Ahad, 21 April 2013

Anak sudah mula makan solid food.

Alhamdulillah Nur Alya Irdina sudah masuk 6 bulan.

Maksudnya ialahhhhh... anak sudah boleh makan. Tapi janganlah bagi makan nasi lemak, nasi briyani, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato, nasi ambang, nasi hujan panas, nasi ayam, nasi goreng cina taknak pedas letak telur mata pulak kan.

So beberapa minggu sebelum anak berumur genap 6 bulan, umi dan ayah ni pun eksaited pergi sediakan kelengkapan.


 Philips Mini Blender

Asalnya saya nak beli Hand Blender tau. Sebab rasa begitu canggih sekali. Lagipun saya terbaca review dari ibu-ibu diluar sana mengatakan bahawasanya Hand Blender tu lebih compact dan mudah dibawa, maka daku pun terpengaruh.

Alangkah terkejutnya bila melihat Hand Blender depan mata. Ianya begitu berat dan MAHAL. Paling murah dijumpai RM260 (kat jusco), paling mahal RM500-RM600.
Kalau nak beli jugak boleh je, tapi hari-hari blend air masak je la pasal poket sudah kering. HAHA. Kejiii

So, saya pun terus beli je Mini Blender tu. 
Sales girl tu pun cakap Mini Blender ni lebih berguna dari Hand Blender tu. Dah la mahal, tak gune pulak tu! HAHA tetibe
Mini blender ni dia mampu blend dengan tekstur yang bagus serta senang digunapakai. 
Hand blender tu agak payah sebab masa blend kau kena pegang handle die pastu kadang tak blend dengan sempurna sebab blade dia berada di atas.
Kalau tak paham explaination ni, bukak buku rujukan, muka surat 400, halaman rindu. BYE

Mini Blender yang comel ini berharga RM130.00 beli kat Jusco.









Slow Cooker

Paling comel. Memang sangat kecik sesuai la untuk Irdina yang KECIK itu.
Ini untuk masak bubur supaya lebih mudahla hidup tak payah risau bubur tidak menjadi atau nasi sudah menjadi bubur.

RM59.00 beli kat Jusco jugak
Sebab ia kecik, maka kalau nak balik kampung, boleh la bawa ia sekali. Tidakla anak terpaksa makan nasik goreng kampung cili padi pula.


Baby food storage cups.
RM25 beli kat Onebabyworld
Ini siap dengan tray, ada 8 cups dan paling best sebab ianya ialah BPA Free, boleh masuk direct dalam microwave.
Tapi buat masa sekarang, irdina belum makan dengan portion yang banyak, so bekas 2 OZ macam besar sangat. Lagipun 8 cups je tak cukup nak buat frozen puree.


So alternatif lain ialah, kita perlukan ini...




Ice tray beli kat Giant je
RM1.30 je yuolssss untuk 1 tray.

So far yang dah standby dalam peti ais saya dah buatkan Puree Pear, Apple, Bubur beras perang, Pisang, Brocoli, Caroot.

Lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam plastik yang boleh ziplock.
Saya letak dalam milk storage plastic brand autumz.

Kemudian bila anak nak makan, letakla 1 kiub bubur beras perang, 1 kiub carrot dan letak dlm babyFoodStorageCup tadi dan panaskan kat microwave atau food warmer (saya pakai brand Autumnz)

Besoknya tukar menu lain pulak. letak 2 kiub pisang dan 1 kiub pear ke. 
Sukahati ibubapa la kan.


Terima kasih kepada kakak ipar saya yg comel,kakhusna sebab ajarari daku tips yang super mudah ini!






Gambar curik dari Google.

Next ialah mangkuk. Saya beli mangkuk cap Pureen. 
Paling penting, dia kena ada 2 atau 3 bahagian.
Sebelah letak air, sebelah letak puri atau bubur. 
Tapi biasa lepas makan, saya dapati kedua-dua bahagian itu bagaikan tiada beza.
Air dah campur ke bubur, bubur dah campur ke air.
Normal.







Food Feeder brand KidsMe
RM30 beli kat Expo baby.
Yang ini kalau kita makan kat luar, atau nak bagi dia berlatih pegang sambil makan, bagi je la benda ni.
Saya baru berani letak pisang je dalam food feeder ni.
Pasni boleh la try letak avocado ke, apple ke kan.
Irdina memang suka kalau saya bagi makanan melalui foodfeeder ni. Kalau dia tak habis, umi die lak sambung!


Beras perang
Saya gunakan untuk buat bubur Irdina.
RM4.90 untuk pek kecik.
Berbaloi la sebab dia sorang je nak makan.
Takyah la kau beli sampai 20kg beras perang untuk bayi. Haha. Kalau nak makan seisi keluarga ok la kan.
Boleh je guna beras biasa.
Tapi beras perang memang banyakk khasiat dia. Kalau rajin, pergi la google tau. 
Saya tak rajin nak type. HAHA



Seterusnya sudah tentu, 
buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar sepanjang zaman.
Haha




Hmm..apa lagi ek. Rasanya tu je kot.
InsyaAllah next time saya share cara buat puree tau.



