Jumaat, 29 November 2013

lawatan ke Zoo Negara bersama suami dan anak

 Biasa kalau benda tak plan, mesti akan jadi dengan elok sekali. Haha. Banyak kali da benda yg dah plan, tapi tak jadi. sobsobs

So kali ni, masa tengah berborak-borak dengan suami, tetibe kami terasa nak pergi ke Zoo Negara. Oleh kerana Zoo Negara dekat gila dengan rumah, maka, memang KENA pergi! Masing-masing setuju nak ke sana semalam (khamis).

Ummi Irdina ni macam biasa la, kalau besok nak ke mana-mana, malamnye mesti pening-pening nak pikir baju apa. Dah decide, letak kat tepi so besok terus pakai.  So ummi pakai sama dengan anak, POLKADOT.




Tak semena-mena, terlebih excited, konon besoknye nak bawa sekali la botol air baru ni dari Pumpkin Patch. Konon kalau dahaga kat Zoo besok, leh minum-minum. Malam tu dah siap standby letak tepi beg pun. Hampeh, last-last boleh lupa pulak nak bawa sekali. HAHA.


Macam biasa, bangun pagi tu, sambil masak makanan irdina (utk bekal), anak sarapan roti dulu. Kemudian mandikan dia, kemudian kite pulak bersiap sementara ayah jaga irdina.

Tepat kul 10 pagi! dah siap semua. 

Pukul 10.05 pagi dah sampai depan Zoo Negara. Gulp. HAHA. Dekat hokay. Kalau rasa nak merasa perjalanan jauh sikit, awak boleh la berjalan kaki, ataupun pusing pusing dulu kawasan perumahan 5 kali. HAHA.







Yay.. teruja tau kita. Sebab dapat bawa anak pergi Zoo.

Waktu operasi Zoo Negara ialah 9 pagi sampai 5 petang.

Kami sampai kul 10 pagi tu kire memang paling awal la. Masih lengang lagi. 

Seronok tau, rasa ada privacy je kite dengan haiwan. Haiwan pun tak pening nak layan pengunjung terawal macam kami. 




 Ok, harga tiket RM30 dewasa (kena tunjuk mykad), kanak-kanak kite lupa pula berapa bayaran.

Tapi tiket untuk bayi adalah FREE.




"Tiket untuk saya FREE? Boleh datang hari -hari tak ummi??"



 Walaupun tengah cuti sekolah, tapi waktu pagi memang takde orang. 

Agaknya tengahari sikit mesti dah start ramai orang dan parking mesti full.

So kite suggest uols kalau nak datang sini bawa anak, datangla seawal yang boleh.

Lagipun, bestnye kalau datang awal, boleh tengok haiwan baru bangun tidur. Mesti korang nak tengok muka gajah belum mandi kan...kann...

kbye




Kat sini ada provide Tram / Train 
Kalau rasa penat berjalan, boleh la naik.

Tapi sebab kami masih fresh lagi, dan cuaca sangat redup dan sejuk lagi, kami bercadang untuk berjalan kaki saja.

Haiwan pertama yang kami jumpa pagi tu, Zirafah!

Zirafah dalam gambar tu, dia tengah jilat tiang tau. Tu mungkin teknik die berus lidah dia. Yela, pagi-pagi yuols, takleh gosok gigi, gosok lidah pun boleyyy.




 Paling lawak, Irdina.
Mula-mula dia tak perasan tau zirafah depan dia tu adalah binatang!
Dia pun cam rileks je muka takde perasaan "apa yg ummi dan ayahku cuba sampaikan? nak buat apa kite berhenti di sini?"

sekali dia nampak zirafah tu bergerak, haaaaa terkejut dia.

Irdina ni memang penakot orangnye, kucing pun dia takot sangat-sangat. tu yang kami saja je nak bawa dia ke Zoo biar dia tengok rupanya banyak lagi haiwan yang lebih besar dari kucing.





Gajah baru bangun tidur.

Dia joget-joget senaman pagi dulu dengan kawan dia. 

Pastu dia pun breakfast g makan rumput tepi-tepi tu.

Masa dia nak makan rumput tu, gajah tu macam cuba berjalan ke arah Irdina, macam biasa la, budak ni panic, menjerit ketakutan.
HAHA

padahal jauh lagi.




Ni pulak Harimau Putih.
Baru nak mandi.

