Jumaat, 22 Mac 2013

siapakah bestfriend tempe?












Dah lama rasanya tak balik Johor. Entah johor pun rindukan saya atau tidak.

Pasti emak terlalu rindukan saya. Pasti :')

15 Mac 2013, Jumaat, bangun pagi semangat waja. Anak bangun terus mandikan,siap-siap dan  masuk kereta berdesup balik Johor. yay yay!!



 Sebelum isteri mengadu lapar, suami dah paham sangat.
Mesti kena singgah McD ke apa beli breakfast.


 walaupun duduk di belakang, ada masa kena tinjau keadaan suami yang memandu.
cukupla sekadar bertanya "sayang ok tak? dahaga tak? mengantuk tak?"
tak sempat dia nak jawab balik aku dah sambung tidur kat belakang kroihh kroihhh
tak ikhlas betol soalan.
kah kah kah



 anak mata bulat pakai legging bulat-bulat
yang ni tak payah tanya dahaga ke tidak
kalau dah ek ek ek ek tu, lapar la maksudnya tu.




 perjalanan 3 jam setengah jadi 5 jam setengah pula.

2 jam terkandas jammed teruk kat area tangkak.

jem lama sangat sebab PLUS bukak jalan ikut laluan bertentangan.



aduih lama lagi ke nak sampai ni? penat la tidur kat blakang..hahaahha

kasihan suamiku gigih nak bawak bini dia balik kampung






 rupanya treler terbabas melintang di tengah jalan haaaa kau!







dah lepas kawasan eksiden tu, kami teruskan perjalanan



 encik arnab ni pun dah penat nak tidur dalam kereta.
tengok tak sampai-sampai jugakkkkk




at last, sampai di rumah, sangat gembira!

walaupun emak kerja, petang baru dapat jumpa tapi teruja jugak.

balik rehat, solat dan keluar semula pergi ngeteh!



kali ni betul-betul nak ke warung mak Ram kat kampung pasir.
tempe goreng dia mabeles.









jakun kejap.
ni nama dia PEPES tau.
walaupun nama dia bunyi macam pampers, tapi sedap.
ia adalah otak-otak ayam.
RM0.60 sekeping










Tak sempat sampai rumah, makan banyak-banyak dalam kereta.

Irdina melihat sambil telan air liur.

Irdina, awak forever jawa tau. Nanti dah besar jangan mengada taksuka tempe ke apa, tahu?




ni part paling meleleh air liur ni.

tempe goreng ni bestfriend dia sambal kicap.

bila dua hati dah bertemu, bergabung meletop kemainnnnnnnnnnn jadilah antara anyir dan jakarta!







 padahal beli RM2 goreng pisang, RM2 tempe goreng.
banyak dia bukan main.
kite makan sorang je pulak tu.
errrr...errrrrr...



*telan air liur sambil type entry ini*







ummi diam-diam ngeteh, suami dan anak berehat depan TV.
oh petang yang sempurna!






mak balik kerja, makin sempurna hidup hahaha

mak siap-siap terus melepak kat JPO..

nak belanja mak handbag!






JPO ni memang selalu sale kan.

dah 3-4 kali jugak ke sini, barang dia harga memang murah.

maksud saya, lebih murah dari KLCC atau tempat lain la.

tapi tak banyak sangat pilihan. new arrival item dia pun sebenarnya late arrival. haha



Irdina so happy with nenek!





 lepas pujuk-pujuk mak supaya pilih beg di Coach, akhirnya mak pun setuju.
mak saya pemalu orangnya. anak nak belanja pun beliau sgt segan.
padahal sampai ke akhir hayat pun saya tak dapat balas jasa mak.
cuma insyaAllah saya cuba buat mak gembira.
ya, mak 
saya mahu menjadi anak yang baik. dan emak yang baik seperti emak

:')




asal kaki ku begitu? 
ingatkan jengkit kaki dalam gelap, tidak ketahuan.
pfffft




upload kat instagram
"yahuuu"



hahaha acah je.
mak mana ada instagram yuols!



 hasil tangkapan.

apa yang saya boleh kata, Coach di JPO adalah murah. 
hari saya datang tu, ada additional 20% untuk semua item.
kalau yang memang less 50%, tambah pulak lagi less 20%, rm1500 boleh dapat beg dan wallet coach

yup yup.
sekarang baru saya faham mengapa perlu ada sistem beratur untuk masuk ke Butik Coach JPO!

Dengan ini, saya nasihatkan, kalau nak menyopping di JPO, pergilah pada weekdays.
Sebab weekend penuh macam pasar karat.
Eh pasar karat pun lengang je kot!



Masa tengah try kasut kat Charles&Keith, terserempak dengan Sharifah Sofia dan hasben serta anak dia.
Lawooooo, putih melepak!





