Selasa, 26 Mac 2013

calon SPM 2003 (part 2: season finale)

hai kawan-kawan!

Entry ini adalah sambungan dari PART 1 (KLIK SINI)





Dalam pada mak dan arwah abah sibuk ke sana ke mari mencari kolej terbaik untuk anak dia yang SPM hancur lebur ni, PTPL Shah Alam telah direject oleh arwah abah. 
Sebab katanya environment yang tak macam institusi pendidikan (sebab hostelnye di rumah kedai sahaja. Dalam saya sibuk menyusahkan ibubapa, mereka tetap memberi dan mencari yang terbaik untuk saya. sob.sob. sedihnya)


Akhir sekali mak sibuk rekemen kat Kolej Profesional Mara (KPM) di Beranang.

100% under MARA...Elaun bulanan RM265....yuran semester yang sangat murah.


Diploma in Business Studies.


Bermulalah episod zaman belajar. Cewahcewah.....sukeleteww


2004-2007 kat KPM.


Masa kat situlah saya kenal kelemahan dan kekuatan diri. Dalam pelajaran. Dalam percintaan.


Masa tu terus rasa terbalik! Apa yang saya benci masa zaman sekolah, rupanya saya jadi sangat suka!

Barulah discover macam-macam kat diri ini. Suka belajar, suka membaca, suka sejarah, suka mengira, suka berangan (HAHA), suka melawa, suka marketing, suka business studies. (which is totally not me before!)

Pendek kata, memang taksub dengan course yang diambil!

Semester pertama, pulun habis! Dapatlah DEKAN.

Semester kedua, DEKAN

Semester ketiga, hampir DEKAN

Semester keempat, DEKAN

Semester kelima, DEKAN

Semester keenam, DEKAN.





Masa tu saya pulun pada setiap semester, hanya kerana inginkan result yang bagus.

Target saya pada masa tu hanyalah untuk dapat A. Target saya untuk tidak buat kesilapan sewaktu SPM dulu. Target saya adalah untuk menjadi orang yang rajin!

Saya percaya, takde istilah orang bodoh atau pandai, Tapi USAHA dan TAWAKAL yang penting!

Saya rasai sendiri hal ini.

Allah saja tahu USAHA saya selama saya mengambil diploma. Ditambah pula saya lihat kesusahan diri sendiri dan ibubapa saya yang turut tempias merasa kegagalan saya masa SPM dulu.









Habis diploma. Alhamdulillah.



Tapi saya tak hadirkan diri masa konvokesyen.


Sebab?


Arwah abah baru meninggal dunia.

lagipun...


SAYA MENCABAR DIRI SAYA. Saya saja taknak jemput diri sendiri, dan emak kerana saya nak  mak datang ke majlis konvokesyen IJAZAH saya nanti.


Itu cabaran dari saya kepada diri saya.

So kalau nak ada gambar pegang scroll, kena lah sambung Ijazah kat mana-mana IPTA kan.


Challenge budak yang SPM dia hancur D berderet.







Sementara tu, saya kerja jadi KERANI di sebuah Travel Agency dekat Taman Teratai, JB. Pada masa tu, arwah abah baru meninggal, so saya perlu bekerja untuk bantu ringankan beban mak daa keluarga saya. Dengan gaji RM800 sebulan, dapatlah bekerja 3 bulan sahaja sebelum saya ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab dapat offer dari UM.





Pertama kali saya tahu dapat tawaran dari UM, terus rasa nak menangis. Pilihan pertama yang saya mohon, itulah yang saya dapat. Alhamdulillah.


Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Malaya.


Allahuakbar. Budak yang D berderet ni dulu, yang masa kat sekolah report kad die merah setiap tahun, yang sentiasa dapat nombor last dalam setiap peperiksaan, yang sentiasa dapat markah paling rendah bawah 10 per 100 untuk paper add math.....




Masa dapat tahu tu, saya berada di ofis. Balik rumah, masih kunci mulut. Tak bagitahu lagi kat mak.

Tak tahu la saya perlu bagitahu ataupun diamkan saja sebab....


1) abah baru meninggal dunia. kalau saya bekerja, saya boleh bantu emak. Tak banyak pun, tapi tetap menyumbang sesuatu kepada keluarga.
2) saya risau. jika saya sambung belajar, siapa nak bayar yuran? perbelanjaan saya di sana? Di bawah saya masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah.



Dalam berhari-hari saya berkira-kira hendak terima atau tidak tawaran tersebut, saya pun pergilah isi Biasiswa JPA. 

Untuk backup andai kata tak layak untuk terima Biasiswa JPA, saya pun apply sekali PTPTN.


Kemudian, kumpul kekuatan untuk khabarkan hal ini kepada emak.


Emak betul-betul tak sangka dengan berita ini. Kalau emak pun tak sangka, apatah lagi saya ini.


Tak pernah terlintas pun untuk dapat masuk IPTA. Universiti Malaya pulak tu!



Alhamdulillah...dapat pulak Biasiswa JPA.







 Tekun sampai nak masuk dalam buku


















 ini ialah presentation terakhir pada hari terakhir, sem terakhir.
:)


















Semester pertama, main-main. Sebab over confident.

"Aku dapat masuk U.maksudnya aku sudah pandai! yahuu"

Silap langkah. Keputusan semester pertama sudah ke laut!

Bangun. Bangun lajulaju.


Percayalah, cara belajar saya sewaktu zaman diploma, tak sama dengan di UM. 

Kadar USAHA semasa Diploma ialah 100%, namun di Universiti Malaya perlu ada sekurang-kurangnya 500% USAHA (untuk org yang tak berapa pandai mcm saya)


Zaman kat UM la dah pandai habiskan masa 90% di library semasa study week. Pagi-pagi dah usung bag dan buku menuju ke library dan study which is so not me!! Tapi USAHA 500% tu termasuk benda tu la. Haha. 


Semester pertama hampir 4 orang rakan menarik diri. Mereka lebih rela bekerja dengan kelulusan diploma atau SPM dari pada mengharungi kepayahan 500% USAHA di Universiti Malaya.


Saya pun hampir tarik diri. Hampir nak berhenti belajar. Setiap hari menangis nak balik JB. Tapi bila fikir balik, Allah dah aturkan saya sampai ke tahap ini, sampai ke tahap ini yang tak pernah saya angankan pun, maka pastilah saya KUAT untuk bertahan untuk belajar dan grad di sini. PASTI!

So instead of buang masa menangis sebab nak berhenti belajar la apa, saya terus dan terus mencari cara pembelajaran terbaik untuk diri saya. Buang kertas banyak-banyak pun tak apa. Belajar ikut kemampuan diri sendiri. Pulun belajar banyak sangat sampai tak makan, tak tidur is a NO NO NO!







Berbaloi untuk berusaha semasa diploma. Alhamdulillah, sepanjang pengajian di UM, JPA menaja RM5000 satu semester. 

Lega saya kerana tidak perlu pakai dan minta duit mak saya pun. Saya faham, mak perlu menanggung adik-adik saya lagi.

RM5000 satu semester adalah lebih dari mencukupi. Tugas saya hanya perlu belajar dan belajar dan buat assignmnt dan SHOPPING. Tu adalah bayaran untuk penat-penat dan pening-pening dengan assignmnt!











Alhamdulillah, May 2011 habis belajar dan bernikah.

Oktober 2011 konvo! Officially graduate ON TIME.




Alhamdulillah....hari ambil scroll, ada suami di sisi. Yang ni memang tidak pernah terlintas, semuanya perancangan Allah yang kadang-kadang kita sendiri rasa macam suatu keajaiban.





So untuk adik-adik..tak kiralah baru lepas SPM ke, STPM ke, yang ada kat U sekarang ni ke, kolej ke....................zaman belajar paling best dan seronok. Balancekan study dengan hal peribadi anda. 
Jangan terkena culture shock.
 Enjoy every moment. 
Setiap kali dah berjaya submit assignment dan settle presentation, silalah reward diri sendiri dengan aktiviti yang disukai sebagai pemangkin anda untuk menjadi rajin dan fokus dan bersemangat!
 Sentiasa berkawan dengan mereka yang positif kerana ini akan menjadikan kita sentiasa positif dan menjaga diri sendiri.
 Jangan suka ponteng kelas. 

