Selasa, 27 November 2012

siapa free sabtu ini (1 december) ? saya ada plan menariks untuk anda!!

Entry ini adalah percubaan kali ke 20 untuk mengupdate blog.

Harap-harap berjaya sampai ke penamat entry. Kemainn

So esok adalah hari ke-44 berpantang.

i know. i know.

banyak entry tergendala...entry berpantang...entry cemana nak kurus lepas bersalin. InsyaAllah kalau pandai mencuri hati, pasti pandai mencuri masa (nak update blog blablabla).


Bila dah habis berpantang ni, boleh la jalan-jalan kan. Haaa kau.... bagi lepas geram sikit. 

Muka pun dah 4 tona lebih cerah dah ni sebab terlalu lama terperap dekat rumah!


So kita nak ajak para pembaca blog kite khususnya untuk sama-sama ke Pembukaan Butik Rina Salleh di seksyen 7 Shah Alam, sabtu ni iaitu 01 december 2012.




Nak tak nak, kita terpaksa mengaku jugak..yang kita pun nanti akan dipanggil menjadi panel untuk beauty talk Cosmoderm bersama-sama dengan duta Cosmoderm iaitu Elya Shazleen dan rakan seperjuangan saya iaitu Cherrie Rashid.


Bukan itu sahaja...banyak aktiviti menariks dan hadiah menariks untuk dimiliki.

1. Beauty Talk Forum with Cosmoderm Personality Elya Shazleen, Cherrie Rashid & Nurul Ain Abd Salam 2-3ptg
(Utk 20 peserta forum kami akn bg special gift)

2. Goodie bag sebanyak 200 pax utk give away to customers yg dtg

3. Photobooth- Photoshoot + polaroid photo foc,mini facial & mini make over to customer yg mbuat pembelian produk rina salleh dan cosmoderm bernilai rm50 ke atas

4. Photobooth- Photoshoot + polaroid photo foc,mini facial,mini make over & special gift (vitamin e cleanser) utk customer yg mbuat pembelian produk rina salleh dan cosmoderm rm150 and above


sangat best bukan?

jumpa di sana.


auww nebes ni....lepas bersalin haritu, Sabtu nanti adalah kali pertama kita akn keluar bertemu rakan-rakan.

<3 div="div">

Selasa, 6 November 2012

Hai cinta!!


Sabtu, 3 November 2012

Cara Meneran Ketika Bersalin Yang Betul

Ok. Baru tulis tajuk, meremang bulu roma.

Tengok cerita seram TV3 setiap khamis malam pun tidak meremangkan bulu roma sampai tahap macam ini.

Oleh kerana ramai benar pembaca yang sudi memberi cadangan supaya tertubuhnya entry ini, maka marilah daku penuhi kehendakmu wahai rakan (blablablablaaaa)..

Saya tak pergi pun kelas antenatal yang selalu menjadi sebutan tu. Sebab suami cakap buang masa je. Nanti waktu kat dalam labor room, lupe jugak teknik-tekniknya. Maka, si isteri ni pergila menuntut ilmu dari google je.

Boleh dikatakan seminggu sebelum bersalin haritu, setiap malam sebelum tidur, sambil nak tunggu mata lelap, pergi praktis meneran macam yang di ajar di bawah ini :-



Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.



(sumber dari sini)



Gigih kau, saya memang praktis meneran sebelum bersalin. Tapi janganla teran sungguh-sungguh masa praktis tu, kang terberanak pulak tak pasal-pasal!

Just praktis dengan meneran manja-manja je dulu. Tapi ikut step yang di tulis di atas tu. So that kita boleh bayangkan bagaimanakah keadaan kita nanti sewaktu bukaan dah 10cm di labor room.

Ni aku nak bagitahu lagi ni, kalau dah 9 cm, memang akan rasa tak tahan nak terkeluar tau baby, tapi JANGAN MENERAN lagi ....tahanla walau dengan apa cara sekalipun. Tunggu doktor cakap push barulah push.

Dan yang paling berkesan, meneran dengan mulut tertutup. Kalau awak meneran sambil menjerit, hasilnya hanyalah kepenatan sahaja. Tarik nafas sepanjang yang boleh, lepaskan dengan hidung sambil mulut tutup rapat so tenaga berkumpul disitu (eh aku cite ni macam dah beranak 5 kali je bunyinya, marah mak-mak bidan baca entry ni). Jangan lupa, sewaktu meneran tu naikkan kepala sampai dagu kena kat dada.



ok.saya nak packing baju nak balik Johor jumpa mak saya yang comel gebu tu!!



kawan-kawan, selamat praktis meneran tau!





Khamis, 1 November 2012

Produk Penjagaan Muka untuk yang berkulit kering dan kulit sensitif...


Soalan yang sering ditujukan kepada saya dan soalan yang paling susah saya nak jawab ialah ' kulit muka awak adalah jenis apa?'

sumpah tak tahu nak jawab apa.


Beberapa hari lepas sambil menghabiskan masa lapang yang terlalu lapang ni, saya terfikir untuk melihat kepada ciri-ciri kulit yang patut kita ketahui dimanakah letaknya tahap kulit muka kita!


A.Kulit kering
B.Kulit normal
C.Kulit berminyak
D.Kulit kombinasi


A.CIRI-CIRI KULIT KERING:
Permukaan kulit kering dan tipis
Kulit kelihatan kusam
Terdapat garis halus, dengan bertambahnya usia maka garis tersebut akan menjadi keriput.
Pori-pori halus / tidak kelihatan.


B.CIRI-CIRI KULIT NORMAL:
Pori-pori halus/sedang
Kulit lembut, halus dan kenyal
Jarang timbul jerawat
Kulit bersinar


C.CIRI-CIRI KULIT BERMINYAK:
Pori-pori besar
Kulit mengkilat
Kulit mudah berjerawat
Kulit luar tebal


D.CIRI-CIRI KULIT KOMBINASI:
Berminyak di daerah T ( dahi, hidung, dagu)
Normal di daerah pipi dan rahang
Kering di daerah sekitar mata, pipi bagian atas, dan leher.


Saya dapati kulit muka saya adalah jenis kering sebab selalu kusam. Yup yup...saya setuju dengan statement saya ni (motip menyokong kenyataan sendiri??)

Malahan, kesilapan paling besar saya selama ini adalah....saya ingatkan, setiap kali lepas cuci muka dan muka terasa tegang, ia adalah tanda kulit yang sihat, tapi ianya TIDAK BAGUS.


Anda dan kita semua tidak patut berasa ketegangan muka setiap kali lepas cuci muka.


My bad...sebab masa zaman remaja dulu, saya selalu terpengaruh dengan lambakan produk muka yang entah dari mana datangnya, dan entah apa kandungannya!!




Malahan, ada masa sekitar mulut saya juga berasa sedikit pedih. Mungkin juga kulit saya sedikit sensitif.

Risaunya!!

Dah la sejak mengandung dan sejak bersalin tempoh hari, saya langsung tidak suka pakai skin care. (tapi gila mekap...macamana tuh??)

Muka terbiar terdedah macam tu saja.

:(













Saya perlukan produk muka yang lembut pada kulit saya!

lembut macam roti kukus yang telah di sapu dengan Kaya!

saya perlukan produk penjagaan muka yang mampu mengusap lembut pipi ku ini. 
(ehhhh hover pulak!!)











ye.

ini jawapan kepada gadis manis berwajah kering tapi hati tak kering pon macam saya!!

malahan, gadis berkulit sensitif juga boleh yay sekali.

(ralat: gadis disini tidak bermaksud remaja sahaja. makcik-makcik pun saya anggap gadis)


 Produk terbaru dari Cosmoderm
Gentle Series

Terdiri daripada:
1. Pencuci Muka (RM22.90)
2. Toner (RM33.90)
3. Pelembap siang (spf 25 pa++) (RM45.90)
4. Krim pemulih malam (RM55.90)


So rutin penjagaan muka harian saya kembali bermakna.

sebab benarla janji cosmoderm tersebut, Gentle series ni betul-betul membelai lembut muka iols. Terharu tau!




