Khamis, 14 Mac 2013

pungpangpungpang

Sejak ada anak, 24jam sehari terasa tidak cukup.

Sebenarnya, jika hendak dibandingkan dengan ibu yang bekerja di pejabat dan ibu yang bekerja dari rumah sambil menjaga anak, sama saja sibuknya
Jadi, JANGAN banding.
Jika perlu, BANDING kan saja harga gula sekilo di Giant dengan PASARAYA X bukan-nama-sebenar. Itu boleh.






Sejak ada anak, jangan ditanya jadual seharian ku sewaktu siang.
Aku tau kau pun tak mau tau. (ayat versi puisi)

Jadual malam, selepas anak tidur pukul 9 malam, barulah si ibu muda ni (MUDA KE MUDAH.MY??) dapat uruskan perniagaan online. Ambil order, check payment, bungkus, catat tracking, update stock di alam maya dan seterusnya.



Menjawab pertanyaan tentang produk SHAKLEE juga ambil masa sebab nak type panjang berjela, customer pun entah baca sampai habis atau scanning je. Haha. Jangan jujur sangat, kecik hati saya nanti.


Gitu gini, gitu gini, kadang-kadang dalam pukul 2 lebih juga baru settle. Kemudian update blog kalau datang idea tak merepek aku pfffft. Lepas tu baru tengok drama "Rindu Bertamu di Abu Dhabi" di tonton.my.


Lepas tu lipat kain, kemas kemas, buat kerja suriperumahan kejap.


Gitu gini, gitu gini dah pukul 4 pagi. Hajat tak nak tidur terus tunggu subuh. Berjaga punya berjaga, lalu daku terlelap ROSAKKK plan. Lepas subuh mata dah melekat rapat, kepala pusing 360 darjah akibat tiada masa rehat sepanjang hari.


Sebab anak pukul 8 pagi dah bangun!





TAK BOLEH JADI!

lalu suami bagi idea. Saya perlu tidur sama waktu anak tidur iaitu pukul 9 malam. Kemudian bangun pukul 4 pagi dan barulah buat kerja pungpangpungpang!




"Kak ain,kenapa bila ayat buat kerja perlu ada sound effect pungpangpungpang? Ko main kompang eh? "

"PANGGGG!!!"





.















10 ulasan:

Mar Mansor berkata...

tahniah..ye btl tu sama je..
sy bekerja,tp weekend..hambik ko..sama la diari dgn ibu y tidak bekerja..
masa tido jela masa utk rileks..

nabila azmi berkata...

fighting!!

nabila azmi berkata...

fighting!!

mama leen berkata...

hehe... betul2.. ikut time anak tido.. boleh ayah pun tido sekali.. :p

sitishahirahyangohsem :) berkata...

selamat bekerja d rumah sis :) keep the cuteness :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. hee sheila pun rasa idea suami kak nurul tu bernas. takdalah akak terbabas waktu tidur kan. heee

Z' ISHADA berkata...

yes!!paling tak suka dibandingkan macam tu...
adah alami benda sama...suri rumah tapi buat kerja online jugak..
satu lagi tips kan kak ain..
pagi2 ank tido time tu melasak buat keje...kalau anak bangun memang melekat je ngan dia...kalau penat..amik masa 2 jam siang saing anak tido...hihihi...adah pon malam berjaga...pagi2 dah macam beruang panda je matannya..huhu

FiQa berkata...

hahaha. comel la!
lame tak komen2 kat sini...
love u sista!!

n a d. berkata...

haha. mak saya pun cakap, kalau ade baby ni, masa baby tidur je lah boleh tidur. kalau tak, jangan harap lahhh. hehe. bertabah ye kak..

alin berkata...

scroll bawah ingatkan ade ayat lagi rupanya habis gitu je?? kuikuikui.


busy bebeno ni. tapi puas hatilah beli ngan ain sbb barang cepat sampai. :)