Study smart. Cari cara belajar yang terbaik dan selesa dan sesuai untuk diri sendiri. Macam saya, saya tak boleh nak study dengan baca buku tebal-tebal. Biasa saya buat mind-mapping. Memang tu je la cara paling berkesan untuk saya. Saya ingat dan hafal. Kepala berfikir, tangan menulis, mulut menghafal (eh ye ke ayat ni). 

Ini kerana, modus pengalaman belajar adalah kita belajar dari 10% apa yang kita baca, 20% dari apa yang kita dengar, 30% daripada apa yang kita lihat, 50% dari apa yang kita lihat dan dengar, 70% daripada apa yang kita katakan,  dan 90% daripada apa yang kita katakan dan lakukan.

Sebab tu saya kalau time study untuk test ke final ke, saya akan baca nota. hafal. kemudian saya akan bercakap sendiri dan tangan saya menulis. Gitew la. Penat memang penat, tapi 90% beb. Tak percaya sila cuba. Memang berkesan!!!! Tak kesah la orang nak kata awk ni gile ke cakap sorang-sorang, namun bila kita bercakap kite boleh dengar apa yg kita cakapkan , lantas boleh masuk dalam kepala. Mind mapping juga penting so kita boleh nampak overall view untuk sesebuah topik.


Tetap pendirian supaya tak terikut-ikut dengan pengaruh tak baik yang berlegar-legar disekeliling. 

Zaman kat U ni lain, tak macam kat sekolah. Kat U nak belajar ke taknak belajar ke suka hati kite. Tapi yang terbalik terlingkup memang rugilah. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit. Pilihan di tangan anda.

Kalau nak gila-gila, zaman belajar la paling sesuai. Ponteng kelas sebab tak cukup tidur tengok cite korea pun saya pernah buat. Padam nama orang dan letak nama sendiri kat senarai pendaftaran kelas tutorial pun saya buat (sebab tak nak kelas tutorial awal lagi!), fotostate buku rujukan setiap semester pun saya buat, dan lain-lain. Gila-gila pun asalkan time belajar, belajar. Time hantar assignmnt, hantar!

Kat U jugak jumpa MACAM-MACAM jenis orang. Lurus bengkok semua ada. Tepuk dada tanya selera.




Adik-adik yang result SPM dan STPM tak berapa best, jangan sedih. Kita boleh ubah masa depan kita selagi kita ada USAHA. Janganla anda terlalu bersedih dan kecewa kemudian anda memilih jalan yang salah dan memburukkan masa depan sendiri. 
Hidup ni bukan bergantung kepada jumlah A dalam SPM. Tapi tak bermakna kita tak dapat A masa SPM kita dah puas hati. Sila berusaha untuk jadi lebih baik. Bila kita terjatuh, maksudnya kita perlu bangun. Bukan dah jatuh makin nak baring-baring lagi. BUKAN!
Orang-orang yang masuk universiti bukanla semua dari sekolah berasrama penuh je. TAK. Orang sekolah tak pandai dulu pun boleh masuk U. Tapi kena USAHA.

Yang dah ada kat IPTA/IPTS, bersyukur dan gunakan peluang tu sebaik mungkin. Habiskan belajar dengan cemerlang. Jadi orang. Pointer biasa-biasa pun tak apa, asalkan JADI ORANG. Habis belajar, kerja kemudian kawen. Atau sebaliknya. Pun tak apa. Kah kah kah.






ps: Saya harap uols dah tahu. Setiap kali adik-adik bertanya tentang UM dan berkata "untunglah akak pandai", setiap kali tu juga saya akan menafikan. Saya takdelah pandai, dik. Kerana D berderet semasa SPM, saya hargai setiap saat saya di KPM dan UM.



