Kan dah kata, datang Zoo pagi-pagi buta memang boleh la tengok diorng baru bangun tidur. HAHA

Hebat tau dia berenang. Dah la mata dia kaler biru, tak pakai google pon.






 Irdina rileks je duduk sandar camtu.

Ye la, biasa ummi ayah bawak jenjalan pegi shopping mall je.

Kali ni bawak pegi Zoo pun dia duk rileks je tak berapa teruja. Mungkin dia ingat ni kedai mainan bersaiz besar kot.

>_<








Masuk ke zon Savannah Walk. Ada Zebra, Zirafah, Badak dan monyet-monyet yang disatukan dalam satu padang yang lapang. Macam dalam cite Madagascar la kan.

Memang takde orang pon.

So kerusi pun banyak, maka, kite stop sekejap sambil suap makanan Irdina yang kite dah masak siap-siap pagi tu. Makan berdepan dengan haiwan-haiwan tu. Nasib baik diorng tak terliur tengok bubur Irdina. 






 Yayyy

Akan dibuka!

Pameran Beruang Panda.

Tau tak, bangunan baru ni besar gila tau!!! siyes besar macam shopping complex. tak sabar nak tunggu Panda-panda tu dah sampai KL nanti.
Nak datang melawat sambil bawak buah epal.
Hoi, ingat melawat orang kat hospital ke???


Kemudian kami ke Ape Centre pulak. 






Ni orang utan kan?
 Tau tak, dia ni DIVA sangat. 
Dah la duduk kat tengah-tengah buai tu, lepas tu orang semua amik gambar dia kan, dia diam je pandang kamera.

Duk statik je kat buai tu.

Kawan-kawan yang lain semua dah bergayut jauh-jauh.

like a boss ek ngko ni!






 Pukul 11 pagi ada animal show.

Syok la sebab dapat duduk, pastu banyak kipas, boleh la hilangkan peluh sekejap sambil tengok pertunjukan.

Irdina paling eksaited.
Menjerit suka. Yayy





 Kat tepi pentas ni ada gerai jual air, popcorn, waffle, makanan ringan sume la incase uols nak tengok sambil makan kan.

Kite duduk situ sambil minum air ribena dan beli roti share dengan Irdina.








Animal show tu dalam 40 minit gak la

seronok tengok kepandaian singa laut tepuk tangan, makan ikan, main basketball, merajuk taknak makan ikan kalau semua orang tak tepuk tangan, lompat lompat..heheh



Pukul 12 balik.

Sebab cuaca macam dah start panas tapi still redup.

syok gile!

Bayar parking RM5.50 yaww


Masa kami berjalan menuju ke kereta nak balik, barulah orang mula ramai.
Haha.kitorang bertiga buat muka puas hati je kul 12 dah habis beramah mesra dgn haiwan dalam zoo. 



Alhamdulillah seronok sangat dapat habiskan masa dengan suami dan anak.

Kadang tu, tak perlu percutian atau destinasi jauh-jauh, 
g berjalan depan rumah pun dah best.

Hehe







ok entry zoo dah habis..


eh jap, nak tumpang iklan sendiri kat blog sendiri...BOLEH??











Kepada warga UKM bangi atau penduduk kawasan Bangi dan sekitarnya, 

saya dan team Prinsesa by NurulAin akan buka booth jualan di UKM bangi, bertempat di Bangunan Pusanika, bermula isnin ni 2 disember hingga jumaat 6 disember.

Kat sana nanti kite akan jual pelbagai barangan menarik termasukla wide shawl (macam kite pakai dlm entry ni),glitter shawl, tie dye palazo, tie dye jubah dress, palazzo cotton, palazzo chiffon, army tops, dress, jubah, bagssssss (bag yang kite pakai dlm entry ni pon ada jual skali nanti).

dan banyakk lagi


diskaun ada?

MESTILAH adaaaa..


antara diskaun hebat, dapatkan Wide Shawl dengan harga serendah RM12 sahaja (normal price RM24)

okla. cakap banyak tak guna, jumpa kat sana!

dan oh ya..


dapatkan FREE TUTORIAL dari saya tau di sana nanti!!

saya ajar sampai korang jadi terer, lilit shawl takyah tengok cermin la pasni masing2 kannn.

take care!

Isnin, 11 November 2013

RESEPI MAKANAN BABY



Beberapa hari lepas, ramai pulak kawan-kawan yang membincangkan topik "anak saya sekarang dah pandai memilih makanan", "saya baru suap 3 kali, dia dah tak mahu makan" dan lain-lain.

Fuhh..

Alkisahnya Nur Alya Irdina, mula memilih makanan sejak 2-3 minggu yang lepas. Oleh kerana saya ni memang surirumah, jadi, setiap hari memang akan masak bubur dia. Menu biasa dia sejak berusia setahun ni, nasi yg lembut (atau lembek. eh cane eja? lembek ke lembik),ikan goreng, atau isi ayam goreng, dengan sup sayur dan ayam atau sup sayur dan udang atau apa-apa je la yang boleh dijadikan lauk, sesuai dengan jumlah gigi dia yang baru ada 5 batang tu. Heh.


Biasa kalau dah buntu sangat, masak je bubur yang dah letak skali dengan lauk dia, tapi bubur tu saya akan buat kering sikit. 

So last week, Nur Alya Irdina kadang makan 4 suap je *nangis*. Ok, bukan dia yang nangis, tapi ummi dia. Haha

So caranya, saya bagi dia makan dengan kerap. Sedikit, tapi kerap. Macam pagi sementara saya masak lunch die, dia akan duduk sekali kat dapur (duk kat high chair nengok kartun) sambil makan honeystar dia. Pukul 10 atau 11 pagi dah settel masak terus bagi dia makan. 8 suap? Ok. No Problem, nak. Tengahari tidur. Pukul 2 atau 3 petang bangun, sambung balik makan. Biasa, lepas bangun tidur ni memang dia akan makan lebih sikit. So saya andaikan, yang sebelum tidur tadi tu dia makan sikit, bukan sebab dia tak suka makan, tapi sebab dia mengantuk ataupun dia nak main-main. Petang, makanla buah ke roti ke. Malam makan lagi. Camtuuu.


Tapi, bila anak dah mula makan sikit, kite mak-mak terus panic. Terus google resepi.

Haritu kite try buat PASTA GORENG untuk Irdina, memang licin dia makan. Sampai tak cukup pun. HAHA. 






Ni rupa Baby Pasta tu tau. Brand Heinz
Kite beli kat COLD STORAGE
Harga tak ingat pulak sebab beli dulu time Irdina 8 bulan kot. Lama dah.


 Comel sangat.
Bentuk dia kiut je senang nak masuk mulut baby.
Oh by the way, kalau gune pasta ni, rebus banyak pun tak apa.
Sebab dia tak mengembang sangat pon. Tak macam pasta biasa tu.



CARA-CARA MEMBUAT BABY-PASTA GORENG 

1.  Rebus baby-pasta sampai masak. Masa rebus tu kite masukkan sedikit olive oil supaya pasta tu berkilat dan tak melekat.

2. tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. (tumis pakai olive oil naaa)

3. masukkan ayam, carrot, celery dan goreng sampai masak.

4. masukkan pasta dan letak sedikit garam (kalau anak dah makan garam). Dah siap boleh hiaskan dengan daun sup.


Ni rupe dia.
Mak Irdina makan sekali, tu yang jadi tak cukup tu. Haha

Lepas ni nak try buat pasta baked cheese pulak. Kalau menjadi, i akan share resepi tau, mak-mak sekalian.

Yang pasta goreng tu,kalau nak adjust menu tu pun boleh, ayam tu ganti kan dengan udang ke, sosej ke, boleh je. Macam kite aritu takde celery, kite letak sawi skit. Haaa.. sedap2


Irdina makan sampai habis, terharu ummi!
Terus teruja macam nak konvo.

ehh tetibe..hahhaha


Tau tak, setelah 2 tahun baru kite pergi tuntut balik gambar KOnvo kite HAHAHA


daripada Irdina belum ada, sampai dah setahun jagung dah pun dia, baru nak tengok gambar konvo sendiri.

Nasib baik orang kedai tu tak buang!!!





yahuuu dah konvo (2 tahun kemudian punya reaksi, masih teruja, gile)


hahhaa





syukur sangat, dapat membesarkan anak depan mata....
hmm..
insyaAllah anak-anak.





 Irdina baru baik selesema ni. 
Sepanjang pertumbuhan 5 batang gigi dia sebelum ni, alhamdulillah memang dia tak pernah demam pon.