 Cleansing Milky Foam 100ml 
RM22.90



Cuci muka dengan pencuci muka Gentle ni.
Ia tidak berbuih, tapi sangat lembut pada kulit.
Kawan-kawan yang ada masalah kulit merah mengelupas akibat sensitif, jangan risau, ia tidak pedih langsung.
Malahan, selepas cuci muka, kulit saya sudah tidak berasa tegang macam dulu.

(ralat: mata lebam takde kena mengena dengan hasil Gentle Series ni. bahhaa)

Lepas dah senang hati cuci muka dengan lembut, keringkan muka guna tisu secara dab-dab sahaja.
Janganlah kau keringkan muka pakai hair dryer pulak. Kasihan muka yang tidak bersalah itewww.





Toning Lotion 100ml
RM33.90


Pertama kali jumpa toner yang lembut pada kulit.
Like seriously.


rasa lembut pada kulit sampai tak percaya ia adalah toner.
But believe me..and believe Cosmoderm
dont believe justin bieber.
(tak pasal!)




 Pelembap siang 
Day Moisturizer 30ml
RM45.90


Bagusnya kerana ada spf 25
Bagusnya lagi tekstur sangat ringan.
Tidak melekit!!


NI pulak krim malam.
Night Revival Cream 30ml
RM55.90

Apa yang saya terpaling suka ialah packaging botol pump dia yang sangat mudah.
hanya picit dan bertenang.
(bertenang?? hahaha bertenang la..kalau kau seronok sangat main picit2 cepat habis pulakkkk krim tuh!)


Oleh kerana sudah malam, maka saya pakai krim malam laaa
picit dan bertenang lagi.

lepas dah sapu ke muka, terasa superbnya diriku ini.

pssstt: saya sangat cerewet bab krim malam. sebab kebanyakan krim malam yang saya pernah cuba semuanya terlalu berat mata memandang.
Maksudnye, tebal. Macam tak boleh bernafas saja kulit muka ku.

Tapi tidak dengan krim pemulih malam dari Gentle Series Cosmoderm ni.
Tekstur sangat ringan.
Macam tak pakai krim malam.


tak percaya??


bukti
krim malam yg best
tak melekit atau berkilat pun muka
paling best, sgt GENTLE kepada kulit.


maafkan eyebag saya ye. dia mmg suka posing depan camera
(&%#@$%^)





alhamdulillah, muka saya dah tak pedih-pedih secara tak pasal-pasal lagi!
Boleh melompat macam dalam gambar ni nanti (tunggu habis pantang dulu!)




Produk ni sudah pun berada di pasaran.
Boleh serbu Guardian, Vitacare atau farmasi persendirian sekarang!
ataupun boleh beli direct terus dengan pihak Cosmoderm dengan klik ke website Cosmoderm
beli online dapat diskaun tauuu!!!



sebarang pertanyaan boleh la terjah 



gunakan produk Cosmoderm tanpa was-was. Kerana ia adalah halal dan alcohol-free, oil-free, dermatologist tested, all natural plant based ingredient.


true story: kawan saya pernah pakai satu produk dari indonesia (bukan nama sebenar). dan akhirnya kulit muka dia mengelupas teruk dan jadi kulit sensitif merah-merah.... lepas stop pakai produk XXX tu, dia try Gentle Series dari Csosmoderm, alhamdulillah kembali pulih kulit dia!!



Ini kerana Gentle Series bertindak secara 3 langkah ini
Sooth.Protect. Lock






ps: yang berkulit berminyak jangan cuba-cuba pakai Gentle ni tau. sebab kandungan kelembapan Gentle adalah tinggi. So si kulit berminyak masih boleh teruskan memakai Tea Tree Series dari Cosmoderm.