30 ulasan:

Asyik Izas berkata...

entry ini yg terbaik Ain..mmg dpt memberi semangat pd sesiapa yg rasa xnak belajar sbb SPM kecundang..:)

Izzatul Shazni Amram berkata...

assalammualaikum sis :)
i am one of your silent readers ( i think ?) hihi .
alhamdulillah , u inspired me to be more hardworking . like seriously u did . just because i am so down with my midterm result . yeah , we're not in the same course .
ouh , b4 that , i am studying in medicine in one of the uni in Egypt . which is very hard for me to perform on my exam since i am not into medicine , but after i read this , i learned that i've to put more effort to perform well . thanks akk ! u story is very inspiring ! send my regards to Irdina , u blogposts never let me down ! salam sayang from egypt :)

Wani berkata...

OMG!!You must be so young la dik!
samela kite..UM graduates:)
anyway, congratulations!!

cik chinta berkata...

btul2. xsmestinya gagal skli, gagal selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Ain, bila baca ur story I teringatkan balik ksah hidup I.. exactly sama dengan u.. I dapat 7A time PMR dan dapat masuk MRSM.. Tapi waktu SPM i main2 sangat.. banyak berangan dan hasilnya result I sangat teruk.. Bayangkan kawan2 lain semua dapat masuk Matrikulasi tapi I tak tahu hala tuju.. Usahkan matriks, diploma pun uni tak panggil..Waktu tu tak dapat gambarkan kesedihan parents I.. Harapan dorang tinggi sebab I masuk MRSM.. Tapi ayah I jenis sangat supportive.. Mula2 pun I nak masuk PTPTL tapi yuran sangat mahal, tak mampu.. Akhirnya nama I dipanggil untuk Form 6.. Ingat lagi cikgu kelas I dia pergi malukan I depan students lain sebab I punya result SPM D Fizik.. Dia cakap jangan masuk kelas saya, I tak layak.. Menangis I waktu tu Tuhan je tahu.. terus balik menangis2 dekat parents ckp tak nak masuk sekolah tu lagi.. Tapi abah I suruh I kuat semangat, buktikan pada cikgu tu dia silap.. I kumpul kekuatan I dan I harungi Form 6 yang sangat mencabar.. Bayangkan rakan2 melayu lain ramai yang berhenti sebab nak enroll diploma or etc tapi i tetap dengan Form 6.. i cabar diri ambil science stream.. I fokus belajar dan tidak main2 lagi.. Alhamdulillah, lower dan upper 6 I dapat no 1 - 3 dalam class.. Semua classmate cina/india dan I berjaya buktikan Melayu bukanlah lemah science/maths dan dorang refer pada I.. Alhamdulillah, I berjaya masuk UM juga dalam jurusan sains.. Sekarang ni I bekerja dalam bidang yang I ambil ketika di Uni dulu.. Memang kadangkala kita alpa.. tapi kita perlu bangkit semula.. tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri sendiri.. Menangis I time menaip nie sbab mengenangkan kisah dulu yang menghancurkan hati parents I.. Alhamdulillah sekarang mereka dapat berbangga dengan pencapaian I dan I dapat berbakti kepada mereka..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul! subhanallah, aturan yang ditentukan-Nya sangat terbaik buat umatnya. Allahuakbar. semangat sheila baca kedua2 entri akak ni. kak, boleh bagi petua tak camne nak dapat Irdina? hehe. sheila nak sangat baby. tapi pms tak teratur :'(

Wanny Dlover berkata...

Entry yg sngt menarik..^^

jeehans.blogspot.com berkata...

i like your way

Ruzzulkifli berkata...

Salam akak. Sy skrng tgh study dkt UM jgak! InsyaAllah medical doctor-to-be. Thank you for your advice. Kalau xde semangat mcm akak kita yg sentiasa bersemangat nie mmg dah lama kecundang. Nk2 lg medic is a really tough course. T_T doakan sy dan rakan2 dpt graduate on time mcm akak ye! :)

Husna Hamizan berkata...

terima kasih kak ain, kak ain rolemodel kite :)

ayyu akira berkata...

saya calon spm 2012...bila saya baca blog akak wow very inspiring!!!

Shazwani Ramly berkata...

pemberi semangat. thank you so much kak ain :)

Tanpa Nama berkata...

goosebump baca entri ni..disebalik kesenangan seorang yg bernama nurul ain kini, terselit seribu kepayahan..tambah dgn ayah meninggal lagi..bagus ain, motivasi yg baik..cuma harap ain boleh belajar tutup aurat dgn lebih elok (pakaian longgar, tgn n kaki tutup, tudung tutup dada) sbb ain mampu jd inspirasi utk org lain..ain cantik, dan kalau lbh elok tertutup pasti lbh cantik.. :) teguran sbb sayangkan ain.. :)

Asma berkata...

Hi! I love to read "after SPM" success story like yours! Such an inspiration for the young ones.

My SPM story pon macam you jugak. Now, I'm doing Master pulak. Yang penting, mcm you cakap.."..selagi kita ada usaha." anything is possible!

Thanks for sharing!

isma@ani berkata...

tak sangka 1) adik ni org jay bee, akk pun org jb, kat larkin... mmg heaven ah bab makan kalau lik JB!
2) adik ni grad UM, akk pun grad UM tapi fakulti sains...
Nway, excellent entry! The moral of the story is usaha tangga kejayaan!

pink berkata...

Kak ain .. saya baru lps stpm ni. Result so-so la.
So lps baca kisah akk ni cam semangat tu dtg balik
hik hik
terima kasih akakkkkkkkkkk ;)

cheizz berkata...

Kisah kita sama. Org lain kumpul A, saya kumpul B,C,D,E,F sejak dr sek rendah hingga SPM. haha. Nasib baik diterima masuk STPM.
Kini, di UKM dn pemegang JPA. Wpn org asik kata "Budak pandai", tapi diorg xtau kisah air mata zaman kegagalan.

Koleksi Hafim berkata...

patut lah macam kenal, rupenya you are my senior kt KPMB. Hai senior! *lambai-lambai tangan sambil senyum nampak gigi*

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ berkata...

terima kasih kak ain,sy rasa down sangat bila dapat result SPM baru2 ni yang tak berapa gempak. mak ayah macam membandingkan sy dengan kakak2 sy. sy sedih tapi apakan daya saya tak boleh ubah masa balik. tp bila sy baca post kak ain ni,sy dah dapat semangat balik nak teruskan belajar. thanks kak ain!

nabila azmi berkata...

sgt motivate me..thanks kak ain =)

Nur Khaleeda berkata...

Berkoba koba semangat sy nak smbung study!! Thanks kak ain :D

hanani fiee berkata...

dekatnya kpm tu dgn umah kita !! hehee. ni entry akk yg terbaik ! terharu n bersmngat balik :,)

Ana Farhana berkata...

kak nurul... suka dan sedihnyaaa entry ni. saya pun dulu spm biasa2 je.. sedih x dapat u, masuk kolej buat diploma.. sem 1 tergolek.. dan gagal.. hampir berputus harapan dan nak berhenti belajar,. dan akhirnya dapat habiskan.. walau x dekan alhamdulillah.

then sambung degree pulak.. azam nak buat yg terbaik ni.. tapi hampar, ianya biasa2 je.. skg baru sem 2 degree.. dan tgh mood final exam..

ape yg buat sy sedih, kecewa dgn performance nak jawab exam ni.. janji nak naikkan pointer.. tapiiii.. merisaukan... :((

ade lagi 3 sem utk buktikan.. takutnye..

bila sy nak dapat..

dekan,

dekan

hampir dekan

dekan

dekan

dekan macam kak ain?? sedihnyaaa.. tak pernah lagi dapat genggam..

nak nangis rasanyaa.. mcm sia2 je duit yg abah bg wuuuuu :(


kak nurul ain, doakan sy ya :)

alin berkata...

concentrate betul present tu. hihihihi..

huda berkata...

yg tak berjaya dulu bkn sebab tak pandai. tapi belum sedar kepentingan pelajaran. biasa la masih budak kan. lagipun ada org kalau benda dia tak suka mmg dia malas nak amik tau.

