Ahad, 21 April 2013

Air masak ku kini lebih bermakna.. Auwww

Antara kebaikan air masak.

1) Menguruskan badan
2) Meningkatkan kesuburan
3) Melancarkan sistem pencernaan
4) Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
5) Perawatan kecantikan
6) Tubuh lebih segar dan sihat
7) Menyihatkan jantung
8) Ubat kepada penyakit strok



Baiklah anak-anak. Begitu lajunya penulis menaip benda yang semua orang pun sedia maklum.

Malas nak olah satu persatu, sebab yuols semua boleh mintak encik Google explain je,senang keje iols.

Eh ahkak ni type laju-laju ni mesti ada benda nak cite ni???!!!



Al-kisahnya, saya ni sejak akhir-akhir ni selalu lupa nak minum air masak. Bagaikan pokok kaktus pula daku ini. Tapi i spesis kaktus pink ada sticker hello kitty kat pasu tau!

Gejala selalu lupa nak minum air masak setiap hari telah buat cik abang bimbang, gundah kelana. Hoi typo kelana? kelana jaya ke?? Gundah gulana OK! 
Manusia perlu minum 8 gelas sehari kan? saya ni mungkin kategori manusia jadian kot sebab minum air cume 1 gelas untuk 1 hari. Tu pun air ntah apa-apa lah aku pegi minum, air kotak la, air ribena la, air coke la. 
HAAAAA Tak sihatnya pemakanan daku. Patutla Irdina pula yang naik berat badannya!!


Kadang tu bukan saya lupa pun nak minum. Tapi tak nak. Haha. pelik.com betul kan. Sampai kena paksa barulah nak minum. Aduihhhh tak elok tau adik-adik gelagat macam ni. Mempertaruhkan kesihatan.

Dah la sekarang cuaca panas. Mesti kena minum air masak at least 8 glasses per day.



So sweet cik abang gundah gulana, saya pula dapat habuannya.


HABUANNNN dari encik suami yg comel baik hati.


 Menangis air mata darah baca pesanan kat kotak tu
8 glasses of water per day ye anak-anak.



 Bahagian kepala Hello Kitty tu mampu menampung 8 gelas air saja.
Letak dalam bilik.
Suami nak check satu hari MESTI habis semua air kat kepala water dispenser tu.

Melainkan

1) main ngelat, pergi siram air melalui tingkap bilik.
2) pergi refill air masak Irdina pakai air di situ.
3) pergi cakap "alamak sy lupa ada water dispenser dalam bilik. saya telah pun minum air di dapur sepanjang hari (sambil senyum menggoda).
4) kesemua alasan di atas.

Oleh kerana kesemua alasan telah direveal disini, maka ia tidak boleh digunapakai lagi.
KAH KAH KAH



 Comelnya. Rasa nak letak air ribena je dalam ni.
Jangan kata 8 gelas.
28 gelas pun hamba turutkan.




Beg Irdina pun sebok nak enteprem . Jumpa kawan baru ke?





Pastu terjumpa pula cawan plastik beli kat Daiso ni. So boleh matching dengan water dispenser ini. See, begitu berusahanya suami nak paksa isteri minum air masak. Haha.

Tapi sebenarnya, ibu-ibu yang menyusukan bayi memang sentiasa dahaga tau. Sebab tu kena banyak minum air. Tapi saya tak kisah. Saya cuma dahagakan kasih sayang suami je auwwwwww BHAHAHA. Eh suke benar kau ni !



Dengan ini, misi meminum 8 gelas air masak setiap hari bermula dari sekarang!

Suami, i lebiu so strong! 


Kini air masak ku lebih bermakna.











oh sebelum saya terlupa. 

Saya tak tahu pulak Losyen Mustajab Pati Halia ada jual kat Giant. Haaa teruja tak teruja tak?

Lokasi: Giant Taman Permata, Ulu Kelang

Tangan penulis begitu teruja sampai buat peace lagi yawww.




Happy weekend yuols.




14 ulasan:

cik kumbang berkata...

amboi comelnyee
bersemangat la pasni untuk minum 8 gelas air sehari hehe

#gud nite kak ain comel
*nak review kakak cumel ni kat blog nnt,tunggu taw :p
kasik hint ckit #hellokitty :D

Ruhaidah Rosli berkata...

wah...untongnyewwwwww....saya berharap ada prince charming bagi.....hihihihihi...

Rin Saharina berkata...

kakain beli katna Hello kitty water dispenser tu? rin nak jgk. hehe =D

aini natasya berkata...

kak ainn, nak juga water dispenser macamtu . beli dekat mana ? comelnyaa

mc laa berkata...

comeyla akak bnda tu .. suami akak beli kat mne ? hehehh ..

shahirah sharudin berkata...

sama lah kita..jenis jarang minum air masak..lepastuh mula ar bibir kering..skrg dh cuba ubah tabiat...

miss cloudy berkata...

sangat sukaaa..so cute!

cik mya berkata...

kak ain!!! OMG comellll infinity!!! beli kat mana?? pleasee reveal here...nak jugakkkkk~~

abby berkata...

ain, nk jugak!! hehe, yg ni hubby awak beli katne?
akak nk kasi kt my little girl *ewahh cover line*

Nurfazlinda Ismail berkata...

assalamualaikum si cantek..kita sebaya rupanya huhu, tp awk cantek sangaaatt...so hari2 keje linda stalker belog awak haha... btw, kat mane ye boleh beli tempat air tu...sy pon peminat tegar pink purple tauuu....

eimuizduaf berkata...

Hello Kitty tuh comel sangad . Nak satu . Hahahaa

Wani Tralala berkata...

Wani pun spesis akak, kurang minum air.. dulu kalau bawa air pegi sekolah, minum cuma suku haha. macam-macam cara buat utk minum bnyk, tp tak berkesan :P

zeera lily berkata...

ok, terasa semangat nk beli jugak..leh jadi rajin minum air masak jgk..hee

Yana Heir berkata...

suhweet nyaaaaaaaaaaaaaa hasben awakkkk!!!! *tekan keyboard kuat2*