Khamis, 4 April 2013

Rindu bertamu di Madinah dan Mekah :)




















 Masjid Nabawi










 Masjidil Haram






Masa ni dah tengahmalam. Malam terakhir kami di Mekah sebelum pulang ke Malaysia.
(tapi besoknya sebelum pegi airport baru kami buat tawaf wida' @ tawaf selamat tinggal)

Duduk di depan kaabah bersama-sama suami sambil menangis. 
Sedih sebab entah ada peluang lagi ke tak untuk duduk depan kaabah, solat di masjidil Haram dan berada di tanah suci ini.
Rasanya keadaan paling tenang dalam dunia ni adalah bila berada dekat sangat dengan Kaabah.


Oh Irdina juga ada sekali time tu, dalam perut ummi.
hehehe





Dalam suatu hadis ada menyatakan yang maksudnya ' Ada 5 perkara yang kalau kita lihat sahaja kita akan mendapat pahala"

1) melihat Kaabah
2) melihat Al-Quran
3) melihat kedua ibubapa
4) melihat air zam-zam
5) ada sesetengah mengatakan melihat laut ada sesetengah mengatakan melihat orang alim (wallahualam)







 Jeles jap sebab suami dapat naik ke tingkat atas sekali Masjidil Haram dan dapat snap gambar ini.
Cantik kan...


oh saya ada rakam juga suasana malam tu di depan Kaabah.
boleh tengok di link di bawak ini iaitu Keek saya

http://www.keek.com/nurulainabdsalam#XD5Abab

mak oi besarnya tulisan, mcm nak carik gaduh lak.haha






Suamisaya, semoga kita dapat pergi ke sini lagi ya.
Nanti bawa Irdina sekali.
InsyaAllah. Amin.


Terima kasih Allah untuk peluang ini, menjejakkan kaki ke rumah-Mu.

Terima kasih juga kerana meminjamkan saya suami dan keluarga yang paling baik dan sempurna.

Pertama kali tawaf dan memandang Kaabah di sisi, di samping suami tercinta,merupakan peluang dan pengalaman paling indah.
:)



ps: oh no, ain dah start jiwang jiwang giteww..larikkkkk!!!



.



7 ulasan:

pAri-ParI tErbAng tiNgGi berkata...

eh...red warrior? hu3.

zeera berkata...

kak ain..doakan sy juga smpi cni satu hr nnt.. hepi family akk..seronok tgk.. =)

mazs mazlan berkata...

aminnn.. jeles ngn kehidupan kakak ain.. kakak.,ble nak dtg nilai.dlu2 akak ckp nk dtg usim..waaaa tapi smpai skg x dtg taw.hukhuk

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak. subhanallah. bestnya jadi tetamu di rumah Allah. insyallah sheila nak pergi sana juga dengan keluarga dan suami :))

Amira Aminuddin berkata...

Hee seronok nya :)
Da lama tak tengok blog, bukak2 dah ada anak, cute sangat! :)

Invisible Me berkata...

bestnyaaaa.
Moga ada peluang untuk jejak kaki ke sana :')

Nadiah Ashikin berkata...

Memang ada plan nak buat umrah tahun depan.. InsyaAllah kalau ada rezeki.. :)