Khamis, 25 April 2013

Sabun Susu Kambing Cosmoderm

Hai murid-murid, hari ni saya selaku cikgu Sejarah nak ceritakan pada anak-anak semua tentang latar belakang sabun susu kambing.

Katanyaaaaa (buat suara Azwan Ali kejap), sabun yang diperbuat dari susu kambing ni dah terkenal dari zaman lampau lagi. Lampau tak lampau jom kite ke segmen seterusnya. Gituuuu , jadi pengacara rancangan realiti zasssssss gitu (lempanggg)


Kononnyaaaa, ratu Cleopatra yang terkenal dengan kecantikannya menggunakan sabun susu kambing sebagai rutin penjagaan kecantikan. Kelasss kan?

Menurut kajian Dr. George Dermit (doktor dari Ohio Univeristy), kandungan yang ada pada susu kambing dapat menjaga kelembapan kulit secara semulajadi, dan dapat mengatasi masalah kulit seperti ekzema, gatal-gatal dan jerawat.  Hal yang sama dilakukan oleh para pakar dari New Zealand yang menggunakan terapi susu kambing dalam mengatasi masalah kulit dan meningkatkan kesihatan kulit terutama sekali bahagian wajah. 

So secara ringkasnya, malas nak bebel panjang-panjang,..mari kite semak antara khasiat sabun susu kambing:

1) mencerah dan mencegah bintik-bintik hitam.

2) membersih dan menghilangkan daki-daki ataupun kotoran yang melekat di badan setelah seharian berpeluh.

3) menghalus, meremajakan kulit dalam pada masa yang sama turut menyihatkan kulit anda.

4) boleh mengurangkan masalah bau badan jika diguna kerap setiap kali mandi.

5) terbukti mencegah jerawat dan bekas-bekas jerawat jika digunakan dengan teratur.

6) meneutralkan kulit dari kekeringan dan lebihan minyak





Dan secara jujurnya, saya memang peminat setia kambing. Bukan. Saya minat susu sabun kambing je. Sebab bau sabun tersebut sangat fresh. Sudah tentulah fresh, sebab TIADA BAHAN KIMIA. Lantas, untuk berasa yakin, pilihla produk yang HALAL iaitu Sabun Susu Kambing COSMODERM!






 Nampak tak ada kambing comel kesepian kat kotak tu?
Tak apa. Dia sepi namun dia HALAL.

*tetibe*




 Boleh digunakan untuk muka dan badan.

Jimat. 
Sambil sabun badan, terus sapu sental muka sekali.
Budak asrama mesti suka sabun universal macam ni.
(Jangan kata budak asrama, mak budak ni pun suka! )





 Kotak di seal dengan plastic.
Lepas tu sabun di wrap juga.
Maka, bila bukak saja plastik bungkusan tu, cepat-cepat cium bau sabun.
Pehhh..Memang paling sedap bau dia.!
Langsung tak bau kambing. Agaknya kambing pun suka pakai sabun ni kan.
Agaknya je la.




Harga sabun wangi ni RM5.90 je
Alahai beli la 10 ketul terus, letak kat rumah buat stok.
Boleh digunakan seisi keluarga, seisi jiran tetangga "Kak Nab, awak dah beli sabun susu kambing cap Cosmoderm tu? alahaiiii kalau kak Nab pakai, mesti lagi comel !! CekTa pun kalah yuolssss"


Pastu tahan lama pulak tu.

So far memang saya suka sabun susu kambing dari Cosmoderm ni.
Di dalam diam ku mencintaimu, katanyaaaa.
Lepas mandi, badan rasa fresh dan bau wangi. Muka pun rasa bersih macam lantai (yang sudah dimop)



Kalau nak beli online---Di SINI


Atau pun boleh juga dapatkan senarai agen Cosmoderm yang sah di seluruh Malaysia, yang berdekatan dengan anda!






---mencari yang Halal itu fardhu bagi umat Islam----






.










3 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nurul. bestnya pakai sabun susu. tapi sheila cam alergik. sbb tu tak berani tukar pencuci muka.. hehehe

Wadi AR berkata...

akak, kalo nak hilangkan bekas jerawat yg hitam sikit tu insyaAllah boleh hilang tak?

sophieima berkata...

boleh hilangkan jerawat muke kt kak ain ?