Ahad, 17 Februari 2013

Percutian bersama keluarga yang bermakna

Hai semua. Bagaimana cuti raya cina anda tempoh hari? Adakah OK atau KO ? haaa teruk sangat tu sampai KO pulak cutinya.

Percutian kami kali ni sangat best. Berkumpul dengan seluruh adik beradik saya. Walaupun bercuti di Shah Alam saja, tapi, asalkan emak kami yang comel tu ada, pun sudah bahagia.

Terima kasih emak, sanggup drive dari JB ke KL untuk bertemu dengan kami semua di sini (nangess)  :')


 Saya hidangkan gambar pertama dalam entry ini dengan gambar hidangan - bukan gambar hiasan

Air tangan emak, siapa boleh lawan?

bak datang laaaaa
(tetibe)


simptom tetibe ni macamana ek sebenarnya?
macam tetibe je jadi tetibe
kbai



Ahhhh berkumpul seisi keluarga.
apa yang lebih menyeronokkan dari perkara ini, kawan-kawan?

^_^



melihat anak-anak buah berlumba makan alat permainan.
sungguh mencomelkan



melihat wajah gembira emak di depan mata
sangat menenangkan
(lunch di Big Brother, seksyen 7 shah alam)



melihat Kyra Sabrina memakai swimming suit sambil berenang-renang manja di air biru,
paling seksi, seksi sekali (lirik lagu Mulan Jameela)



Beramai-ramai lepaking di Setia City Mall.
terus jadi meriah tempat tu.
berseri-seri raya cina tahun ni! 
GONG XI FA CAI


3 generasi 
yang penting, ilebiu mereka berdua ini.




adik lelaki yang susah nak jumpa.
jumpa pun time cuti je.
cecehh cite mcm budak ni belajar kat oversea je kan?
padahal study dalam malaysia je

haha
biasalah
kekangan masa seorang pelajar
ahhh bosannye ayat aku kat caption gambar budak alip ni!

nexttttt



melihat Afia memakai tudung fesyen terkini.
The Next Top Hijabista
gigit pipi nak??




Anak buah yang paling tua, Shapik
dah besarnye dia
dulu kecik tapak tangan je.
ehh over lak kan...haha
Shapik bakal jadi abang bulan 5 nanti!
yahuuuu



Berkinect depan TV
tak keluar pergi mana-mana pun tak apa.
Siap ada battle of the band lawan menari.
Lawan boling dan dart dan golf.
semuanya di dalam rumah.
Bahagia bukan?

Dah penat bersukan depan TV beramai-ramai, legakan otot dengan Losyen Mustajab Pati halia haruman Jasmine
berupaya juga untuk menghalang dari gigitan serangga especially nyamuk.
naseb baik dibawa bersama sepanjang percutian 2 hari ini!


di Setia City Mall
Aie, Afia (ada dalam carrier tu haa), kak Husna, Emak dan Shafik



eh macam berterabur je gambar-gambar dalam entry ni.



Punyalah eskaited masing-masing sampaikan tak ada langsung gambar beramai-ramai.

sebab masing-masing sibuk menggunakan masa yang ada sebaiknya.


Dengan tamatnya cuti raya cina, masing-masing sudah pulang ke sarang.

sarang apa?

saranghae.

sekarang sudah rindu untuk berkumpul semula.

harap dapat plan lagi percutian sebegitu!







hai kawan-kawan, 
mari saya kenalkan kawan-kawan dengan kawan saya!

1


2


3





HAGEMARU




ps: hoi hoi...besok isnin...baju keje suami belum iron lagi. cepattttt bertindak!



15 ulasan:

onie berkata...

wahhhh,bestnya dapat berkumpul :)

Nurul Najihah berkata...

BEZZZnye ~ dapat eratkan silaturahim lagi :)

Tanpa Nama berkata...

rajin nye k.ain update.. gudjob. lebiu

Tanpa Nama berkata...

Caption anak sedara lawan makan permainan tu mmg lawak la, deq hehehe

Asyik Izas berkata...

haha..kwn irdina hagemaru tu mmg kelakar..comel sgt2 irdina..:)

Wani Izzati berkata...

dah lama tak berkumpul macam ni...bestnye :)

Husna Adnan berkata...

BEST!!! T___^___^___T

AyaZuki Is Cullen berkata...

hahaa terus tergelak part irdina jelir..comelnyaaa.rasa nak gigittt pipi >.<

ct fesyen berkata...

hehe...happy family kn...
comel anak akak tu^_6

alin berkata...

hahahaha lawaklah ain ni. :D

AmirahSM berkata...

hahahha, kak ain harap irdina tak perangai cm hagemaru tuu. keh3

♥nurul♥ berkata...

ohhoiiii kak ain,kirim salam sikit dekat alip. ehem haha :p

.ciknoey. berkata...

Arghhh comelllnye irdina.sabar je lah.dpt die mmg kne gigit lah..
Psstt ; Kak ain kem slm adik.hahaha

Anabolio berkata...

Looks like fun :)

nurul berkata...

karipap camtu biasanya super duper sedap..ya allah terliur pulak..padahal tgk karipap je pun..tapi karipap camtu biasanya sedap..tak suka frozen punye..bentuk mmg la perfect tapi rasa so so je..=(