Aha, yang ini untuk di sharing iz caring bersama-sama.


carta makan untuk bayi









Tahu tak (opkosla yuos tak tahu kannn), last week Irdina demam sehari selepas inject 6 bulan.
Biasa lepas inject, balik saya tuam dengan air suam bagi ubat berjalan.
Tapi haritu tak mujarab pula.
Mungkin kerana ubat 6 bulan tu kuat sangat kot
So dia pun demam siang tu. Merengek-rengek manja.
Alahai anak, nasib baik la kerja umi ni jaga awak. Kalau umi kerja pejabat ke apa, mesti umi ingat nak balik je!




kesian sangat tengok dia.
tapi kelakar pun ada tau.
dia cebik-cebik muka, makin kite peluk-peluk dia, makin kuat pulak dia merengek.
hahaha.nak manja la tuuu

Lepas dia makan, makan ubat, bagi dia susu, terus die tidur dengan coolfever di dahi.




umi baring je kat tepi dia, main-main rambut dia, pegang-pegang tangan dia...



2 jam kemudian, tu dia bangun , nampak muka umi, terus macam ni...







terus baik demam. gelak-gelak, bebel-bebel macam biasa
suhu kembali normal
alhamdulillah
anak umi kan kuat.

heee...


oh cool fever ni besar gile.. sebab tu utk org dewasa. Stok cool fever irdina sudah habis.huu








ps: Jap..lari topik kejap...Nak cakap ni, comel gila kan Nora Danish dalam iklan Mustajab Pati Halia yang baru tu.... Setiap kali ada iklan tu, mesti terstop buat keje jap, nak tengok ND yang comel. Tak macam orang ada anak pulak dia tu kan.....cun gitewww.


iols pun ada losyen mustajab pati halia ni !!







ok dah Kak Ton, entry dah habis.
Jumpa besok pula.



.

17 ulasan:

maisarah embong berkata...

AKHIRNYAAA....
CEPAT SAMBUNG ENTRY SETERUSNYA PASAL SOLID FOOD NI...THANKS FOR SHARING...HAHA

Ana Farhana berkata...

Macam kak ain jugk la..x mcm da ade anak.. cantik je.hihi. ahhhh... comelllnye irdina.. rase nk gigit2 tgn tu hoho

MimahAjil berkata...

sangat comel Irdina ni...geramnye pipi dia...

Sabar berkata...

bestnya dapat jumpa irdina n nurul semalam.walau sekejap.korang memang sweet sgt.btw suka kat baju yg nurul pakai semalam tu..mana nak dapat=)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. hee comelnya excited camni. saya tumpang seronok gak kak nurul. hehehehe :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. hee comelnya excited camni. saya tumpang seronok gak kak nurul. hehehehe :)

Salma Tayo berkata...

ain joinla group ni.pasal solid food for baby.bagi baby makan please follow 4 days rule tau.untuk monitor kalau dia ada elergic dgn apa2 makanan.

http://www.facebook.com/groups/solidforbaby/

Nadia berkata...

mmg berguna sgt2 blender tu sbb sementara x guna utk babyfood boleh guna untuk buat smoothie n protein drinks. versatile n useful!

noly anna berkata...

Hi.
I am blogwalking.
If you want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/

Mizz ErMa berkata...

irdina comel sgt2..hehe lepas nih, da boleh makan menu2 yg berlainan da..hihi

Yana Heir berkata...

ni saje la nk berkongsi..yg resepi kak ipaq awak ajar tuh..actly tak elok taoo pakai microwave slalu sgt..coz gelombang elektromagnet dlm microwave tu kan bahayee..but once in a while ok jerr :)

halimatussaadiah-itus berkata...

nak entry baru leh???hihi...ske tgok irdina...gambar banyak2 pun xpe...

cikmegipama berkata...

Ya allah comel nya irdina nihhh. Gigit jugak pp tu kang.

Akak, tukar la setting kat blogger tu kasik senang baca kat mobile. Susah sket nak baca bila guna smartfon. Hee

cikmegipama berkata...

Ya allah comel nya irdina nihhh. Gigit jugak pp tu kang.

Akak, tukar la setting kat blogger tu kasik senang baca kat mobile. Susah sket nak baca bila guna smartfon. Hee

cikmegipama berkata...

Ya allah comel nya irdina nihhh. Gigit jugak pp tu kang.

Akak, tukar la setting kat blogger tu kasik senang baca kat mobile. Susah sket nak baca bila guna smartfon. Hee

cikmegipama berkata...

Ya allah comel nya irdina nihhh. Gigit jugak pp tu kang.

Akak, tukar la setting kat blogger tu kasik senang baca kat mobile. Susah sket nak baca bila guna smartfon. Hee

ORYGOLD Sales Team berkata...

Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/