Jumaat, 29 Mac 2013

Cantik!

Anak dah tidur. Suami pergi main futsal. Sekarang mak-mak kena luangkan masa untuk diri sendiri.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghabiskan masa style emak-emak:

Gelas Hello Kitty berisi air sejuk. 
Losyen Mustajab.
Biskut.
Buku belajar cara mekap




Ok sekarang dah boleh hiburkan diri sendiri.
Haha.




Well, sebenarnya, buku Cantik dengan sentuhan ZulFazli Suhadi ni saya dapat sebagai hadiah dari krew HIJABISTA masa dijemput untuk buat talk di booth mereka semasa Karnival Karangkraf tempoh bulan (not tempoh hari haha).



Teruja gila dapat belajar mekap dan info-info pasal mekap dalam buku ni. 
Terbeliak-beliak mata bila selak-selak page buku tu. HoVER KAU!

 Eh alamak.
terbalik pulak uploadnye!




 Kelasss kau.
Mak Dara pun nak cantik.
Kak Ton mana Kak Ton??









 Aha. Ini sangat menarik. Solekan mata yang menawan kalebu. Pasni boleh try and error di mata sendiri!
*kelip-kelip mata*



















Dan tiba-tiba saya terbaca info yang patut saya share dengan uols kat sini.

Haaa suka tak suka tak??



TEMPOH TAMAT ALAT SOLEK

3-6 bulan :  Maskara

3-8 bulan : Concealer, pencuci muka, foundation (krim/liquid), moisturizer

1 tahun : Blusher, eyeshadow, lipgloss, lipstick, bedak tabur (loose powder la kan?) compact powder, toner dan serbuk pengilat (apetu??)




ALAT SOLEK YANG HARUS DIBUANG


  • - Pensel celak dan bibir cepat berkulat jika terdedah, dengan itu segera tutupkan setiap kali selepas digunakan untuk mengelak kulat.
- sebarang alat mekap berbentuk cecair yang sudah bertukar warna.

- mascara yang sudah kering.

- bedak debu (loose powder) yang sudah berketul-ketul.

- terlalu lama menggunakan set berus. Sentiasa gunakan yang baru dan bersih.

- span, berus dan sebagainya, gunakan yang baru setiap kali menggunakannya. Paling singkat setelah dua atau tiga kali digunakan.


dengan itu kawan-kawan, jomlah pergi buang mana-mana alat mekap yang memang patut dibuang. 
Jangan ada yang dah 4-5 tahun, beli lipstick dari zaman anak sorang sampai anak dah tiga pun dia pergi simpan lagi!
taula lipstick hantaran, tapi jangan sampai begitu hokay.
nanti KAKTON marah nanti haaaa.









Baiklah.itu saja tips yang dapat saya share di sini.
Yang lain next entry okay.
sebab kite nak pergi tengok Rindu Bertamu di Abu Dhabi kat tonton kejap ni.
Tapi kite stress la, tak suka la watak Ain tu mati, nanti kite mesti nangis sebab sedih.
Ahkak ni pantang sikit tengok cerita suami isteri yang meninggal-meninggal ni!

Kbai!!


eh kejap. sebelum tu nak tunjuk satu benda ni..

hewhewhew





brooch blingbling HIJABISTA.

cantik kan!!!! blingbling tu yang tak tahan tu.
yay
thnkssss HIJABISTA



.


10 ulasan:

AmirahSM berkata...

comel la kak ain neh.. thnks info sal make up tu. maskara sy patut buang dh!! hahah jarang make up.

btw, xsuka watak ain mati yer... heheh ke sbb nama ain tu.. hik3. tp cte tu mmg sedih part tu.. =)

alin berkata...

syoknye kalau dapat majalah tu. senang nak tgk ngan blajar mekap.. :)

zeera lily berkata...

ok, yg tempoh epired tu mmg xpna tau..hee..tq for the info..

ok, botol kitty kite sama.. beli kt watson..eh, guardian.. eh, watson.. eh, entah la.. either 1 la..xingt..

ok, buku blaja makeup tu best..mne leh dpt lg sis..

ok, brooch hijabista mmg cool.. bling2 mmg ohsem gile

pAri-ParI tErbAng tiNgGi berkata...

cantik la brooch tu...bling bling!

Ana Farhana berkata...

good sharing kak ain :)

cik chinta berkata...

xde jual mjlh tu?

juicy X berkata...

nak teknik mekap kak tonnnnnnnnn

cik kumbang berkata...

nice sharing
baru perasan ada alat mekap yg mungkin dah lebih dari 8 bln,opsss~

nak pinjam brooch belingbeling bole? hehe :p

tenku butang berkata...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.