Khamis, 21 Februari 2013

KISAH KAU, AKU DAN STROLLER

Ini kisah pada suatu petang, bila suami balik kerja, nampak muka isteri dan anak yang bosan seharian duduk dekat rumah.

Suami pun ajak dating, pergi minum petang yang tidak dirancang.

Akhirnya sampai di Wangsawalk Mall, pergi try minum petang Binjai@KL. Walaupun nama Binjai macam tak berapa komersial, asalkan ada KL di belakangnya, sudah meyakinkan pffft.

(kuatkan radio..kuatkan radio...tetibe lagu najwa latif)


Suami jalan satu tangan tolak stroller, satu tangan pimpin isteri. 

Isteri perlu dipimpin...... kalau tak, suami toleh je dia HILANG..toleh je HILANG...kalau terjumpa pun, kat kedai jual shawl...takpun kat kedai baju...tak pun tengah diri depan TV kedai DVD sambil tangan peluk tubuh saja buang masa macam datang sorang-sorang pergi melepak kat situ. Kena tarik telinga baru tau!

Beg tangan mak-mak sangat!
ada mainan anak
ada kain lap air liur anak yang suka buat mulut buih-buih tapi tetap comel!



 Anak baru sahaja tidur.
YES! YES!
tidur lama-lama sikit ya.
ummi dan ayah kamu nak dating sambil makan macam style zaman bujang dulu.
makan satu suap, stop, tgk muka pasangan, kembali makan, gelak-gelak hati berbunga-bunga.
haaa...sempat hati tumbuh bunga tu betapa slow motionnya makan zaman bujang dulu!

Tapi kalau anak dah terbangun, ibu bapa makan 4 kali suap dah habis 1 pinggan.
laju kan?



 Cendol Buah-buahan ni sedap tau.
Lepas ni nak order 2 mangkuk terus.
1 untuk saya, 1 untuk saya jugak.
Suami?
ok la ok la, suami jamah sikit je.

hahaha



 dengar tak tembikai, jagung, laici, ketulan ais memanggil-manggil nama anda?









ok sekian sahaja minum petang kami.


















hahaha..tak dapat la minum petang makan Cendol je...



nahhh..sekali order Nasi Kukus Ayam Berempah

ni baru perut yang besar namun tersipu-sipu tak malu.

eh?

hahahha



 nahhh suami pun join kite jugakkk..dengan hasil pesanan Nasi Goreng Kampung

Ni namanya makan petang.

sekian.






malam tu saya makan lagi dan lagi. tengahmalam lapar lagi.

perut saya kini tidak lagi kenal erti kenyang.


KENYANG? apetu? watsdet?


haha...

hanya ibu-ibu yang menyusukan anak secara ekslusif je yang akan paham perasaan TAK KENAL ERTI KENYANG seperti daku.






 Alhamdulillah...Nur Alya Irdina dah 4 bulan...

berat sekarang ialah 7.2kg

hasil penyusuan badan yang ekslusif
syukur Alhamdulillah rezeki Irdina.



Muka dah kenyang untuk beberapa minit!




ps: Salah satu tips mengekalkan keharmonian rumahtangga ialah berdating berdating dan berdating.
 Dah, habis baca entry ni terus cakap kat suami "bang esk dating jom!"

sebab, walaupun hakikatnya setiap hari mengadap muka suami di rumah, namun bila ada peluang berdating, makan berdua di luar dengan suami, banyak cerita yg boleh di kongsi sambil-sambil nak tunggu makanan sampai (make sure baby tido dulu la.hehhe).
Masa tu suami boleh cerita perihal kerja (cth: i dapat PA baru muke macam erra fazira je.)
Masa tu isteri boleh cerita perihal rancangan Astro (cth: Jericho Rosales nak datang Malaysia banggg!)

Walaupun setakat makan cendol tepi jalan, asalkan dapat spend masa bersama suami, rasa macam makan beef steak di hotel. 
Motif nak beef steak?

 ala.dah lapar dah sekarang!



















24 ulasan:

Ummi Atthiyah ILS berkata...

kak ain yang sangat comel dan ceria. ^_^

~AtiQaH~ berkata...

comel la akak... ni yg rasa nak kawen ni... heee....

ifah berkata...

k.ain! senyum tau bace ni. alhamdulillah :)

Miss Sue berkata...

irdina tu comel !!! motip tayang nasi ayam tu ?? saje nak bg kite terliur kan kan ? Y__Y tssk ...laparrr

pink.plate.liyana berkata...

hidangan minum ptg yg very the 'simple'..huehuehue.. "bangggg..jomdating skrg juga!"
huehuehue

nurayunni berkata...

alala...makin comel baby..sekejap je dh 4buln..

Shazwani Ramly berkata...

lapar T-T knp mest ade gmbr makanan kak ain. haha.
ummi dgn irdina comelsss.

mama leen berkata...

wah rajin ummi update blog... mak mak sangat... mekap pun tak dan kan.... hehe

Mila Ahmad berkata...

irdina dah gemuk huhuhu...

genuine1224 berkata...

irdina sebijik muka ayahnya kan? dah ketul2 dah dia..

ermy berkata...

Nape anak makin tembam... mak makin kurus aaa... haisshhh :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. subhanallah. tergelak2 je baca entri akak nurul ni. sentiasa ada lawak terselit! anyway jericho datang Malaysia. jom tengok kak! hehehe. esok nak ajak suami dating! yeayyyyy irdina sangat iras muka suami kak nurul. hehehhehehee

AmirahSM berkata...

oooo jeles ng entry nii. rse nk kawen gakkkkk. huuuu

Anne Rihann berkata...

ok..nex time leh dating kat binjai@KL..haha..cute baby awk..

yuna icha berkata...

ala, wangsawalk dkt je ngn rumah saya.. tp best dah sempat jmpe kak ain haritu.. sgt2 peramah n xsmbong! love u akak!

juls julie berkata...

beef steek lah sangat..makan nasik kerabu ngan budu dah ler..lagi kelaskausemahhh...kan ain kan..?? hahah

alin berkata...

hahahaha.. adoi, suke noo buat lawak.

Chekgu Azrine berkata...

sis ni kelakarla..dan comel jugak..

Asyik Izas berkata...

comel jea cter dia..sama mcm tuan blog, anak lglah comel sgt2...:)

tyra93 berkata...

cantiknya kulit kak ain ><

✿ Milly Molly ✿ berkata...

Nice! Betul tu. Kena rajin dating an. Xsabar nak kawen! :D

laskar pelangi berkata...

Hehehe..sweet gituuu dating;)
semoga bahagia sentiasa ye kak ain:)
dak techik comel jeeeee~

Miss Eja berkata...

salam akk.. :)hehehe.. sy bru je lawat blog akk ni. punye comell bby akk.. hehe..mmber dlu pernh sbut tentg blog akk ni. tu yg sy try cri. n alhamdulillah akhir nya sy dapat gk cri blog akk ni..hehehe...

Noli@Ibu Wafa berkata...

sedapnye makan2..nama anak kita pon irdina..irdina wafa..hehe