Balik JPO, lap-lap badan irdina, tukarkan baju dan pampers, naaaaa terus lena tidur sampai esoknya.

ala tomei tomeiiii







 Sabtu, bangun pagi berborak dengan emak.

sambil mak sapu-sapu losyen Mustajab Pati Halia.

mak saya penggemar kesemua jenis Losyen Mustajab, terutama sekali perisa SERAI.

walaupun perisa serai berbau sedap, tapi yuols jangan makan tau!





 Mak kata, mak perlu letak sebotol Losyen Mustajab ni di dalam kereta dan di dalam beg.


Sebab mak saya sehingga kini uruskan perniagaan dia sendiri, so masa lapang sangat terhad.

Bila kerja sendiri, kite terpaksa berkorban masa, kadang sampai malam baru habis kerja beliau.

Nak pergi spa atau berurut memang tak sempat, so mak terpaksa cari alternatif lain untuk melegakan kesakitan sendi.

losyen Mustajab ni laaaa jawapannya!







merayap sebentar di KSL mencari casing untuk phone.
sebelum tercalar hatiku melihat phone tercalar, pergilah insafkan diri untuk menutup badan phone tu sikit.
ha ha ha






Balik singgah ke Larkin beli kacang Pool dan ABC terbaekkk kat tepi Bomba tu.

rugi balik Jb tak makan situ.

kat KL takde. takde. takde. hahahha.tempe pun KL takde...sambal kicap pun KL takde..kalau ada pun akak yang jual tu tak nak bagi..
huwaaaaa


haritu kite ke melawati. Akak jual goreng pisang tu jual bihun sup sekali.
kite beli goreng pisang rm2..pastu ternampak kwn die tengah ikat-ikat sambal kicap bihun sup.
"kak..saya beli sekali sambal kicap tu ye?"
"ehh tak boleh la dik"

dah malu, bayar goreng pisang.berlalu pergi. dalam hati menangis.



kau kejam, kak
kau kejam.













Bila dah sampai hari Ahad, mulalah tak best.

Rasa sangat sekejap berada di JB

kalau boleh lepas Sabtu, Sabtu..lepas tu Sabtu kemudian Sabtu, barulah hari Rabu.
Eh?
Haha










 ummi saya suka amik gamba
hari hari dia amik gamba
saya redha


kah kah kah













 petang ahad pergi ngeteh ramai-ramai di Singgah Selalu U-Mall

Mak order makanan comel ini.

sedap dia bukan main.

eh saya tak main-main.

memang sedap.

lenkali nak makan lagi!





pau gebu


ini pun pau gebu jugak






last-last Isnin pagi-pagi baru bertolak balik KL

huuu bye JB..bye mak..nanti kami balik lagi!




peace yawww







13 ulasan:

Wani berkata...

mmg mcm pau pon!!!aduh gebunye irdina!!!

mama leen berkata...

adui comelnya irdina... gebus2 macam pau..

misz sheyla berkata...

waaa...anak akak comel..gebu cam pau tu jugak....

sitiaminahismail berkata...

pipi dina tuuuuuuu,geramnyaaaaa

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata...

kak ain, pinjam irdina 5 minit pun jadila, hikhik

smg akak bahgia selalu disamping suami tercinta, anak dan keluarga sehingga akhir hayat, amin :)

eika_jps berkata...

salam nurulain....bestnya dapat hadiahkan emak handbag mahal...saya klu bleh pn sembonia ja tu pun kena kira bajet....nanti jemput singgah blog saya plak yer...

http://atikarafina.blogspot.com/

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. kahkahkah. geli hati baca entri ni. kak, comel sangat Irdina tu. hehhh nak cubit pipi gebu dia macam pau tu. hehhee. saya pun org JB! sambal kicap forever terbaik. okey, kita sama team. Jawarangers :)

Miss SS berkata...

bestnya balik kg.. rindu perakkk! haha
comel si pau gebu irdina.. tgkla emak dia jugak, kulit pun gebu..

Asyik Izas berkata...

need more irdina picture..geram tgk irdina yg gebusssss sgt2 tuh..comel betul..;)

bella hamzah berkata...

comelnya anak kak ain heee geramnya berapa kilo pipi dia tu?geram je hehehe

Mardhia Yusof berkata...

ahad lepas sy pegi U-Mall gak..tp dlm tgh ari..kalau ptg skit, mesti bleh jmpa k.ain dgn irdina yg sgt comellllll! ;)

Dylla Fadzil berkata...

gambar ke 6 n 7 sgt scary. huhu

Ms Ikin berkata...

JB forever best la ain, mcm2 ade.. lepas ni ain must try ABC kg melayu, terbaikkk!!! ABC bomba tu da kurengg...

Irdina always PAU comelll.. gerammmm.... (^^,)'