Rabu, 5 Jun 2013

Constipated baby!

Betapa berterus terangnya entry Irdina kali ni. Sebab ramai komplen siap mogok sume "MANA ENTRI IRDINA NIIII"

Haha. Lawak kampus betul engkorang ni tau. Sweet like candy!



Hari ni pertama kali kita saja tak campurkan bubur beras perang dalam makanan Irdina. Kita pun tak tahu kenapa kita buat cmtu. Saje- je, sebab bosan kan! Haha
biasanya setiap hari dalam menu dia kite akan campur dengan bubur beras perang. Paling sikit pun 1 kiub mesti ada.

So menu Irdina harini puri Carrot. Irdina sangat lah suka carrot. Macam biasa, makan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Eh macam makan ubat pulak eh.

Makan dengan banyak pasal dia suka. Kalau makanan yang dia tak suka, makan sikit dalam 6-7 suap.

Harini jugak dia belum poo-poo. Biasanya sehari minimum poo poo 1 kali, maksimum dalam 2 atau 3 kali. 

Malam tadi, masa on the way dia nak tidur, tetiba dia meneran-neran.

sebagai ibu yang baik, terusla ummi bagi sokongan dan kata-kata perangsang kat tepi dia. :')

tapi kali ni meneran yang agak lama.

ahhh sudahhhh....kasihannya anakku ini...

sampai berpeluh dia dalam aircond.

ummi dia ni sempat lagi bayangkan nanti cemana la Irdina dan besar, dah kawen, meneran untuk bersalin pulak.ciannya

bhahahha cemana la aku ni boleh tepikir cenggitu lak kan. yela, kita kesian kat anak kita tau!

Dah cuci dan tukar 3 kali pampers, kali yang terakhir, mungkin dia penat meneran, terus dia terlelap.

Hmm..

Banyak kemungkinan yang menyebabkan Irdina sembelit agak teruk hari ni.

Pertama, dia jenis tak suka minum air masak. Kurang suka. Kena paksa baru nak minum. Tu pun sampai basah-basah baju dia pasal dia tutup mulut rapat-rapat. Pasni kena paksa jugak walau apa pun terjadi. 

Kedua, mungkin sebab menu makanan dia hari ini (berdasarkan pemerhatian terhadap warna poopoo dia tadi). Oren bak hang. Pasni kena jugak campurkan bubur beras perang dalam makanan dia.







Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2VHWVsZ7X
© Utusan Melayu (M) Bhd 





ok. bercakap pasal jus buah, haritu masa pergi baby expo saya ada beli sebotol Apple Jus jenama Heinz (dalam gambar di atas, yg botol besar tu). Masa kat expo baby tu RM8 sahaja. Murah kan? Tapi belum pernah try bagi kat dia lagi. Besok boleh la start bagi sedikit. Tapi menyesal pulak tak beli yang flavor prune punya. Kalau tak dah boleh settle masalah negara ni.







Ibu-ibu di luar sana yang ada bayi tak suka minum air masak, apakah teknik yang uolz lakukan ya? Kita dah beli macam-macam jenis cawan, berstraw la, botol la, itu la ini la, pun tak suka. Dah try guna sudu pun, sikit je dia minum.





haritu dah try guna kaedah "minum pakai picagari" ni. Tapi stop kejap sebab nak ajar dia minum guna botol air atau cawan, sekejap je la berjaya, kemudian gagal semula. 

Mungkin perlu guna semula kaedah ini. No CHOICE



7 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak ain. hahaha comelnya irdina. ummi dia fikir sampai jauh gila.. masuk kurun 30-an dah ke? hehehe irdina, awak kena rajin minum air. kalau tak, susah nak poo-pooo ;p

Ayu Firzara berkata...

Zahra pun sama gak...takmo minum air masak...sampai basah baju...huhu...

zeera lily berkata...

eh, mane gambar irdina nie...?!

isma@ani berkata...

anak akk kalau sembelit kena tukar susu formula yg dia minum baru ok... since adik fully BF, mungkin ada something yg adik mkn yg sbbkan bb sembelit? anyway, rencah kehidupan seorg ibu... ada satu masa tu akk smpi kena pam ubat kt punggung bb utk kasi najis yg keras tu keluar..huhu

Kamilah Mura berkata...

sis..bkn ke jenama hintz tue xde tnda halal..tue yg sya xbrani beli..mmg nk beli dh..p sbb husband cerewet ckit.die tgok2 xde tnda halal.xjd beli..

mazs mazlan berkata...

kak ain kte mintak izin amek sekeping gmbr kak ain kt fb kakak..boleh bace sni.skadar luahan hti kite,mintak maaf ye kak ain http://jarijaritecik.blogspot.com/
tq..

Mazni berkata...

Asm....boleh cuba bagi air kurma utk baby..sama ada jus tu...masuk sikit jer..atau penyekkan kurma dalam sudu n letak air sikit. In Shaa Allah, mujarab, saya dah share ngan a few mommies and so far OK. Selamat mencuba ya..