Ahad, 24 Februari 2013

Antara benda penting semasa berpantang

Hai pantang!

Oleh kerana ramai rakan sebaya yang baru lepas bersalin, masih lagi dalam proses berpantang, maka daku hadiahkan akan dikau, sebuah entry yang bijaksana lagi berinformasi.

Bersalin dan dapat bayi. Yahoo..Seronok!!. Tapi ramai tak suka tempoh berpantang. Mengapakah hal ini terjadi?? Dah la 44 hari...kenapa tak genapkan saja jadi 45 hari? Atau mungkin 44 jam je? Gitu. Pergilah tanya orang tua-tua. Daku masih muda!

Saya akui, benda paling tak best lepas bersalin ialah dalam proses nak menjaga jahitan. Sebab kalau sakit, kita nak uruskan baby pun tak ada mood. Maka, ibu-ibu, sangat penting untuk menjaga jahitan mu pfffftt!

Oleh kerana jahitan saya agak lama nak kering (dah seminggu lepas bersalin pun masih rasa sakit), maka, saya betul-betul tak selesa!!



Untungla semasa minggu kedua berpantang, saya balik ke JB. Masa tu tak sengaja, terberkenalan dengan Manjakani Hygiene Wash. Terserempak dengan dia kat bilik air mak. Lama duk dalam toilet sebab nak belek dan baca tulisan kat botol tu!

Firms (Anjal), Lightens (cerah), Soothes (reda), Cools (nyaman)

Yes yes yes! Kandungan manjakani, kacip fatimah, sirih, aloe vera dan vitamin E yang terdapat dalam pencuci ni juga membantu sembuhkan luka bersalin!

LULUS. Gitu. siap lulus kauuuu ha!

Dalam masa seminggu je luka bersalin dah baik! Alhamdulillah. Paling best, terasa segar sepanjang zaman. Haha. Zaman berpantang!


Paling best sebab botol dia jenis pump. Mudah je tak perlu nak tuang ke terbalikkan ke hape. 



Walaupun berkenalan masa pantang haritu, namun daku tetap gunakan ia sehingga kini.






Si comel berada dalam botol 50ml.
 Bawa masuk ke dalam handbag dan jadi la wanita paling nyaman dan segar sepanjang zaman!








Untuk lebih efficient menyembuhkan luka bersalin, sambil pakai manjakani hygiene wash Cosmoderm tu, saya juga menggunakan gel di bawah ini...


Gel solcoseryl ni boleh dibeli di mana-mana farmasi.

Setiap kali lepas buang air kecil / besar, cuci dengan menggunakan Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm, kemudian keringkan (pastikan KERING BETUL2), kemudian sapu tempat jahitan dengan gel ini.

Jangan takut. Memang takde effect pedih. Rasa sejuk je sebab ia adalah gel.

Memang membantu!


So bakal-bakal mak semua, dalam sibuk-sibuk menyediakan barang-barang keperluan baby, jangan lupe juga sediakan barang keperluan diri sendiri tau. Penting!!



And one more....

Yang paling saya suka, masa zaman berpantang dulu, lepas mandi air daun yang disediakan oleh ibu mertuaku yg baik hati tu, saya pasti akan sapu seluruh badan dengan losyen mustajab pati halia.

Sebab nak rasa segar sepanjang zaman.

Bau halia, serai, limau purut yang sedap tu betul-betul membuatkan kite tenang. Lagipun, masa berpantang adalah masa untuk kita berehat. So, sila nikmati saat berpantang dengan sepenuh jiwa dan raga okayy!

Saya terpaling suka bila tukang urut datang rumah. 
Walaupun kena urut adalah sakit, tapi lepas tu badan akan rasa lega. 
Tidak mungkin kita dapat memiliki tukang urut itu, tapi sudah pasti kita dapat memiliki Losyen Mustajab di rumah!!



so kengkawan, sebelum tidur, boleh la sapu-sapu kat perut, badan, kaki sambil suruh encik suami urut-urut dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia dengan haruman Jasmine.

Selain membuat badan lebih rileks dan tenang, bau Jasmine juga mampu membuat tidur kita lebih tenang tanpa terkena gigitan nyamuk!





Ingat, masa berpantang adalah masa untuk badan kite berehat sepenuhnya!




Ummi, nak tips kuruskan pipi!





ps: ramai yang bertanya, losyen mustajab boleh hilangkan gigitan nyamuk ke? Jawapan:  Losyen Mustajab Pati Halia dengan haruman Jasmine mampu mengelakkan badan dari terkena gigitan nyamuk atau serangga. Masuk hutan bawak lah ia sekali. Nescaya harimau pun tk berani nak gigit. Haha Eh aku melawak je la.Harimau bukan serangga hokey. Dia haiwan.

.

11 ulasan:

nik ros berkata...

comelnyer irdina. putih gebu.suka tengok.

AyaZuki Is Cullen berkata...

takotnyaa nak bersalin..duk terbayang kesakitan jahitan. :( (walaupun lambat lagi nak bersalin..hee takotnyaaaa )

Cik Eyra berkata...

tembamnya irdina..geamnya tgk..eeiii.heheh

✿ pink velvet ✿ berkata...

thanks ain.. kite pon insyaAllah bln 5 ni dah nak ade baby.. nak kene beli siap2lah gel tu, hehe~

SYANI berkata...

Saya beli losyen mustajab dengan pati delima tu.. Wangi gak bau dia..

Anne Rihann berkata...

nak cubit ckt baby u! hihi :D

Nadia berkata...

haha caption irdina tu mmg kelaka!

nur nadya berkata...

baca entry yang ni seriously tergelak dekah2 depan PC sorang2. tiba2 ade pulak suara kat blakang turut gelak sekal. rupanya Puan Boss pun ikut baca. hahahaha ^___^

Cikgu Norazimah berkata...

owh !! bambamnyer..leh wat calon menantu ni..Irfan pon bambam gak !! hehe..

ps: follow sini sekali yer..

Ai Artkid berkata...

Pssst Ummi Irdina, nak tanya mana nak dapatkan famine hygine itu?
Terima kasih

Rasidda Norazmi berkata...

Assalam .
Memang best akak punya tips berpantang ni ! Patutlah akak lawa , baby pun comel gituu .
Sebenarnya ada banyak cara boleh digunakan untuk rawat masalah luka lambat sembuh ni .Anda juga boleh cubaTips Atasi Masalah Luka Lambat Sembuh Yang Selamat Dan juga Berkesan
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)