Sabtu, 3 Ogos 2013

bebel jap



Tadi pergi berbuka puasa dengan rakan-rakan ayah mertua di Mariott Putrajaya. Sepanjang Ramadhan tahun ni, baru sekali ni berbuka di luar. Aritu berbuka puasa dengan fmly saya juga, tapi kami bukan berbuka masa-azan-mahgrib-memang-dah -ada-di-restoren.. Haritu weols lepas selesai solat maghrib sume baru berkumpul dan makan beramai-ramai dengan gembiranya sampai anak-anak semua dah mengantuk!


Tapi harini ok la. semuanya under control. Sementara saya solat mahgrib tadi, anak di jaga oleh ayahnya atau pun adik dan kakak ipar atau ibu mertua saya. Oh semua sangat helpful!

kemudian, ummi makan, irdina pun makan sekali. Tapi makan buah-buahan saja. No tandoori, no gulai kawah for you, anak!










Sejuk hati ummi tengok dina pakai baju kurung. 

baju kurung irdina ni lama dah beli, tak plan nak pakai masa hari raya pertama nanti pon, so boleh la pakai dulu tadi!

baju hari raya pertama irdina baju kurung jugak, tapi kaler purple. Heee...murah rezeki Irdina tahun ni ada 3 pasang baju kurung. Alhamdulillah. Tapi tapi tapi, kena cari material baju yang sesuai untuk dia, sebab anak saya ni jenis kuat berpeluh, senang berpeluh!



Yeah, bercakap pasal raya, harap tiada insiden tumpahan airmata mcm tahun pertama beraya dengan suami. Haha.Rindu mak kat jb, malam raya (di kelantan pada masa itu) duduk dalam bilik gelap sorang-sorang, orang seronok main bunga api, aku nangis bawah bantal, suami datang pujuk main bunga api sesama. lap air mata, pergi join bakor meriam!


Tahun ni insyaAllah beraya di Jitra dulu, kemudian raya kedua baru bertolak balik ke Johor. 




Ni raya tahun lepas, raya kedua dah tercongok kat London. Pun nangis jugak, sebab tak puas makan ketupat rendang, jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman--- nyanyi!




bayi yang sangat rajin buat kuih raya.
dia pun sibuk nak kelentang-kelentung kat dapur 




selamat hari raya.

sudah mengantuk. zzzz



btw: saya pakai jubah lace dna maggie shawl dari Calaqisha. Jubah tu BF friendly, ada 2 zip di depan. Lepas tu, lengan dia walaupun fit, namun ada zip, mudah untuk ambil wudhuk. 
Lepas tu, paling best, bila berjalan, langsung tak terpijak kain. Maksudnya kain dia punya flow bila berjalan, memang ala-ala princess i tell you!
Hasben pun siap puji tadi, siap kembang semangkuk lagi iols..lagi kembang hati sebb dapat greenlight bli lagi jubah ni. yuhuuu!


Antara azam bulan puasa ni ialah nak banyakkan pakai skirt atau jubah. Sebab diriku mcm dah tak berapa sesuai pakai seluar. 
Berat dah 37kg dik non....tak sempat nak gemuk time raya.
Tak apalah, berusaha untuk gemuk lepas raya nanti la pulak kan!

bagilah tips nak gemuk please please please.
kite dah buntu dah. dah siap marah dan warning lemak dah supaya jangan pergi. tapi.....













Tiada ulasan: