejap amik beg dan belikan makanan tengahari.

Sambil-sambil baring tu makcik cleaner datang jengah tirai katil saya"anak pertama ke? ohhh biasa anak pertama lambat lagi nak bersalin...awak ni ntah-ntah esok petang ke esok malam baru bersalin"

Ok la makcik. Saya hormati pandangan makcik tu. hati dah berdebar. 

Tengok jam dah dekat pukul 1. Suami sampai, saya terus makan. Makan pun kunyah ke tak tahu lah. Dah blank dah pasal nervous. Makan nasi separuh je tu pun nak sedapkan hati supaya nanti ada tenaga untuk meneran.


Dalam gambar pun nampak tak menyelerakan. Apetah lagi masa tu saya makan lagi tak rasa pape. Haha. Suap dan telan!



Lepas makan, dalam pukul 1.15 petang, suami panggilkan nurse nak inform mereka yang saya dah makan. Nurse datang bawak dulang jengjengjeng. 

Saya diberi ubat untuk bersihkan usus besar, so that bila nak meneran nanti tak adalah bendasing terkeluar sekali. Paham tak? Haha. jadi, bila dah membuang, boleh la kita meneran dengan penuh keyakinan dan penuh keanggunan!

Pukul 1.30 macam tu Dr Kay datang dan check bukaan sudah 5cm ke 6 cm.....dia pun pecahkan air ketuban. Nurse datang cucuk di tangan dan masukkan air sambil bagi ucapan paling tak rela aku nak dengar iaitu "ok..lepas ni awak akan rasa sakit sikit ye".

Pahamla aku bahawa itu tandanya contraction akan mula menyerangggg!!!!!

 Sebelum contraction datang, saya bukak contact lens siap-siap. Tapi mekap tak sempat tanggal sebab suami lupe nak bawak make up remover. Adoi!!



Pukul 2 petang ,Sudah mula sakit yang terlalu sakit setiap 10 minit. Rasa nak minta maaf dengan penghuni katil sebelah kerana diriku terpaksa mengerang kesakitan. Tapi siyes contraction adalah sakit. huuu..

sampai satu tahap saya terpaksa menggigit tangan suami....sbb tak tahan sangat....huu,,..terima kasih suami kerana meminjamkan tangan untuk digigit. Masa tu dah tak leh nak pikir apa da...huuu

Masa ni suami duduk di sebelah sambil baca surah-surah, dan doa-doa dipermudahkan bersalin. Sementara tak sakit sangat tu, mintak ampun kat suami. Mintak dia doakan semuanya. :')

Lepas makan tengahri tadi saya hanya minum seteguk air zam-zam je yang suami bawa dari rumah. Lepas tu memang dah takde perasaan nak makan atau minum. 

Pukul 2.30 nurse datang dan check bukaan dah 7cm ke 8cm. Oleh kerana contraction saya kuat sangat dan terlalu kerap, maka terus kena tolak masuk labor room.

Dalam labor room, makin sakittt.. masa tu cuma ingat diri kita dan mati je.... Barulah rasa apa mak kita rasa.. RASAKANNN..haaaa...


Nurse datang dan ajar cara teknik pernafasan untuk redakan sakit. Tapi aku rasa macam tak efektif je. haha. tapi sedapkan hati, buat jugak. Sebab tengok suami kat sebelah pun dok ulang-ulang ayat "tarikk nafas...hembus...tarik...hembus..."..huuuu

Masuk 9cm saya rasa nak meneran!!!!!

Saya: "Alamak nurse! saya nak terberak ni nurse!!"
Nurse: "Kak, tu bukan nak terberak. Tu maknanya kepala baby dah kat bawah,tapi awak tak boleh meneran lagi ni"

Nurse tak bagi meneran. Dia cakap nanti terkoyak bahagian dalam... Kau bayangkan macamana kalau kita nak terberak sangat-sangat tapi kena tahan. Menggigil badan ni tahan supaya tak meneran sambil menahan contraction itewww, sampai bergegar katil wa cakap lu. Hahahaha..Nasib baik nurse kat sana semua baik-baik belaka....tidak putus asa bagi tips pernafasan dan bagi semangat juga.

pukul 3 petang suami pergi solat dan cepat-cepat duduk semula di sebelah saya.

 Dokter pun dah sampai. dan agak terkejut sebab terlalu cepat saya boleh bersalin!

3.15 petang bukaan dah 10 cm.

PUSHHHHH  sekali!!! 

terus ada baby diletakkan atas dada saya. 

Ya Allah...leganya rasa. Lega teramat lega. 


 Dan lahir la Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq dengan berat 3.1kg pukul 3.28 petang.

Bila baby dah keluar, ingatkan dah lega.
Adoiii belum lagi....
Sambil ekor mata tengok nurse bersih-bersihkan Irdina, sambil fikiran saya tak tenteram pikir dokter ni dah mulakan sesi jahit menjahit. Lama pulak tu!!! 

(oh btw, mula-mula tu saya tak sedar pun kena gunting k)
Sedar  pun sebab tengok lama betul dokter ni jahit. Kata dah bius, tapi rasa jugak sakitnye tu.
Tapi betul la orang kata. sakit contraction lebih sakit dari sakit kena gunting tau.
heeee

tapi jangan la takot.
semua tu sakit yang sekelip mata.

tengok la muka baby sendiri puas-puas, hilang la sakit itewww semua.

alhamdulillah dah selesai!!
tanpa epidural
tanpa vacum

Syukur alhamdulillah ...Allah makbulkan doa saya supaya dipermudahkan sebegini sekali untuk saya bersalin.




Bersalin dengan muka masih pakai mekap lagi.
Pon bolehhhh
>_<


Pertama kali bersua muka dengan anak sendiri.
Baby comel ini rupanya yang Umi bawa ke sana ke sini 38 minggu.
Sama-sama buat umrah dengan umi dan ayah.
sama-sama makan Mcd dan KFC
sama-sama solat dengan umi
Minggu-minggu terakhir mengandung bimbangkan apa yang si kecil ini buat dalam perut Umi.
Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga kita, anak.
<3 p="p">

permata hati umi dan ayah.





Ramai yang bertanya saya, makan apa-apa ke untuk mudahkan bersalin.
Alhamdulillah saya memang takde makan supplemen apa-apa.
malahan air akar fatimah pun tak sempat minum masa tu.
Cuma masa mengandung tu amalkan bacaan surah-surah, wirid dan doa untuk ibu hamil.
Buku tu banyak je jual kat bookstore.

pastu rajin-rajin la google cara yang betul untuk meneran.
Alhamdulillah sehari sebelum bersalin saya tergerak hati nak study cara yg betul utk push tanpa membazirkan tenaga.
Dan alhamdulillah lepas bersalin aritu saya rasa mcm biase je, xde rasa penat ke apa..siap malam tu pukul 1 pagi baru lelap mata.
Masa lepas bersalin dan masih di labor room siap boleh upload terus gambar Irdina dlm FB. Haha


Pastu rajin-rajin la mintak ampun kat suami. kalau kita rasa kita takde buat salah pun mintak jugak diampunkan dosa kita. Mana tahu ada yang kite tak perasan ke kan. Terkasar ke apa.
mintak halalkan semuanya...
jangan waktu kat labor room baru nak mintak ampun kat suami.
Paling penting mintak doa banyak-banyak dari Allah swt.
Masa kat labor room tu memang antara kita dan Allah je.
Mintak suami doakan untuk kita sekali.

Ok sedih.

sangat sedih.

sebab saya bersyukur suami saya adalah terbaik di dunia dan akhirat, InsyaAllah


Terima kasih Allah..



ps: nak tengok irdina kejap. bye!!

.ps lagi: saya dah hadiahkan anda sebuah entry, tolong hadiahkan saya segelas air coke sejuk yang penuh ais.huwaaaaaaaaa










Jumaat, 19 Oktober 2012

permata hati kami

alhamdulillah...syukur..pada 16 oktober 2012 jam 3.28 petang saya selamat melahirkan seorang puteri yg gebu bernama Nur Alya Irdina binti Mohd Afiq dengan berat 3.1 kg secara normal di Naluri Medical Centre.



selamat berpantang kepada diri sendiri.

nanti saya tulis lagi naaaaa

Sabtu, 13 Oktober 2012

love is cinta


A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person



.

Jumaat, 12 Oktober 2012

20 hari lagi!


 Saya rasa kali ni paling lama saya bercuti dari memandang ke arah blog sendiri. Jangan kata kauorang je dah lupakan blog ni, dengan saya-saya sendiri telah melupakan buat sementara waktu. Ok fine suami je tak lupa sebab dia selalu pesan suh saya update, auwww BAGAIMANA MANISSSS (bacaan: auwww How Sweet)



 Sebenarnya banyak je benda nak update dalam blog tapi anak dalam perut selalu pujuk umi dia berehat sahaja. Keji tak alasan macam gini?





 Kalau uols masih ingat tentang entry PinkHijau yang direstui suatu masa dulu, mengenai kacamata comel saya tu, sebenarnya, ia telah patah. Kecuaian ibu mengandung yang paling tidak dapat disembunyikan lagi adalah SELALU CUAI. Oh, mungkin anda tidak ada simptom tersebut. Tapi saya ada... *tertunduk insaf*


 Tapi suami pandai ambil hati.
Bersungguh pergi semula ke kedai yg sama dan mendapatkan model yang sama cume warna berbeza.
jadilah aku mak bedah berkacamata pink ala-ala saloma.
TQ Hubby!





Sudah masuk minggu ke 37 ni, kaki dan tangan semakin mengembang mcm bunga kembang mekar. Ok memang tak ada kena mengena.

Tapi yang pasti, cincin perkahwinan terpaksa disimpan rapi, akibat tidak muat lagi.
Jam juga sudah tidak muat.
Ye. saya sudah naik 17kg. 
Harap berat tu bukan berat lemak aku je.
Kalau tidak, terpaksa mula menabung untuk ambil pakej SLIMWORLD yang paling murah lepas berpantang nanti.
Gulp!




 Yang ni paling tidak boleh dimaafkan.
UM dah habis pun konvo 2012 tempoh hari.
Tapi saya yang konvo tahun 2011 pun belum tuntut gambar lagi!
Arghhh asik terlupa sahaja.
Bagaikan Shah Alam dengan KL tu sejauh 500km sahaja tahap kemalasannya!

Baiklah.akan mula mencuri masa untuk ke sana dan ambil gambar konvo.
Kasihan aku. dah penat-penat belajar takda gambar ambil scroll!









 U know what, saya berjaya beli mask yang banyak ni dengan harga paling terkejut.

Hari tu berjalan-jalan di Lowyat.
Ada booth SAVEE yang menjual mekap dan mask.
Savee ni brand dari singapore ye (utk makluman)


SA SAVEE: amoi..try beli mask ni...ada promotion.
Saya: Brape ni?
SA SAVEE: RM4 untuk 1 pc...u amik 3 RM10..boleh campur maaa.
Saya: ok..(saya ambil 3 dan letak di kaunter)
SA SAVEE: u ambil lagi 7 la..kasi ngam-ngam RM10


aku da "AIKKKKKKKKK" dalam hati..
cemana boleh jadi 10 pcs RM10 pulak ni??

Sebelum SA tu tukar fikiran,  amik laju-laju cukupkan 10 pcs (eye mask, nose mask dan mask)
letak kat kaunter.
Nak tengok orang kaunter cakap apa pulak bila saya hulurkan RM10..
Dia pun rileks je bungkuskan mask tu dan bagi catalog.


Pulang dan check expired date.
mana tahu mereka jual murah sebab nak expired ke ape kan.
Tapi expired nov of 2013

yay hebat! 
yang pasti mask dia sangat best bila di pakai.
muka jadi sangat kewllllll...
Sebab dah banyak mask, boleh share dengan suami sekali!! Takyah kedekut-kedekut lagi.





 Kita dah tengok dahhhh movie ni malam semalam.
Haaa kau semangat tak semangat kannn..

keluar 11 oct 2012, tapi 10 oct kite dah tengok da.
Malas nak bagi review panjang-panjang.
yang pasti Nora Danish memang gojes wei!!
Bulu mata, warna lipstick dan kulit dia sangat mabeles!!

Cuma cerita ni tidak la menusuk ke kalbu pun.
Mungkin sebab saya dah pernah tengok filem yang jalan cerita yang sama iaitu filem The Vow dan One True Love 


 Aku terima nikahnya versi filem filipina (2008) 


Aku terima nikahnya versi omputeh (2012)

tapi jalan cerita lebih sama dengan One True Love tu...sebab dalam The Vow heroin tu yang hilang ingatan kan. ...tapi Aku Terima Nikahnya hero yang hilang ingatan.

Apa pun The Vow lebih touching la...

Paham ke apa aku review ni? Haha

Tapi saya tak la kata Aku Terima Nikahnya tak best.
Best je tengok ND dengan Adi tu. Comel je diorang.
Hikhikhikhik



Rindu nak belajar.
Rindu nak pergi kelas bawak beg comel, alat tulis comel.
^_^





 Terima kasih kepada pembaca blog dan rakan-rakan FB.
Walaupun tak pernah berjumpa bersua dll, tapi ramai yang mula pos kan hadiah untuk baby saya..
Alhamdulillah rezeki baby.
Belum lahir lagi dah dapat macam-macam
Untuk umi baby tak ada ke?
Haha. Cepuk kang!





 Ni gambar latest.

saya sangat bulat, bukan?
Sila geleng kepala sekarang bagi aku sedap hati sikit
Haha.
counting days ni baybehhhhhh
InsyaAllah EDD pada 31 October 2012
ada lagi 20 hari!!


SEMOGA DIPERMUDAHKAN.
Amin....