Sabtu, 6 April 2013

5th Maternity & Children Expo Midvalley





Saya ni, walaupun anak sudah berusia 6 bulan minggu depan, tapi belum pernah merasa pergi ke expo baby. Sebab sebelum ini, bila ada expo baby je, ada saja halangan mendatang. Tu namanya tidak ada rezeki.

Tapi kali ni, awal-awal dah cakap kat suami nak pergi jugak ke expo tersebut. Maka, hari Jumaat nan lalu (5 april 2013), suami pun ambil cuti demi turutkan kehendak isteri dan irdina. Haha! 

Awal pagi Jumaat dah merayap ke sana. Cuba elak datang hari Sabtu atau Ahad pasal tak sanggup nak bersesak-sesak. Dengan bawa anak pulak tu. Huuu









Jumaat pun ramai orang. Ramai jugak suami yang pergi ambil cuti demi menemani isteri masing-masing kan. 






Kalau nak pergi tuntut free gift, kena beratur panjang gila. Saya dan suami dah teruja nak pergi shopping dan window shopping, maka kami main masuk je takyah nak free-free gift sangat. 





 Kebetulannya, irdina terus terlelap lena dalam stroller empuk dia. 
Irdina ni memang betul-betul bagi mak dia ni meroyan teruja shopping jenjalan dalam tu kannnnn!!




Bila dah ramai-ramai camni banyak benda kena jaga.

Beg kena jaga takot ada pickpocket.
Kaki kena jaga takot stroller orang lain terlenyek kaki kita. 
Mulut kena jaga jangan maki orang kalau orang pergi block jalan sampai jem.


 Best gila pilih barang kat booth yang kosong macam ni.
Takperlu rebut-rebut.









Sebenarnya kat booth tu ada baju mandi baby cap Hello Kitty, tapi agak besar.
Ala tensen lak.
Sebab saya memang nak mencari swimming suit Irdina ni. Hehe.
Next week dia nak mandi swimming pool!!

So tak beli pun baju mandi kat sana.
Maybe nak carik kat H&M, haritu ada nampak kaler pink Hello Kitty lagi yuolzzz








Overall, ada barang yang betul murah. Ada yang lebih kurang macam kat luar.
Tapi rasanya banyak murah-murah kot.
Macam ada 1 booth tu besar gila jual mainan bright starts, little bean, dll memang murah-murah mainannya!
Sempat belikan 1 mainan untuk anak saya.




Dah bangun.
Ummi tak siap shopping jenjalan lagi.
Tapi Irdina ni anak ayah. Nampak muka ayah dia pun dah cukup tenang dah dia tak merengek-rengek.
Lagipun tak berapa sesak sangat.
Dan stroller Irdina ada kipas, maka saya yakin Irdina selesa di siteww!




 Ummi ke sana ke mari laju-laju sampai kamera pun tak sempat nak fokus tau!




Balik dengan happy. 

Jom tengok apa saya sempat beli!


 Pelampung Hello Kitty RM30 (after less RM24)
Alahai tercomel sangat ni. Beli pun sebab harga dia murah, pastu ada hon PONN PONN.
Pastu sebab ia Hello Kitty. Malahan sebab ia besar!
Berbaloi baloi


Sebelah kanan tu Fresh Food Feeder cap Kidsme.
Yang ni RM34 (after less RM30)
Tapi kalau nak yang brand Autumnz baru RM19.90 kot, tapi tu tak jumpa kat situ lak so beli je la brand ni.




 Makanan, snek dan jus.
Heinz puree dan baby's own jus tu agak murah. RM12 untuk 4 botol.
Jus apple sebotol tu RM8
Organic puff RM18
Farley's Rusk RM5
Bicsotti tu 2 pek RM7

Heinz puree tu saya beli bebanyak sebab untuk emergency. Kalau travel ke mana-mana bawa saja ia. Lagipun tarik luput dia agak lama, so boleh la simpan.
Mana tahu akhir tahun ni nak pergi Korea ke, buat umrah lagi ke. Mana tahu kan (Amin)
Lagipun tak rugi beli, sebab saya pun boleh makan.  I LOVE BABY FOOD


oh yg 3 botol kat bawah sekali tu adalah free gift!
Yayyy





 Bib RM15 untuk 2 helai.

baju tak ingat berapa. Tapi murah saja.
Tapi yang maknye ni punyalah kelako. Dia ingat anak dia badan kecik kot. Romper ilebiu tu maknye pergi beli size 3 bulan. Hahaha.
Maknye.maknye. Piat telinge kangg!
(dia tulis 3 besar-besar. ingatkan 3 tahun, rupanya 3 bulan.cis)



Blouse putih tu RM20 saja. Boleh buat pergi birthday party rakan sebaya Irdina next week.Hehe

Mainan bunyi-bunyi Bright Starts RM59.90 (after less RM40)

Herbal Soothing Gel RM8.90. Irdina tu gebu sangat sampai nyamuk dan semut suka ambil peluang gigit dia. So beli la benda ni untuk standby pada bila-bila masa!



