Khamis, 7 Mac 2013

musim demam!


Ini kisah minggu lepas.

Irdina mula demam 1 hari.

Baik dari demam terus batuk dan selesema.




Bawak pergi klinik..


uhuk uhuk batuk

hingus meleleh 

kasihan puteri hati ummi dan ayah ni.












Masuk hari ke 4 masih batuk.

Malahan berkahak pula.

Malam tido Irdina tak lena sebab kadang-kadang semasa tidur dia terbatuk, kahak sudah tutup itu jalan kerongkong, sudahnya, terbangunla dia tatkala ummi baru nak lelap mata.

Tak apa. Tak apa. Demi anak. Tak cukup tidur tu stended (standard) la.




Pergi lagi klinik.

Kali ni yang tak sihat adalah ayah dan Irdina.

>_<







 walaupun keadaan kesihatan yang tak berapa baik, tapi Irdina tetap ceria.
Alhamdulillah
Takdela susah sangat hati kami.


emm
Tapi susah hati jugakla, tengok anak tak baik-baik batuknya.

Paling bersyukur, Irdina punye selera menyusu tidak terganggu.






Genap 7 hari batuk tak hilang, kahak makin banyak, bergegas ke klinik lagi.

Kali ni nak paksa dokter buat Nebulizer.






Irdina taknak tengok kamera.
kesian dia sakit tekak






 pegang kuat-kuat tangan ummi tau.

ummi nak jadi orang pertama dan terakhir yang akan peluk Irdina dalam apa pun keadaan...waktu suka atau waktu duka.

You know what, Irdina baru berusia 4 bulan, tapi saya sudah risau dan sedih.

Sedih bila dia sudah berkahwin nanti, dia pasti akan jauh dari saya.

Boleh tak nak dia jadi baby je? 

Jadi baby, saya boleh peluk setiap saat.

Irdina, bila kamu da besar nanti, ummi tetap akan peluk cium kamu kerana kamu tetap baby ummi dan ayah!

huwaaaaaa tacing lebey la ummi!!








 ummi sentiasa percaya, Irdina anak yang kuat.

:')




 kan dah cakap, Irdina ni kuat!

masa buat nebulizer kali kedua, nak cairkan sedikit lagi kahak, dia diam elok saja.

tak menangis pun.

Good girl!

semoga cepat sembuh sayang!





hari ke 8

tiga beranak demam!

untunglah saya dan Irdina ni duduk rumah saja, boleh berehat.

Suami saya lagi kasihan, demam namun kena masuk pejabat juga walaupun sekejap.










Alhamdulillah, setakat hari ini keadaan kami bertiga bertambah baik.

Suami sudah baik demam sepenuhnya.

Irdina pun dah tak demam, cume ada masa hingus sikit saja. Kahak pun kadang-kadang je ada.

Saya sudah baik demam, batuk dah tak de, cuma selesema. Secara jujurnya, walaupun saya demam, tapi selalu terlupa yang saya demam. Sebab sibuk uruskan anak yang tak sihat juga. Dah jadi mak-mak ni, jadikan diri kita matang kan. Kalau dulu, asal demam sikit je kite da mengada kemain kat suami. Ala, biarla, suami kite, bukan mengada kat suami awak. eh tetibe! kah kah kah






selain kena rajin makan ubat, saya juga perlukan Losyen Mustajab ni semasa demam.

sebab asal nak demam je kepala saya jadi pening yang kuat, pastu sendi-sendi juga sakit.

untuk legakan, cuma sapu ditempat sepatutnya.

tapi bayi tak boleh pakai tau..

bayi pakai vicks for baby ..wangi bau dia. macam bau baby

^_^




ps: uols semua jaga diri elok-elok. jaga kesihatan. sekarang cuaca tak menentu. bila panas, memang panas kemain. so sila minum banyak air. air pun membantu keluarkan toksin dalam badan. 
kalau boleh bawak, bawak la botol air otomen ke upin ipin ke, ke mana saja!





15 ulasan:

AmirahSM berkata...

siannya kak ain dan baby irdina...bersabar ya, sakit itu penghapus dosa.. =)

semoga tabah hadapi dugaan drp Allah swt

Ana Farhana berkata...

bambam nye irdina.. geram kite. kak ain, cantiknye! kuwuss walau da ade ank satu.. sy kwen pun blm da mcm mak2 py badannn .. wuuu :(

btw, semoga cepat sembuh :')

Syafiqah Hashim berkata...

sekarang memang tengah musin demam...adoiii..pika pun batuk & seseme tak baik2 lagi..harap2 baby irdina cepat sembuh dah sihat seperti sedia kalaa...

Mila Ahmad berkata...

mila pun demam dah 3 hari tak baik-baik lagi

Syuhadah Razali berkata...

salam kak ain...
semoga kak ain cepat sembuh dan irdina jugak...
baby dina betul2 ikut muka ayah..hihi..sejuk perut ibu..
hari2 tgk blog nie sebab nk tgk dina yang super comel..berkat susu sepenuhnya...^_^

Ms Ikin berkata...

scroll atas bawah byk2 kali semata-mata nk tgok tudung ain.. cantikkk!!!!

irdina comel & kuat.. sampaikan peluk cium utk dina.. (^^,)'

Tanpa Nama berkata...

baby klu selsema cepat2 taruk ibu kunyit n kapur kt batang hidung die. kasi calit sikit utk keringkan hingus. klu batuk pula kasi minum madu lebah sikt je tau

nurulizzahz berkata...

Hi ain n Irdina.. selalu jadi silent reader je. Smg Irdina dapat menyusu ibu 2tahun penuh.

Just nak share tips yang berkesan kaedah tradisional. Bila demam, boleh ramas daun bunga raya smpai keluar lendiran tu n sapu ke ubun2 baby. bhgn kepala sekali lg ok.. jaga telinga je. insyaAllah cepat baik. Yg dewasa pn blh yg sama jugak. Lagi rajin buat, lagi cepat healing process. even ms ramas tu pn dh boleh rs sejuknya.

Aida Azryn berkata...

hope get well soon! ;)

Tanpa Nama berkata...

slm ain..moga cepat sehat sefamily...alaaa cantikla tudung ain tu...ain ada jual ke?

Tanpa Nama berkata...

slm ain..moga cepat sehat sefamily...alaaa cantikla tudung ain tu...ain ada jual ke?

Tanpa Nama berkata...

slm ain moga cpt sembuh semua..ain jual ke tudung tu?...cantekkk

Hunny Kitty berkata...

i ngan hubby n my baby pun demam berjemaah..ni pun baru kebah skit n my baby pun still tinggal batuk2 kesian ngan dia...

ehhhh irdina pakai shirt hello kitty la...love it!!!

blogwalking n follow.... =)

laskar pelangi berkata...

moga cepat sihat dak techikkk ;)
tak lupa pada kak ain and hubby ,cepat sembuh

Tanpa Nama berkata...

ain cantiknya tudung, kan dah terberkenan.. bli kat mana ye.