ada kawan saya akademik hancur gila. dia suka kemahiran. boleh pulak dapat top student. dari sijil diploma degree sambung master pulak. perjalanan dia lebih jauh & lebih sukar. tapi dia dapat&buat apa yg dia suka. tiba2 org gelar dia genius. padahal masa sekolah byk subjek failed kot.

yg penting buat apa yg kita suka. pasti automatik jadi bersungguh. tapi jgn la suka benda tak elok pulak ye =)

Wani Tralala berkata...

betul tu spm bukan penghujung, actulally kehidupan baru nak bermula. wani baru habis stpm, alhamdullillah result okay, walaupun dulu rasa macam tak sanggup. wani ada apply um jugak, moga-moga dapat la. Nak masuk um kena interview dulu ke?

mirae berkata...

As salam Kak Ain. Sy rajin jgk baca blog Kak Ain dan sy terpanggil utk komen kt sini. hehe. Pendek cerita kes sy terbalik dr Kak Ain. Mksudny SPM ok tp bila masuk U jatuh. Tp skrg sy dlm fasa kebangkitan semula. cewah hihi Sy xmalu nk cerita kat sini sbb sy nk support point Kak Ain. Bab bab belajar ni xda istilah pandai atau bodoh. cuma rajin atau malas shj. Another point is tidak pernah terlambat untuk seseorang bangun semula dan perbaiki kesilapan diri. Y silap ialah bila jatuh kita mengis menyesal tp xbuat apa2 utk bangun. Mcm kes Kak Ain ms first sem di UM, sy analyse silap sy, cr kurang lebih diri dan gunakan kelebihan diri utk bangun semula. Semoga adik-adik y lain dpt mengambil pengajaran dr kisah kami. :)

Tanpa Nama berkata...

Assalam..

Kalau kita tak pernah jatuh, kita takkan tahu manisnya dapat berlari. Saya juga lepasan SPM 2003 macam ain, saya mmg target straight A masa SPM. Tp mungkin Tuhan nak tunjuk, tak elok over confident, maka result kecundang entah ke mana. Hajat tinggi melangit nk further oversea, kwan-kwan yg sama belajar majoriti ke Ireland, Germany, London, Indonesia, Russia. Sy stuck di sini ke Matrikulasi, padahal masa sekolah dlu, Matriks la yang paling saya nak elak. Tapi dah alang-alang masuk, sy nak tunjukkan budak lepasan matriks juga hebat. Bukan sekadar cukup-cukup pointer masuk uni. Alhmdulillah, smgt kental nak bangkit dari silap yg silam, sy tak over confident, instead saya byk tawakkal dan work harder. Now dah lepas degrees, and masters and insyaAllah akan further PhD dlm masa terdekat. Istilah putus asa, dah lama saya padam dari kamus hidup. Kita yg menetukan setinggi mana kita mahu terbang. Jd, psg cita-cita tinggi melangit, dan jadikan ia fardhu kifayah kita utk masyarakat. :)

Fadhli Wahab berkata...

Hmmm... Jalan cerita hampir sama... Dari sekolah menengah ke KPM Beranang dan ke UM..namun... tak sampai dua tahun dah keluar balik.hahahhahah... JPA dapat.. Alhamdulillah... Cuma...minat dah hilang..huhuhuh...KPM 2009-2012 (HND), UM 2013-2014 FSKTM....

Nurin Athirah berkata...

Assalamualaikum..akak sye dpt tawarn ke kpm beranang kos dip akaun dan tawarn lgi satu poli premier ungku omar kos dip kewangan dan perbankan islam..sye msh keliru nk buat kputusan,hurm,kbetuln akk prnh mnuntut di kpm beranang,jdi sye nk tnye,.kpm beranang ni spenuhnya swasta ke mcm mne?pmbyrn blk pnjmn pula mcm mne?sye mnt dua2 kos ni,tpi sye x tau nk plih mne..akk de cdangan nk bntu sye buat plihn..dan de org kate lpasan kpm ni mcm sush skit nk dpt krja..tpi sye taulah,jdi sye nk tnye pndpt akk srba sdikit tntng kpn ni..