Selasa, 16 April 2013

Tips Memilih Warna Foundation yang tepat / hampir sama dengan warna kulit.

Benda ni paling buat kita kaum-kaum perempuan ni sentiasa pening. Macamana nak pilih warna foundation yang sesuai dengan kulit muka sendiri.

Ada tu, dah seminggu tekad nak beli foundation, sampai kedai, berdiri tegak depan deretan foundation, PENING. BLANK. Terus balik dengan tangan kosong. Pasal kompius tak tahu macamana cara pilih.


So basically, banyak je cara nak pilih warna foundation. Antaranya:-


1) Cuba pada wajah
Cara yang paling tepat dan selamat ialah terus oleskan tester foundation ke atas muka. Haa puas hati. Tapi test sikit je la. Calitkan sikit kat rahang ke kan. Lepas tu, tengok lah, kalau foundation tu meresap dan kelihatan seperti tiada foundation, maka ianya LULUS. Boleh beli!
Tapi kalau masa pergi shopping foundation tu uols da pakai mekap, sila test kaler kat bahagian tangan atau bahagian lain. Takkan tangan awak pun mekap jugak kan? HAHA

2) Tengok hasilnya di bawah cahaya matahari
Kita selalu tertipu dengan lampu neon putih kat shopping complex kan? Nampak muka wow, flawless tiada cela tiada kedut. Namun penipuan sebenar yang tak dapat dimaafkan ialah app camera 360 KAH KAH KAH. No no no no no..Nak tengok foundation kita sesuai ke tak dengan kulit, test di bawah cahaya matahari,


3) Pakai pakaian putih semasa membeli
Haha Gelak kejap. Tak sure la ni betul ke tak. Tapi macam releven jugak la. Sebab kulit kita ni sebenarnya boleh berubah ikut warna baju atau warna tudung. Macam saya, kalau pakai tudung kuning, mulalah muka nampak kusam sedikit. Tapi sejak ada kamera 360 kurangla sikit kusam tu, siap glowing-glowing gituu. HAHA. So kesimpulannya, masa nak pergi beli foundation, hindari pakaian atau tudung terang selain putih ya.












Saya memakai Perfect Sunscreen + Flawless Foundation dari Cosmoderm 
kod 02


Paling penting, sila pilih warna foundation mengikut warna kulit sendiri. Jangan ikut orang pula. Nanti yang kena gelak ialah diri sendiri, bukan orang lain. HUUU..




Nah, lihatla video ini. Bahana jika degil nak pakai warna foundation yang lebih cerah dari kulit sebenar!!





Walaupun kelakar, tapi memang ada mesej yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Giteww.







Okay, dah tercakap pasal Perfect Sunscreen+flawless Foundation ni, saya nak inform uols, tentang contest menariks ini. 

Contest paling menarik dan paling mudah dan semoga anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper produk Cosmoderm.


Cara penyertaan:

1) Beli Perfect Sunscreen + Flawless Foundation di GUARDIAN (sah kepada pembelian di guardian sahaja)
2) Dapatkan resit (cakap kat cahsier: kak saya nak resit. nak masuk contest ni hahah)
3) Hantarkan salinan resit beserta maklumat (nama, nombor telefon, IC number) dan hantar ke


        email: cabutanbertuahsunscreen@gmail.com
                              atau
        hantarkan mesej (PM) ke Facebook/Cosmoderm
                               atau
        pos ke alamat ini...."Cabutan Bertuah Kenali Warna Kulit Anda, 13 Jalan 
         Industri USJ 1, Taman Perindustrian USJ 1, 47600, Subang Jaya, 
         Selangor."






Pengumuman pemenang akan disiarkan di FB Cosmoderm pada 15 April 2013 dan 15 May 2013




.

6 ulasan:

Ana Farhana berkata...

fav foundation sy maybeline.. yg roll tu, besttt ;D

cik rynn berkata...

ramai yang post psl cosmoderm nie..rasa nak cuba jugak lepas baca entry nie..:)

ayu jue berkata...

tips yang berguna!

maroon sky berkata...

kat guardian /watson mana yg ada jual suma set cosmoderm

Fazela Samson berkata...

teringin nak bermekap tapi tak reti.
bila orang mekapkan lepas tue pandang muka sendiri, waaa.. peliknya. haha.

Tanpa Nama berkata...

nk ngaku sy suka gile bce blog akak ain yg comey..bile nk update cite lgi nie, klau xsinggah sehari rase mcm sethun,cewahh..hehehe