Sabtu, 6 Julai 2013

1,2,3 smileeeeee

Last week dapat panggilan dari majalah Ibu dan Anak, untuk shoot bersama irdina dan ummi dia ni.

Eh direct gila kan cerita kali ni. Ikhlas ke tak ni update? Bhaha

Ikhlas laaaa...jap. dah lama tak update blog kan, macam dah lupa cara penulisan, mana pengenalan, mana isi, mana penutup. Ah aku selalu tak tutup entry. LOL


Sekarang, yang bikin ummi dia pusing kepala, BAJU APA NAK PAKAI NI WEI?


selalu, shoot sorang pun dah rasa stress pikir pasal baju, ni bertambah lagi stress pikir baju anak. Of course la u nak nampak sedondon dengan anak u kan so that nampak cam sweet like candy gitu.


Kemudian, terus cam terpikir konsep Jeans is better. Mencarikla mak dan bapak Irdina ni ke sana ke mari cari overall jeans skirt untuk irdina, dan ummi dia just pakai skirt jeans yang sedia ada. Tetibe bila dah jadi mak ni, dah tak cerewet soal baju sendiri. Kalau tak, dulu, asal shoot je, beli baju baru. (insappp)


Sehari sebelum, kak Fiza, dari majalah tu bagitahu, kalau boleh jangan pakai baju putih sebab studio tu background kaler putih. Maka, konsep baju putih dan jeans terlebur berderai. Haku ni pun satu, kenapalah tak teringat yang semua studio background putih kan. So last minute, memang nak nangis, namun tabah, pandang ke hadapan, berganding bahu memilih baju apa yang ada di rumah. Sebab masa tu dah tak sempat nak keluar pi carik dah! 

At last, TIADA PILIHAN dina pakai baju biasa yang dok kat rumah tu je noksss.. AHAHA.. aku seakan tidak percaya semua ini harus berlaku ~~nyanyi

tapi baju untuk shoot kedua tu baju baru lah sebab kebetulannya beberapa minggu sebelum tu, saya dah tershopping seikit baju raya Irdina. SIKIT je. Fuhhh Fuhhhh




Pagi!!

Lepas masak bubur Irdina, blend, simpan dalam beg bekal dia. Masuk kereta, suapkan Irdina breakfast.
Agak kelam kabut pagi tu, tapi nasib baik tak payah mekap sendiri. So jimat masa nak settlekan anak dulu kat rumah tadi. Nasib baik suami yang baik terbaik terpaling baik tu sanggup nak teman haritu. Tq suami. Saya masih touching sampai ke hari ini :')



(baju pink dalam tu lah baju harian dina duduk rumah. saya berharap, dalam kamera tak nampak begitu lusuh. huwaaaaa.
semoga senyuman dina dapat mengalihkan pandangan pembaca. bhaha)




Sampai pejabat Utusan dalam pukul 10 lebih. Terawal pulak. Mekap-mekap oleh MUA, kemudian tunggu giliran sebab studio masa tu ada artis tengah shoot untuk majalah Mangga. Siapa kata majalah mangga semua kat swimming pool je? Tak hokay. Ni edisi raya, buat kat studio.

Sementara tu, Irdina tidur kejap di surau. Surau yang sangat sejuk dan selesa. Jangankan dina, mak dina pun hampir terlelap di situ!


props untuk hari tu
Jadi saya pasti anda semua dapat agak, topik apakah untuk keluaran Irdina nantiiii... 
jengjengjeng



So kebetulan irdina bangun tidur tengahari je, terus masuk studio dan mulakan !!


Okeh. Kami dah ready!

(shawl tu saya belit sukahati. Malam sebelumnya tak dapat tidur sebab neves. lalu dapat ilham penggayaan shawl begini. harap diri sendiri berpuas hati!)



 Ada scene makan juga. 
Makan bekal yang saya bawa dari rumah.
Irdina sangat teruja sebab boleh makan!
haha ..ksian dia lapar.




Ni gambar dengan kak Fiza setelah shoot selesai.
thanks kak Fiza sebab panggil kami berdua!!
memandangkan kak Fiza yang comel ni pun ada anak kecik, so weols pun berjumpa bercerita topik mak-mak je la. 


Alhamdulillah dina mood okay je. Boleh senyum gelak-gelak. Sebab ramai yang agah dia dari belakang kemeraman!
Tapi beberapa minit sebelum photoshoot berakhir, dia cam ngamuk sikit. 
maybe sebab penat.
dan mengantukkk..





behind the scene
gambar ni dari photographer

LOL
bayi yang sungguh sukakan kamera


Tengokla anak dara sorang ni.
Penat sampai cmni sekali. HAHA
Rileks la Dina. Dulu awak dari dalam perut 3 bulan ummi dah start fotoshoot sampai awak 8 bulan.
^_^




Habis photoshoot, singgah sebentar ke Butik Elya Shazleen sebab dah dekat area bangi kan.



Irdina dan Kayla

Mereka berdua ni seronok betul berborak "dededededeeee"
kami orang dewasa, TAK PAHAM.
sekian.







Oh ya, Majalah Ibu dan Anak ni majalah baru tau.
Sekarang yang ada di pasaran pun baru isu ke 2.
InsyaAllah yang weols punya ni selepas raya baru keluar.
Alahai. segan betul saya!



okbye.
penutup?

wassalam


















4 ulasan:

NinaAz berkata...

Tecik2 da jd model irdina
Hihihih. Comelss

Mizz ErMa berkata...

wah..model cilik da mula turun padang..hik3,

pinoc berkata...

alahai, comelnye mak dengan anak ni... kak ain cantik sangat. irdina kiut miutnye aiiiii!!! *tepuk2 pipi sendiri

MAMAYIYEN berkata...


Nurul, nanti nak jumpa Nurul dgn Irdina ok :) comel sgt la dia ni.. gerammmm... hehehe..