Laaaa tu je ke beli?
Hmm..
Tak apa. 
Besok pulak nak pergi cari peralatan kelengkapan sempena Irdina dah start makan solid food minggu depan.
Yayyy





So uols kalau besok bosan-bosan takde apa nak buat, boleh la pergi shopping barang baby kat Midvalley. Besok last tau!


Oh ya, booth Mamy Poko paling panjang orang beratur. Sebab memang murah la harga dia kalau nak dibandingkan kat luar. Kalau korang free tak rushing, boleh la beratur. Haritu saya tak sempat nak stay lama sebab suami nak pulang solat Jumaat. Tapi tak apa. Boleh buat alasan tersebut untuk pergi ke expo baby lain lepas ni. 



Tapi kalau besok pun uols tak sempat nak pergi, tak apa. Chill. Jangan bermuram durjana sebab



bulan May nanti pun ada lagi expo baby kat Midvalley! jom mak-mak, kita yahuuuu ramai-ramai!







Haiii semalam letih selepas seharian ke sana ke mari, balik rumah terus capai Losyen Mustajab dan urut kaki! Tu la, sapa suruh pakai wedges tinggi kann da kaki lenguhhh!




Losyen Mustajab Pati Halia dgn harumn Delima
RM24.00 (SM)/ RM27.00 (SS)

Losyen Mustajab Pati Halia
RM22.00 (SM)/ RM25.00 (SS)

Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
RM24.00 (SM)/ RM27.00 (SS) 



Ginger Extract tu bestttt sangat!
Bertindak sebagai losyen serbaguna.
Jangan kata nak membakar lemak, untuk hilangkan kembung perut dan sakit belakang pun boleh.







Oh ya, InsyaAllah besok akan ada entry tentang produk terbaru dari Dunia Herbs tau. 
Nama dia Kapsul Pati Halia Nightriem


So sementara tu bolah la uols LIKE Facebook dan terjah website Dunia Herbs.

Facebook:
Website Dunia Herbs: http://duniaherbs.com.my/dhv2/


9 ulasan:

Nina Isofea berkata...

Haii dina ku syg! Smlm aunty nina mimpikan dina tau...siap jadi mummy angkat kpd dina lagi...hehe owh how I wish to kiss this cute girl! *pelok ceom utk dina*

- f a r a - berkata...

Kita pun pergi expo ni lepas baca blog Ain. Borong Heinz jugak sbb nak pergi Bandung bulan 6. haha. (awal gile beli) Best tgk barang baby yang murah!

Tanpa Nama berkata...

salam.. nak tanya, saya tgk bile irdina ddk dlm stroller tu, die awak akan alaskan dia some kind of small 'matress'. apa panggil tu eh? n mana nak dapat? coz saya nak belikan tuk my baby supaya bila dia ddk dlm stroller tu selesa je x teralih2 mcm irdina.. sori saya tnya soalan simple mcmni but i really need to know. xtahu nak tnya siapa. *ika* mana nak cari tilam ala2 bentuk badan mcmtu.. hope awak sudi nak jawab.. *ika*

nurul ain abd salam berkata...

nina: auww auwww...peluk cium dari saya dan irdina jugaaa :)

nurul ain abd salam berkata...

fara
kannn.menggila kan mak2 bila ke sana..rasa tak nak balik je boleh tak? haaha..xpe yang.beli siap2 kat situ sebab murah..lgpon bile beli awal, pasni xdela lupe nak beli ke ape kan sblm bertolak pergi holiday.hehehe....bestt kan best kan :)

nurul ain abd salam berkata...

tanpa nama:
dear..body suppport ni kite beli kat onebabyworld..boleh beli online juga di sini http://www.onebabyworld.com/jj-cole-reversible-body-support-graphite-p-3694.html

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sudi reply soalan saya.. blogger yg ramah =) luv u n irdina.. *ika*

Hunny Kitty berkata...

alaaaaaaaaaaaaaaa nak baby boat tuhhhhh~

cenderamata dari hati berkata...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

maaf tumpang iklan

(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)