Sabtu, 27 Julai 2013

Apa dalam beg irdina

Sekarang ni setiap kali keluar, mesti kena bawa 2 beg irdina.





Yang kiri tu beg bekal. Kanan tu of course lah beg diapers dia. Yang kanan tu perlu diganti sebab dah rasa mcm kecik sgt.wuuu


so now jom tgk apa ada dalam beg bekal dia.


Saya tak biasakan Irdina makan makanan bayi yang segera sebab saya ni surirumah. Surirumah banyak masa di rumah. Jadi alhamdulillah sejak Irdina berusia 6 bulan sampai sekarang hampir 10 bulan, saya buat sendiri puri dan bubur dia.


Irdina sampai umur 7 bulan je saya buat frozen puree dia. Masuk umur 8 bulan memang setiap hari saya sediakan bubur,blend dan suap. Sebab masa tu corak pemakanan Irdina dah lain sikit. Dbia sudah mula makan dalam kuantiti yang lebih besar. So puas hati untuk masak setiap hari.


Dah ada anak ni, nak berjalan ke mana mana perlu anggarkan waktu utk anak makan dan mandi. Tu yg penting sikit la buat masa ni.


So kalau waktu keluar tu di saat waktu makan tengahri atau mkn malam dia, mmg kena la masak siap2. Nampak tak, jadi seorang mak ni mmg automatic jd supermama tau x.






Biasanya yang ada dalam beg bekal dina ialah bib (bila perlu), bubur dalam tupperware travel, botol air, biskut, wipes, semangkuk lg bubur utk tambahan (bila perlu: bila perjalanan agak jauh)







Bekas bubur jenama Pigeon ni paling best sbb ia memang dicipta untuk travel. Buat magik sikit, sudu boleh melekat kat penutup cmni. Paling best jugak sbb senang nak pegang waktu suap makan dalam kereta. Nampak tak ade dua bulatan tu?bulatan kecik tu bawah dia agak kasar2 khas untuk lenyekkan makanan. Jangan tanya harga berapa sebab maknya tak tahu. Ni pun dalam hadiah dalam hamper masa Irdina masuk pertandingan The Cutest Baby Contest kat expo baby Mivalley haritu. Hikhikhuk..tapi tak menang. Tapi dapat hadiah dan bekal makan travel mcmni pun dah rasa berjaya. Tetibe.






Haaa..closed up sikit tempat melenyek makanan tu. Best kan.







Jangan lupa la nak bawak air. Dah makan bubur, kang tercekik pulak anak kalau tak ada air. Irdina memang payah bebenor nak suruh minun air. Menangis2 mak die pujuk, tak mahu nye. Tapi paksa jugak. Sampai basah baju die pun tak apa, janji minum jugak walau sedikit!






Biskut baby. Ni untuk in between meals dia. Atau kalau dia bosan, bagi je la die pegang sendiri dan suap sendiri. Lagipun tgh nak practice die kunyah kunyah. Pasal irdina sekarang dah ada 2 batang gigi. 1 atas dan 1 bawah.

Biskut ni byk je jual. Biasa kite bli jenama Heinz sebab tu je yg ada kat pasaraya Hero dekat je dengan rumah! Tapi kalau pergi Vold Storage lagi kau rambang mata tengok pelbagai makanan. Biasa kat Cold Stor9age saya beli biskut baby yang organic. Tapi mahal la. Pejam mata dan bayar.






Hand and mouth wipes dari Pigeon. Ni beli kat jusco. Aritu pergi beli banyak sekali sebab bukan senang nak jumpa wipes cmni...4 paket rm29.90......1 paket tu ada dalam 60helai. Ok la. Sebab banyak. Tapi kena pesan awal-awal kat suami korang ni, yang tu bukan wipes biasa. Adeke laki I tu die pergi guna wipes ni buat lap perabot! Nangesssss dalam hati. Hhhaha

Paling best sebab wipes ni boleh lap mainan yang jatuh ke lantai (kalau kat luar)..sebab irdina kan dalam proses nak tumbuh gigi so die suka gigit2 mainan dia. Opkos la kan kena lap2 dan cuci mainan dia selalu! Dengan adanya wipes ni, senang sangat. Nak lap tangan die pun tak risau dah. Kalau nak bg anak makan buah pun boleh lap2 pakai wipes ni dahulu.

So this must have item ni patut ada dalam beg bekal makanan dannnnnn








...patut ada dalam handbag mak mak juga. Walaupun pack die besar, tapi sebab ia dah jadi barang kesayangan, mak mak pun redha je dik non!







Ni pulak tupperware atau bekas bubur extra kalau nak refill. Saya malas sangat nak pakai termos hello kitty tu sebab kdang bau x sedap. Maybe sebab termos ke apentah. So kdg2 just letak je dlm bekas makanan transparent ni!










Pastu kalau ada carseat memang senang la nak suap anak ke bagi makan biskut ke kan. Takdelah mak mak pun terlibat sama tertumpah2 bubur ke tudung.
















posted from Bloggeroid

8 ulasan:

Irine Nadia MaRceLLo berkata...

apa dalam beg irdina, mcm rancangan selongkar beg artis tauuu si irdina comel gebu ni!!! hehe

Wani berkata...

aduh...tecepit mulut dek pipi semangat >,< geramnya!!!nyum2!

Alyn Roslan berkata...

alahai comey nyer anak akak, be a good girl ya irdina..:)

ASLIZA berkata...

comelnya irdinaaaaaa....sangat2!!!!!!

Anak pak cik Azhar :) berkata...

comel la irdina nie...dah tumbuh gigi dah die:)

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

alolo...comelnya hehe
makanan makanan makanan
fuhh...mcm sedap pula

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

salam dear. jemput ke blogshop momoy
jual produk2 yg diguna di spa.
so dah x perlu pergi spa yg mahal buat je kat rumah

http://www.d-homespa.blogspot.com

Nini Mohd berkata...

alahai....
comel sgt pkai tudung. :)

http://ninimohd.blogspot.com