Isnin, 15 April 2013

DIARI IRDINA: Percutian ke Penang 2013 (part 2: episod akhir)

Ralat: ini ialah entry sambungan dari entry INI



Apa khabar rakan-rakan umi saya. Baiklah. Entry part 2 ini biar saya saja yang sambung. Umi saya sibuk sikit (mata ke atas, cubit sikit lemak sendiri)




Malam itu,umi dan ayah duduk mengadap luar. Menikmati permandangan malam yang indah.
Indah ke? Mana saya tahu.
Sebab saya sedang lena tidur!



Saya letih. Saya tidur awal.
Ayah saya bawak saya jalan-jalan di pantai. Tengok ombak.
Oh saya gembira.
Sampai termimpi-mimpi kerseronokkan tersebut (hover mcm umi jugak ni!)


zzzzzzz


Tiba-tiba....

Tengah malam, bunyi bell di pintu. TING TONG.

kemudian bau makanan menusuk ke dalam hidung saya.

Saya syak, ada sesuatu telah berlaku malam itu.








 Ada ibubapa yang sedang kelaparan di situ!

Kelentang -kelentung dok potong ayam chicken chop..tak ajak saya sekali pulak tu.
wuuu
sentap i.

Tapi saya kembali tidur dengan baik. Tak mahu ganggu ibubapa yang comel itewww.




 Chicken Chop

 Nasi Goreng
siap ada satay lagi uols


Umi saya cakap, bahaya betul hotel itu. Dia punya in-House Dining 24 hours. Kalau nak tahu, menu supper dia hebat-hebat belaka!!







 Eh kejap. Lupa nak cakap. Hotel ini juga sediakan baby-cot secara percuma.
Umi saya memang macam -macam. Dah request baby cot, tapi saya tak tidur pun di situ.
Haha
Sebab saya nak tidur dengan umi dan ayah.
Bahagia sekali!






Pagi Rabu!








 Selamat pagi, Penang!

Time ni saya belum mandi lagi. 
Bangun tidur terus pergi teman umi dan ayah saya pergi breakfast di bawah.
Mereka makan macam-macam. Saya telan air liur saja.
Tak apa. Tunggu saya 1 tahun, saya request nak makan nasi lemak setiap hari!







 Saya dah mandi!

Sementara menunggu umi saya bersiap, bersolek, saya main-main dahulu di sini!




 1..2..3...senyum sambil ternganga




Ahhhh mana pulak umi saya??
tak habis lagi ke solek-solek.

bosan ni.
buat sit up jap la.

1...2..3..4....5...fuh fuh fuh..penat.
sambung next week pula la.
haha





Oooo..umi lambat siap sebab dia nak tepek sunscreen dari Cosmoderm.
yela...ayah kata sekejap lagi kami nak pergi mendaki Bukit Bendera.
Jadi, sebagai perlindungan kulit dari sinaran matahari, umi pakai sunscreen halal ini.

Tapi umi...
saya nak lindungi kulit gebu ini jugaaaaa


:(




kemain saya pegang fon umi! 
umi ajar saya bagaimana mengambil gambar sendiri depan cermin.
turunkan ilmu eh? fine la fine la...



terus kami check out dari Hotel.


berdesup menuju ke Bukit bendera.

SERONOK 
(jap, yang seronok ni pasti umi saya. Saya? Rileks sudaaa)





 Alahai. 
Ada 4 orang je beratur depan saya?
Baik takyah beratur (cakap besar )

SERONOK!!








Lepas masuk, ada pameran gambar lama-lama. 
Tapi kami tak sempat singgah sebab train dah sampai.
Budak paling seronok (umi saya), siap berlari-lari anak lagi pergi kejar tren.
Umi ni mesti jenis yang selalu tertinggal komuter kat stesen WangsaMaju!



 Tengok, ambil gambar pun tunggang terbalik.
Nak cepat punya pasal
Ni ikhlas ke tak ni ambil gambar??
umi..umi..
(HAHA)



 Umi saya sambil berlari kejar tren, sambil ambil gambar.
Jadilah gambar blur macam ni.
Owl Museum kami tak sempat nak terjah. InsyaAllah next time pula (ayah cakap)




 ambil tempat masing-masing.
Ayah kena pegang saya. Sebab umi saya eksaited tahap dahsyat. 
Khuatir umi tak hiraukan saya pula nanti.



Umi minta tolong seorang kakak disitu untuk ambilkan gambar kami semua.
Errr.......Tapi gambar ni blur.
Kakak tu pun eksaited jugak kot nak naik tren sampai gegar-gegar tangan. Boleh la geng dengan umi saya.
>_<



 Umi, macam lama je lagi tren ni nak bergerak.





 Ok. Tren dah jalan.
Saya nampak cool di samping ayah kesayangan saya, kan? 








 Yup. Ada perumahan di atas bukit ini.





 Bila tengok balik gambar ini, saya rasa bersalah pula terhadap umi.
Mesti umi kecik hati sebab saya buat muka bosan.
Lama betul nak sampai atas la umi. Lambat betol!!
Sorry umi. Biar umi je la teruja sorang-sorang k.



 Tren berhenti di stesen Gombak.
Haha takla.
Stesen ni pengunjung tak boleh turun. Hanya untuk staf dan penduduk sahaja.
So kita sambung lagi naik atas!!





 akhirnya berjaya juga sampai di Puncak Alam. 
Eh Puncak Bukit Bendera la.




 Kewl kan.
Warna warni



 Mari abadikan gambar di sini.
Nanti bila saya sudah tua, saya akan tunjukkan gambar ini kepada suami dan anak saya.
Pada masa itu, pakaian yang umi saya pakai ni mesti dah jadi fesyen oldskool.
Walaupun sekarang ni, fesyen tie-dye skirt macam baru nak up balik, kan?
HAHA





 so hot!!




 ok gayat!
Jangan pandang belakang tau, umi.




umi, kita panas la umi (sambil buat muka)
LOL



 masing-masing tak nak bagi nampak muka paling besar.
Last-last ibubapa letak muka anak paling depan.
Maka, saya lah yang terpaksa show off muka bulat ni tauuu!

Walaupun gambar ini nampak serabut, tapi ini tak apa.
Asalkan ada gambar kami sekeluarga, ia sungguh comel.
(senyum)




 Kami tak lama pun di atas tu. Sebab cuaca adalah panas.
Ditambah pula saya ni jenis tak boleh berpeluh.
Habis ketiak, celah-celah lemak lengan semua basah berpeluh!
Padahal umi saya dah letak bedak serap air banyak-banyak pun masih tak mampu kawal peluh saya ini.


Gayat tau masa nak turun.
Tapi umi saya sempat buat Keek lagi.
Kalau nak tengok muka teruja umi dan muka saya yang bosan tu bolehlah terjah Keek umi saya.







 Babai Penang Hill.
Ayah kata InsyaAllah akan ke Penang lagi lepas ni sebab banyak tempat menarik di sana yang kami tak sempat nak explore.


Lepas tu kami terus menuju ke Feri.
Nak tinggalkan Penang, dan menuju ke Jitra pula.
(Jitra tu kampung wan saya..kiranya rumah moyang saya la)








 First time naik feri ni.
Teruja. Tapi saya tak tahu lagi macamana nak buat ekspresi muka teruja.
Umi, sila tunjuk ajar!



 so weols turun.
Dan terus berjalan ke bahagian depan feri!




 Laut cantik. Laut cantik!
Menikmati angin bertiup ke muka masing-masing.




Lawa pula effect gambar guna app Camera 360 (HDR) ni kan?








 Umi paling teruja antara kami bertiga.
Tak apa. Tak apa. Bagi chance la.
LOL

Tenkiu umi dan ayah bawa saya pergi pantai, naik bukit Bendera, naik feri.
Saya percaya, kasih sayang umi dan ayah terhadap saya setingginya langit, sedalamnya lautan.
Saya sayang umi dan ayah saya!





Now dah pergi tinggalkan Pulau Pinang! sobs sobs sobs

Kemudian kami singgah sebentar di Sunway Carnival Mall sebab umi dan ayah nak lunch dulu.

Pastu teruskan perjalanan ke Jitra.






Namun hujan begitu lebat. 
Ayah terpaksa masuk ke simpang Sungai Petani. 
Stop kejap sambil tunggu hujan reda.. sebab bahaya untuk drive dalam keadaan tak nampak jalan!

 Time-time hujan cenggini, best jugak kalau termenung berangan dapat makan rojak dan cendol.
(tengok kaki irdina!)



Hujan iz time to sleep.
Umi borak-borak dengan ayah. Saya pula yang mengantuk.
Terus tidur dengan nyenyak.




Sampai Jitra dalam pukul 5 lebih.
Mandi, rehat.



Malam umi bawa saya lepak di KFC Jitra.
Sebab kawan-kawan umi nak berjumpa dengan saya!

Setiap kali umi balik Jitra memang umi akan berjumpa dengan Kak Aya dan rakan-rakan yang comel itu.
Sejak saya belum wujud lagi, kemudian masa saya dalam perut umi, dan lepas saya lahir, Kak Aya pasti akan jumpa dengan umi saya di KFC Jitra ini. Memang dah jadi port weols semua.
So sweet kan..Haha
Tenkiu kakak-kakak semua yang jumpa saya. 
Tapi malam tu saya mengantuk awal, tu yang mengamuk sikit.









sebelum tidur, umi pakai losyen mustajab pati halia haruman jasmin.
saya pakai gel herba penghalang gigitan serangga.

