Ahad, 22 September 2013

keriangan seorang suri rumah

Dah dekat 2 tahun lebih kawen, baru semalam terperasan, ada sebuah kotak hadiah perkahwinan yang masih belum dibuka.

Surprise gila. 
Terus feeling-feeling buka hadiah hari jadi yang ke 13 tahun.
(ok, besday i next month..hihihihi cube teka yang keberapabelas tahun?









 Tadaaaa

Cemana boleh jadi camni, NurulAin8888?
Cemana boleh tak perasan, anda dapat hadiah hebat camni, NurulAin8888?




Vacuum Cleaner paling hemsem, gaya, mutu , keunggulan.
Atau nama melayu dia, Penyedut Hampagas kacak.

Haha

Dah la kacak, gagah pulak tu.

Nampak tak apa dia tulis tu?
BAGLESS
Maksudnye -- tak ada bag.
Ingat lagi, zaman kite kecik-kecik, mak kite punye vacum ada beg kertas kaler coklat.
Habuk semua masuk dalam beg tu, kemudian perlu ditukar / dibuang setiap minggu.

Ingat lagi tak?? ---- tak ingat sudah, nama kau Joyah (lagu)
Sekarang, si kacak ini telah membuktikan, bahwasanya, Tak Pakai Bag adalah Tak Menyusahkan Tuan.

Ni la yang haku dok gebang dari tadi pasal BAGLESS tu
Habuk yang disedut, trus masuk ke ruangan ini.
Boleh nampak direct ye tuan-tuan.
Nak-nak yang jenis bila vacum, pemalas nak tunduk kutip benda sepatutnya, semua kau main sedut, lalu akan ternampak benda-benda yang disedut melalui ruangan ini.

Kalau tersedut syiling ke, cincin perkahwinan ke kan, mudah la nak cari balik.
Jangan buat alasan tersedut cincin perkahwinan, petang tu ajak suami pergi Habib Jewel beli cincin baru, kemudian balik rumah terus "eh laaaaa..cincin ada kat sini rupanyaaaaaa----BAGLESS"
tu bukan bagless..tu namanya useless . LOL.








CYCLONING SYSTEM
HEPA FILTER

emm
ape tu?
sorry.....saya tak dapat nak digest maksud si kacak ni.
Mungkin ada kena mengena dengan Cyclone? X-Men? Help me?
WHATEVERRRR..






ok yang ni paling best
Paling maju setapak ke hadapan

Vacum yang mempunya suis kuasa untuk kawal max atau min.

Kalau nak vacum masa anak sedang tidur, tidak mahu kedengaran bising gila, vacum la secara minimum
Kalau nak kejutkan suami atau kejutkan anak secara makan dalam, pilihla maximum.
bunyi kuat, kuasa sedutan juga terbaek!
sebelum suami naik marah, sila sedut kemarahan dia dengan menggunakan si kacak ini.
HAHA.takde eh function cmtu? okbye









 Handle dia panjang okeh
Setakat nak vacum bawah katil? apedehal??
Setakat nak vacum bawah rak TV? jangan kata sebelah mata....sebelah kaki sambil sebelah tangan sambil sebelah hidung sambil tutup dua-dua mata pun boleh laaaa brader.

Tak payah nak bongkok sangat pun takpe.
Tapi kalau nak nampak begitu rajin depan suami, bongkok la sambil mengadu sakit pinggang, sebelah tangan lap peluh di dahi, muka kena fokus sikit..
Untung-untung dapat pujian RAJINNYA BINI I sedas dua.
HAHA










Wayer terus tersimpan di bawah ni.
Kemas dan senang nak angkut.






So surirumah yang nakkan keriangan sementara ni, belilah 
PENSONIC VACUUM CLEANER PV-2200
(sementara tak rosak la kau riang. jakg dah rosak, hilanglah keriangan ini)


Akibat hadiah perkahwinan yang dibuka setelah 2 tahun lebih, pengirim pun dah tak tahu siapa.
em.sadis.

Siapa pun anda, yang baik budiman itu , terima kasih kerana menghadiahkan si kacak penyedut hampagas ni ke dalam hidup kami sekeluarga
Gitewww.



Terima kasih daun kari
kalau boleh, bagi lah lagi

(maafla.kalau pengantin baru mungkin malu2...ni sebab dah jadi pengantin lama, jadi tak malu pulak aku pergi mintak hadiah dari kawan-kawan...hahahhaa.hadiah ulangtahun perkahwinan pulak tu... LEMPANG!)




Pada akhir entry ini, aku rasa hebat gila boleh review tentang penyedut hampagas dalam blog remaja macam ini.

Haha ... mak-mak sangattt!!





haaa..yang ni kerianganku selalu!!




Tiada ulasan: