Sabtu, 31 Ogos 2013

ada entry raya 2013 pada akhir bulan raya pffft

Nak dekat sebulan juga tak update blog.
Banyak azam sempena lepas raya ni. Haha. Tiba-tiba tak payah tunggu tahun baru pun, dah ada azam.
Kau boleh ada azam bila-bila masa hokay, Dik Non. Tak salah pun. Malahan bagus dari segi motivasi diri. Contohnya, harini makan banyak, besok berazam nak makan sikit. Kan tak perlu tunggu tahun 2014,baru nak berazam kan? blablablablabla patutla tak payah update blog wahai nurulain8888, skrg penulisan dah tahap merapus.

Nak cerita pasal raya pun dah basi. Dah tak ingat pon apa terjadi malam raya dan pagi raya. Hanya ketupat rendang dalam ingatan.


Tapi paling diingati, raya tahun ni bertiga.

Kenangan paling manis raya tahun ini juga ialah sebenarnya Irdina ada 3 pasang baju kurung raya dan 1 pasang kebaya. Namun, yang muat di pagi Aidilfitri hanya 1 helai saja. Tu pun baju kurung yang perlu di gunting di bahagian leher.

Jangan salahkan emaknya kerana salah memilih size. Size dah beli yang besar, tapi anak berbadan lebih besar dari usia namun tetap ALHAMDULILLAH.

Tak apa nak, yang tak muat tu ummi simpan elok-elok bagi adik perempuan kamu pakai pula lepas ni *sambil usap-usap rambut Irdina* *dah kenapa buat babak drama AstroMustika ??*



 Baju raya pertama Irdina.
Beraya di Jitra dulu, baru ke Johor.
Alhamdulillah sepanjang di Jitra Irdina tak kena gigit nyamuk. Nyamuk semua jenis makan saman kali ni.
Kalau tak, pasti merah-merah badan dan muka Irdina, kena serangan bertubi-tubi nyamuk.
>.<





 Raya kali ni simple-simple je. Paling simple rasanya kot.
Tahun ni baju raya saya sepasang je yuols.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, minimum 5 pasang, 
 Baju kurung moden la, baju kurung tradisional la, baju kurung poprock la, baju kurung kontemporari la, baju kurung bertingkat-tingkat la, baju kurung peplum Cikgu Norkiah la, baju kurung pahang la, baju kurung Johor la, baju kurung kedah la, baju kurung Melaka la, baju kurung cotton la.
  Tu baru baju kurung
Nak saya listkan baju kebaya lak? TOKSAHHH..sampai besok pun tak habis.

Bagaimana kejadian begini boleh terjadi?
Iols ni mak-mak la (sambil berdiri tegak dan tepuk-tepuk dada). Mak-mak mane kesah recycle balik baju raya tahun lepas ke ape kan. Apeadehalllll 
HAHA

Actually, tak sempat nak pegi carikla.
Lagipon maybe sebab saya masih lagi fully BF Irdina, so kalau nampak baju raya anggun-anggun pun buat sakit hati jiwa raga je sebab tak sesuai dipakai untuk ibu-ibu menyusu bayi.









Hari raya pertamaku banyak masa dihabiskan dengan meneman Irdina tido petang dalam bilik beraircond.
Haha!
Irdina ni jenis cepat berpeluh, so kalau ada aircond memang macam buku bertemu ruas la.
Hasilnya, TERBONGKANG









Tiada ulasan: