Rabu, 12 Jun 2013

ubat tiga sembilan

Sejak dah ada anak, entry semua berkaitan keibubapaan SANGAT.

Bagusnya, yang tak ada anak pun boleh menambah ilmu. ILMU SANGAT. Aku merapu adela. 




Last entry pasal anak sembelit. Entry ni pasal anak kena gigit serangga pulak.

Aku dok pelik kenapala semut suka sangat nak gigit Irdina tu.Ye..Tahu.. Tahulah dia manis. Tapi dia tak tahu ke mak Irdina ni lagi manis ? Ok boleh berikan pelempang sekarang! Haha


Tukar cadar 2 kali sebulan. Tak cukup tukar cadar, aku pegi tukar posisi katil sekali haaa. Pasal ku ramalkan rumah semut MUNGKIN dekat dengan katil !!

Pon samaaaa .......Pada suatu hari, bangun pagi, masa tengah bergurau senda early in the morning, ternampak bintat merah kat tangan Irdina, Aduhai, hatiku menangis bersama. Gitu. 



 Nah bukti. 
Nampak tu merah kesan gigitan serangga perosak tu?
Tangan die cam gelembung bengkak kan? Eh ke memang kembung cmtu tangan anak aku? haha

Jap, sebelum kauorang pikir saya pakaikan gelang yang ketat kat Irdina, 
YOU ARE TOTALLY WRONG.
speaking sikit tanda marah. HAHA
Tangan irdina punya ketak memang DALAM eh!Jangan memain eh.
 Sampai terbenam gelang dia tersembunyi kat celah tu!



Petang tu suami saya pergi sapukan krim beli masa kat Beijing. 
Sementara taknak bagi dia berasa tidak selesa kan.
So dah pakai krim teruslah naik kereta dan perg farmasi, cari ubat!







 Hai awak!
Kite lah budak paling manis tu. 
Tapi cam Sampai hati semut gigit saya. Aihetchuu


Paling suka bila naik kereta, duduk atas riba ayah sambil pegang stereng.
Dah kena pakai sarung tangan pun masih gigih nak memandu.
Semangat yang tinggi.
Berdedikasi.
Bekerjasama
Tekun.
Gigih
Bagus.
Macam ummi die SANGAT!



Alkisahnya sebelum sampai farmasi, tiga beranak ni pergi membeli barang dapur, bahan buat puri Irdina kat Giant Taman Permata.
Nak dijadikan cerita, tak cukup beli itu ini kat Giant, kitorang merayap pulak kat kedai borong jual JAJAN.

haaa laki bini juling mata tengok keropok Super Ring berbundle-bundle, 
Kalau Dina besar sikit, mesti nak pau ayah belikan TORA 2 bundle kan? 
Lepas seronok beli jajan, Hiro la, Apollo, Kopok Durian jangan dilupakan. Bhahaha
Keluar dari kedai laki bini senang hati.


Pastu dah masuk dalam kereta baru teringat motif nak keluar petang tu adalah nak belikan Irdina krim gigitan serangga.
Rupanya masing-masing dalam poket ada 10 hinggit je. Bila bergabung maka jumlahnya 20 hinggit.
Rupanya farmasi depan tu je.
Rupanya memang tak koserla nak pergi pusing jejauh tekan duit kat bank dulu.
Rupanya isteri yang konfiden ni cakap kat suami "tak apa yang..debit card ada..alaaaa.lagipon krim cmtu tak mahal..belas-belas ringgit je"



parking depan farmasi.
Kena bawak irdina turun sebab nak tunjuk bukti bekas gigitan.
dapat krim
pergi ke kaunter.




"tiga sembilan kak"



Aku dah ..adoiiiiiiiiiii


"dik..guna debit card boleh tak dik?"

"kak....debit card untuk Rm50 ke atas je"


Dalam hati:
(rm50 ke atas? memang dimana saja aku boleh shopping. nak cukupkan rm100 pun tak mengapa dik)

"hmm..japla...saya mintak hasben saya kejap eh dalam kereta sebab saya ada RM20 je ni"


"kak....krim ni RM3.90 je kak"



Nak tersembur aku tahan gelak.

Mati-mati ingatkan krim tu harga TIGA PULUH SEMBILAN RINGGIT

Gile kah dikau nak beli krim RM3.90 pakai debit kad pastu bila budak tu suruh kau shopping RM50 ke atas kau dah suka gila macamlah RM50 tu voucher free ke kannnn AINNNNN"

Terus bayar, laju-laju keluar sambil sengih-sengih kat budak tu.

Yela. manalah kite nak tahu kan ubat kat farmasi murah cmtu..
Biasa ubat jerawat yang selalu uols gune pun belas-belas, puluh-puluh ringgit!

Budak tu pun satuu...konfiden je "tiga sembilan kak". Memanglah ahkak ingatkan tiga puluh sembilan!

hahaha


Jap, tetibe terfikir masa aku kata nak guna debit card td tu, mesti die ingat "eh akak ni masuk farmasi ni bawak RM1 je ke? Ingat ni kedai 1 Malaysia? Ubat RM3.90 pon nak pakai debit kad. Mesti baru apply debit card tu, tu yang teruja semacam"

Malu haku. esok datang balik farmasi tu pakai topeng Ultraman la
Masalahnya, buat ape pulak aku nak kena datang farmasi tu besok kan? BHAHAHA


balik rumah mandikan anak, terus dia tertidur.
Pakaikan krim "tiga sembilan" ni.






Hydrocortisone




lepas sapukan krim tu, kena pakaikan semula sarung tangan.
Jika tidak habisla dia makan krim tu nanti.
Ingat krim kek.


Besoknya Alhamdulillah dah tak bengkak dan merah.
Memang mujarab la krim tiga sembilan tu.
mak-mak diluarsana, wajib ada krim macam ni.
lagi-lagi kalau anak jenis kulit sensitip, kena gigit serangga atau nyamuk akan berbekas, dapatkan la krim ni tau. Untuk rashes pun boleh guna.

Now dah lega, tangan anak tak merah-merah lagi.





 "thank you ummi"




moral of the story: pergi kedai jajan, janganlah sampai juling mata borong semua kopok. Dah tau bawa cash ngam-ngam, insap sikit eh! Bhahaha


29 ulasan:

Husna Adnan berkata...

Adoooi Ain!! Lawaknya tiga sembilan bayar guna debit kad!! AHAHA! But thanks for the info. Boleh gi beli nanti. Ok sambung gelak. xD

Asyik Izas berkata...

alahai cian irdina..hbs bengkak jari comel dia..:)

Teena Tna berkata...

Akak, krim tu kalau akak amik kt klinik@hosp krjaan free jer, kat farmasi tmpt sy kerja tu ada krim nie..

Besar nya lebam dia sampai tenggelam gelang dia.

~AtiQaH~ berkata...

haha... klakar la.. hrge die 3.9 je..

Mysara Ab Rahman berkata...

haha..klakar la kak ain ni...nsb akak bwk duit skali..klu semata2 akak bwk kad je, lagi haru...

cikji berkata...

Hahaha.aduilaaa.sabo jelah. Klau sy pun duk 39hengget jgk

zeera lily berkata...

Ok, sgt klaka! Muka cashier tu x pelik ke nk byr gna debit kad...hahaha dia ptut sebut tiga hengget sembilan puluh sen kakkk..

Comei irdina... Geget sket..

Innanie | Ariffin berkata...

Ya Allah!!! gelak baca krim tiga sembilan ni.. tapi geram gila tengok si gebu irdina tu. Ya Rabbi comellllllllllnyaaaa!!! ni kalau depan mata ni, kemam pipi... gigit lengan diaaaa! aummmmm

Wahidah berkata...

lawakla ummi irdina ne...mesti budak kt kuanter tu pelik gile....hehehe

PutriesNoora berkata...

hahahaha..lawak2...sengeh kita depan pc ni ain oii..hehe

✿ pink velvet ✿ berkata...

hahaha! salah cashier tu la sebenarnyer.. kejadahnyer sebut TIGA SEMBILAN.. kalau org pon dah tentu pikir RM39 jugaq :P
btw, yg pasal gelang irdina tu pon, mmg dah tergerak kat hati "ehh, ketatnyer gelang dia" naseblah baca ayat selanjutnyer kannn, haha~

Anim Daim berkata...

kih..kih..lawak tol lah..
comey lah tangan irdina 2..
rase nak gigit2 jer..hehhehhe

sha anuar berkata...

huhu...
memang lawak sangat la cerita hari ni...
hahahaaa (' ' ,)

ikafantasi berkata...

cantikla irdina ni..dah bsr mesti mcm ummi dia..cantik..

najihah sahami berkata...

ahaha..beria nak guna debit kad eh. adoi. tp kan kak. krim tu jangan sapu selalu dan jangan sapu tebal2 tau. dia steroid.

Shahada Fauzi berkata...

hahahaha..aduhaii..lucu la ummi irdina ni..tapi kalau kite pun konpius jgk kalau dgr cenggitu..next time kena lebih peka tau..tanye untuk double check rege yg betul..hehehe..:P

omei sangat irdina..berkatam-katam tgn tu..grrrr..geram je tgk rase mcm nak gigit2..

FadMN berkata...

Hi ain.hydrocort tu xelok guna selalu taw.baby i pun ader.paed ckp guna sekali sekala jer.sbb nanti nipis kulit.huhu.tp,betui krim tu cepat jer lega kalau rashes ke apa.:)

Sabar berkata...

nak tergelak jap

Green Apel berkata...

bahaha..confident je tanya nak guna debit kad..lucula ain...ee geramnye irdina ne..

Makbed Journal berkata...

banyaknya daging diaaaa... gigit bleh?

alin berkata...

hahahahaha.. ain ainnnnnnnnnnnn.. buat lawak je lah..



meh singgah blog saya. :)

penyisir rambut berkata...

ya Allah kak! comel nye anak..berketul-ketul...ape resepi sampai anak berketul2 camtu..sedap nye pelok!

Ayu Firzara berkata...

Hihihi...mesti masa tu kita budget ubat tu mahal kan...saya pun pernah gak terjadi gitu..

mama ila berkata...

alahai..gerammmm tengok irdina!!! hehe..berkesan ek krim "tiga sembilan" nie..hehehe

Twins berkata...

suka gambar last tu comel sangat!!hehe

faridah kamaruddin berkata...

kak ain, sejak kak ain bersalin ni, jarang dah nampak picture kak ain dengan family in-law. teringin nak tengok gambar adik abg afiq yang bongsu tu. dah abis sekolah ke belum? kenapa tak ambil gambar bersama lagi, dulu lepas kahwin gigih bergambar bersama dimana-mana. gaduh ke?

ieyda berkata...

hebatnya tiga sembilan bayar kad..hihiiii

i follow blog nie....

ekin schmidt berkata...

haah, salu kne mcm tu.
ckpla betul2 brapa.
y murh ingt mhal, yg mhal ingt murh if they said like that kn? :)

comelnya ank! bam2 sgt!! geramm!

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/masalah-makan-diri.html

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara berkata...

Kelakar la ain ni..
your baby girl dahlah bambam & cute teramat...berketak2 tgn dia....
comel sgt! sukanya tgk!