Khamis, 28 Februari 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!





20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.


Alhamdulillah, saya kini lebih kuat semangat. InsyaAllah apa jua rintangan akan hadapi dengan matang dan versi typical mak-mak. Gitu. 



2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 


Betul. Betul. Rindu saat kehamilan! Rindu pagi-pagi bangun tidur terjerit-jerit sebab kaki cramp, suami kelamkabut bangun urut-urut kaki, isteri pergi sambung tido balik! Rindu dari pregnant 6 bulan ke atas dah tak buka almari sendiri, hari-hari pinjam baju suami  :)






3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan 

jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

Benar. kini Irdina yang kejutkan saya bangun tido. Huuu. Terima kasih, anak!




4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.


Tak kesahla jika anda ibu yang bersalin secara normal atau operation, tak kisahla jika anda bapa yang masuk sekali ke dalam wad bersalin atau tidak, ketika sudah bergelar ayah dan ibu, anda pasti akan faham dan sedar betapa bersyukurnya dikurniakan ibubapa masing-masing.




5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..


Ya. Lebih-lebih lagi ketika mengalami situasi di ENTRY INI




6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)


:) - senyum sinis




7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.


Benar. Lebih-lebih lagi kes video maid pergi banting anak majikan tempoh hari. Saya tengok video tu dengan kaki-kaki menahan rasa nak tendang je maid tu. Lepas tu terus takut nak carik kerja dulu. Rasanya, saya perlu besarkan anak sekejap kemudian barulah mula mencari kerja. Zaman sekarang tak sama macam dulu. Zaman sekarang ramai orang sakit mental. Luaran nampak okay, tapi jiwa tak okay.

So tunggulah Irdina besar sikit baru saya mula cari kerja. Tapi kalau Irdina besar sikit pastu ada adik pulak? Maka, hold dulu cari kerja,tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah rupanya Irdina pun dah besar panjang.Haaaa masa tu barulah boleh carik kerja.. untuk irdina! haha



8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.


Betul. Tengok cermin sambil tanya dalam hati "takkan takde yang sama muke Irdina dengan muka aku ni...asik-asik orang kata kopipes ayah dia." mata ke atas, tangan dibahu.




9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

Makin dia tak berak, makin kite risau. Siap bagi sokongan lagi Irdina, poopoo la sekarang ye. Please. Please. Please. 





10- Kita akan lebih menghargai diri kita.


Dah jadi mak bapak, kena hargai diri. Sekarang tak boleh bawak kereta macam peleset. Sekarang tak boleh minum coke 5-6 botol. Sekarang tak boleh buang masa pergi tengok running man,sebab 1 jam tu banyak perkara boleh dibuat. Sekarang tak boleh nak malas-malas nanti Irdina piat telinge. Sekarang perlu menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri sebab ada anak dan suami yang sentiasa perlukan kita :')





11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.


Saya bekerja dari rumah. Namun akan ada masa saya perlu meeting di luar. Biasanya saya tak akan cium Irdina lama-lama sebelum keluar rumah sebab takut rindu! Yang pasti saya akan cepat-cepat balik ke rumah setelah selesai tugasan. Dah takde nak lepak-lepak window shopping ke hape. Nahi kabhi nahi!





12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


terus rasa Puas hati aku - bunyi macam marah, tapi sebenarnya puas hati dapat tengok anak berhenti menangis.




13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.


Buat masa sekarang ni, Irdina belum ada gigi. Kita kira rambut dia dulu la. 




14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.



Memula rasa susah jugak nak ke mana-mana bawa anak kecil. Lebih-lebih lagi anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya. Tapi mana boleh nak salahkan anak pulakkk.. Macamana awk rasa skrg, macam tu la mak awk rasa dulu tau. Haaa...Takkan nak keluar-keluar perut je dah terus boleh jalan sendiri? haha..So marilah kita semua menjadi ibu bapa yang lebih matang. Yang mana kita rasa susah tu, ikhtiar sampai ia menjadi senang. InsyaAllah tak akan ada perasaan terbeban atau yang sewaktu dengannya.Malah akan rasa bersyukur diberi peluang melalui saat-saat macam ni dalam kehidupan kita.




