Khamis, 21 Mac 2013

jurumekap dan jurugambar perkahwinan

Musim kawen telah tiba lagi. 
Bila cuti sekolah je musim orang kawen, sebab senang nak jemput keluarga sahabat handai datang ke majlis-majlis bile time cuti.


So antara benda penting untuk bakal pengantin diluar sana selain makanan yang enak untuk disajikan kepada tetamu yang hadir, dan selain daripada canopy yang teguh berdiri tidak gentar ditiup angin dan hujan...ialah pemilihan MAK ANDAM dan FOTOGRAPHER.




antara tips mencari MAK ANDAM di hari pernikahan:-

1) Tempahan awal - kalau dah tahu tarikh nikah atau sanding, laju-laju cari mak andam. Nak-nak yang buat majlis time cuti sekolah atau date yang cantik-cantik. Persaingan hebat boleh terjadi. Boleh jadi mak andam SUPER pack jadualnya!


2) test mekap/pre wedding mekap -  sebenarnya ramai tak tahu, yang suke kondem-kondem mereka yang buat pre wedding sebenarnya untuk test mekap masa kawen dan test shoot2 dari fotographer sebagai persediaan pada hari berbahagia berlangsung. Tetibe dibuatnye mekap tak lawa masa hari nikah sebab takde buat test mekap, menangis tak berlagu KAKTON !


3) cerewet biar kena tempatnya - Pergilah beli majalah pengantin ke apa, tengok mekap mana yang kamu suka. kemudian berbincang dengan MUA atau mak andam uols. tanyakan pendapat mereka, sesuai tak mekap tersebut dengan kulit, tempat dan baju anda di hari persandinganmu. Kalau MUA kata tak sesuai, terima dengan hati terbuka. Jangan kau memberontak boikot terus MUA tersebut. mereka lebih profesional, kalau ada yang tak sesuai, boleh adjust2 sampai mirip KAKTON sipi-sipi pun tak apa. Siapa nak cantik mcm KAKTON?

4) Berbincang - this is important. Beritahu MUA anda apa yang anda suka atau tak suka semasa dimekapkan. Terutama part kening. Dapat MUA yang main cukur je kening tanpa bertanya dulu, kan dah jadi gaduh bertumbuk pulak kat bilik mekap tu. Kah Kah Kah.. so ini penting.. Bincang juga bajet anda untuk servis mekap. Pendek kata, bawak berbincang!




So disini saya nak rekemenkan seorang MUA yang talented iaitu Beauty Touch of Nana Macarona

Hasil air tangan beliau boleh dibelek di gambar-gambar kat bawah ni.








Range harga servis mekap hari pertunangan / perkahwinan bermula dari RM300 hingga RM400 setiap sesi.

Diskaun akan diberikan untuk mekap lebih dari 2 sesi atau group mekap.




BEAUTY TOUCH OF NANA MACARONA

Tel: 013-303 9242
Email: nanafarhanapakeh@gmail.com









Sekarang kite beralih ke khidmat servis fotographer di hari bahagiamu pula.


Tips untuk memilih fotographer perkahwinan:-


1) kualiti gambar -  of course la kan. Kita mudah jatuh cinta walau hanya memandang pada gambar. Dari mata turun ke hati. EH??  pernah tengok gambar orang lain nikah, tetibe kau pulak rasa sebak sampai nak nangis? Itu bakat fotographer namanya! inilah yang kita carik. Kalau tengok album kawen semua gambar blur je, memang terus kite reject kan? So, pilih fotographer yang berbakat, ada tangan magic bila memegang kamera. Takyah edit banyak pun takpe! janji kualiti gambar superb!


2) pakej yang ditawarkan - ini sepatutnya link dengan kualiti gambar. Kalau kualiti gambar biasa-biasa saja tapi pakej yang ditawarkan mahal nak mampuih, sila berpaling dan terus pergi! Pergi cari fotographer lain la maksud saya. Haha. Seelok-eloknya, berbincang dengan jurugambar anda tentang bajet anda juga tau supaya kedua-dua pihak boleh mencapai kata sepakat. Sepakat membawa berkat!


3) Gaya dan teknik gambar yang diambil -  belek belek hasil air tangan jurugambar anda sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, pre wedding photoshoot adalah sebagai ice-breaking antara bakal pengantin dan jurugambar sebelum menjelangnya hari perkahwinan. Sebab masa pre wedding kite dah boleh beritahu jurugambar kite lebih selesa shoot yang bagaimana dll...Dan pada masa hari nikah atau sanding, kita dah tak malu-malu dengan jurugambar kita. Kalau nak malu sangat, memang gambar pun jadi tak ceria! So pre wedding adalah masa untuk kite kenal cara jurugambar kita bekerja. dan kita boleh buat gambaran tentang gambar-gambar kawen nanti. Tapi kalau jurugambar pendiam sangat pun susah jugak. Sebab kita kan pengantin baru, masih malu-malu, nak-nak yang tak pernah buat fotoshoot sebelum ni, HARUSlahh kaku cam tiang bendera.
Eh kakton, panjang pulak kau bebel ni!



So saya rekemenkan uols semua yang masih memilih jurugambar perkahwinan, dapatkan servis daripada Ahmad Firdaus Photography.







harga bermula dari RM500 - RM3500 mengikut pakej (negotiable)



AHMAD FIRDAUS PHOTOGRAPHY

Tel: 012-247 7480
Facebook Page: http://www.facebook.com/dausphoto
Blog: www.dausphoto.com




5 ulasan:

Wani berkata...

post baru Irdina pelis...nk tgk peha nyum2 beliau :')

Myra Anne berkata...

huhuu..ini laki bini adalah kawan saya.=)

Intan Wandalaara berkata...

hi, mmg saya tgh mencari dua perkara yg awak kongsi ni untuk majlis sy coming soon.. thanks :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. hehhee. ok dah kawin! tak perlu risau semua ini. ihihihi ;p

IC0Ls Production berkata...


Kami menawarkan perkhidmatan videografi untuk majlis perkahwinan anda!!! Lawati kami di:

www.scenixpictures.com

Telifon kami untuk tempahan:
014 3336694 / 019-3192828

Scenix Pictures