Tapi kali ni agak mencabar sikit la, sampai demam sekejap, selesema. Tapi aktif je macam selalu.
sebab nak tumbuh 2 batang gigi atas sekaligussss. yahuuuuuuu!!
Berkuat ya anak. Dah ada banyak gigi, nanti boleh makan Meatball Ikea





"hmm.ok ummi..so besok apa menu makanan saya"


























* google resepi baby lajulaju *






oh sebelum saya terlupa, ORANG-ORANG JOHOR DAN SINGAPORE, JANGAN LUPA UNTUK DATANG MEMERIAHKAN BOOTH COSMODERM, DI PLAZA ANGSANA, EVENT BERMULA DARI 14 HINGGA 17 NOVEMBER 2013. 10 pagi sampai 10 malam.

saya pun akan berada di sana pada 16 November, Sabtu.

20 orang Pembaca blog yang nakkan hadiah percuma dari Cosmoderm dan hadiah percuma berupa Wide Shawl/Bawal Glitter dari Prinsesa by NurulAin, boleh la datang sekali ye sabtu nanti. Saya akan berada di sana dari jam 12 tengahari sampai 2 petang.


Isnin, 21 Oktober 2013

Nur Alya Irdina 1 tahun



 Alhamdulillah. Dah setahun dah usia anak pertama ummi dan ayah.

Rasa macam semalam je mengharungi detik-detik melahirkan Nur Alya Irdina pukul 3.28ptg, 16 Oct 2012.


Alhamdulillah anakku ini membesar dan terus membesar sihat sokmo. gitew.




Kami ibubapa tak tahu nak belikan apa sempena besday Irdina yang pertama. Nak belikan handbag cam awal sangat pulak (anak kite tu mmg sukakan handbag. dia boleh duduk diam-diam selongkar handbag sampai setengah jam pon tak mengapa).

Plan asal nak belikan kereta yang ada remote tu, tapi ayahnya pilih keta Mini Cooper, tapi ummi nye pulak tak bagi kelulusan. Sebab radio kereta tu pakai radio betul. Iaitu, radio Era la, Klasik nasional la, Suria FM la. DAH KENAPA?? haha..mana ada bayi terhibur dengan JOHARA sume? Bayi patut dengar lagu ABC ke, OLD MCDONALD ke, kannn? Maka, tak jadi beli. HAHA

Berjodoh pulak untuk beli basikal Hello Kitty ni sebab :

1) ia adalah Hello Kitty (ok fine ummi, fineee)
2)  ia berwarna pink purple
3) ia boleh di kawal kiri kanan depan blakang oleh ibubapa/penjaga
4) nanti besar pun boleh pakai lagi , bila si kecik ni dah pandai mengayuh, 


Actually basikal ni ada payung sekali tau. Opkos la payung Hello Kitty kan, so bila bawak keluar jenjalan, kalau cuaca panas terik, boleh la pakai payung tu.
sorry, tak ada gambar close up basikal, sebab kite tak plan pon nak tulis review pasal basikal ni.

Disebabkan buat masa ini, basikal ni hiburan dalam rumah, maka kite cabut dulu payungya.Basikal ni adalah original Hello Kitty Sanrio...weols beli di Jalan Chowkit. boleh la mak-mak bapak-bapak lepas baca entry ni menuju ke sana dan mendapatkan Basikal untuk anak-anak. untuk mak-mak pun boleh jugak.haha













 


 Irdina memang suka gila basikal tu.
Yayyyy
Boleh la ummi leka kan dia sekejap sementara ummi buat kerja




 , Irdina sekarang dah pandai berdiri. Jalan sikit-sikit sambil tangan berpaut pada apa-apa. 
Sekarang ni, ibubapa (ibu khasnya) dah tak boleh lepa sikit. Sambil dia berdiri kat meja solek (meja solek i rendah je tau), habis la dia campak semua make up ummi, ketuk-ketuk foundation kat lantai, dll. Tapi tak apa. tengok anak seronok main cmtu, kite duk tepi tengokkan aje la. Selagi tak membahayakan dia, its okay. 

iols kan surirumah sepenuh masa. Sepenuh masa lah kena perhatikan anakkkk..