15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.



Tapi ada juga ibubapa yang tak paham. Haritu Irdina baru pas cucuk 3 bulan kat klinik, opkos la dia menangis. Tapi ada 2-3 mak bapak pandang sinis je kat saya yang tengah pujuk-pujuk anak. Dalam hati saya cakap "ish..pandang..pandang...tak apa..jakg turn anak kau kena inject, tengokla cmne kau handle anak kau nangis hahaha" Tengok tu, marah dalam hati pun boleh ketawa sinis!




16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


Betul sangat. Dah takyah nak body scrub sangatla. Dapat mandi time anak tidur kejap pun dah bersyukur tau!




17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!



Irdina petang-petang suka jalan luar rumah. Disebabkan dia suka jerit sebab excited, maka satu kawasan perumahan keluar jengah tengok dia. 
Fineeeeeeee dina, fine!





18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.


Blog terabai (kadang-kadang), DVD korea bersusun tak tengok lagi, shopping baju sendiri dah jarang (banyak shopping baju anak je hew hew hew), bateri fon selalu taknak cas (nasib baik suami tetiap malam sblm tido dia tolong caskan esknye bateri da penuh letak sebelah kite balik. auwwww thnks suami). 

Hmm..banyak sangat benda yang tidak lagi penting selepas ada anak. Tapi ingat, dalam keterujaan baru dapat anak,janganla abaikan suami pula. Tak baik tau. Jagalah syurga kita sebaiknya. kerana, syurga kita ada di kaki suami masing-masing!



19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


eh ni yang tak setuju ni! mesti la sayang. dia baru 1 bulan cinonet dalam perut, kita dah cakap-cakap dengan dia. walhal kita sendiri tahu pada masa tu dia belum ada nyawa lagi. ...so bila dah lahir, pastilah kita sayang anak itu. anak itu anak kita. darah daging kita. kalau orang lain yg melihat bayi pun rasa sayang, inikan pula kita sebagai ibubapanya. giteww..ain dah marah..ain dah marah..pergi masuk tidur sekarang! hahaha





20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!



irdina muka terkejut.
kejutan betul ni!
hahah
(erk...Irdina...ada...SELULIT??)








.

10 ulasan:

mama leen berkata...

memang sebijik muka afiq.. hehe

apricot pie berkata...

bnyk pngorbanan mak kan.sy sayang mak saya.!..:)

genuine1224 berkata...

btul! sy pun buat entry ni kat blog. bila dah ada anak, mmg life totally change kan? tapi as a new mother, sure smua org suka

Shahada Fauzi berkata...

comel sangat..sweettttt..

Sabar berkata...

betul3..mak2 sgt..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. comelnya irdina. ecewahh mak ni. muka irdina muka kopipes gila suami kak nurul. hehe sila jgn jeles ekk. bestnya ada anak...

sYiRa LoKMaN berkata...

awesome ^_^ hehe comel

Little kelip-kelip berkata...

sama la apa yg kita rasa skg..anak ada la sgala2nya...xpeluk cium dia satu ari rs xsmpurna...tgah tido pn kalu bleh nk gomol2 dia :)

Shazwani Ramly berkata...

irdina comelsss kak ain.

zeera lily berkata...

wah....suke bace entry2 akk...
best sgt2 ... u're inspire..

irdina sgt comei n gebus...betul2 kopipes ayh...hee..jgn mara ummi..

mayb yg 2nd 3rd n so on nnt like ummi plak ye..hee..

da msk dlm blog list febret sy sbb suke sgt bce entry akk.. ada masa, hit me back, follow mine http://belogzeera.blogspot.com/
blog biase2 je...