Hasilnya, umi tak kena gigit nyamuk pun. Nyamuk semua pergi kat saya dan gigit sekuat hati.
Maka, besok pagi umi pandang saya lalu menjerit "Ya ALLAH..anak umi!!"
Ada kesan gigitan nyamuk di pipi kiri dan dahi saya.

Redhooo je la.
Gel herba untuk bayi yang umi saya beli tu nampa sangat tak berkesan. Pegi buang saja lah umi! 
(sambil garu-garu pipi)





Khamis pagi-pagi terus bertolak pulak ke KL. 


Ini percutian keluarga yang menyeronokkan.

Oh, ayah janji nak bawa saya dan umi pergi bercuti lagi bulan depan.
Yayyy
 Harap-harap umi dapat belikan baju mandi Hello Kitty secepat mungkin tau untuk percutian seterusnya!








18 ulasan:

baayah berkata...

As salam Ain...akak selalu ke blog Ain ni..suka baca celoteh2 Ain yg menggeletek hati perut..heheh...tersangat la comelnya Irdina tu...geram akk tgk pipinya yg gebu mcm kuih pau...seronok tgk percutian Ain ke Penang..akak pn dh lama x g Penang...rindu nk mkn pasembor... :)

ina khairina berkata...

salam kenal ain....ronda2 jumpa blog ain ni,nice blog....terhibur je baca

Subhanallah....comelnya irdina,kalu akak peknen harus hari2 kena tatap muka irdina ni,comel ya ampun!

~AtiQaH~ berkata...

salam k.ain... seronok tgk akak bcuti dgn family... lg2 irdina... comeynye...

Shazwani Ramly berkata...

holiday dgn family mmg seronok. irdina tu paling comellll :)

Chekgu Azrine berkata...

pakai mozzy patch sis..ank akk pkai bnda tu byamuk xgigit.beli kat farmasi ye

misz sheyla berkata...

comelnye budak ni...geram lak tengok tangan ketul2 die..mau kena gigit hari2 ni

SuriaRashid berkata...

Ain..Akak pun stay bayview..best masa tu tak tahu bilik dier besar..kiteorang ambil family suite ...hahahhhhaa.jadinya irdina boleh lari2 macam dalam hall..erk..jgn silap bukan irdina comel gebus yang baby tu..tapi irdina anak akak yang sulung..

SuriaRashid berkata...

Hai..Ain..Kak Suria Jitra nie..
Akak ada juga stay bayview hotel..memang besor bilik dier..kami siap ambil family suite konon takut tak cukup besor tuk kami 4 orang..rupanya bilik tu besor sampai bingung irdina nak pilih mana satu katil yang nak di pilih..hahahaa..kat sini bukan alya irdina tau..hannah irdina anak akak suria..chomel..anak sulung kita kogsi nama sama..

Salma Tayo berkata...

hehe comel je post ni.kesian baby kena gigit nyamuk tapi umi xkena.ini tidak adil! :p

jaja_NorLiza berkata...

salam kenal ain...sebelom ni silent reader jer...tp dah geram sgt tgk irdina yg super duper kiut tu...kena tggal jejak gak nih...kiss tuk irdina... ;-)...nampak kecit sgt ain bila dukung irdina..hehehhe

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ berkata...

lain kali kalau kak ain turun Penang,bagitahu laa saya. saya tinggal kat penang ni. nanti sy bawak akak & irdina jalan2kat temnpat menarik kat sini. btw,sukanya tengok Irdina.. comell. debab oouh. comell. macam nak cubit2 je.hihi

SuriaRashid berkata...

Ain..kak suria jitra nie...apasal susah benor nak tinggalkan ulasan kat blog ain nie..

AyaZuki berkata...

yeayyy seronokk dapat jumpa kak ainn dan irdina. kawan2 semua puji kak ain.. nanti jumpa lagi :)



<3 <3 <3

Cik Bluewendy Wendy berkata...

bestnye bercuti di penang..!! irdina dah besar dah..comey, gebu..hik2

ikafantasi berkata...

sis, klu gi penang lg jangan lupa singgah 1st avenue, ada butik hello kitty..comeel sgt2..

Tanpa Nama berkata...

gewamnye debab tu...!!

ciknur@ORKED berkata...

wah irdina mai kedah ke??? wuuuu kalo la ley jmpe bdk comel dgn umi gojes nyer ni.. nice reading here! <3 bdk tomot tu!

juicy X berkata...

alohhh singgah sg petani ka?rugi x jumpaaa