Khamis, 11 Julai 2013

Selamat Datang Ramadhan



Harini hari kedua berpuasa. Ada cabaran sikit tahun ni, sebab masih fully breastfeedkan anak. Tapi Alhamdulillah, mindset kena jaga. Semua bergantung pada mindset kita.

Dalam berjaga-jaga mindset pon, semalam, puasa hari pertama, pukul 6 petang energy dah -20% agaknya. Kalau ada powerbank pun tak boleh buat apa. HAHA. Punyalah lemau habis.

Sebabnya, orang yang fully BF memang sentiasa berasa lapar. Kalau hari biasa (selain bulan puasa), memang laparrrr je manjang. Makan sahaja lah kerjanya. Lepas makan nasi 2 pinggan, masih boleh lagi duduk makan kopok durian, masih lagi boleh buat megi dengan muka tak bersalah.

Lalu, sedikit mencabar kali ni sebab kena tahan lapar 2 kali ganda. Tapi tak apa, demi anak. InsyaAllah dapat pahala menyusukan anak sekali.

So tengahmalam semalam, lepas suami balik main futsal, suami belikan burger. Dengan harapan isteri dapat alas perut sikit, makan masa bersahur nanti. Alhamdulillah BERJAYAAA...

Macam budak kecik je kan kite ni pon. Semalam siap tersandar kat bahu suami kejap-kejap tanya dia pukul berapa? Suami pulak, asal kite tanya je, 5 petang.... 20 minit lepas tu pun dia jawab 5 petang jugak. HADOIIIII






Ramai yang tanya, susu apa yang saya berikan kepada Irdina sampai gebu-gebu badan dia.

Jawapannya, alhamdulillah sampai sekarang pun Irdina masih menyusu badan. Kite belum campur lagi dengan susu formula. Tanya kawan-kawan, ramai dah campur, tapi kite pun tak tahu bile nak start campur. Mudah-mudahan murah rezeki Irdina nak menyusu badan sepenuhnya sampai umur 2 tahun. Plan paling kurang pun 1 tahun lebih la.

 Tapi tak kesah la sampai umur berapa pun, yang penting bersyukur sangat sampai sekarang pun masih ada rezeki Irdina. Sebab tak semua orang berpeluang nak fully BF anak. Tu semua rezeki dan bahagian masing-masing. So janganla pulak ada yang perli-perli ibu yang bagi formula milk kat anak ya. 

Cuma bulan puasa ni, tiap kali nak suap anak makan, mesti kena berhati-hati. Sebab dah terbiasa makan sikit bubur dia. Kang tak pasal-pasal dah kenyang makan bubur anak, baru teringat harini puasa..CHOYYYYY >_<












11 ulasan:

Anak pak cik Azhar :) berkata...

haha...choyy!

Shazwani Ramly berkata...

selamat berpuasa kak ain sekeluarga :)

mama leen berkata...

kalau lupa tak pa... hehe.. akak nyaris2 nak minum milo anak.. hehe.. tapi memang bateri flat habis kalau menyusu.. kadang2 sampai nak pitam.. jgn lupa bangun sahur.. kalau tak lg tak larat

alin berkata...

KALAU NAK BAGI DINA MAKAN KENE SALOTAP MULUT AIN DULU.. HAHAHAHAHA..

Mar Mansor berkata...

ayat tang "jgn perli.." tu y best tu

Ihsan Arifin berkata...

Tahniah.

Ibu yang baik.
Semoga beroleh sorga.

FiQa berkata...

haha. ayat terakhir mmg choyyyy! heee. takpe kak ain, mudah-mudahan anak dpt jugak pahala puasa si ibu. hehe.. :)

cikpingu berkata...

selamat berpuasa.. :)

sy follower ke 7270..
jemput singgah blog sy..

boni kacak berkata...

salam ramadhan :)

Mizz ErMa berkata...

selamat brpuasa jgk utk kak ain..=)

Baby Zahra House berkata...

Salam. Ain,nasihat Ain bab jangan perli ibu yang tak ada rezeki nak BF anak tu sangatlah saya hargai. Saya dulu teruk kena perli,siap cakap saya ni sebenarnya malas lagi. Sampai kemurungan time pantang dibuatnya.

Nabila (Mama Zahra and Wardah) :)