 Dah pandai "mengemas", diselongkarnya almari baju LIKE A BOSS

pastu sengih-sengih

pon bolehhhh



Dah umur setahun ni, ummi rileks sikit la.
Kalau dulu nak keluar asik kena pakai baju sesuai utk BF, sekarang takyah pun tak mengapa.
Walaupun Irdina masih lagi breastfeed sepenuhnya, tapi di usia dia sekarang ni, dia tak berapa kerap sangat nak minum susu.
So ummi ada peluang la nak bergaya balik cam dulu. yahoo..haha 

pastu kalau keluar g memana dulu mesti nak kena bawa bubur dia yang dah siap dimasak di rumah.
sekarang pon bawak jugak bekal makanan dia (so kalau kami makan kat luar, irdina masih lg makan masakan ummi dia), cume dah umur setahun ni dia dah boleh makan gak makanan yg kami makan cth fries ke, mash potato ke, biskut ke,roti ke.

Dan Irdina sekarang pun makan 4 kali sehari.
Breakfast. Lunch. Minum petang. Dinner.

Biasa breakfast dan minum petang dia roti atau cereal (honeystar)
nasik lemak? jangan buat pasal.
haha

Ok apa lagi eh?
saya cuma menulis apa yang saya ingat je ni tau.

Irdina sekarang dah slim sikit, sebab dia suka merangkak laju-laju.
 Lebih-lebih lagi kalau ummi dah pakai lawalawa, berdiri depan pintu, Haaa siapla dia panic.
Ataupun time pagi, ayah nak pergi kerja, menangis nak ikot!

haaa
Dulu ramai sangat cakap :irdina ni mcm takde ekspresi je. muka cam bosan jee"
skrg ni dia la kuat joget. Taklah joget, tapi goyang-goyang badan gak la kalau dengar lagu, kalau tengok kartun, 
skarang suka jerit-jerit kalau ummi lambat suapkan makanan
hahah
now terlebih ekspresi pulak daaaaa, anak.


selepas setahun...
barulah kite pakai jam.
semalam baru selongkar, cari balik jam yang hasben kite hadiahkan sebelum Irdina lahir.hee

masa Irdina  baby, kite tak berani nak pakai jam, sebab takot terkena kepala atau muka dia especially bila nak menyusukan dia.


sekarang pun masih berhati-hati.
takot terkepit lemak peha dia time dukung. haha





oh ya..tahun ni takdela birthday party untuk Irdina, sebab kami pikir, dia masih kecil. Belum nak rasa lagi kemeriahan.
Tunggu irdina umur 3 atau 4 tahun insyaAllah baru buat besar-besar sikit, panggil kwn2, kazen2 irdina, panggil mascot sume.


Dan kebetulan pulak 16 october 2013 haritu kami semua berada di JB. Kan raya haji kann.
So kami celebrate dgn family je, potong kek 3 orang.
Mak kite (15 oct), kite (28 oct) dan anak kite (16 oct)
tak pasal -pasal yang 28 oct pun dapat potong kek skali, padahal lama lagi besday. HAHA





 ni masa kat JPO
sleep like a boss

Jpo panas sangat kalau pegi siang hari, so Irdina pakai seluar pendek dan baju sleveless je yuolss. seksis



 Alhamdulillah. tercapai jugak niat nak shoppingkan untuk mak masa balik JB haritu.



 makann-makan di Jusco taman Universiti



Actually raya haji tahun ni besttt sebab raya haji tahun lepas kite dan Irdina masih dalam pantang kat KL.

Kan rasa sekejap je masa berlalu.

:)



Sampai ke petang pakai lagi baju kurung. Orang lain semua dah siap tukar baju casual da.
Begitu menghayati raya haji tau takkk?
hhaha
petang tu bawak Irdina jalan-jalan kawasan rumah mak 




eh
 tetibe jadi entry raya haji pulak


heheh


HAPPY BIRTHDAY anak.
we love you so much
Ummi mungkin tak tahu hadiah apa yg best untuk bagi pada kamu, tapi kamu adalah hadiah paling bermakna dalam hidup ummi dan ayah.

kite tak tau cmne nak letak video dalam blog. Tapi uols yg nak tgk video irdina, follow je instagram kite: nurulain8888

tapikan, kite tak approve sembarangan orang tau. especially yg nama pelik2, photos kurang daripada 10, lelaki, memang kita tak approve.




Ahad, 22 September 2013

keriangan seorang suri rumah

Dah dekat 2 tahun lebih kawen, baru semalam terperasan, ada sebuah kotak hadiah perkahwinan yang masih belum dibuka.

Surprise gila. 
Terus feeling-feeling buka hadiah hari jadi yang ke 13 tahun.
(ok, besday i next month..hihihihi cube teka yang keberapabelas tahun?









 Tadaaaa

Cemana boleh jadi camni, NurulAin8888?
Cemana boleh tak perasan, anda dapat hadiah hebat camni, NurulAin8888?




Vacuum Cleaner paling hemsem, gaya, mutu , keunggulan.
Atau nama melayu dia, Penyedut Hampagas kacak.

Haha

Dah la kacak, gagah pulak tu.

Nampak tak apa dia tulis tu?
BAGLESS
Maksudnye -- tak ada bag.
Ingat lagi, zaman kite kecik-kecik, mak kite punye vacum ada beg kertas kaler coklat.
Habuk semua masuk dalam beg tu, kemudian perlu ditukar / dibuang setiap minggu.

Ingat lagi tak?? ---- tak ingat sudah, nama kau Joyah (lagu)
Sekarang, si kacak ini telah membuktikan, bahwasanya, Tak Pakai Bag adalah Tak Menyusahkan Tuan.

Ni la yang haku dok gebang dari tadi pasal BAGLESS tu
Habuk yang disedut, trus masuk ke ruangan ini.
Boleh nampak direct ye tuan-tuan.
Nak-nak yang jenis bila vacum, pemalas nak tunduk kutip benda sepatutnya, semua kau main sedut, lalu akan ternampak benda-benda yang disedut melalui ruangan ini.

Kalau tersedut syiling ke, cincin perkahwinan ke kan, mudah la nak cari balik.
Jangan buat alasan tersedut cincin perkahwinan, petang tu ajak suami pergi Habib Jewel beli cincin baru, kemudian balik rumah terus "eh laaaaa..cincin ada kat sini rupanyaaaaaa----BAGLESS"
tu bukan bagless..tu namanya useless . LOL.








CYCLONING SYSTEM
HEPA FILTER

emm
ape tu?
sorry.....saya tak dapat nak digest maksud si kacak ni.
Mungkin ada kena mengena dengan Cyclone? X-Men? Help me?
WHATEVERRRR..






ok yang ni paling best
Paling maju setapak ke hadapan

Vacum yang mempunya suis kuasa untuk kawal max atau min.

Kalau nak vacum masa anak sedang tidur, tidak mahu kedengaran bising gila, vacum la secara minimum
Kalau nak kejutkan suami atau kejutkan anak secara makan dalam, pilihla maximum.
bunyi kuat, kuasa sedutan juga terbaek!
sebelum suami naik marah, sila sedut kemarahan dia dengan menggunakan si kacak ini.
HAHA.takde eh function cmtu? okbye









 Handle dia panjang okeh
Setakat nak vacum bawah katil? apedehal??
Setakat nak vacum bawah rak TV? jangan kata sebelah mata....sebelah kaki sambil sebelah tangan sambil sebelah hidung sambil tutup dua-dua mata pun boleh laaaa brader.

Tak payah nak bongkok sangat pun takpe.
Tapi kalau nak nampak begitu rajin depan suami, bongkok la sambil mengadu sakit pinggang, sebelah tangan lap peluh di dahi, muka kena fokus sikit..
Untung-untung dapat pujian RAJINNYA BINI I sedas dua.
HAHA










Wayer terus tersimpan di bawah ni.
Kemas dan senang nak angkut.






So surirumah yang nakkan keriangan sementara ni, belilah 
PENSONIC VACUUM CLEANER PV-2200
(sementara tak rosak la kau riang. jakg dah rosak, hilanglah keriangan ini)


Akibat hadiah perkahwinan yang dibuka setelah 2 tahun lebih, pengirim pun dah tak tahu siapa.
em.sadis.

Siapa pun anda, yang baik budiman itu , terima kasih kerana menghadiahkan si kacak penyedut hampagas ni ke dalam hidup kami sekeluarga
Gitewww.



Terima kasih daun kari
kalau boleh, bagi lah lagi

(maafla.kalau pengantin baru mungkin malu2...ni sebab dah jadi pengantin lama, jadi tak malu pulak aku pergi mintak hadiah dari kawan-kawan...hahahhaa.hadiah ulangtahun perkahwinan pulak tu... LEMPANG!)




Pada akhir entry ini, aku rasa hebat gila boleh review tentang penyedut hampagas dalam blog remaja macam ini.

Haha ... mak-mak sangattt!!





haaa..yang ni kerianganku selalu!!