Rabu, 30 Januari 2013

Diari Irdina : Edisi Genting Highland (mohon percaya, ini entry banyak gambar)


 24 Januari 2013

Saya bangun awal. Ummi mandikan dan siapkan saya macam selalu. Lepas mandi saya baring dengan ummi. Saya tak tahu pun haritu hari cuti sebab saya masih bayi. Bayi comel macam saya mana amik port pasal cuti. Bagiku, hari-hari pun cuti, dapat berkepit bawah ketiak ummi saya.

Ayah bincang-bincang dengan ummi. Saya diam je buat muka kesian. Harap-harap mereka bawa saya keluar berjalan-jalan.

Ummi datang ke arah saya. YESS! ummi pakaikan saya baju lawo. Siap kasut hi-cut lagi kau! eh bukan "kau". Bayi tak elok cakap kasar. Bye! Ummi dan Ayah nak bawa saya berjalan-jalan hari ini!




Masuk kereta saya diam dan senyum je buat muka comel lagi. Memang muka saya dah comel tapi haritu saya behave sangat. Sebab saya suka surprise. manelah ummi dan ayah saya nak pergi ni kan? awak tahu tak?






 ok. saya nampak salji (tetibe).

its a kabus (saya terdengar perbualan ummi saya, dia tu nampak kabus pun teruja sampai bergema 1 kereta!)





tapi tempat tu berpusing-pusing. taknak pening, saya tidur dulu di riba ummi saya.

sampai je destinasi terus saya bangun buat muke comel lagi!

tapi saya terkejut. 10 minit je dah sampai Genting Highlands dari rumah wan dan nanny saya. Dekatnya! patutla ummi dan ayah kemain buat ad-hoc plan.




Lepas parking kereta, ayah saya set up kan stroller, ummi saya pakaikan jacket. walaupun sudah pukul 1.30 tengahari, kabus sangat tebal dan saya begitu sejuk. Terasa macam kat London pulak mcm aritu. Mase saya dalam perut ummi dulu, saya dapat rasa jugak laaaaaa. Jangan main-main tau!!



  Sekarang ummi dan ayah pula berebut nak bergambar dengan saya. Tahulah saya k-pop pakai cenggini. Tapi i suke bergambar dengan mereka!



 aaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hehe. propa kan saya?
saja test suara kat sini.
hmmm
nyaring nya sama macam berada di bawah, lah!




 saya suka duduk dalam stroller. sebab melihat muka ayah atau ummi saya pun sudah buat hatiku tenang.
kadang-kadang mereka berdua berebut hulur muka ke arah saya sampai terhantuk-hantuk kepala mereka. Ibu bapa memang teruja macam ini ke? ^_^




 sudah pukul 2 petang.
sepatutnya waktu tidur saya ini.
tapi tak apa. mereka beriya bawa saya keluar berjalan-jalan, jadi nanti-nanti je saya tido.
kalau saya tido, kecik hati mereka pulak.
bahhaha




 sejuk. lagipun topi tu dah tutup mata saya.
bagaimana saya nak lihat kabus??



 ok.terima kasih ummi kerana betulkan topi saya.
sekarang saya dah bertenang.







 ummi dan ayah plan nak ke indoor theme park.
tapi jauh pula.
maka mereka patah balik.

lalu kami bertiga melepak saja di luar.
pukul 2 petang berjemur.
nasib baik sejuk. 
kalau kat bawah tu berjemur pukul 2 petang habisla garing saya ini!

ayah saya cakap suhu pada masa itu ialah 18 atau 19 darjah celcius!




 hai ummi.
tak habis lagi ambil gambar saya?





 Ayah dukung saya sekejap. Bagi panaskan badan saya.
sementara tu ummi duk tepi makan keropok.

ummi saya memang kuat makan sejak menyusukan saya ni.
saya kuat menyusu, ummi saya kuat makan.
ummi kena makan banyak lagi tau, supaya pipi dan lemak saya semakin padat!
terima kasih ummi ku





Mesti ramai yang nak tanya pasal mainan bintang hijau saya tu.
Itu mainan pertama ummi dan ayah belikan untuk saya.
Ia mengeluarkan bunyi yang mampu menenangkan bayi seperti saya!
Bunyinya merdu sekali. Kalau awak nak, sila suruh ummi ayah awak belikan tau!


 Ahhh ummi saya ni suka buat sepah.
Naseb baik reti buang dalam tong sampah sebelum kami beredar.








Saya sangat gembira!
Melihat ummi dan ayah terlompat-lompat buat saya tersenyum!



 BFF

Kasut kami semua dibeli di Primark.
Ummi dan ayah punye kasut berharga 4 pound
kasut saya 3 pound
murah kan.


 ini keluarga saya
keluarga bahagia
sayang ummi dan ayah!

pukul 3 lebih kami pulang.
sebab ummi saya asyik mengadu lapar.
lagipun saya mahu tidur.
malahan hari dah nak hujan



bagi chance la ummi saya posing sorng2 sebelum pulang
(waktu ni saya tgh tidur dalam keta. ahha tak turun bawah pun lagi dah tido)


 ummi saya tengah lapar boleh pulak nampak lori ada gambar makanan!!




kami sekeluarga pun balik rumah dengan sangat gembira!



ps: ke mana pula ummi dan ayah saya nak bawa saya berjalan lepas ni? jengjengjeng!!

19 ulasan:

mama leen berkata...

irdina yang comel.. boleh tak bagitau ummi awak, jangan tulis yang bukan2 dalam blog.. nak putus urat ketawa aunty... hahaha

cikdamia sahaja. berkata...

best yer jalan jalan kak :D

syasya fikri berkata...

comel jer entry ni,,suka baca,,sedar x sedar da abis da,,macam karangan biografi,,eg,saya sebatang pen hihi

NinaAz berkata...

comelnya babyyyy

AmirahSM berkata...

hehehe.. best la perjalanan awak irdina..nt cte lagi tau kt kami, kami suka baca smbil tersenyum2. hik2

eimuizduaf berkata...

Hehehee . Dari dulu sampai sekarang kite tak penah jejak pun Genting *sadiss . Ngehngeh . Baby comey mcm ummi die :D

Xilla Chinta berkata...

c0mel jer irdina tls bl0g =p
pasni nk lg yer, dah xnk mama irdina tulis dah, haha

eyqaaman. berkata...

Entry ni comel gilaaaaaa! akak rasa macam bayi seperti irdina pula! hahaa. ni irdina dah besar nanti mesti dia gelak bila baca entry ni..hehee :D

Ameelia berkata...

Alaaa, semangat nya anak Kak Ain :D

yannashari berkata...

comel je post..hehehe..suka baca..

Nadya Bubble berkata...

Haha comelnya entri ni !

ibuhebat berkata...

eeeeii geram betul dgn pipi irdina tu. rasa nak gigit2 je! :)

ELY FAUZIANI ISMAIL berkata...

hik hik comel je kak ain ni buat diari irdina.gelak sorang2 bace :)

Rina Ellisa berkata...

alololo.. comil nya :)

Ziejoera berkata...

irdina ni comel betol klu dia senyum!!!

shiha latiff berkata...

Selalu doakan kak ain happy dengan family tercinta..geramnye lah ngn irdina..saboo jelah..haha

Syira Mansor berkata...

entry yang comel.
hehe ^_^

~AtiQaH~ berkata...

hehee.... tajuk ni boleh jd ' bila hati irdina berbica'.... kelakar la akak ni...

Hashira Yusoff berkata...

hehehe..tak berhenti gelak. lawak la akak ni. :D